Update seposen
1. Tensen lagi dengan pengecaman anak cacing. Kena camkan seratus untuk percentage. Masalahnya teknik dah tersilap, recovery adalah sangat-sangat rendah. Kalau sekor pon susah nak jumpa, camno? hukhuk. Mampusla kalau encik bos tau nih. Saya konpiden 250% hari ni yang teknik hari tu tersilap sebab untuk sampel kemudian yang sara buat, recovery ok. Bencinyaaaaa bila method ASAS yang PENTING pon takleh buat elok-elok. Malu seh ngan diri sendiri dan penduduk bumi yang lain. So, saya fed up cepat hari ni kat lab. Esoklah baru sambung. Memang dah frust lah ni kiranya sebab keluar dari lab awal. Selalu gigih stay lab sampai lewat. Anak-anak cacing, kasihanilah diriku..hukhuk.
2. Tengah setup jadual untuk sembelihan 84 ekor jaybommies *menulis part ini dengan rasa berdebar*. Encik bos pertama minggu ni takde. So, semua urusan adalah melalui email. Bila dia dapat banyak email - jadual penyembelihan, abstract conference dan update experimen, dia bunyi happy balas email saya (nampak mcm gigih buat kerja..heheh..padahalllllllllllllllll). Tapi tulah, belum dia mai balik sini dan dengar kisah ngeri - rujuk poin satu kat atas nun. kehkehkeh. Bencinya bila terpikir akan menyebabkan encik bos sentap lagi!
3. Ingat esok nak pi workshop - nak repair lampu belakang yang telah disodok orang dan repair cover bahagian bawah kereta. Terkopek! Ni mesti sebab bawak pegi ladang..*sigh*. Memang tak sesuai sebab tanah tak rata - berbatu batan dan berumput rumpan *cikgu BM, ampunkan saya*, tapi nak buat macamana kan, saya bukan ada duit nak beli
4. Semalam je saya ada internet malam - pinjam bband One untuk test coverage. Laju jugak guna Optus *bunyi macam octopus kan? tapi logo penguin* ni. So, dah oder modem. Hope minggu depan lehla berpeleseran di malam hari di alam maya.
5. Buat warga SERATA yang cuba nak recall Allahyarham Nawal Abdul Aziz yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan baru-baru ni, ni gambar beliau. Yang menyentuh hati saya adalah Nawal merupakan kawan rapat kepada Abidah Adam. Abidah Adam telah kembali ke rahmatullah pada 2006, akibat basikal yang ditunggangi dilanggar oleh truck di Minnesota, US pada Ogos 2006. Masa tu agak gempar berita Abidah, sampai keluar news kat US *saya tgk online*.
Kedua-dua mereka - Nawal dan Abidah merupakan 'adik bilik' di RHBB yang bijak dan suka membuat aksi comel. Jantung berdegup kencang dengar berita kembalinya adik-adik yang dikasihi ke pangkuan Ilahi. Walau sudah lebih 10 tahun tak berjumpa, getaran masih terasa. Al-fatihah.
Facebook Nawal di sini.
Lately, berita menggoyah jiwa datang bertubi-tubi. =(
No comments:
Post a Comment