Tuesday, December 30, 2008

Mangsa kerakusan

Sireh itu.
Yang tersusun indah dan rapi di atas junjung.
Telah menjadi mangsa kerakusan anak2 dara yang desperet tak jemu2 berusaha.
Sireh itu.
Telah menjadi lambang keoveran dan ketulusan persahabatan.

Gembira tanpa henti.
Bukan sebab dapat sireh curi.
Tapi sebab rasa dihargai.

Frens, forever.

nota kaki 1: cik gee, sepatutnya 'pengantin pompuan' tokleh tau. Awak buat2 tatau je lah ye..kehkehkeh.
nota kaki 2: u memang vok lah haza!ketua perompak sireh..kekeke

Monday, December 29, 2008

Cerita minggu lepas

Mode: qadha'

1. Interview es pi eh
The interview went well. Sejam sepuloh menet kena interview dik non! - ada adik yg tgh tggu turn tlg setkan masa..keke. The interviewers both non muslims. So, basically antara isi penting adalah soalan yg ada kaitan dgn agama dan bangsa. Panas montots.

*Will you go to pig farms for disease investigations if you are asked to?
*Why a lot of people now in gov sector refuse to handle pig samples?
*Do you agree that the new generation is less tolerant in racial and religous issues?
*In your point of view, promotions for officers should be on what basis?
*If we give you a chance to be a vet, will you be one?
*Honestly, if you got this job and do your PhD, will you go to universities and leave the department?

Nilah antara soalan yang ditanya..Menggelegak otak.

2. Gosipan
Keluar je dari bilik interview, quick goss ngan calon2 seterusnya. Terus sms Kak Yan bgtau dah selesai. Otw carik teksi jumpa 2 org junior sekolah rendah dulu, depa interview jugak. Lepas quick hug n kisses, tahan teksi dan menuju ke CM. Sembang2 ngan pakcik teksi sampai CM and suddenly dia cuit lengan.

'Kamu elok2, jgn sembang ngan org yg tak kenal. Sini banyak org pukau'
Serammmmms.

Bergossipan dgn Kak Yan, kat SR *ganu punya SR lagi sedaplah kak..keke*, singgah kat PS beli CD dan lepak pulak kat SB. Berhuha dengan riang gembira sehinggalah suasana jadik agak series bila masuk bab hati..kekeke. Oh well, berejam2 bergoss, suprisingly I can focus. Walau asik menguap *sorry kak yan* sbb penat, I had so much fun. Kita tak pernah sembang live ginih kan?
hiks. Tengs kak.

XOXO

Sunday, December 28, 2008

Azam

Tahun ini takde azam.
Malas nak azam sempena tahun baru.
Saya lebih suka memasang niat untuk melakukan sesuatu atau memperbaiki sesuatu bila ada kejadian merobek jiwa berlaku.
Ala2 dah terhantuk baru terngadah..hehe.
Yup, I'm learning the hard way.
Contohnya kena ban ngan Pak Abu dari amik ujian ento sebab pegi debate, dan kesannya paper ento dapat grade nyawa2 ikan.

'Ko nak buat degree debate ke degree bio?'

So, kesan dari itu saya lebih pokus pada study.
Tenkiu Pak Abu, saya sekarang lebih tau mengurus diri yang semakin kurus.

Still, there are few things yg ingin saya capai tahun ini. Doakan semoga saya berjaya.

*register/start PhD
*umrah
*1 publication in HIF journal
*found 'the person'
*vacation at oz
*new laptop
*watch theatre

note: Will be one year older guys! lets count the wrinkles!kehkehkeh..

Rahsia

Tadaaaaaa *jeling nisa*.
Mau buat secret entry jugak.



lepas nih bolehlah meroyan sesuka hati..keke..opsss, azam tak mahu meroyans lagik di sini..keke

Friday, December 26, 2008

Mati pucuk

Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Sumber

Wednesday, December 24, 2008

PMS

Just finished taking the PMS quiz

Summaries of my answers:

1. You hit the PMS lottery! Everything hurts–and you make sure everyone knows it! You pop Motrin like M&Ms,(by the pound), and for a few days every month you wear nothing but a heating pad and a scowl. When loved ones suggest exercise and fresh air, you walk briskly to the door and show them out! Frequent urination has forced you to put a mailbox and a George Foreman Grill in the master bath. And, how 'bout a little vinegar with that oil? Your complexion is so greasy the only thing that keeps your glasses from sliding off is the giant zit on your nose.

2. A spoonful of sugar helps the mood stabilizers go down. Also known as Miss Wiggy, your premenstrual persona contemplates the meaning of life one moment and the next, is enraged over the preempting of a soap opera. Family members have suggested name tags for your different personalities. Trying to keep up with your fickle feelings during PMS is like watching ping pong champions on speed. Planning anything – a wedding, oil change or a bikini wax – should probably be avoided during this time

3. Prisoners of the hell you inflict would find Alcatraz more comfortable. After all, if you're suffering, why shouldn't everyone else suffer, too? Is a little revenge really such a bad thing? Sarcasm is another service you offer. Your husband suggests you get a part-time job, and you respond, I already work very hard at making your life miserable! The bumper sticker on your car reads: Hows My Driving? Call 1-800 KISS MY ASS. Until this stage passes, nothing is right: the house needs painting,your car's too old, the dog is ugly, the neighbors are Nazis.

Hahaha, lawak seh!
I'm trying my best to control it, bookmarked the page and thinking of buying the PMS owners manual. ahaks.
Alhamdulillah, bulan ini saya berjaya mengharunginya dengan bergaya. Bulan depan harapnya berjaya juga. Hiyah! semangat! Doakan i ye u ols!

update: sudah register as member kat sinih dan yang kiutnya, dia ada system alert yang akan bagi email berunsur tips2 untuk menghadapi PMS setiap bulan menjelang hari 'istimewa' itew.
hiks.
hiks.

------------

dia: 'Husband saya siap cari artikel pasal PMS. Dia cakap PMS berlaku sebab tak cukup tidur, tak cukup senaman dan tak cukup makanan seimbang'
saya: 'Uh, saya memang ada semua masalah tu'
dia: 'Husband saya pon cakap saya ada semua masalah tu'
saya: 'Untungnya akak dapat laki mcm tu, siap tlg carikan info'

jeles
jeles
jeles

hahaha

Tuesday, December 23, 2008

Code blue

Code blue.
Status ym saya.
Ada yg terus membuat serangan peribadi.
Konon saya tgh layan citer blue.
Helo, kalau citer blue takkan saya nak jaja kat status ym?
Kan?


mode hidung berdarah....

Mula semester

Semester dah mula.
Akan mula membantu pensyarah dalam kelas amali.
Mode: tune kepala otak untuk menanda lab report dan mencuci mata.
Akan mula busy.
Bloghopping akan dikurangkan.
Meroyan tak tentu hala akan cuba diminimakan *meroyan hanya akan dilakukan pada wanita2 vok saje..haha*.

Hiyah! Mode semangat sebab masuk sem baru.

Monday, December 22, 2008

Stop it, please.

Encik, saya dah tak keje jabatan hewan.
Saya tak pernah bela rimau.
Saya juga tak bela rimau sekarang.
Akaun bank kepala rimau pon saya takde.
Kesimpulannya, saya takde kaitan dengan rimau.
Rimau belang, rimau kumbang, rimau bintang, semua takde kena mengena dengan saya.
Tapi saya boleh jadi garang macam rimau.
Jadi takyahla tepon saya pukul 12.59 malam.
Sekian harap maklum.

Friday, December 19, 2008

Kamu, kamu dan kamu

Untuk kamu, kamu dan kamu yang terluka dan dilukai, be strong.
Untuk kamu, kamu dan kamu yg tak sengaja melukai, be sensitive.
Untuk kamu, kamu dan kamu yg memang hobi melukai, だいきらい!

p.s Cik Mah, ku cilok gambar ini dari blogmu.

Kamu, kamu dan kamu - Tahniah!Bangga dengan kamu!

Wednesday, December 17, 2008

Tag Am

1. 5 ciri wanita/lelaki idaman anda:
- kurus, tinggi
- kelakar
- rajin keje
- suka bincang segala isu dgn saya =)
- knows how to handle me

2. 5 wanita/lelaki yang tidak pernah anda minati sepanjang hidup:
- Yang kononnya serba tahu, sentiasa nak menang dan berlagak.
- Yang simpan rambut panjang tapi tak reti jaga. Mcm singa terlepas kandang.
- Lelaki yg perasan hensems dan perasan macam semua org minat dia. Akan pura2 tak nampak kalau bertembung ngan mana2 pompuan. Pigidah!. *kak lynn, skalik lagi saya emo..keke*
- Yang metroseksual terlebih, yg pantis2 kening jadik nipis *qila, thank god yamapi tak cukur kening mcm kame!*
- Yang kononnya lebih alim n warak dr orang lain, dan suka mencanangkan kebaikan yg dia buat. [contohnya semasa di perjumpaan bekas pelajar, seorang x-klasmet skolah rendah yang tak suka saya sebab saya amik kelas sains *oh, kelas sains kurang beriman dari kelas agama* yang melayan saya macam saya langsung tatau hukum agama dan memaklumkan dalam miting dia hapal al-baqarah sambil menjeling saya. Ambikla jawatan tu. Saya dah letak jawatan dan tak join persatuan.haha.]

3. 5 perasaan anda sekiranya keluar dgn orang yang anda minati:
- Gelabah ayam. *Neves seh...*
- Happy.
- Eh, tudung senget tak ek? *mahu kelihatan kiut!*
- Lebih sihat, sebab jantung pam darah lebih cepat.
- Risau dan x henti2 berdoa semoga tak berlaku kejadian yg memalukan seperti tersadung batu atau tersangkut tudung kat pokok.

4. 5 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
- Pulau Redang!
- Mekah
- Jepon *nak carik Yamapi Prof. Nagasawa ngan dia*
- Sweden *Nak bawak dia jumpa 2 org kawan baik saya*
- Pourtsmouth, UK. *rahsia*

5. 5 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia:
- Jam tangan yg best *menandakan setiap detik dia dlm ingatan saya* agagaga
- Satu dari benda sepasang yang saya beli. Penah tgk keychain yg mcm puzzle tu? Sorang dapat sebelah hati, mcm tu lah..kekeke
- Benda2 berunsur bebiri. Supaya dia ingat saya selalu.
- Entry blog untuk dia. Tapi bukan di blog ini..ahaks.
- Scrap book untuk dia

6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

- Wonderpets *sebab saya suka lagu ini dan saya mahu dia rasa kecomelannya juga*



- One love [Arashi] *kena bagi translation skalik..haha*



-I'll be there for you [The Rembrandts] *sebab dia akan jadi bestpren saya*



- Bukan Superstar [Project pop] *sbb saya hanya manusia biasa*



- Bawaku Terbang [The Fab. Cats] *sbb nak pujuk dia selalu blanje naik kapalterbang*



7. Individu yang anda tag dan mahu mereka buat 5 perihal ini.
- kak ziela
- cik mah
- kak yan
- kak lynn
- kak delinn

Jangan baling kasut

Jangan baling kasut, baling benda lain yang lebih berat dan menjijikkan. Dan tolong pastikan tepat ke sasaran okeh?

Tuesday, December 16, 2008

Suatu kekejaman

Kisah semalam di rumah kawan.
Anak katak yg mgkin remaja masuk ke dapur.
Melompat dengan girang.
Saya tangkap.
Campak keluar.
Kuat.
Terlalu kuat.
'kelekuk!' kepala dia landing dulu.
Maafkan daku anak katak.
Jangan berdendam denganku.
Hukkkkks

Monday, December 15, 2008

Solehah?

'Aku dah jadi baik sekarang, dah jadi solehah'
petikan skrip kamala dalam spa q 2.

Macam kurang tepat je penggunaan perkataan tu.

Tutup buku lama, campak jauh2

Here goes.

Miting kay pee tee 16hb ni rupanya. Kalau ikut information bulan Feb. Alhamdulillah, senang nak buat apa2 keputusan kalau 'sangkut' lagi..thehe. InsyaAllah by 17 leh tau result. Takpon the next working week.

Interview es pi ay dkt bangunan area2 masjid negara on 18hb. Januari akan tau keputusan, insyaAllah. Tuan director dah buat surat rekomendasi *oh, ada ke pkataan ni?*. Saya akan bersungguh2 utk ditemuduga.=)

I'm following the flow. Doakan semoga Allah permudahkan jalan yang terbaik. Amin.



dah tukar ringtone, tak guna lagu wonderpets lagik. guna lagu neh^^. lagu lama yg best.

Sunday, December 14, 2008

Peluang kedua masih ada

Naik bas ke ganu dengan wajah penumpang yang hensems dikenali. Saya tau dia mamat warga yu.em.ti. Saya tersentap bila dia turun di tepi jalan, tak tunggu sampai ke stesen bas. Wah, takkan dia duduk jauh sangat dari uni? Saya bukak mata luas2, rupanya bas lalu area dekat2 dgn uni.
Saya bangun, nak turun jugak dekat situ - senang cik Mah amik, takyah ke stesen bas di bandar.
Sentap, bas dah gerak.
Malas nak jerit.
Saya sudah terlepas peluang.
Bas takkan berpatah balik.
Saya kecewa....

Tanpa disangka, bas berhenti di perkarangan uni, ada students turun rupanya.
Dan saya ikut turun.
Lega sangat.
Alhamdulillah.
Peluang kedua masih ada. Mungkin lebih baik.

Minggu depan saya interview. Menerima pelbagai pandangan dan reaksi samada untuk stay sini atau balik berkhidmat di Ipoh. Sebenarnya saya sudah buat keputusan, bila saya benar2 yakin baru saya akan dedahkan *wah, siap dedah2*.

Rasa2nya, apa keputusan saya?

Undi di sebelah..hehe

Saturday, December 13, 2008

Back to ganu



scheduled entry: otw to ganu

enjoy the clip. lagu yg sweet. mari kita dgr benda2 yg mengembirakan saja. tammo sedih2 ok? kita gorgon pompuan kuat! err, boleh tlg buang dr playlist lagu leleh2?keke

Friday, December 12, 2008

Kita kena lakukannya untuk diri sendiri

Jangan jadikan kesedihan, kegusaran, kemurungan terus menyelubungi kita.
Kita akan rasa hebat bila bangun pagi dengan senyuman. Saya pernah rasainya, jadi bersemangat sepanjang hari. Saya ingat saya akan kehilangan senyuman di awal pagi utk satu tempoh masa yg lama. Tiada lagi keceriaan pada pukul 5.30 pagi. Saya silap perhitungan. Suara Yamapi mendendangkan lagu, mengejutkan saya bangun tidur sangat menggetarkan jiwa. Saya bangun sambil tersenyum, dan separuh hari terpikir, sedapnya suara dia.hahaha.

errr, atau sedapnya speaker s.e.? kekeke

Thursday, December 11, 2008

At last, good news!

Alhamdulillah, lepas JKLB. Waiting for the letter. Menunggu KPT pulak.
And yes, just found out that my dearest x-boss will join my interview next month week [thanks kak yan].

blessed.
blessed.
alhamdulillah.

and yes my fren, saya sudah mempersetankan benda lain selain kerja dan study. and i'm feeling great!2009 adalah tahun untuk fokus kerja dan study.
no regrets.

kak yan, congrats sbb dpt NSF scholarshp itew..keke!

Wednesday, December 10, 2008

Tak suka!

lately saya dikelilingi 4 jenis lelaki yg bijak pandai, tapi menyesakkan jiwa.

1-merokok sakan di dalam kedai makan tanpa mempedulikan org keliling yang jenuh pekup2 idung. merokoklah, tapi tlg jangan di dalam kedai makan.
2-ckp lucah dgn pompuan. Mind you, perkataan 'terangsang, gersang, romen' boleh jadi offensive pada kebanyakan orang, termasuk saya. org yg bcakap lucah nih adalah org yg tak hormat org lain dan tak hormat diri sendiri.
3-perasan hebat. ingat semua org tergila2 kan dia. siap buat muka keji kalau bertembung. pigidah!
4-lazer mcm pompuan. cukuplah pompuan ramai kat muka bumi nih, toksah nak tambah bilangan pompuan lagik. ko tak pms kan? tak menopos kan? so, jadilah lelaki sejati.cool ok, cool!

-------

go away, leave me alone.

Tuesday, December 9, 2008

cerita kuih dan hati

saya: eh, ni kueh yg dua kaler tu ek? *menegur mak yang sdg mengacau bancuhan*
adik: hahaha, apalah kakak nih. Mak tgh buat marble cake lah. Ade ke kuih dua kaler.
saya: *sentap sampai terdiam*. Ape2 je lah.
mak: hahaha


--------------
Sebenarnya
saya tak pernah main2 soal hati dan perasaan
dan harapnya
saya takkan jadikannya satu permainan yg menggembirakan
sebabnya
saya tau ia menyakitkan
doakan saya ye?


Nee chan n yla, thanks for the invisible hugs! <--(^_^)-->

Sunday, December 7, 2008

Mobile blogging



Sila sengetkn kepala. Ini si comot. Cubaan mobile blogging telah berjaya. Yay!

Saturday, December 6, 2008

isk, takde citer lain ke?

Kisah 1

Perbualan dgn hosmet;

'si polan si polan dah nak kawin'
'ye ke?isk, derang nih memuda lagik dah kawin'
'muda hapanya. ko ingat umur ko tu berapa?'
'erk, hahaha. kita yg tua tapi tak kawin2'

Terlupa umur dah doplohnam. Nak masuk doplohtujuh. Tapi jiwa menten muda.ekeke


Kisah 2

Sembang2 ngan mak sambil tolong tengok buat tat nenas

adik: mak, abang ckp dia dah ada awek [abang yg baru abis SPM]
mak: ye ke?
adik: haah, dah tanya dia, dia syok sendiri ke tak. Dia jawab budak tu pon suka dia.
saya: hahahaha
adik: dia cakap dia nak kawin
mak: nak bagi anak org makan apa?
saya: topap pon suruh org..ada hati tuh..kekeke
saya: ha, kamu pon ada awek?
adik: mana boleh cakap
mak: ha? dah ada ke? sapa?
adik: mana boleh cakap. teka la
mak: budak tu dapat 5A tak?
adik: dapat
mak: pengawas ke tak?
adik: tak bleh ckp *terus melarikan diri*
mak: kalau bukan headgirl mak tak nak!
saya: over betul budak2 nih
mak: ntah, orang yg sepatutnya ada, takde. Yang sepatutnya takde awek lagi, ade pulak.
saya: *ulps* hahaha - gelak paksa

nota: dulu saya tulis surat kat budak laki siap kena kurung dalam jamban. Siap terpekik terlolong mintak ampun. sib baik depa lahir lambat, kalau zaman saya kecik dulu, mesti dah kena apa yg patut.


Credits to Cathy Thorne

-------

Org tak hargai kita sebab dia tak syg kat kita. Benarkah?

Friday, December 5, 2008

Kecil tapi besar

(9/9/2008)
Soalan dari seorang teman: Apakah benda kecik yang membawa impak besar pd u?
Teman itu memberi contoh2 yg dah ada dalam list beliau, disediakan untuk ucapan.
[Minta maaf - Pujian or kritikan dengan ikhlas - pendengar yang baik/setia - hormat menghormati - balas sms,wlupun hanya "OK" - appreciation - pertolongan yg ikhlas dan senyuman - bagi tempat duduk dalam public transport yang sesak to org tua, pregnancy lady and yang ada anak2 kecil - kalau di jalanraya, beri laluan kepada yg berkenaan.]


Benda yg kecil pada org lain tapi besar bagi saya ada dalam list di atas. hiks

ps: kod utk tak mahu diganggu dan dijamin tidur juga akan lena - [bzX8] (bizik kuasa 8 - tahap gaban)


cartoon credits: cathy thorne

p.s.s: wonderpets - tak besar, tak kuat, tapi hebat.

Off to Ipoh

Scheduled entry

On my way to Ipoh. Doakan semoga saya dan rakan2 selamat sampai. Selamat meraikan Hari Raya AidilAdha di mana jua anda berada.



cartoon credits: cathy thorne

Thursday, December 4, 2008

My 2 cents

Dah hampir setengah tahun dok sini. Adapting quite well, alhamdulillah. But still, ada benda yg masih tak berapa nak paham

1. Pengurusan sampah.
Lori sampah tak angkut sampah depan umah. So, kena mengangkut sampah ke tong besar yg diletakkan lebih kurang setiap 2 km di tepi2 jalan raya. Masa kat umah lama dulu, dek kerana sampahnya banyak n tammo sumbat dalam keta, kitorg letak atas bumbung keta dan cik Mah drive pelan2 utk ke tong sampah berdekatan. Bila dia membelok lepas trepik lait, sampah jatuh ke tengah jalan raya. Hadeh, jadik keje lak nak berjalan ke belakang n kutip balik sampah tu..keke.Pelik jugaklah bila lori sampah tammo kutip sampah depan umah sebab pepagi nampak je depa dok lalu depan umah sambil sengeh2.

2. Kerjasama.
Well, ni bukan generalisasi. Cuma pernah berhadapan dgn situasi pitam dan cramp kat tempat membeli belah. Bila saya terjelepuk kat situ, semua org just tgk sahaje. Mcm saya tgh buat pertunjukan pulak rasanya. Bila saya gigih bangun, cuba berjalan dan jatuh sekali lagi, still org tgk saje. Tergamam agaknya tengok org mcm mabuk. Walaupun ada sorg salesboy yg offer bantuan, tapi last skali power rangers wanita - cik Mah, Kak Ipah n Siti yg mengangkut saya keluar dari tempat itu sambil diperhatikan oleh orang. Tapi jauh di sudut hati, memang depa jenis buat tatau ke kalau tgk org terjelepuk jatuh di tengah khalayak umum?Ingat nih Bang Bang Boom ke?

3. Kedai runcit/kiosk.
Yang paling tak dipahami adalah matlamat depa bukak kedai runcit, dan jaga kedai/kiosk. Biasanya kalau beli barangkat sini, org yg jaga kedai akan buat muka 'pesal ko dtg kedai aku?' ataupon buat vodo terus. Cik Mah penah nak beli gas kat satu kedai nih dan bila cik Mah tanya boleh tlg hantar tak gas ke rumah, org kedai membuat muka malas nak layan sambil memberi jawapan negatif. Semalam, masa kak ron nak tanya pasal perfume, budak yg jaga kiosk tu buat muka menyampah gila. Terus saya blah, tak koser nak ngadap muka menyampah itew. Macam kita nih mengganggu masa dia bergosip2an..Haish, tak paham... Susah ke nak bermanis muka dan memberi layanan baik?Baik ko balik main ikariam dari jaga kedai!

4. Servis kedai.
Kebanyakan kedai makan kat sini - termasuk pija hat, servisnya tak menepati piawaian. Menunggu org nak amik order pon leh tumbuh akar dah rasanya. Psst cik Mah, mlm tadi kita siap angkat2 tangan nak suh waiter amik oder kan?..keke. Tu baru proses amik oder, belum tggu makanan siap lagi.. Tapi ada gak servis kedai yg ok, mcm kedai Zalina tuh..Adik waiter pon comel2..ahaks.

5. Umah.
Heran betul design umah2 yg dibuat pemaju. Bukak je pintu, terus nampak toilet. Setakat nih, rumah2 yg saya rasa ok adalah umah yg didesign sendiri, bukan design pemaju. Mcm tak convenient sangat, tatau nak letak kat mana washing machine, peti ais.

6. Mat rempit dan pemandu jalanraya.
Ni memang menguji keimanan dan kesobaran. Mebi due to the fact that sini takdak hiburan sangat, merempit di jalan raya merupakan hiburan depa. Dah tak tertahan hari tu, sbb mcm ada pesta merempit kat jalan menuju bandar, saya terus sms rakan kop. Saya menanam azam, skalik lagi saya nampak budak merempit ramai2 kat jalanraya di siang hari, saya akan terus tepon polis! Hish, bebudak yg tak merempit pon sama...helmet memang tak pakai pastu suka main cilok2 sesuka hati. Semalam nampak ada helmet tergolek2 kat jalanraya. Tu mebi org yang pakai, tapi tak fasten. Hish! Pemandu2 keta lak suka bersantai2 di pagi hari sambil menghirup udara segar dari pantai dan juga menghirup makian pemandu2 yg meroyan nak sampai opis cepat..keke

Despite all this, ganu sudah ada tempat di hati saya =)

---------
The way to love anything is to realize that it might be lost. - G. K. Chesterton -

Wednesday, December 3, 2008

Kampus banjir

1 Disember banjir dalam kampus. Telah diisytiharkan cuti bencana alam. Semalam air dah surut, alhamdulillah.

Photo credits to : mi[at]umt[dot]edu[dot]my


Tuesday, December 2, 2008

Hapdet

Baru lepas presentation pagi tadi. Fuh..not up to the expected standard, tapi lega. Lega sgt. Bagus gak presentation nih, dapat brainstorm utk expand lagi research.
Thanks semua. :BIGHUG:

Updated : Eh, I masuk paper u ols...kekeke *mode kembang hidong*


-----

Press conference

Pemberitahuan:

Segala gosip liar yg melibatkan saya dengan mana2 individu perlu berlandaskan ciri berikut. Individu tersebut perlulah

1. Tak merokok
2. Akademia/penternak/petani/penyelidik
3. Tak takut pacat
4. Tak mabuk darah
5. Tak geli main selut
6. Suka kucing
7. Bukan metroseksual


So, kalau takde ciri2 tersebut, maka wajarlah diabaikan.
Sekian dimaklumkan.

ps: zamila, dont worry. tu bukan taste saya.

Tag dari Qila

"To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them"

Cis, kena tag ngan Qila. Tak padan dgn kena present proposal esok..sempat lagi minah kiut neh main tag2..hahaha

Pelik?Pelik ke?

1. Saya suka buat org yg saya sayang marah dan jengkel. Saya suka kena marah dengan org2 tersebut, ala2 untuk menarik perhatian. Contoh paling dekat, ayah. Saya suka buat ayah geram. Tapi setelah pattern diketahui, dia abaikan saja perangai2 saya.

'Errr, ayah tammo marah ke?'
'Nak buat apa marah, kamu kan dah besar.....Ayah tammo marah....'
'Hukkks'

2. Saya suka pegang2 tangan, paut2, sentuh2 orang - for time being, pada pompuan saje. Ntah pesal. Tapi bukan lesbo, harap maklum. Saya rasa safe dan tenang kot. Ahaks. Selalu kena sound ngan makcik2

'Ni ape hal pegang2 tangan sama2 pompuan nih.......'
Huh, jengkel ke makcik?

3. Makan VS tidur, saya pilih tidur. Tidur merupakan cara paling mudah utk saya hilangkan tekanan. Kalau makan masa stress, mesti suap lambat2..pastu leh sedih2 time makan. Tapi bila tidur...bestnyeeeeeee. Sanggup berlapar untuk meneruskan tidur...

4. Eksaited tgk binatang seperti lembu dan kambing. Perasaan yg tak dapat digambarkan. Bahagia..ahaks.

5. Saya penakut. Nampak cam berapi2, berani. Hakikatnya saya penakut. Sangat. Nampak clown pon leh berpeluh2. haha.

6. Suka mendengar kisah cinta org...keke..

7. Tak berapa layan lagu2 jiwang. Pengecualian pada time2 tertentu saje. Kalau dgr lagu lembik2 ginih mulalah buat keje lambat2..keke..So, dalam playlist, lagu2 yg semangat sajork..haha

Malas nak tag sesapa. Lain kali je lah..keke *tag yg hari tu pon depa tak buat lagik..haha*