Thursday, April 29, 2010

Mahu tidur awal dan mimpikan yang indah-indah

Heater mereng malam tadi. Eh, bukan. Saya yang bermasalah dengan setting heater. Kesannya terjaga banyak kali malam tadi sebab sejuk. Pusing tombol, tido balik. Terjaga lagi sebab sejuk. Gagau heater, rupanya heater tak panas. Mencik. Dua tiga kali mcm tu.

Kesannya......

Mengantuknya........... toksah nak cakap lah..siap kena amik caffein..keke.
Makanpun kurang berselera. Hazab je nak habiskan lunch. Ala2 tidur tak lena, makan tak lalu.
And I guess ini adalah petanda untuk tidak pulun stay up malam ni. Perlu tidur awal lepas ganti heater. All the work can wait, I guess.

And yes, alhamdulillah bantuan kecemasan telah tiba. Tiada itik di tepi kolam yang akan menjadi mangsa kerakusan manusia yang terdesak..kekekee

So, after 4pm today (2pm waktu tanahair) I will put my phone on silent mode. Sebarang kata-kata cinta mahupun rindu, sampaikanlah di angin lalu. Eh, bukan. Sampaikanlah pesanan melalui khidmat pesanan ringkas..(sila jangan kedekut 30 sen. kalau saya sms singgit satu tauuuuu) kekek. 

----------------------------------

Dan saya tak pernah rasa berserah seberserah serahnya sebegini. Ini memang betul-betul tak kisah kerana saya betul-betul berserah. Dan saya pasti, SEMUA PASTI ADA HIKMAHNYA.

No comments:

Post a Comment