Thursday, April 29, 2010

Jay

Ini entry berkisar Kpop yang mungkin tidak bersesuaian dengan minat anda. Jika anda tidak suka royanan hiburan dan konsep lelaki jambu igauan wanita, sila jangan baca. I warned you! =p

Well, buat peminat tegar Kpop, pasti sudah maklum 10 July nanti Jay Park (yer, Jay Park yang menggigilkan itu) akan buat comeback mega hebat, akan mereleasekan lagu Demon, dan lagu2 kolaborasi dengan nama-nama besar di US seperti Snoop Dog, Teddy Riley, T-Pain. Oh, saya tammo komen pasal come back dia walau saya nervous dan teruja. Saya mahu komen pasal fenomena Jayism dan kesan pada masyarakat.

Ever since September 2009, fenomena Jayism melanda fangirls di pelbagai negara. Bila Jay buat cover lagu Nothing on You di YT, lagu NOY ini tetiba meletup-letup di Korea dan apparently keuntungan penyanyinya dianggarkan berjumlah 300 ribu US sebab fangirls korea pakat beli lagu ni. Video2 yang dia upload mencecah berjuta2 views sampai skang ada banyak orang buat video mempersoalkan siapakan Jay Park ini? kekeke

Ramai fangirl yang meroyan kegilaan. Sangat meroyan. Sangat taksub, sampai ramai yang gelar Jay ni Jaysus. Ala2 skang nih ramai dah mengangkat darjat Jay ni tinggi. Kiranya Ayah Pin dah terganggu gugat dah.... Cuma takde org minum air basuhan kaki Jay je lagi.

He is so sweet, pandai amik hati fans. Cakap lemah lembut sopan santun. Comel. Walau saya tak suka part dia nyanyi dalam ni, tapi effort dia saya bagi 10 bintang!



Sebenarnya senario ni buat saya terfikir......

Inilah hikmahnya wajah Rasulullah tak boleh dipotretkan. Kompom lah wajah baginda lebih hensems dari Jay. Budi pekerti jauhhhhhh lebih mulia dari Jay Park. Kalau wajah baginda boleh dipotretkan, mesti ada yang menyembah nyembah gambar Rasul..Dan pasti akan ada agama baru, menjadikan nabi muhammad sebagai Tuhan.
Dan hikmah Rasulullah yatim piatu ketika kecil...supaya orang yakin yang wahyu itu direct dari Allah, bukan atas didikan ibubapa.

Sebab sekarang pon orang sudah mengasihi family Jay (termasuk anjing dia yang nama Peatry) sebab depa rasa didikan family Jay menyebabkan dia menjadi jejaka berbudi pekerti yang baik.

Lagi banyak kita perhatikan mamat mamat jambu alam sekeliling, lebih banyak kita paham hikmah saranan dalam agama? kan? *sengetkan kepala macam jay di time 0:15.* Seriuslah comel dia nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. jhglfdughbgdkjhysugbfhd!!!

2 comments:

  1. waaa...collaboration dgn name2 besr tuh.konpem blh buat name...ape2 pn kite nntkn hasilnye....yihaaaaaa

    -kinah

    ReplyDelete