Monday, February 15, 2010

Saya perempuan Cancer

1. Bebiri meronta, jarum yang ada immunosuppressant telah tercucuk diri sendiri kat jari. Sib baik tak pitam melihat darah yang asik keluar. Agaknya sebab darah tak banyak, so tak pitam. Hope takde apa-apa lah. Sikit je yang terkena kat jari. Kalau 0.5ml yang tersuntik, mebi la kot ada kesan kan?

Telah dibebeli oleh hamba Allah sorang ni.

"Pegi la klinik"
"Kalau sakit baru nak gi"
"Pegilah dulu, sebelum sakit"
"Kalau sakit baru gi klinik. Kalau tak sakit rugi je pegi, hehehe."
"Bagus jugak tu. Tak payahla pegi. Bukan saya yang sakit pun. Takda sapa paksa pegi pun kan? Tak payah pegi. Takde masalah pun kalau tak pegi kan"
"Ok, ok. Nanti orang pegiiiiiiiiiii" *ayat propa*
"Eh, dah tukar? Nak pegi pulak?"
"Oklah, tak pegiiiiiiii"
"Ha, macam tulah, tetap pendirian"

Sentap okeh, seriesly sentap. Sentap sebab saya jarang jumpa orang yang suka main reverse saiko mcm mak n ayah. Saya takleh kena marah ceramah panjang berjela, nanti saya jadik tensen. So, petua tammo bagi saya melawan adalah reverse saiko. kekeke.

2. Royanan: on. Saya rasa saya depressed. Ada terfikir-fikir nak berenti. Bukanlah sebab apa-apa pun yang nyata. Cuma saya rasa saya tak mampu buat PhD. Physically, mentally and emotionally taxing sampai saya rasa memang saya tak boleh. So, saya dah buat appointment dengan kaunselor, kalau tak ok lagi saya akan pi jumpa psikiatris *mcmana eja pon tatau*. Sebab saya dapat rasakan yang kalau saya balik Malaysia nanti untuk bercuti, saya mungkin takkan balik sini dah. Sebab setiap hari saya lesu lesan walau dah tidur melebihi 6 jam, saya rasa saya stressing out. Benda yang melambak, kapasiti otak yang terhad. Now I know why salah sorang student encik bos kedua yang selesai eksperimen, terus decide berhenti - balik ke negara asal. Its challenging for me - I'm very slow in terms of working in the field, I cant handle the animals swiftly, I cant write the bloody scientific paper up to the standard that they want, I dont use my brain (I'm not sure if I even have one!). Dah sepuluh bulan, tapi rasa mcm masih di takuk lama, lebik teruk kot sebab dah exposed dan dibrief pon masih gila babi tak reti buat kerja lagi. Royanan: off.

3. Tak, takkan pindah blog lagi. Kalau ada mood, update lain kali. =)

Muka Dongho dalam gambar ni hari tu nampak comel, hari ni nampak mcm hantu. Yelah kot kan, bila stress semua benda nampak buruk.

2 comments:

  1. ayang nampak muka dia bertampuk bedak. mungkin kita sama2 stress..sigh. mahu tukar kedai ubat jadi kedai jual barang korea.

    ReplyDelete
  2. Salaams,

    Sama lah kita dik, kadang-kadang rasa nak benam2kan model-model, literature review dan analysis dalam Elvet River.

    Tapi, kita ini terpilih bukan? Antara jutaan manusia, kita terpilih oleh Allah swt untuk menghadapi cabaran sebegini.

    Gambattee adik ku, ambil lah masa untuk melihat senja dan subuh yang hening kalau begitu. Memang penat, tapi alam akan sentiasa menyokong kamu. It's like sky will envelope you and wash away all of your sadness, tiredness and depression.

    Ah, inilah ghopernyer kalau baru lepas tgk fullmetal alchemist!

    Jangan putus asa dengan rahmat-Nya, kerana kasih sayang-Nya lebih dari kasih sayang seorang ibu. Percayalah, there's still hope, there always is.

    ReplyDelete