Friday, April 30, 2010

B2ST

Ini entry untuk WKI..keke.

U-Kiss Vampire dah tamat..maka,TERtengok beast almighty...huhuhuh..dan TERsuka..dan TERrisaula pulak. Menciklah cengginih. Pandai je depa pancing noona2 yang busy kannnn?

Promo


Comel gila doojun last sekalik bila dia ucap babai *pengsan lemah lutut*. Tone suara mcm tu memang akan mencairkan kan? kekekekeke

1st episode preview.

Hadoila..ingatkan dah tak terikut memana show dah. tsk. tsk.

Lemah betul

UNE, di hatiku ada kamu

UNE bukanlah universiti yang canggih manggih, at least untuk bidang saya nih. Serius, tempat saya buat Masters dulu jauhhhhhh lebih canggih manggih. Mesin rege juta-juta yang takde sorang pon pandai guna pon ada kat tempat kerja dulu.
Tapi setakat setahun di sini, rasa cinta membuak-buak. Takde, takde pon adik ikan. Takde, takde pon lecturer hensem *takde coursework, takdelah lecturer hensem*. Takde, takde pon rakan-rakan yang boleh dingorati.
Hanya kerana persekitaran kerja yang membina dan suasana yang tenang.

Iklan sekejap untuk open day minggu depan. keke.


Tadi bulb mikroskop terbakar. Well tidak lah melambangkan saya banyak guna okeh. Ini semua salah Gareth!! dia kira cacing sampai 4 bulan lebih, time ai pulak bulb meletop *tunding satu jari pada gareth dan tunding 4 jari selainnya pada diri sendiri*..keke

Bulb takde dalam stor, so esok kena pi kedai beli. Walau saya tatau LANGSUNG pasal beli benda2 elektronik kecuali beli charger henpon, terpaksa lah kan? Kalau nak tunggu officer, isnin baru leh pi beli. Since nak guna mikroskop on weekends, officer menyarankan supaya beli sendiri dan ganti. Kejap. Depa nih memang tak takut ke saya jahanamkan mikroskop??kekeke. (teringat penah rosakkan lens mikroskop kat UMT..hukssssssssssssssssssssssssss)

Hari tu gatai pi komplen kat secretary yang rak buku saya tinggi benor, kalau jengket pon susah nak sampai, tu sebab meja bersepah (alasan). So, ingatkan dia nak panggil lelaki sasa badan ketul2 tolong tanggalkan dan pasang balik...sekalik dia yang gigih panjat2 meja. Sian makcik ni u ols. Maka, terpaksa lah join in the club. Sekali ngan anak wijdan tolong pegang skru, wijdan pegang papan. Bila dah cabut skru2 ngan papan dan letak kat ketinggian lain, takleh masuk lak skru dekat lubang yang sedia ada. Sentap!!!! Terpaksa pulak pegi pinjam driller kat sv dan drill kayu kayan, eh papan. Again, saya tak sangka makcik tu bagi saya buat benda-benda ginih. And yet wijdan asik komplen suruh saya jadik pompuan sikit. Dia kata sib baik pakai tudung. Penghinaan ok.

Kesimpulan cerita (takut org tak paham kenapa saya cerita), saya suka sikap memberi penerangan yang jelas apa yang perlu dilakukan dan kemudian memberi kepercayaan. kekeke. Ada dengar bebudak yang komplen bila banyak benda kena buat sendiri. Well, thats what PhD is all about. Tadi dengarnya Fi bleeding bebiri 30 ekor sorang2 diri dan kendian bagi treatment. Tapi dia sikit pon tak komplen...senyummm je. Saya mahu jadi mcm Fi, SENTIASA pikir positif. Dan saya mahu jadi macam Gareth, semua benda2 berkaitan lab dia tau - mcm mcmana nak kerobek mikroskop untuk keluarkan bulb..keke. Kalau kita kena buat semua sendiri, nanti kalau rezeki jadi pendidik, student cant give the bullshits. We will kick their asses if they dont stop complaining. kekeke. Ok, ini keji. Kebaikan belajar buat sendiri adalah kita akan merasa kepayahannya dan kita akan lebih menghargai orang2 lain di sekeliling dan kita akan mampu untuk guide orang lain dengan lebih baik..insyaAllah. Oh, mcm lebih suka statement keji tadi.hikhik.

Oh, and I will start my swimming..err, floating session soon! Hope semua berjalan lancar. Amin =)

Thursday, April 29, 2010

Jay

Ini entry berkisar Kpop yang mungkin tidak bersesuaian dengan minat anda. Jika anda tidak suka royanan hiburan dan konsep lelaki jambu igauan wanita, sila jangan baca. I warned you! =p

Well, buat peminat tegar Kpop, pasti sudah maklum 10 July nanti Jay Park (yer, Jay Park yang menggigilkan itu) akan buat comeback mega hebat, akan mereleasekan lagu Demon, dan lagu2 kolaborasi dengan nama-nama besar di US seperti Snoop Dog, Teddy Riley, T-Pain. Oh, saya tammo komen pasal come back dia walau saya nervous dan teruja. Saya mahu komen pasal fenomena Jayism dan kesan pada masyarakat.

Ever since September 2009, fenomena Jayism melanda fangirls di pelbagai negara. Bila Jay buat cover lagu Nothing on You di YT, lagu NOY ini tetiba meletup-letup di Korea dan apparently keuntungan penyanyinya dianggarkan berjumlah 300 ribu US sebab fangirls korea pakat beli lagu ni. Video2 yang dia upload mencecah berjuta2 views sampai skang ada banyak orang buat video mempersoalkan siapakan Jay Park ini? kekeke

Ramai fangirl yang meroyan kegilaan. Sangat meroyan. Sangat taksub, sampai ramai yang gelar Jay ni Jaysus. Ala2 skang nih ramai dah mengangkat darjat Jay ni tinggi. Kiranya Ayah Pin dah terganggu gugat dah.... Cuma takde org minum air basuhan kaki Jay je lagi.

He is so sweet, pandai amik hati fans. Cakap lemah lembut sopan santun. Comel. Walau saya tak suka part dia nyanyi dalam ni, tapi effort dia saya bagi 10 bintang!



Sebenarnya senario ni buat saya terfikir......

Inilah hikmahnya wajah Rasulullah tak boleh dipotretkan. Kompom lah wajah baginda lebih hensems dari Jay. Budi pekerti jauhhhhhh lebih mulia dari Jay Park. Kalau wajah baginda boleh dipotretkan, mesti ada yang menyembah nyembah gambar Rasul..Dan pasti akan ada agama baru, menjadikan nabi muhammad sebagai Tuhan.
Dan hikmah Rasulullah yatim piatu ketika kecil...supaya orang yakin yang wahyu itu direct dari Allah, bukan atas didikan ibubapa.

Sebab sekarang pon orang sudah mengasihi family Jay (termasuk anjing dia yang nama Peatry) sebab depa rasa didikan family Jay menyebabkan dia menjadi jejaka berbudi pekerti yang baik.

Lagi banyak kita perhatikan mamat mamat jambu alam sekeliling, lebih banyak kita paham hikmah saranan dalam agama? kan? *sengetkan kepala macam jay di time 0:15.* Seriuslah comel dia nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. jhglfdughbgdkjhysugbfhd!!!

Mahu tidur awal dan mimpikan yang indah-indah

Heater mereng malam tadi. Eh, bukan. Saya yang bermasalah dengan setting heater. Kesannya terjaga banyak kali malam tadi sebab sejuk. Pusing tombol, tido balik. Terjaga lagi sebab sejuk. Gagau heater, rupanya heater tak panas. Mencik. Dua tiga kali mcm tu.

Kesannya......

Mengantuknya........... toksah nak cakap lah..siap kena amik caffein..keke.
Makanpun kurang berselera. Hazab je nak habiskan lunch. Ala2 tidur tak lena, makan tak lalu.
And I guess ini adalah petanda untuk tidak pulun stay up malam ni. Perlu tidur awal lepas ganti heater. All the work can wait, I guess.

And yes, alhamdulillah bantuan kecemasan telah tiba. Tiada itik di tepi kolam yang akan menjadi mangsa kerakusan manusia yang terdesak..kekekee

So, after 4pm today (2pm waktu tanahair) I will put my phone on silent mode. Sebarang kata-kata cinta mahupun rindu, sampaikanlah di angin lalu. Eh, bukan. Sampaikanlah pesanan melalui khidmat pesanan ringkas..(sila jangan kedekut 30 sen. kalau saya sms singgit satu tauuuuu) kekek. 

----------------------------------

Dan saya tak pernah rasa berserah seberserah serahnya sebegini. Ini memang betul-betul tak kisah kerana saya betul-betul berserah. Dan saya pasti, SEMUA PASTI ADA HIKMAHNYA.

Wednesday, April 28, 2010

Sedih

Former One Nation leader Pauline Hanson's Queensland home remains on the market, but not for everyone.
Muslim buyers, for example, aren't welcome.
Ms Hanson, who has put up for sale her million-dollar property in Coleyville, southwest of Brisbane, announced she was moving to Britain earlier this year.
Her hardline views on race sparked a national debate over immigration policy and Aboriginal disadvantage from the time she entered parliament in 1996 at the same election that made John Howard prime minister.
While taking the Seven Network's Sunrise program on a recent tour of her home, she said she would not allow certain members of the Australian community to purchase the property.
Asked if Asians were welcome to express interest in the property, Ms Hanson said she would not sell the home to an Asian who lived overseas.
But she had no problem with selling the property to "an Australian who is of Asian background".
"No problems whatsoever," she said.
Asked if she would be prepared to sell the property to a Muslim, she said no.
"Because I don't believe that they are compatible with our way of life, our culture.
"And I think we are going to have problems with them in this country further down the track, so I have no intention of selling my home to a Muslim."
Ms Hanson's interview with Sunrise will be broadcast on Wednesday morning.

-----------------------------------------

Kesentapan bila ini merupakan antara top stories kat yahoo hari ni. Well, I was pissed off. I hate descrimination, tak kira lah kat memana. Kalau takmo jual kat muslim and Asian yang bukan Australian, dok dendiam je lah kan? Gigih nak canang satu dunia. Dan dia ni bukan makcik yang keje kat kedai gunting rambut (bukan rakyat marhaen macam kita). Dia nih orang yang dikenali, lain impak pada masyarakat.

Ok. Itu ekspresi saya masa memula baca isu ni. But again, bila fikir-fikir balik, kita pon bertanggungjawab dalam persepsi ni.

Saya tammo amik contoh jauh - contoh di tanahair tercinta dan kat sini.

1. Saya terbaca pasal kat kelantan bebudak yang kena tahan polis sebab tak pakai helmet dengan alasan pakai serban menang kes kat mahkamah. Isu ni masuk kat forum dan saya perati siap jadik gadoh gadoh antara forumer. Bebudak yang bericon islamik bersyukur, kata inilah yang sepatutnya. Menjalankan kewajipan, menegakkan Islam di muka bumi kata mereka. Saya takde masalah langsung orang pakai serban. Pakai serban ni sunnah kan? Sapa yang ikut amalan rasulullah ni dicintai Allah, insyaAllah.
Tapi dalam kes ni, mana lagi utama? Mana lagi penting? Saya kira (dan pasti semua setuju) adik-adik ni bila memandu motor pakailah topi keledar yang sudah disahkan mampu memberi perlindungan kepada kepala. Bila turun dari motor tu pakaila serban balik... =) InsyaAllah, bila terselamat dari kemalangan meragut nyawa, pasti kita boleh amalkan banyak lagi sunnah, insyaAllah. Masalah kita, bila orang ambil tindakan terus kita label orang anti Islam. Kita ni boleh fikir kan?

2. Kat sini, bebudak Saudi pakai niqab (purdah). Again, isu yang sama dengan serban lah. Sini, sebab tempat ni kecik dan alhamdulillah takde benda pelik (yang palitkan kotor kat bebudak muslim berkaitan niqab) yang berlaku, maka takde isu hangat. Cuma, ada orang tanya pasal wajib ke pakai niqab. Sebab org concern tentang isu security terutama kalau melibatkan urusniaga atau peperiksaan. Bila discuss dengan wijdan, kami bersependapat yang kewajipan kita adalah menjaga aurat and for safety reasons features pada muka should be visible for others.

3. Bebudak laki muslim sini ada yang pegi pub, hantam minah saleh dan jaja cerita ramai orang tentang peghantaman yang berlaku. Well, korang boleh cakap 'ala, kat Malaysia pon ramai muslim camtu'. Masalahnya sini adalah kawan jin bertendang okeh, populasi tak ramai. Populasi muslim lagila ciput. Takleh nakal2 sebab orang akan cam, keke. Makanya ramai orang non Muslim kesentapan dan berbincang tentang hal ini. Depa kata bukan ke Muslims patutnya tak buat benda-benda gini? Depa kata ni dah kalahkan mat saleh sebab mat saleh tak jaja cerita. I just dont know what to say. Seriously. Cuma dalam hati saya kata ini namanya macam beruk terlepas kandang. Eksaited terlebih.

4. Isu pengeboman berani mati. Encik bos penah tanya, betulke suicide bomber ni dijanjikan beribu bidadari di syurga. Saya tak pernahla pulak belajo pasal bab ni. Yang saya tau bunuh orang berdosa. Perang pon dibolehkan kalau kita nak pertahankan diri. Itupun takleh serang umah ibadat, org tua, pokok2, haiwan, budak kecik. Tapi tulah, sedih bila orang gigih laung2 jihad ke hulu ke hilir guna nama islam pastu bom orang dalam bas. Yang mati orang Islam pulak tu (Kat Iraq). Tak paham betul.

Banyak lagi contoh. Penat nak tulis. Berbalik pada artikel di atas, menyirap darah sebenarnya masa baca. Tapi bila pikir balik, benda ni macam cycle, dia tulis mcm tu sebab dia dimislead kan maksud cara hidup islam. Kendian nanti adelah memana Muslims yang buat ugutan bunuh/bertindak agresif. So, do you think minah ni akan ubah persepsi pada Muslims? So, lagila kuat sokongan terhadap hujan dia. Kendian akan ada lagi buat hatred komen kat Muslim. Kendian kita terhena dan bagi lagi ancaman. Akan berpusing-pusing macam gasing, sampai kiamat.
Kita yang dah mislead kan orang. Kita yang tunjukkan Islam agama kebencian. Agama tak rasional. Agama emosi. Agama yang menyusahkan. Agama yang pecah belahkan.

Sedih.

Lebih sedih bila Muslims sendiri yang hina agama sendiri, never proud of being Muslims. Nak lari duduk dalam gua lah.

Tuesday, April 27, 2010

Clouds FTW

We will be concentrating our efforts to tweeting @1029 for Clouds requests from 11pm KST on the 27th of April. We will do this for 24 hours and see if it’s effective. If you don’t have a twitter account, you can post on their facebook wall: http://www.facebook.com/1029hottomato?v=wall

http://brozzar.wordpress.com/

Ai akan update bila nak tweet malaysian radio station ok?

Nite2. Muahs!

Warkah buatmu, kasihku

Sayang,
Apa khabar dirimu di sana?
Aku?
Aku tidak keruan, kegelisan.
Saat-saat begini aku selalu terkenangkanmu.
Menghitung hari demi hari bila siang dan malam silih berganti.
Berbulan lamanya aku diselebungi kegelisahan, keresahan.
Aku menantikan hari esok dengan penuh debaran.
Ya, hari esok yang kau janjikan.
Hari esok yang janjimu akan menggembirakan.
Mampukah janjimu ini dikotakan?

Dan debaranku semakin kencang.
Ah, cepatlah berlalu wahai siang.
Aku akan sabar menanti janjimu sayangku KPT.
Esok elaun masuk??

keke

Monday, April 26, 2010

Takde tajuk

Hola.
Kepenatan dan kekejangan.
Tapi kugagahi jua menulis demi rakan-rakan tersayang. hikssssssssssss.

1. SAMPEL SUDAH DIPROSES SEBANYAK 50%. Alhamdulillah. Kalau saya keep up the pace, boleh siapkan sebelum balik Ipoh. Tolong doakan yer. Tammo balik Ipoh dalam keadaan risau tentang sampel.

2. Tadi landlord ngan ayah dia datang tukar dapur. Tak tau pon dapur ni problem..selama ni main taram je guna..kekeke. So, sembang-sembang ngan depa sebab penat dok diam.  So, amat mengujakan bila bapak landlord ni pon hensem ada banyak farm!!!! jkhfgvhvjbhbngfhdv/bdf.,mgfn vkxjb zlv!!!! So, dia ajak untuk datang property dia dan melalui pengalaman bekerja di ladang!! jhgdfblsvhj gxdkzvbh,kjfcsl!! Selain Jay Park dan Yamapi, hanya ladang binatang boleh membuatkan saya hilang akal mcm nih.

3. Esok kena mempersembahkan abstract untuk conference bulan 8. Tak siap lagi. Malam ni kena buat final touch up. Pekejadah mintak 300 patah perkataan jer.  Dah terlebih 50 patah perkataan. Camno????

4. Nugyu punya lifejournal sudah flooded ngan ramai antis. Oh, bestnye meroyan berjamaah. Dont stop, cant stop wont stop until they FLOP.

I miss you all, but I cant gossip too much. Sedang berusaha mengcover 3 minggu yang akan dihabiskan di kampung halaman nanti.. =)

Sunday, April 25, 2010

Saturday, April 24, 2010

Ini entry gila awan.

Hello semua.

Hari ni adalah hari yang menggembirakan.
Senyum.
Sampel yang dikira sendirian lebih banyak dari selalu, alhamdulillah =).
Senyum.
Kalau boleh konsisten atau proses lebih sikit, sempat habiskan sebelum balik bulan 6 insyaAllah.
Senyum.
Lepas balik lab ke rumah Sara bagi makan kat Mik dan Tiger.
Senyum.
Sempat main kejor kejor di laman belakang rumah.
Senyum.
Kendian ke shopping complex dan bertembung ngan wijdan.
Senyum.
Dinner perangat lauk je.
Sambil makan sambil layari internet.
Senyum.
Lagu Jay yang baru sudah keluar.
Senyum.
Dengan Clara dan Dumbfoundead.
Senyum.
Lagu sedap.
Senyum.
Lirik menampar muka JYP/E dan 0pm.
Sengih.
Tengah dengar lagu, tetiba tv kat umah ni ter'on' sendiri.
Tak senyum dah.

hehehe.

Layan....CLOUDS



[Jay]
Yo, everybody works hard for their goals to achieve
But like the ocean is sea,
Man, the motion is free
So nothing ever adds up the way we want it to
I guess my math teacher was just a substitute
Everybody hits some rough patch, turbulences in the sky
Life’s a cow, I made a burger, and I’m serving it with some fries
Gotta make do with the cards we’re dealt
And though it’s hard as hell,
I know that God will help
Cos although I live in Seattle,
It’s not always gonna rain
There’ll be some sunny days
Coming up this way
Everybody wanted to see me struggling,
Running away from pain
But I know that wondrous things are coming to visit again some day
So no worries, I just stand with the smirk on my face
Although I know some people out there throwing dirt on my name
But it’s all good, (it’s all good) I still show them some love
Cos unlike that girl in the movie, I ain’t holding no grudge

Friday, April 23, 2010

Tiada satu makhluk pun yang mampu melarang kita dari jatuh hati.

Hak jatuh hati adalah hak individu. Lantak koranglah nak jatuh cinta kat sapa. Kat Jay Park ke, kat Yamapi ke, kat TOP ke, abang polis ke, adik ikan ke, abang askar ker, abang STA bangunan sebelah ke. Lantak korang. Itu hak masing-masing. Benda hati dan perasaan ni bukan boleh paksa2. Ada saya paksa korang jatuh hati kat Jay Park? Takde kan? Paksa tengok youtube pon I dah tak buat. I tepek je, tapi takde paksa sesapa tengok.
Bila memikirkan konsep ini, saya cuba untuk tak marah atau meroyan kalau kawan jatuh hati pada makhluk-makhluk yang meragukan. Saya tahu benda ni tak boleh dipaksa.
Tapi....walau tiada siapa mampu melarang kita jatuh hati, tapi orang-orang yang menyayangi kita berhak untuk menegur kita sekiranya kejatuhan hati itu dilihatkan mampu menghuruharakan kita kelak.

Contoh 1: Jatuh cinta pada lelaki yang baru dikenali di alam maya baru beberapa minggu. Saya takleh nak kata benda ni tak logik. Sebab benda ni berlaku lah saya tulis. Saya tak boleh nak marah, ini soal hati. Jatuh hati dah tak jadi isu dah. Yang jadi isu skang adelah siapakah lelaki itew?

Kenal mana?
online dating.

Islam?
Bukan.

Malaysia?
Bukan.

Kenapa saya tanya Malaysia? Sebab saya rasa sekurang-kurangnya non-Muslim Malaysia nih tergaul sikit ngan Muslim dan depa faham sikit.

Kenapa nak kawin ngan dia?
Dia pandai handle aku.

Dia tau ke dia kena masuk islam baru kawin ngan ko?
*diam*

Dah pernah jumpa ke?
Tak.

Tapi nak kawin?
*diam*

Dia series ke?
Series, dia nak pindah Malaysia. Nak beli rumah.

Dia ada FB?
Ada.

Bape orang kawan dia?
5.

Macam fake ID je.
Tak kot. Dia dah tua, tak reti FB.

Contoh 2: Jatuh hati pada suami orang yang dikenali sebelum dia kawin. Again, isu nak jatuh hati kat sapa orang saya malas nak ulas. Nak buat macamana, lelaki-lelaki yang dah kawin ni biasanya gentleman dan penyabar..keke. And again, isunya, siapakah lelaki itu? Kenapa gigih nak kawin dengan lelaki itu dan sanggup berpoligami.
[rant]Oii jantan, stop bagi reason poligami benda tu dibenarkan dalam islam. Quran pon hangpa tak baca dan tammo paham, tapi bab kawin semua ikut quran! Hikmah plogami kena lah paham sebelum dok meroyan Islam boleh poligami ke hulu, islam boleh poligami ke hilir. [/rant]

Dia kawin berapa lama dah?
Dalam 4 tahun lebih.

Takde anak?
Ada.

Bini dia mandul lepas beranak anak num 2 ke?
Tak, bini dia baru lepas gugur.

Dia ada masalah bilik tidur ngan bini ke?
Tatau. Takde rasanya.

Bini dia kuat meroyan maki-maki dia ke?
Takde.

Hang ni janda ramai anak ke?
Tak.

Hang ni tebusan perang ke?
Tak.

Hang ni ada kecacatan yang menyebabkan orang lain tammo kawin ngan hang, hanya dia je sanggup ke?
Takde.

Hang ni orang susah ke? Kalau tak kawin ngan dia takleh makan kena mintak sedekah?
Tak.

Kenapa nak kawin ngan dia?
Sebab sayang. Takleh lupa.

Untuk kedua-dua contoh dia atas, saya tammo pon pertikaikan isu kenapa jatuh hati kat orang yang begini begini dan yang begitu begitu. Yang saya pertikaikan berdasarkan soalan2 yang saya tujukan adalah 'kita fikir jauh tak sebelum decide untuk drag perasaan tu?'.
Kawin bukan macam beli kebab. Even beli kebab kena pikir betul-betul. Nak sos apa, nak daging apa, nak sayur apa, nak tambahan apa. Kalau salah oder, kurang sedap. Macam tu jugaklah, kesan akhir kena pikir.
Tapi kalau kita ada alasan yang kukuh, teruskanlah. Bagi saya, alasan 'sayang' tu saya takleh pakai. kekeke.

Janganlah putus asa. Doa lah banyak-banyak. Toksah tunjuk kat orang macam kita nih desperate sangat. Sebab tulah nanti kena buli ngan jantan-jantan tak guna kat muka bumi ni. Dan tolongla jangan kaco laki orang boleh tak? Hangpa mengutuk Fasha Sandha kat bod gosip kemain. Padahal hangpa pon sama naik merenyam pi gedik ngan laki orang.
Yang laki pon sama. Jangan lembik sangat. Kena goda sikit dah kecur liur. Ingat tak bini ngan anak kat umah tu? Tengok pompuan seksi kat tenet dah kejang. Tatau ke saya boleh boh gambo anjelina jolie sebagai profile pic? Zaman sekarang ni nak tipu ni sap sap soi je.

Mana yang nampak menjurus ke arah lebih banyak mudharat, elakkanlah. Pasti ada hikmahnya.

nota cuping telinga Jay: dedua contoh ini adalah contoh yang diolah berdasarkan kisah lampau yang sampai ke telinga saya.

------------------------

Tiada satu makhluk pom mampu melarang saya jatuh hati pada 2pm suatu ketika dulu. Dan sekarang, tiada satu makhluk pon mampu larang saya BENCI SEBENCInya pada 0pm dan JYP/E. This is the most shittiest band ever!!!

You wanna see me fall right? (Haters)
Like a candle on a windy night, yeah right
Just watch me do this take a breath hold tight
I’m never going down without a fight, a’ight?

YES 0-pm.
Bring it on!

Depa ingat depa maki haters depa leh menjulang naik. Jantan la konon kan. Lebih lemah dari pondan! Motip nak bergadoh bagai ngan fans through lagu?
Tapi alangkah sentapnya bila depa cut part yang mendidihkan darah ni masa comeback performance. Chickens!

I really hope for 0pm to disband.

Ayang, we have a new place untuk meroyanssssssss pasal 0pm.. Klik sini..keke. TERAPI.

Thursday, April 22, 2010

:) Beautifully discussed (Jay Park)

Nervous sentap, sentap nervous

1. Nervous bila diperkenalkan pada pelajar2 Thai yang baru. Sorang tu kulit putih mcm Jay, sekali imbas, cuping telinga dia macam Jay. kekek. Tapi terlupa dah mcmana cuping telinga dia, so takleh nak compare dengan cuping telinga Jay dengan lebih teliti. Maka, menjaga pandangan mata kerana nebes tak hengat. keke. Yang sentap Ake pi canang pulak yang ai nih first lady persatuan Thai. Motip skandalkan I dengan presiden depan mamat yang cuping telinga macam Jay????????

2. Nervous bila dapat PM lepas meroyan kat forum oneday. Selalu jadik silent reader, hanya fangirling semata-mata nak kompol post untuk layak masuk bahagian dload. Tapi dek kerana rasa sentap dengan pro-6pm yang asik meroyan, teroyan jugak. Kesentapan bila dapat tau yang PM bukan pro-6pm tapi anti-6pm yang tegur signature saya salah eja. Dia takut saya kena bash ngan pro-6pm. Awwww. so sweet kan?? Sentap dan tergelak sampai nak terjatuh dari kerusi. Saya spelt disappear sebagai dissapear..keke (lain kali jangan tido dalam kelas bahasa inggeris masa sekolah menengah).

Baru nak berjinak2 meroyan dalam bahasa inggeris. keke.
Nota: spelling dah dibetulkan untuk signature.

3. Encik bos cakap dia nak datang opis. Sampai kul 4, tak nampak. So, saya, Fi ngan Gareth dalam lab dok berteka teki teka tekuk, samada bos datang ke tak. So, Gareth dengan penuh konpidennya cakap encik bos takkan datang sebab dah kul 4. Tak sampai 5 menet, terus encik bos muncul memperkenalkan diri (ala2 mcm staf baru sebab dia dah seminggu lebih tak datang opis..keke). Sentapppppp!!! Pastu encik bos cakap esok nak jumpa kitorang untuk diskas hala tuju *lagik??*. Nerves u ols......

4. Sentap bila Fi memulakan emailnya dengan 'hi DIJAY!" kekek. Motip Dijay? Oh, dan nerves bila hanto email pada pihak berkenaan mintak keje. Saya tengah mintak keje untuk involve dalam research penyakit haiwan. Harapnya lekat lah. Dari keje ladang tomato, saya lagi suka keje ngan bebiri.

5. Sentap bila Sara bgtau kontrak dia mebi akan dihentikan. Tahun lepas isu ni dah setel sebab charlie daftar dan justifikasi dia stay adalah kukuh, untuk assist charlie sebab dia under CRC (institut yang employ sara). Since gareth officially dah habis semua labwork dan field work , dan charlie sudah tiada di donia yang fana ini, tiada justifikasi lagi untuk dia diemploy. Saya dan Fi bukan scholar CRC so, kalau kitorg meroyan pon CRC akan cakap 'ada aku kesah???'. So, sayu jugaklah bila Sara cakap yang dia kena cari keje lain lah. I really hope dia dapat jawatan tetap kat sini. Nervous bila pikir2 kalau Sara takde kat lab camno..Takpelah, hanya berdoa yang terbaik skang. Terbaik untuk dia, terbaik untuk kitorang..

Wednesday, April 21, 2010

Siapa dambaan wanita?

Wanita tak dambakan lelaki yang dok sentap ke hulu sentap ke hilir kemudian meroyan kat status FB. Tak cukup dengan itu balas pulak status orang lain dengan royanan dan perlian yang tak sudah-sudah. Walaupun kadangkala kaki royan ini ambil langkah yang berbunyi cool seperti mengirim mesej untuk mengelakkan salah faham diperhatikan seluruh penduduk bumi, namun alangkah sadisnya apabila mesej yang dikirim adalah lebih keji dan hina, penuh dengan caci maki tanpa segan silu.

Dengar sini baik-baik. Lelaki ni ketua keluarga. KETUA. Kenapa dipilih lelaki sebagai ketua? Sebab lelaki ini emosinya lebih terkawal. Lelaki lebih rasional. Lelaki lebih cool. Lelaki lebih relaks. Maka, dijangkakan kebanyakan tindak tanduknya berdasarkan kematangan. Berdasarkan rasional. Kalau dah emosi kalahkan pompuan, baik pompuan takyah kawin.

Dahtu kalau pompuan meroyan macam orang gila, takkan nak diam je? Kalau pompuan yang cari pasal dulu takkan nak diam? Bacul namanya..

Helo cik abang, diam boleh tak? Sila belajar dari Jay. Dia dambaan berjuta penduduk bumi.
(Entry takde hala tuju yang pasti ini dedikasi untuk peminat-peminat Jay)



nota kaki: Parody lagu U go girl - Hyori. Suka lagu Hyori lepas tgk vid ni. keke

Translation lirik

It’s the prince
Park Jay Bum

He’s back, yeah. 2010
Boy boy hey perfect boy
Deledele that that that boy

Boy boy hey so cute boy
Baby baby baby baby boy

Where should I hide the mangoes today
Wouldn’t someone steal my bananas too
Should I eat mangoes, eat bananas
Don’t worry about it boy

Now eat whatever you want
Now do whatever you want
Sing, dance again
and rap as much as you like boy

Boy boy hey perfect boy
Deledele that that that boy
Boy boy hey so cute boy
Baby baby baby baby boy

From now be truthful from now be proud
and show yourself more right this moment
Through your YouTube
Sometimes sweetly sometimes intensely
Show your talents right this moment
Through your YouTube

Boy boy hey perfect boy
Deledele that that that boy
Boy boy hey so cute boy
Baby baby baby baby boy

What’s the reason for news articles today
Did something happen again
What do I do for this, what do I do for that
Don’t worry worry about it boy

I didn’t do anything wrong so I stand straight and proud
I just chill with my fans happily
Now don’t interfere with my life
I’m a ‘citizen’ now boy

Boy boy hey sexy boy
Deledele that that that boy
Boy boy hey lovely boy
Baby baby baby baby boy

From now on I’m going to be free from any restraints
and show my talents right this moment
Through my YouTube

With my AOM friend I’m going to show
The most wonderful performance in the world
Make my name known in the whole world

Thanx Fans Thanx Girls
Let Me Take U my stage

It’s allright
Hey girl GIVE ME a HUG
Biggest jewel, (my) everything
You are my only girl
It’s allright
Hey girl GIVE ME a Kiss

Boy boy hey perfect boy
Deledele that that that boy
Boy boy hey so cute boy
Baby baby baby baby boy
Boy boy hey sexy boy
Deledele that that that boy

Boy boy hey lovely boy
Baby baby baby baby boy
I like that that that boy
and let me seeya bring it
back back back boy

OK
I like that that that boy
and let me seeya bring it
back back back boy
I like that that that boy
and let me seeya bring it
back back back boy

OK
I like that that that boy
and let me seeya bring it
back back back boy

I luv Jay



nota six pax: Ada orang Mesir mahu celen Jay Park? Helo...bulu roma pon dah kalah la baiiii!! Nanti bulan 9 pastikan eight pax!!! ke ke ke. For time being, Jay menang. ke ke ke.

Tuesday, April 20, 2010

=))

Seronok pulak meroyan panjang2 penuh perasaan dengan mak. Thanks mak keranan memahami krisis wanita suku abad. hehehe

<3<3<3<3

Semoga Allah beri kekuatan hati untuk saya mengharungi dugaan hari mendatang.. he he



Ini untuk ayang wilda, kfans buat JayTV mcm 2NE1Tv..kekeke. Dae bak!

U-kiss

Hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...Ukiss datang Malaysia JUNE!!!!!!! Edit: Saya dah balik sini balik 19 june..hehe. Sib baik.

Monday, April 19, 2010

Royanan episode dua.

Selamat bertemu kembali.
Saya takkan meroyan sebagai respond terhadap 'pembebasan'/'pelepasan' *haiyoh, BM!!!* MV baru 6pm yang berkonsep 'Pinggan tak retak nasik tak dingin". Well 6pm, orang tak hendak, u ingat ai ingin???? Kita tengok je lah berapa banyak album terjual. he he he. Kalau anda kawan saya dan kasihani saya, tak payah tengok. Beli apetah lagi *jeling ayang*. Kalau nak tengok untuk kutuk, silakan. ke ke ke. Sapa nak puji, jangan sampai pengetahuan saya. he he he.
Kenapa saya tammo meroyan pasal MV depa? Sebab Jay promote MV ni kat channel YT dia. &%$^&#%*$(%*!!!!! So, saya bertenang je lah. Malas nak menonjolkan kesaikoan diri.

Berdasarkan petikan di atas dah majoriti entry dalam blog ni, sudah terang lagi bersuluh saya adalah orang yang short tempered. Kalau ada pertandingan blog konsep meroyan, saya yakin saya boleh menang 3 tangga teratas. Di alam nyata juga saya short tempered, tapi sedang latih diri untuk diam. Tangan seram sejuk, menggigil, tapi tetap diam. Biasanya kalau memang tak tahan saya terus buat karangan kat email dan send kat Phonwan. he he he. Pastu esok pagi dia report sama Wijdan dan sebaik saya melangkah masuk opis mereka akan analisa masalah dan tenangkan saya. Tapi biasanya cepat panas cepat sejuk. Bila depa sembang, saya dah ok.

Susah lah nak kawal kebengkekan hati. Cuba nak buat relaks, tapi susah. Sampaikan kalau saya drive, memang takleh sembang bab2 emosi, mesti la bawak mcm orang gila. So, end up kawan2 sembang2 pasal benda-benda simple atau benda-benda yang menggembirakan saje, he he he.

Oh, the reason why I'm writing this adalah kerana kekonpiusan. Saya bad tempered ngan sorang kawan. Sekalik dia sms

'Dijah ada hati kat saya ke?'

Ok, sib baik dia sms. So, saya lepas bertenang balas dengan baik.

Camnilah yer hadirin dan hadirat sekalian. Kalau pompuan meroyan tak bermakna dia meroyan sebab dia ada menyimpan hati kat orang yang dia royan. Penah dengar pasal PMS? Kalau tak pernah pegi baca. Tolonglah jangan buat kesimpulan membuta tuli.

Jatuh saham mek!!!!!!!!!!!! *kesimpulan royanan panjang berjela*

Sunday, April 18, 2010

Malaysia

Yang ni tak boleh tak tepek. U-kiss akan datang Malaysia untuk concert. I'm no sure fanmeeting dah buat ke belum, tapi dah jumpa teaser ni. Mek adalah sentap sampai terus terkalih perhatian dari buat lit review!!!!!!!! *alasan*

Barulah tau kenapa Kevin dikasihi dan disayangi. Pronouciation dia sedap! Yang Xander nih (yang pertama)...hish. Malaysaya? tatau nak gelak ke nak pelangkung. keke. Majority pronouce Malaysia mcm pronouciation cina, kan?

Pengenalan: Xander - Eli - Soohyun - Kibum - Kiseop - Kevin - Dongho.

Mencik rambut cendawan butang kuncup oleh dongho!
Kiseop adalah hotssss *pengsan*

Saturday, April 17, 2010

Meroyan

"my sympathy and support right now goes for 2pm, cause they suffered too much and they didnt do anything to deserve this kind of treatment they get !!" s0o0he@2oneday.

and I just love this reply

"Yes, poor 2pm. It must be so hard for them to endure all those endorsement deals, all the dramas and variety show appearances, the strong backing of a management company, and of course the profits from all these things. It must be hard for them to split the profit 6 ways when they really want to get less money and split it 7 ways. Poor things... =[ oh. wait. " pop@2oneday.

Boleh dapat darah tinggi bila masuk forum 2oneday. Asik bergaduh tarik rambot je fangirls. Tapi based on my observation yg meroyan lebih2 ni most prob fangirl muda2, sebab royanan langsung takde isi dan bukti. Yang tua-tua ni (majority noona yang monopoli forum, hikshiks) gado ala2 macho.

Coldest/Bumtist bukan marah pun 6pm nak buat show. Cuma menyampah bila depa tak reti main saikologi. Lepas conference, Taec *hish, rasa nak koyakkan mulut dia bila taip nama dia ni* update cyworld buat statement cute la kononnya. Depa semua tak pernah ada awek ke? Kalau awek marah, kena buat apa? dok diam-diam toksah pujuk. MINTAK MAAP kalau buat silap, dan tunggu orang cool off. Hish.....menyampah betul. Dia tatau ke org menyampah ngan dia? Pastu buat komen kat cyworld salahkan fan. Retis apekenamanya salahkan fan? Tompok, eh Tomok pon tak penah salahkan fan. Very the vengaps lah Taec nih. Pastu setakat nompang glemer orang lain berlakon Cinderella sister tu...ada hati journalist yang disara JYPE kata rating naik sebab Taec. Halo, walau I sibuk kira cacing, I bukan vodoh. Rating naik sebab ada pelakon gelemer nama apa ntah. Perasan lah! Kalau betul Taec ada aura pesal FO2 rating menjunam? Semoga rating FO2 jadik 0.005%. Then, gedik jugak nak buat comeback April ni. Sehari sebelum bday Jay pulak tuh. hishhhhh. Kendian nak buat tour America pulak? Tatau ke Korean-American masih rasa hati disiat-siat skang nih. Very the bubuh garam kat luka la JYPE ni.
JYPE la kampeni paling busuk dalam donia. Bengkrap la cepat. Biar 2pm disband. Tolonglah............. Luncai emas berjuta-juta kali lagi baik dari JYPE.

Seriously, kalau betul depa nak dedahkan 'kesilapan Jay' april nih.... JYPE will have a good taste of HELL. Coldest hwaiting!!

Memang sapa2 yang dok terjerit-jerit 2pm.6pm.5pm depan aku memang siapla. Ni memang darah dah naik. Seram sejuk dah tangan. Memang takleh tengokla MV baru depa nanti..kang ada pulak yang kena santau angin. Tengok teaser pon dah rasa disturbed.

2pm, your new image is dirty eh? Suit your morals perfectly. You backstabed your hyung and you trashed your fans. 2pm is dead.

DEAD.

Jaws di Seattle

Ini update saya

Sebenarnya takde benda nak update, tapi sebab ada timbul salah paham saya update jugak.

1. Saya takde blog lain yang lebih aktif dari blog ini. keke.
2. Saya takde privatekan mana-mana blog kecuali blog untuk meroyan tanpa sekatan bersama kawan2 SERATA. Tapi alhamdulillah, lama dah tak berapdet blog tu, menandakan kami semakin pulih.

------------------

Saya tak update blog dalam erti kata yang sebenar sebab kehidupan saya sehari2 adalah sama sahaja. Tiada yang berbeza. Pagi pegi uni buat labwork. Berhenti untuk break waktu lunch dan kendian sambung balik labwork. Since sekarang dah dekat nak masuk Ramadhan, huhuh, telah memulun untuk puasa ganti. This is the best time saya rasa sebab bila puasa ni takdelah sibuk nak pi lunch. So, break tu kejap ke. Kalau lunch selalu ngan kawan-kawan dan pastinya banyak isu semasa yang nak dibincangkan.
So, biasanya saya stop labwork dalam kul 4.30 ptg, sebab skang maghrib masuk dekat2 kul 6. So, sempatlah masak apa yang patut. Kalau tak puasa, akan stop lambat sikit untuk dinner.
Lepas maghrib biasanya akan ke uni semula, tapi bukan untuk buat labwork. Buat semua write up yang perlu:

Lit review saya sorang je yg tak hanto kat dekan. Maknanya saya sorang je lagi yang tak confirm candidature.
Tengah buat abstract untuk conference bulan 8 tapi perasan result mcm meragukan. Bila cek balik, ada salah dan silap pada excel. Tulah, pengajarannya, jangan copy and paste data. Hyperlink kan data pada source asal, supaya bila kat source asal tu ada perubahan, semua data lain juga akan updated. So, skang ni dah bertambah lagi satu keje. Semua data saya kena hyperlink kan satu2 dan kena reanalise semua data dan buat pembetulan pada report yang suatu ketika dahulu meresahkan.

--------------------

Terima kasih buat ayang wilda dan emak yang menyarankan bacaan manzil setiap hari. Alhamdulillah setelah mengamalkan manzil, terasa ada perubahan. Takde lagi nampak lembaga-lembaga hitam dan putih di bilik dan di kawasan school. Takde lagi mimpi mati atau eksiden atau kereta mahu meletup atau hantu. Tiada lagi kena hempap. Tiada lagi resah gelisah mahu tidur kerana merasakan malaikat maut ada dalam bilik.

-------------------

Saya telah memotong rambut akibat kerimasan tahap gaban dan akibatnya, $58 melayang. Sila jangan convert ke MYR. Ngeri! Oleh yang demikian saya tidak dapat mereload henfon..kekeke. Harap tiada sesiapa yang speku bukan-bukan bila saya sudah tidak berhubungan melalui fon. Mak, tak kol bukan sebab gigih buat kerja..sebab takder kredit...hehe.

--------------------

Fi cakap 'tak berbaloi stress, ni PhD je pon..' Betul jugak kan. Bukannya ada kesan yang sangat signifikan kalau tak habis PhD. Well, kena bayo kat gomen la duit tapi kesan pada anggota kita takde yang ketara. Lainlah kalau tak habis PhD seluruh populasi lelaki jambu di dunia terus pupus! Then we should stress! keke

Orait.sudah mahu balik untuk siap2 berbuka. Till then..ai miss yu!

Thursday, April 15, 2010

Say NO




Motip Dong Woon dapat satu line jer?????

Wednesday, April 14, 2010

24th April is J-day!




Uploaded 15 march. 3million views.



Uploaded 12 april. 6ook views.



man i'm working at the tire shop i get off in an hour so
if you dont mind would you come and pick me up
give me lovin and a hug cause i've been strugglin and stuff

*pengsan*


ps: I hope JYPE dont have anything under their sleeves. I want JYPE to be pwned by Jay!!!!

Monday, April 12, 2010

=(

Penat. Malam tadi golek-golek atas katil sebelum tidur sambil baca journal. Last-last terlelap terlupa baca 3 qul. Kesannya, mimpi merepek apa entah dan kendian kena hempap. Jenuh struggle bukak mata, hanya boleh iqamat dalam hati dengan sekuat tenaga. Bila iqamat baru benda yang hempap tu blah. Series, rasa penat..Hari ni rasa mengantuk sebab tido terganggu. Pelik sungguh, lately ni banyak mimpi merepek...*sigh*

Sunday, April 11, 2010

Happy bday laling!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

jkgfsjkhfjkhflhskjsgkgADHfjhfjfkfjjagjhfgjha

Spazzing sebab terlupa bday Yamapi 9 April. Hari ni dah 11! huks.







happy bday Yamapi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanda-tanda umum sihir

TANDA – TANDA UMUM SIHIR/SAKA

Terdapat beberapa tanda umum yang boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa sihir/saka, iaitu : -

1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.

2. Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.

3. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri @ kanan.

4. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.

5. Sakit dibahagian perut tanpa sebab.

6. Istihadah (darah yang keluar melebihi 15 hari ).

7. Terasa ada sesuatu yang mengekori anda.

8. Terasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.

9. Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib dan tengah malam.

10. Timbul rasa takut tanpa sebab.

11. Nampak bayangan yang menakutkan.

12. Nampak suatu makhluk yang aneh dan menyeramkan.

13. Terasa seperti ada sesuatu yang menolak ketika berada dalam tandas.

14. Sukar untuk lelapkan mata.

15. Seringkali mimpi yang menakutkan.

16. Seringkali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.

17. Dihimpit sesuatu ketika tidur.

18. Mimpi bayi@kanak-kanak.

19. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.

20. Mimpi ketempat kotor,sunyi dan menakutkan.

21. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

22. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur.

23. Seringkali pengsan tanpa sebab.

24. Takut untuk menziarahi jenazah.

25. Adanya bisikan yang meminta mangsa melakukan sesuatu yang dilarang Allah.

26. Ragu – ragu tentang keimanan.

27. Rasa seperti hampir menemui ajal.

Skor: 9/27 =33%

Wednesday, April 7, 2010

Rabu Haru Biru

1. Farewell party untuk secretary kepada dekan dan early birthday celebration untuk wijdan anjuran ahli bilik gosip *kekeke*. Tiba-tiba ada drama sensasi yang menyentapkan berlaku menyebabkan hilang selera makan dan mood. Kesannya, tiada sekeping pon gambar diambil.

2. Sushi lupa nak amik. Mampus. Terlupa ni hari rabu. Lupa ada oder sushi. Lupa nak pi amik. Dah msg Kohei kat FB *dasarrrrrrrr*. Hope dia reply lah.

3. Pegi bank, tergerak nak cek balance. Tetiba nampak duit banyak lagi. Apekah? Takkan duit KPT dah masuk? Kalau masuk, takkan jumlah ini saja? Berderau darah. Dah agak duit sewa bounce balik. Masuk online banking, tapi terlupa paswed!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Finally dapat retrieve dan repay sewa. Rupanya salah key in nombor akaun Tuan Muda. Fuhhh. Janganlah halau..ni kira dah sebulan lebih tak bayo..huhu.

Gila betullah hari ni.

Suhu semakin menyejuk. Badan semakin memalas. Otak semakin membeku. Hati semakin membisu. Lidah semakin mengelu. Rabu yang paling haru biru. Tapi tetap rindu sama Jay Park! keke

Tuesday, April 6, 2010

Saya cik wok kah?

Heaps of thing to do. Tapi tulah, malam2 baru semangat buat kerja. Mebi sebab rakan-rakan gossip di Aussie dah tidur. Kalau fikir benda yang pending, boleh muntah. Tapi since encik bos dah tarik semua dateline, lega sikit. Cuma dia cakap 'disiplin sendiri, buat dateline sendiri. Hantar sendiri tanpa disuruh'. Betul la tu encik bos, tapi bila buat dateline sendiri susah beno nak patuh. So, plan sekarang siang buat labwork malam buat semua benda-benda bertulis yang menimbun-menimbun. (bila tulis ni rasa nak jerit pon ada)

Labwork jadi lembab tahap gaban yang lemah akibat dicuri senjatanya. Kemunculan stage juvenile dan immature menyebabkan sampel yang boleh diidentify dalam tempoh 2 jam jadi berganda. Jadi berejam-jam *sigh*. I doubt I will finish these samples sebelum balik Ipoh *sigh*. Kalau ikut hati nak pulun siapkan kerja sampai tak balik. Tapi sebab kawin biasanya dan harapnya hanya sekali *kan halim kan?* maka saya akan cubalah memupuk rasa lapang dada. Nanti sebelum balik kena tune otak supaya tak pikir sangat pasal kerja, nanti kecik ati warga-warga Ipoh. hehehe. Hope adalah sesapa yang baik hati kat lab nun tolong identifykan. Aminnn *angkat tangan tinggi2*.

Tadi encik bos menyarankan suruh pegi conference kat Brisbane. Hujung May. Contemplating. Since kawan-kawan ikan Thai mebi join sebab ni conference yang lebih menumpukan pada vets, semangatla sikit nak pegi. Tapi tatau lagi. Kalau hujan duit tetiba kat Aussie ok la kot.
July conference kat sini, slaid tak buat satu hurup pun lagi.
Ogos conference kat Melbourne, tak hanto abstract pon lagi. Nak present hapa pon tatau. Dateline 1 May. *pengsan*

Gambar dengan member Thai. Sebenarnya tepek sebab nak bgtau yang baru lepas cakap dalam fon (tu phone kat tangan), pastu tengah sembang ngan mamat sebelah tu (tu yang tunjuk2 hadirin hadirat) tapi masih sempat buat peace bila perasan orang amik gambo. Multitasking sangat. Last-last kena marah ngan paparazi sebab dia kata dia nak amik candid.

Tau kenapa saya tak suka kandid?

Sebab jadi mcm ni lah!

Mesti mode cik wok!! Walaupun nak berlakon cool tak jadi sebab betul2 bergossip sampai lupa yang tengah berlakon depan paparazzi. kekeke. Hancus.


MISS Y, saya gigih tepak gambo nihhhhhhhhhhhhhhhh sebab muka mamat ni iras siapaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????..kekeke.


Ok lah, nak pegi bagi makan kucing. Babai!

Monday, April 5, 2010

I was wrong

Quick update istimewa buat wildawatikhazisismail yang baru lepas jumpa ular tedung..hehe. Jangan lupa upload gambo bersama ular tedung, ok?

2am dah berkurun keluarkan MV untuk lagu nih, tapi i terleka.

Quick review:

1. Jika dan hanya jika Jinwoon tidak mempokok kelapakan rambutnya, saya akan kesat idung darah. Bila jinwoon buat rambut ginih *konon gangster* terus cacat klip lagu. Tapi gerakan badan dan mimik muka ok. Menjiwai.

2. Changmin adalah tersangat hot dalam ni. Semakin konpius bila setiap kali MV baru keluar Changmin menjadi sangattt jantan dan sangat sasa dan sangat hot. *terkedu sebentar*. Pakaian changmin dan rambut separa cacak mcm ayam yang hensem. Bagus. Suara memang sedap, ekspresi memang best. Suka part changmin belasah Seulong. keke

3. Seulong. Kalau hanya melihat pada MV ni akan rasa dia hot. Tapi sebab dah tau dia nih jenis malas kemas bilik sampai berbaukeke, jadik taklah drooling. Tapi pandaila seulong berlakon. Bagus ekspresi dia.

4. JoKwon punya rambut sangat cool. Dia sangat cantil dalam nih. Pakaian dia semua berkonsep kedivaan. Dia berjaya mempamirkan sisi jantan tapi masih belum boleh mengatasi 3 yang lain..kekeke. Tapi dia tetap comel dan sangat suka dengar dia nyanyi part inggeris. Nampaknya english dia dah improve - thanks to rancangan WGM yang paksa dia belajar inggeris.

Overall, MV ni best (abaikan rambut jinwoon). Suara depa sedap walau ada autotune. Jarang 2am berautotune segala. Lainla satu kumpulan adik beradik 2am lagi tu (entah apa nama kumpulan tu tah 5pm? 6pm? entah - dah tak glemer kot) yang gigih berautotune segala sampai rosak lagu. Pompuan ni pon ok, sebab konsep persekolahan taklah seksi hazab, bagus. Jalan cerita yang ok. Menunggu 2nd part.

Oh, masih rasa rambut Jo Kwon adalah sangat cool! Tapi langsung tidak berharap lelaki Malaysia buat rambut mcm tu.


Sunday, April 4, 2010

Update untuk ayah (ini entry seperti tiada lagi hari esok)

Dear ayah (baca macam nada baca surat)

Dijah ok. Sori tak kol sebab kredit semakin mengurang kerana sakan kol kawan-kawan untuk bergossip*sumbangan ikhlas dialu-alukan. hehe* dan sori sebab chatting sentiasa tidak lancar kena line broadband di sini sangatlah rendah mutu perkhidmatannya.

Kesihatan ok, cuma fluctuates dengan keadaan cuaca yang tak menentu. Ubat dr chee masih ada, inhaler preventive tu ok cuma tideous lah nak berkumur2 air suam kuku segala. Malasssss. Dah stop makan steroid. Feeling better cuma tengah malam tadi sekali dua terjaga jugak sebab sesak. Tadi demam sikit tapi dont worry ni demam gedik mengada-mengada. Mungkin demam rindu kat Jay..kekeke. Not fully fit tapi sentiasa takde masalah untuk bergossip. Lost weight tremendously but I think after this will gain more weight! =)

Eksperimen? entahlah. Tatau nak cakap ok ke tak. Tapi dah selesai aktiviti di lapangan. Kini beralih pula kepada arena memeningkan diri untuk mengenalpasti cacing2 yang dah collect dari perut bebiri hari tu. Ada 164 sampel dan sudah rangka-rangka yang satu sampel boleh habis dalam 2-3 jam. Tapi semalam mula dapat masalah bila stage yang tidak disangka2 muncul (juvenile and immature) dan tak dapat dikenalpasti sebab tak diajar lagi oleh sifu2. Sampel hari ni pon dapat stages ni dan terpaksa stop identify. So, target adalah habis proses sebelum balik bulan nam nanti. Doakanlah semoga semuanya ok. Kalau tak siap, mau meroyan balik Malaysia nanti..hukhuk.

Hidup sosial? Tak pernah dengar pasal fruit picking di Armidale. Nampaknya orang2 Armidale di waktu cuti hanya melepak2 di rumah sambil nosepicking sebab semua kedai tutup. SEMUA tutup 2 hari sempena easter. Selain ke lab, telah bersosial dengan rakan jepun yang dikenali di Autumn Festival - bebudak exchange programme 4 bulan, buat majoring in English. Ingat nak tanya pasal Yamapi, tapi depa nih muda beno (19 tahun) jadi depa minat band hingusan baru pecah suara dan minat jrock. Oh, in case ayah terpikir, budak ni anak tunggal. So takde can nak tekel abang dia. kekeke. So, bawak balik umah dan opah Cherry sakan layan budak Jepon nih sampai malam (sebijik mcm opah Patimah cara dia entertain guest. Silap takde mangkuk tengkat je nak bungkus lauk! kekeke). Kendian hari pegi join aktiviti bebudak Thai punya society. Saje lah nak memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Bila lah Armidale nak ada ramai Malaysian yang bersatu hati??

Then melepak umah wijdan untuk menagih kasih sayang dan makanan sedap. hehe. Oh, dan rutin adalah bagi makan kucing Elodi dan siram pokok bunga hari-hari sebab dia away seminggu untuk research. Sila kagum.hehe. Tapi nanti balik Ipoh nanti tammo siram pokok bunga. hehe.

Suhu? Agak sejuk. Ketika menulis entry, suhu dah jadik 10 darjah selsius. I am not enjoying it at all. Autumn is beautiful but I cant stand the coldness.

This is for you!


Saturday, April 3, 2010

Big Bang Electric Love Tour, Japan

Saya berdoa dengan sesungguhnya supaya bila saya habis belajar nanti, tiadalah memana kumpuln korea kegemaran yang buat konsert kat Malaysia.
Takut pengsan betul-betul. huks.





*kesat idung darah*
I just dont know why..
Lepas pemergian charlie, baru hari ni rasa begini.
Rasa yang susah digambarkan.
Susah nak diungkapkan.
Rasa kembali berbunga-bunga.
Rasa kembali bertenaga.