Wednesday, April 25, 2012

Jantung yang berhenti berdenyut

Hari ni cuti umum, Anzac Day. Hari meraikan tentera Australia dan New Zealand yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Saya yakin bahawa hari ini cuti umum seperti Hari Kemerdekaan negara di Malaysia, dan telah membuat andaian bahawa library ditutup.

Maka hari ni diisi dengan membuat pembetulan analisis sambil menyambil mononton The Equator Man sampai separuh Episod 2, kemudian melepak sambil bergossip di rumah kawan.

Bila sampai rumah dah Maghrib, tetiba gatal tangan cek email melalui fon. Peliknya bila dapat email dari sorang kakak library memaklumkan kepada semua penjaga kaunter bahawa ada sistem mesin yang down hari ni berserta pintu otomatik yang tak berfungsi.

Sentap. Kalau ada aduan dari library hari ni makanya hari ni library bukak.

Gulp.

Saya punya shift pukul 1-3pm hari ni tapi sebab saya assume hari ni cuti umum saya tak pergi kerja.

Gulp.

Saya bukak website library tengok waktu operasi. ANZAC DAY 1-5pm.

Gulp.

Kenapa depa tak kol tanya kenapa x datang?

Terdiam sendiri.

Pelan-pelan bukak planner nak pastikan waktu kerja hari ni yang dah discrape out sesuka hati sesedap rasa.

WEDNESDAY.

9-11am.

Fuhhhhhh. Alhamdulillah.

Mental note: jangan suka suki assume benda yang tak pasti!

1 comment:

  1. Suka cerita-cerita penuh dramatik begini. Menjawab entri yang lepas, maybe akak dah semakin terurus, juga ditrain untuk jadi lebih penyabar dengan bekerja di library, hence why dah kurang moment-moment dramatik?

    ReplyDelete