Memunggah barang dalam beg tangan. lihatlah!!!!!
Jika anda hebat cuba bagitau apa yang anda nampak. Ada 17 benda kesemuanya!!!!! Ahaks
Thursday, April 26, 2012
Mencari benda tersembunyi
Memunggah barang dalam beg tangan. lihatlah!!!!!
Jika anda hebat cuba bagitau apa yang anda nampak. Ada 17 benda kesemuanya!!!!! Ahaks
Jika anda hebat cuba bagitau apa yang anda nampak. Ada 17 benda kesemuanya!!!!! Ahaks
Wednesday, April 25, 2012
Jantung yang berhenti berdenyut
Hari ni cuti umum, Anzac Day. Hari meraikan tentera Australia dan New Zealand yang terkorban semasa mempertahankan negara.
Saya yakin bahawa hari ini cuti umum seperti Hari Kemerdekaan negara di Malaysia, dan telah membuat andaian bahawa library ditutup.
Maka hari ni diisi dengan membuat pembetulan analisis sambil menyambil mononton The Equator Man sampai separuh Episod 2, kemudian melepak sambil bergossip di rumah kawan.
Bila sampai rumah dah Maghrib, tetiba gatal tangan cek email melalui fon. Peliknya bila dapat email dari sorang kakak library memaklumkan kepada semua penjaga kaunter bahawa ada sistem mesin yang down hari ni berserta pintu otomatik yang tak berfungsi.
Sentap. Kalau ada aduan dari library hari ni makanya hari ni library bukak.
Gulp.
Saya punya shift pukul 1-3pm hari ni tapi sebab saya assume hari ni cuti umum saya tak pergi kerja.
Gulp.
Saya bukak website library tengok waktu operasi. ANZAC DAY 1-5pm.
Gulp.
Kenapa depa tak kol tanya kenapa x datang?
Terdiam sendiri.
Pelan-pelan bukak planner nak pastikan waktu kerja hari ni yang dah discrape out sesuka hati sesedap rasa.
WEDNESDAY.
9-11am.
Fuhhhhhh. Alhamdulillah.
Mental note: jangan suka suki assume benda yang tak pasti!

Sudah berubah?
Entry-entry dari blog lama sudah diimport. Walau mula blogging dari sebelum 2008, blog sebelum 2008 sudah hilang tanpa kesan (tak diimport) sobs sobs. Tapi bear with me, labels semua merapu dan meraban, tak sempat nak organize lagi.
Bila baca balik entry lama sejak 2008 sangatlah dramatik. Banyak benda yang saya tulis saya rasa saya nak bidas. Dan saya saya dulu saya menulis untuk happy2, untuk sharing2. Sekarang macam sudah kurang lawak sengal. Saya sendiri hairan mana dapat idea merepek menulis entry spastik macam dulu-dulu.hahahhaa
Agaknya dah jarang tulis blog sebab selalu letih. Sepanjang masa letih. Tak de masa yang tak letih, asik letih. Mungkin bila dah meningkat dewasa nih tenaga semua dah berkurang.hehehehehe.
Lebihnya, dah tatau nak cerita apa. Malas nak bercerita pun ada. Kalau dulu berlari kejar bas pon cerita kat blog. Sekarang walau ada jugak join itu ini situ sana sini, malas pulak nak bercerita. Mungkin sebab rasa penat menaip (motip?). Sekarang bila meroyan citer kat kawan/kaunselor. Kalau dulu bloglah satu-satunya tempat curahan rasa.
Anyway I will try to keep up menulis, ot for the sake of other people but for myself. Bila dah tua-tua nanti boleh baca balik. Sekarang ni pon bila baca balik cerita lama hati tergelak kecil.hahaha. Ada benda yang saya dah lupa pun.
Buat yang membaca entry-entry dalam blog ni, ingatlah...Whatever you read in this blog stays here. Janganlah pulak terjah2 tanya details.kekekeke. Letih tau nak menjawab. Dahlah letih menaip!hahahah
Selamat terjah!
Love and respect
Dijah
Tuesday, April 24, 2012
Membunuh banyak burung dengan satu batu
InsyaAllah kalau takde aral melintang, sihat tubuh badan dan jika diizinkan Tuhan akan ke Newcastle Australia di hari Jumaat.
Teruja untuk berjumpa jiran Desa Perwira (Ana), Pdos Bawadi, kawan baik Halim (Harith) dan wifenya yang baru bersalin serta wife kepada adik Harith. Di samping juga jalan-jalan buang masa.
Disebabkan itu, esok dan lusa mesti siapkan draft Journal 2. Lima jam dalam keratapi (ini kali pertama nak naik keretapi, nervous!!!!), kalau tak tidur nak betulkan lit review.
Baru paham kenapa supervisors semak thesis/paper/kerja-kerja students dalam flight, masa adalah sangat limited.
Love and respect
Dijah
Thursday, April 19, 2012
Does it matter? Why?
Kaunselor cakap saya punya threshold kesabaran adalah tinggi, tapi bila lepas je threshold tu, kadar kawal diri amatlah lemah sebab saya dah bottleup lama.
So sebagai latihan kawalan diri kaunselor suruh tanya diri sendiri tetiap kali badan menggigil menahan geram: "Does it matter?"
Tapi knowing myself, saya tergelak kecil dalam hati sebab kalau tengah napsu amarah membuak-buak haruslah saya akan jawab kat diri sendiri "IT DOES MATTER". Dah namanya kaunselor terlatih,opkoslah dah banyak deal dengan drama queen yang kuat meroyan. Kaunselor kata, lepas tanya "Does it matter?", kalau kita jawab "Yes", tanya pulak "Why?" Hahahahah.Terdiam terus dalam hati.
Lepas balik kaunseling, balik umah semangat nak makan nasik. Penat seharian away dari umah dan assume nasik ada lagi dalam periuk sebab masak banyak semalam. Sekali bukak periuk tinggal secoet nasik, ala2 2 sudu besar. Terus rasa bengang. Nasib baik baru lepas balik sesi kaunseling, terus prektis.
"Does it matter?"
"Opkossss!!!!!"
"Why?"
"Im starving".
Bila jawab starving tu dah sedar yang masalah utama adalah lapar.Tahap lapar dan tahao cranky adalah berkadaran terus gituh. So, saya pun tenangkan diri sendiri....Masak nasik, sambil tunggu nasi siap pegi mandi sambil menenangkan jiwa. Bila dah wangi, makan nasik lagi best. So malam tu makan dengan senang hati. Sekarang lepas masak nasik asingkan siap2 dalam peti ais, jadi taklah tersentap sendiri kalau nasik yang banyak dalam periuk communal itu habis.
Macam tu jugak bila ada hamba Allah yang tetiba kata kat saya kalau dia nak fokus dengar cerita saya dia kena bayangkan muka pompuan yang cun sebab dia tak selera kalau terbayang muka saya.
Memang bengang.
"Does it matter?"
"Yes"
"Why?"
Saya terus takleh jawab diri sendiri. It doesnt matterlah kan sebenarnya. Kalau nak cakap kasar, saya tak pernah masukkan nama dia dalam list lelaki yang layak dibuat suami pon kan? So why take it so seriously? Itu opinion dia kan? So saya pon abaikanlah dan sembang macam biasa.
Banyak benda yang kita takleh ubah dalam dunia ni. Yang kita boleh ubah adalah the way we think. And Im still struggling to do that.

Saturday, April 14, 2012
Senyum seindah suria
Hari Khamis, first time dapat shift malam. Excited tapi risau. Risau sebab bila
kerja dari 5 ptg sampai 9 malam, sure letih. Saya tak suka kerja kat kaunter bila
letih sebab nanti akan pengaruhi mood patron. Bila kita tak berada dalam mood yang
baik, senyum pun fake. Sigh. Tapi nak buat macamana keje PhD menimbun. So nak tak
nak siang hari cuba siapkan analisis dan kerja2 yang sepatutnya.
Then bila pukul 4 decide balik umah makan nasik. Sebabnya, saya ni akan cranky bila
lapar dan saya takmo cranky kat kaunter. Sebelum balik makan nasik sempat sembang
ngan Arin kat ym. "bila ko di kedudukan customer msti ko try jd customer yg tak byk songeh kan? kan?"
Definitely YES. I am a very sensitive young lady. Kalau sesapa penah kenal saya dari zaman USM akan tau bahawa saya adalah ratu sentap dan ratu meroyan. Tapi kenapa, sejak saya kerja di KAUNTER library tiada kecederaan pelanggan dilaporkan? (setakat ini).
1. Arahan dari pihak atasan sangat clear dan setakat ni kebajikan terjaga. Jadi bila
tak berapa nak stress ngan bos/rakan sekerja, kita punya mood pon OK kat kaunter.
Jadi seboleh2 takmo burukkan nama library.
2. Patron yang menceriakan dan yang menghargai lebih ramai dari yang kerek. THIS.
Setiap kali beri bantuan kepada patron, majoriti akan tunjuk depa appreciate. "Thank
you very much for your help. I really appreciate it", "Thank you so much, you helped
me a lot". "Thanks I appreciate you help today". "Fantastic! thanks". Bayangkanlah
kan bila orang senyum sambil mengucapkan kata-kata ini kat kita sure penat pon
hilang. At least thats what I felt.
Being on this side of the counter made me realize that I took things for
granted. Makcik kerja kaunter JPJ, pejabat pos, kaunter pertanyaan, perpustakaan,
stesen bas, pejabat pendaftaran, kedai makan, kedai jahit dan polis.
Kita selalu ingat kita je yang penting dan customer is always right. Kita riak dan
sombong sebab kita ingat semua orang yang serve customer perlu merafak sembah kat
kita sebab customer is always right.
Kita tak sedar ucapan 'Terima kasih' disertakan
dengan senyuman ikhlas membuatkan orang kaunter rasa dihargai. Saya TAK PERNAH puji
perkhidmatan orang kat kaunter secara depan-depan masa kat Malaysia walaupun servis
depa tip top. Saya ingat semua tu tak perlu. Depa dapat gaji kan, motip nak kena
puji-pujian segala? Tapi saya lupa, penghargaan perlu dizahirkan. Sama seperti
ketidakpuashatian selalu dizahirkan.
Kat sini bila orang komen baik-baik bila ada servis yang tidak memuaskan, staf akan
mintak maklumat, cuba jelaskan situasi, mintak maaf dan beri jaminan akan perbaiki.
Dan bila servis memuaskan memang ramai orang akan zahirkan. Pakat2 makcik pakcik
kerja library rasa happy. Bila happy kami pon dapat bagi senyuman dari hati bila
bertugas. So bila pelanggan tengok kami senyum depa pun tak takut, depa pun senyum.
So its a cycle.
"Buang masa je cakap elok-elok, orang kaunter tetap kerek masam mencuka" Baguslah
bertanding sapa paling kerek kan? If you cant solve the problem, please dont be one
of the problem.
Ingat ya, kalau nak servis terbaik dari pelayan pelanggan kita perlulah jadi
pelanggan terbaik juga :) It starts with us ^^
Love and respect Dijah
Love and respect Dijah
Thursday, April 12, 2012
Risk taker
I am not a risk taker but I wish I am.
Bila dikelilingi bebudak yang just grab any chance depan mata kadangkala rasa diri ini begiru lemah sekali.ahaks.
1. Dulu pernah dapat offer buat PhD kat Jepun tapi sebab KPT tak luluskan, terus kensel niat walaupun potential sv sanggup gunakan duit research grant dia dulu for all expenses dan kemudian cari scholarship. Kalau saya risk taker maybe saya dah pegi Jepon dan mungkin dah jadik girlfriend Yamapi sekarang. hiks.
2. Dah bei tiket konsert dekat beribu kendian kensel. Sebabnya, tak berani memandangkan konsert habis lewat malam kat Sydney, pastu pulak tempat tinggal yang dah dibook adalah jauh dari stadium tempat konsert. Memandangkan tak pernah ke konsert, tak pernah ke Sydney dan kali ini berseorang diri dan rasa tak sedap hati, terus kensel. Burn tiket flight, burn tiket konsert. Lagipun artis kpop tahap sendu je yang datang. Taklah rasa rugi sangat tapi terpikir kalau saya berani amik risk berseorangan sure dah boleh catch up dengan kengkawan fangirls (merangkap rakan meroyan online) di Sydney :(.
3. Sepanjang kat sini ada few verbal offers untuk kerja dan postdoc. Salah satu offer postdoc adalah dari researcher KOREA. Korea you all, KOREA!!!!! Tapi bila memikirkan saya ada kontrak ENAM tahun ngan gomen, kendian takde basic molecular, saya terus decide untuk decline. Satu lagi offer untuk postdoc kat sini tapi host animalnya ayam. Saya decline sebab isu contract dan ayam bukan bidang saya. Tapi lecturer tu cakap bila dah habis PhD sepatutnya jadi allrounder, tak kisah host animalnya apa. Which is true, tapi I ols ni penakut tahap gaban nak amik risk. Ahhhhh, kalau jenis wanita risk taker mebi dah tak peduli apa, accept verbal offer mamat korea tu dan diskas prosedur. Apa susah, bayar je lah balik kat gomen, kan? Ramai je budak oversea sini resign kerja lama sebab decide nak stay. Tapi tulah, penakut gila saya nih..jadilah seperti katak yang comel dalam gelas. Takpelah, rezeki ada di mana2. Semoga ada jodoh bertemu mertua di Korea suatu hari nanti! Amin. ahaks
Love and respect Dijah
Monday, April 9, 2012
3 jantan macho
Pada suatu hari ketika minggu orientasi, muncul 3 orang jejaka macho mendatangi kaunter. Sorang-sorang badan macam raksasa. Solid dan tough giteww. Tetapiiii bebudak ni tersangatlah kontrol macho menyebabkan saya terseksa menahan ketawa di kaunter. Adik-adik, tak perlulah trying so hard nak tunjuk sasa bagaikan raksasa!!! Kehkehkeh
"Do you have books here?" dengan penuh gaya macho bagaikan pengembala lembu.
Saya jawab "Yes we do. This is a library" Senyum. Dalam hati: (Seriously u ols? Motip tanya kat library ada buku ke idakkkkkkkk? Saje bikin akak sentap!)
"Cool. Can we borrow books here?" Dengan suara jantan dan memek muka yang sangat serius.
"Yes you can. You can borrow books from the library". Senyum. Dalam hati:(Ada ke library yang tak boleh pinjam buku?Akak konpiussss dikk!!)
"How much is it to borrow books from the library?"
"In this library its free" Senyum. Dalam hati (Akak tatau pun ada library yang caj kalau pinjam buku. Mungkin sama konsep macam sewa DVD???Saje tau bikin akak konpius lagi!!)
"Cool! Do you have textbooks too?"
"Yes we do for subjects offered here" Senyum.
"OK. We want to borrow textbooks"
Depa diam 30 saat, tunggu respon saya.
(Wah you ols ingat akak ni ahli nujum ker???Ahli nujum pun nangis kalau dapat request macam ni)
"Do you have any information on the book like for example THE TITLE?"
"No."kata sorang budak ringkas.
"Chemistry book" jawab sorang lagi.
Ya hampun, barisan patron dah makin panjang. Bebudak nih main terjahhhhhh je nak pinjam buku semberono. Beratus tau buku kimia kat library ni manalah akak tau korang nak buku apa, chemisty jenis apa, edisi ke berapa, penulisnya siapa.
"We have so many chemisty books here and it will be easier to find the book if you know the title. Please have a seat here, find the title from the course and unit information. Will be back shortly"
Gitew la menjadi mak mak sekejap. Terus layan patron lain kendian bila pusing hilang dah adik2 macho. Over tau nak merajuk segala. Kehkhkeh
Bila habis shift nampak depa berkumpul dekat pintu masuk, dok kerobek lappie. Agaknya gigih lagi cari tajuk buku.
"Have you found the title yet?"
"No"
"Need help?"
"No, were OK"
Bagus, boleh akak balik makan nasik.
Lawaklah depa nih. Tak lawak sebenarnya kalau depa sempoi. Ramai je patron yang sempoi bila tanya soalan, tak rasa apa2 pun. Bila orang over macho terus rasa lawak sesangat. Ingat ya adik2 di Malaya, jangan over bermachoan segala di kaunter!!Tidak perlu itu semua!!!!

Suka pinjam buku?
Kalau anda merupakan peminat buku dan sering meminjam buku dari perpustakaan, silalah dengar luahan hatiku ini
1. Tolonglah jangan conteng buku yang dipinjam. Kalau terconteng dengan pensel, sila padam sebelum pulangkan. Sebabnya kalau bos perpustakaan vogue mcm bos kitorang, kami petugas kaunter kena buat kerja sampingan memadam tulisan2 bila takde patron kat kaunter. Conteng ngan pen: No no no!! Ni bukan meroyan sebab nak gaji buta tauuuu, ni luahan hati sebab selain dari padam contengan, kami ada banyakkkkk kerja lain lagik yang lebih penting..huksss
2. Sticky label warna warni untuk tanda mukasurat juga disarankan supaya dibuang sebelum pulangkan buku. Tugas mengcheck-in buku jadik lambat bila kena buang banyak sticky labels.
3. Boleh tak jangan humban buku kat kaunter? Ada tempat khas untuk pulangkan buku.Eh tapi mungkin ada library yang kena pulangkan buku kat kaunter...Anyways, sila lah tanya dulu ya!!! Ada makcik pernah suka suki humban 13 buku segedebuk kat kaunter. "Book for returns, there" saya tunjuk tempat yang sepatutnya. "Its ok, I want to return the books here." Wah, RATU! sentap!!!!
4. Untuk mengelak kena denda dan kemudian meroyan macam orang kena sampuk di kemudian hari, saya sarankan supaya mencari info untuk renewals..Ada library yang offer renewals online which is very convenient. Dan ketahuilah, petugas library tidak ketawa gembira kalau patron kena denda ratus ratus dollar. Kami lagi sayu sayan kesian dan terasa seperti kurang cekap dalam menyampaikan maklumat. Setiap kali proses pembayaran denda suasana kaunter suram dan muram sekali..hihi
5. Jangan ingat semua buku dalam dunia ada kat library. Ada ramai student stress bila buku rujukan saranan takde dalam library. Anda sedih petugas kaunter juga terasa pedih..hihi. Kalau boleh orang library nak semua buku yang ada di dunia nan fana ni available di perpustakaan anda. Namun apakan daya, itu adalah mustahil. Sila bagitau penyaran supaya suggest pembelian oleh pihak library ataupun penyaran boleh bagi kat library copy percuma (biasanya salesman buku bagi free).
6. Ada library yang menawarkan khidmat pinjaman buku dari library lain (interlibrary loan). Maka jika buku yang ingin dipinjam tiada di library kita, boleh dipinjam dari universiti lain. Jangan malu dan segan untuk bertanya.
7. Maafkanlah kalau petugas kaunter muka serabut. Mungkin baru lepas padam contengan di buku, buang semua sticky labels dan melayan karenah patron yang bermacam-macam dari pagi. Anda cuba senyum, mereka pasti senyum kembali!
Selamat meminjam buku!!!!

Sunday, April 8, 2012
Attachment
Hidup saya selalu attached pada kebendaan. Saya selalu sangat attached pada manusia, menyebabkan bila kecewa saya separa gila (literally).
Sampai suatu hari saya baca artikel dari Yasmin Mogahed tentang attachment. Attachment pada benda keduniaan ciptaan Allah adalah punca kita tak tenang. Its so true in my case. Benda yang kita rasa kita sayang sangat-sangat Allah boleh tarik sekelip mata je. Bila kita sangat attached, maka berlakulah sesi meroyan dengan menggila bila benda kesayangan sudah goyah statusnya/tiada dalam genggaman.
Kisah budak kecik kena belasah teruk dek kerana beliau meludah kereta mercedes. Mungkin satu contoh tuan punya Merc too attached dengan keretanya sampai budak kecik lidah pon nak emo segala.
Mak bapak yang bila TV rosak maki anak, remaja yang bila putus cinta nak bunuh diri, manusia yang gigih kumpul duit tapi lokek, ilmuan yang banyak ilmu tapi kedekut. Mungkin semua ni penyakit attachment pada kebendaan?
Attachment dengan benda yang tidak kekal ni memudaratkan kesihatan emosi sebenarnya. Attachment pada manusia, manusia mampu menyakiti kita, mampu berubah dan mempu ditarik balik dari kita.
Attachment pada harta, harta tak pernah cukup, juga mampu ditarik dari kita bila bila masa.
Malam ni saya tetiba terfikir pasal ni. Dan saya sudah nampak hikmah Allah biarkan saya masih sendiri. Sebab saya pasti kalau saat ini saya dengan sesiapa, attachment saya dengan beliau pasti akan lebih kuat dari attachment saya dengan Allah.
Selamat malam dunia

Saturday, April 7, 2012
Adiwiraku
Last week saya dan rakan-rakan terlibat dengan aktiviti kebudayaan kat sebuah sekolah sempena Harmony Day. Kami dapat liputan dari wartawan university dan appeared kat website uni. Ahaks. Link sini. Dan jurugambar siap panggil masuk studio. Malangnya saya terlupa pasal sesi bergambar segala nih di hari yang dijanjikan, dan pakai sangat slebet. Tudung pon main selempang2 jahhhhh. Kalau ingat, sure bertouch up-touch up bling bling berpakaian meriah! Sesia amik gambo guna kamera ribu riban dalam studio canggih vogue tapi saya seperti pelarian dari Malaysia :/ Hazabbbbsss *facepalm*
Yang best tentang team kami kali ni, kami berkawan sejak zaman berzaman di bumi Armidale dan decision nak join ni sebab bebudak lain tak dapat participate (depa jadi volunteer untuk graduation). Maka konsepnya aman sekali bila kerja ngan member2 yang dah kenal.
Kami sampai hari Khamis. Eksaited nampak depa advertise Harmony Day.
Malam tu kami berjaga sampai kul 2 sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa slide tak siap. Almaklumlah kami semua sibuk ngan assignment/tesis segala. Jadiknya sampai ke hari kejadian (Jumaat pagi) kami masih kelam kelibut siapkan slide carik maklumat.Hazabbbbbbbbbbbbs. Dahla menompang tido rumah pengetua, pastu bebudak ni sebab ngantuk depa buat lawak yang sengal so macam seksa menahan mengantuk dan ketawa (takut pengetua halau tido luor).
Nampak tak kain baju kurung saya tersangkut situ? Ahaks!!
Kami buat presentation kat 5 ke 6 kumpulan, dah lupa. Setiap kumpulan sejam. Tercungap jugaklah. Ni kumpulan budak darjah 5 kot.
Gambar budak tadika darjah satu tak amik, lupa sebab sibuk dok nengok depa. Comellllll sangat.
Tajuk entry adalah adiwira kan? Apa kaitan??? Ok, ni baru nak masuk konsep. Tadi tu semua mukaddimah...kekekek. Dek kerana kurang persediaan, kuranglah props dari Malaysia. Punyalah nervous nak attract attention depa. In the end, klip Boboiboy menjadi penyelamat wakil dari Malaysia.kekekekek. Tayang klip Boboiboy tu semua terngaga siap depa suruh ulang. Ada yang tanya macamana nak cari kat youtube. Fuhhhhhhhhhhhhhh.
So, terima kasihlah Boboiboy, menjadi adiwira di saat-saat genting. Yelah, nak menari tak reti, nak nyanyi lagu Cindai kang pengsan pulak bebudak sekali ngan cikgu-cikgu. Kembang kuncup hidung kebanggaan bila bebudak semua senyap terlopong tengok kecanggihan dan kecomelan animasi Malaysia. Go Boboiboy!!!!
Love and respect
Dijah
Friday, April 6, 2012
Puji pujian
Pagi tadi hantar kakak Korea balik rumah dari airport dan dia ajak singgah. Dia kenalkan dengan anak dia yang masih belajar kat sekolah menengah...
Sepanjang saya sembang dengan anak dia (yang mengejutkan mak dia nak anak dia jadik artis!mungkin ada can ni jadik pengurus!!hahahah), mak dia asik dok ulang-ulang puji anak dia..
Sekejap-sekejap 'my son is handsome,right?'...
Lepas 2-3 minit 'my son is very clever, isnt he?'...
Kemudian tak lama lepas tu 'my son is a well-mannered boy, right?' sambil tersenyum simpul.
Saya teringat..kaunselor uni pernah address yang saya ni tak yakin orangnya. Bila saya tanya macamana dia tahu, dia kata setiap kali dia puji, saya tak pernah kata terima kasih
Contoh: 'I like your scarf, its beautiful'
Saya akan jawab 'Oh this is my grandma's. Its an old scarf'
Contoh lagi: 'Pretty bracelet!'
Saya akan jawab: 'Its cheap, only $3'
Maka tahun lepas setiap kali sesi kaunseling, kaunselor akan test dengan bagi puji pujian. Objektifnya mudah,saya perlu jawab 'Thank you' dan senyum. Akhirnya selepas banyak kali, saya berjaya tapi dalam hati meronta-ronta nak elaborate benda yg tak perlu..kehkehkeh
Ada antara kita dah terbiasa mengelak pujian. Bila orang puji baju raya, ada je jawapan balas..baju raya tahun lepas, baju guna kain murah, beli kain kat golok, hadiah nenek bagi, etc etc. Kita tak mahu kelihatan poyo, riak dan takbur. Tapi in the end kita dah menyebabkan wujudnya penyakit 'tak selesa dengan pujian'. Tapi tricky kan? Terlebih selesa dengan pujian kang terjebak dengan 'dahagakan pujian-pujian' lagi bahaya..tsk.
Dan saya terpikir pulak, kalau mak saya dok puji2 saya depan orang mesti saya rasa stress.kekekeke. Macam adik korea yang hensem tadi, dia dok jeling2 mak dia sambil geleng2 kepala. Dan ketidak selesaan ini sebabnya kita rasa kita tak deserve pujian. Kita pikir kita ni tarap biasa-biasa saja yang tak wajar diberi pujian..But u know what? We are better than what we think we are :)
Berbalik pada kisah adik comel tadi, mak dia selamber je tidak mempedulikan anaknya yang dok tak berapa selesa dengan pujian. Last-last anaknya tu bila saya puji (haruslah kan berbaik2 dengan bakal artis naungan hiks) tersengeh2 sambil ucap thank you dan tertunduk-tunduk dengan penuh comel..
Lets be nice to ourselves. Bila orang puji ucap alhamdulillah dan terima kasih :)
Encik bos pernah cakap "Will you believe me if say negative things about you?"
Saya jawab "Yes".
"So I hope You believe me when I say positive things about you".

Thursday, April 5, 2012
Apakah yang saya selalu buat pada pukul 8 malam
Pukul 8 malam waktu di Armidale adalah waktu menonton TV..kekekeke.
Dan rancangan kegemaran saya adalah Modern Family pada pukul 8 malam ini. Yiiiiihaaaaa.
Kenapa? Sebabnya;
1. Cerita ni best.
2. Armidale seperti bandar mati lepas maghrib. Kedai majoriti tutup pukul 5.30 petang. Kedai makan je ada yang bukak sampai pukul 9 tapi tak berapa sedap lah. Bazir minyak kereta je keluar memalam.
3. Tiada yang lebih best dari bersantai-santai depan TV di waktu malam :)
Maka, selalunya, kalau malas bawak balik kerja akademik ke rumah, atau sudah tepu otak, pukul 8 malam adalah waktu bersantai-santai menonton Modern Family.

Selalu juga menonton sambil makan. Either makan nasik berlauk yang dimasak sendiri (statemen ni perlu caps tak?hiks), mahupun makan aiskrim yang dibeli di kedai. Tapi kelmarin menonton sambil menyambil makan keropok Mamee (Yes, keropok yang ada Mamee Monster sebagai maskot tu...Ada jual kat sini!), dan sambil menyemak penulisan sendiri. Sangat multitasking kan????
Modern Family ni sangat best konsepnya. Paling suka kejoyahan pasangan songsang yang sangat happening. Setiap kali tengok keoveran depa mesti tergelak-gelak.
Love and respect Dijah
Subscribe to:
Posts (Atom)