Last week saya dan rakan-rakan terlibat dengan aktiviti kebudayaan kat sebuah sekolah sempena Harmony Day. Kami dapat liputan dari wartawan university dan appeared kat website uni. Ahaks. Link sini. Dan jurugambar siap panggil masuk studio. Malangnya saya terlupa pasal sesi bergambar segala nih di hari yang dijanjikan, dan pakai sangat slebet. Tudung pon main selempang2 jahhhhh. Kalau ingat, sure bertouch up-touch up bling bling berpakaian meriah! Sesia amik gambo guna kamera ribu riban dalam studio canggih vogue tapi saya seperti pelarian dari Malaysia :/ Hazabbbbsss *facepalm*
Yang best tentang team kami kali ni, kami berkawan sejak zaman berzaman di bumi Armidale dan decision nak join ni sebab bebudak lain tak dapat participate (depa jadi volunteer untuk graduation). Maka konsepnya aman sekali bila kerja ngan member2 yang dah kenal.
Kami sampai hari Khamis. Eksaited nampak depa advertise Harmony Day.
Malam tu kami berjaga sampai kul 2 sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa slide tak siap. Almaklumlah kami semua sibuk ngan assignment/tesis segala. Jadiknya sampai ke hari kejadian (Jumaat pagi) kami masih kelam kelibut siapkan slide carik maklumat.Hazabbbbbbbbbbbbs. Dahla menompang tido rumah pengetua, pastu bebudak ni sebab ngantuk depa buat lawak yang sengal so macam seksa menahan mengantuk dan ketawa (takut pengetua halau tido luor).
Nampak tak kain baju kurung saya tersangkut situ? Ahaks!!
Kami buat presentation kat 5 ke 6 kumpulan, dah lupa. Setiap kumpulan sejam. Tercungap jugaklah. Ni kumpulan budak darjah 5 kot.
Gambar budak tadika darjah satu tak amik, lupa sebab sibuk dok nengok depa. Comellllll sangat.
Tajuk entry adalah adiwira kan? Apa kaitan??? Ok, ni baru nak masuk konsep. Tadi tu semua mukaddimah...kekekek. Dek kerana kurang persediaan, kuranglah props dari Malaysia. Punyalah nervous nak attract attention depa. In the end, klip Boboiboy menjadi penyelamat wakil dari Malaysia.kekekekek. Tayang klip Boboiboy tu semua terngaga siap depa suruh ulang. Ada yang tanya macamana nak cari kat youtube. Fuhhhhhhhhhhhhhh.
So, terima kasihlah Boboiboy, menjadi adiwira di saat-saat genting. Yelah, nak menari tak reti, nak nyanyi lagu Cindai kang pengsan pulak bebudak sekali ngan cikgu-cikgu. Kembang kuncup hidung kebanggaan bila bebudak semua senyap terlopong tengok kecanggihan dan kecomelan animasi Malaysia. Go Boboiboy!!!!
Love and respect
Dijah
Omaigot! Entry ini tersangat awesome! Boboiboy adalah adiwira saya jugak (tapi adiwira kedua la selepas Mahadi Halim!)
ReplyDeleteTERBAIKKKKK.....!!!! (Whoops lupa nk bg salam dan berkenalan. Cuma knal K. Dijah yg rajin mengomen di FB Naz, Am dan yg sewaktu dengannya. Anyway, this is my first time commenting here!)
ReplyDeleteAssalamualaikum...Nzard ni awek si Naz ke?hihihi tetiba akak terjah kan ^^..Selamat mengomen!!
ReplyDeleteNaz,akak gigih habiskan semua episod boboiboy dalam seminggu!!! Hihi
Kami berdua ni ala2 teman tapi mesra. Gituu! Haha!
ReplyDelete