Kopi pes dari blog seorang penulis yang artikelnya pernah tersiar dalam majalah tempatan. Saya malu baca blog beliau sebab walau kami sebaya (saya tua beberapa bulan agaknya) tapi penulisannya tidak pernah menyesatkan. kehkehkeh.
"kerana kerja adalah dunia kapitalist yang memerah segala keringat dan mengeringkan semangat untuk hidup, lupa pada ruang-ruang seni dan budaya. Alpa untuk berpuisi dan menyanyi bila beradu tenaga. Pagi hingga malam kita mengadap skrin komputer dan timbunan kertas yang sebenarnya tidak punya apa-apa makna selain simbol ringgit di atasnya, dan dihujung hayat, kita fikir kita boleh tersenyum puas dengan segala jasa dan sumbangan.
belajar cuma diajar untuk jadi pekerja dan hidup, bukan untuk jadi manusia yang lebih baik. Kita letak ukuran kejayaan pada nilai ringgit yang masuk setiap bulan dalam akaun bank, pada kereta yang dipandu hari-hari, pada rumah tersergam gah di atas tanah. Daripada kecil, kita diajar supaya bercita-cita jadi peguam, doktor mahupun jurutera, semuanya status sosial yang dimasukkan ke dalam otak pemikiran sehingga dewasanya kita tidak pernah berfikir mahu jadi manusia. Dan kita cuma dikenali dengan status perkerjaan, jarang sekali dengan pemikiran. Kerana idea-idea utopia dan menjadi idealist adalah larangan senyap yang memerangkap segenap akal pemikiran dan membaculkan jiwa besar manusia.
dunia bukan apa-apa, cuma jalinan kompleks hidup generasi sebelumnya, dan kita lahir untuk meneruskan legasi silam tanpa diajar untuk berfikir dan bersoal.
dan bila kaki terlanggar kerikil hidup, kita jadi manusia yang mengeluh dan menyalahkan yang lain. Kerana sejak pandai membaca dan menulis, kita sudah diajar untuk merancang hidup selari dengan jangkaan sosial dan memerangkap diri sendiri dalamnya.
salahkan semua, sistem, negara lain, pihak pelampau, jiran sebelah rumah, kucing kurap tepi jalan.
kecuali hidup.sebab tiap titik hitam dan layar putih, kita yang mencontengnya dengan ilmu dan emosi.
jadi pilih untuk berpuisi dan menyanyi ketika hidup atau mengeluh dan menyalahkan yang lain."
Hayatilah dan selamat beramal. hikhik

No comments:
Post a Comment