Thursday, October 30, 2008

Doakan, doakan

Pagi tadi permohonan untuk candidature dan scholarship dah dipos. Alhamdulillah. Doakan, doakan. Tatau rezeki bagaimana. Masa mengisi borang, berpeluh2, bernapas pun dah tak ikut hidong, tapi ikut molot, jantung berdegup kencang. Over kan? Drama kan? Oh, biasalah tu drama. Sebab buat kerja last menet. Masa dah nak pos borang, baru perasan yg arahan permohonan biasiswa tu ada disertakan dengan 14 mukasurat borang yg perlu diisi. Softcopy, tu yg tak perasan. Maka, mengisi dengan penuh kelam kabut, tapi sambil menyanyi2 utk menenangkan diri. Dahla mintak fotostat itu ini... Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan kesabaran kawan2 menyemak application. Thank you Dayah si dutch lady!
Lega.
Baru nak lega, jadi tak lega balik. Kena siapkan proposal untuk KPT. Sebelum dibawa ke KPT, kena dpt approval dari jwtnkuasa cuti belajar dulu. Sebelum masuk jawatankuasa cuti belajar utk dpt approval, kena present kat jabatan dulu. Fuuuuh, manyaknye peringkat..Kalau tersangkut kat salah satu peringkat, jenuh la nak kena berhempas pintu pulas buat pembetulan. Kena semangat, kena semangat! Doakan tau!Doakan, doakan!
Lab report fisio ada lagi 1 stack. Roughly ada 100 scripts lagi. Fuh, dari beratus2 dah tinggal seratus. Alhamdulillah. Tak sabar nak habis.
Lab report kultur tisu tak tanda lagi. Sebab kena study kaw2 masa tanda. Benda yg tak penah belajar, benda yang tak penah buat. So, kena study balik. Tapi tak dan dah nak study slow2..kena pulun sampai semput!. Semangat!semangat!
Esok balik Ipoh. yay!
Doakan saya selamat sampai. Bas pukul 830 malam. Akan sampai Ipoh pukul 6 pagi, InsyaAllah. Doakan, doakan! Semoga perbincangan dgn specialist nnti akan memberi saya sinar harapan untuk mengecap kebahagiaan di hari yang mendatang *apakah ayat?*.
No updates until saya balik sini. Kecuali kalau gatai tangan dan ada drama sensasi utk dilaporkan. Kat rumah nak bergoss dgn mak puas2, dan melepas rindu pada kekacang kekucing. So, akan cuba jauhkan diri dari internet..

Jangan nakal2...
daaaaaaaaaa~

Wednesday, October 29, 2008

Dugong

Hai dugong yang comel.
Saya mahu betul2 manfaatkan masa kamu di sini.
Kerana saya tau kamu akan berenang jauh.
Pulang ke pangkuan dugong2 yg vogue lain.
Kamu dugong yang comel.
Yang buatkan saya gembira.
Semangat saya utk terus berusaha.
Tinggallah sini lebih lama.
Tapi saya tahu itu tak mungkin.
Saya tetap akan berada di sini.
Kalau perlukan bantuan, sms telefonlah wonderpets.
Mereka tak besar dan tak kuat.
Tapi sebab kerjasama, semua benda jadi mudah.

*bahana terlalu banyak tgk wonderpets*

Monday, October 27, 2008

Royanan

Aku rasa ko nih ada penyakitlah
Penyakit apa
Meroyan bila sambung study
Erk, manader. Aku selalu je meroyan
Tak, yang ni meroyan lain
Ape yang lain
Pikirla senirik
Manader, dulu aku ok je time masters
Ko gadoh sampai putus kan
Erk. Tapi skang aku ok. Aku siap berazam nak kawen tahun depan
Cakap je lebih, ko akan meroyan
Meroyan pekebenda?
Ko akan buat perangai supaya org yg rapat ngan ko rasa tak best dan blah
Erk. Aku tak konpiden kot
Ko tak reti nak divide study ngan personal life. Ko tak yakin ngan diri ko.
Ye kot. Aku banyak sangat pikir. Aku suka pikir bukan2
Kali ni jangan buat lagik
Err..aku dah terbuat. Dah meroyan dekat orang yang important dalam hidup aku
Sengal!
Uhuks. Doakan aku..

Cinta dan perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ya, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

"Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya."

Mongol800 - chiisana koi no uta

Munajat cinta


DEWA ( Dhani ) - Munajat Cinta The Rock Feat Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah sudah

Hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang slalu pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus

[Chorus]

ps: bukan bunga pudar warna..kehkehkeh

Saturday, October 25, 2008

Iklan

Dear friends,

I'm giving away a bottle of 200ml Clarins toner - for combination and oily skin. I used it a little and since it irritates my skin - not suitable for me, i decided to give it away. Just email me at dijah_bestatyahoodotcom. It is FOC, just pay for the postage.

ps: muka makin teruk!wawawawawawa

Friday, October 24, 2008

Bilik tutor felo

Honestly, it was tough for me to adapt. Sebilik dengan berbelas2 org yg pelbagai ragam, dan tak dikenali membuatkan rasa sungguh lonely. Hobi pada masa itu adalah berdeting dengan adik ikan di kandang kambing. Tapi saya teringat pesan bos lama 'be nice to people and they will be nice to you' dan teringat slogan 'to know me is to love me' - so i should love them in order to know them. So I did. I love them. I care for them. And now I know them.

Peliknya bila kini saya rasa sebak dengan keberangkatan ahli2 bilik tutor felo yg dijadualkan utk melanjutkan pelajaran end of this year. Kalau rewind balik masa memula masuk, tak terpikir pon akan ada feelings menebal sebegini dgn sesapa dlm bilik ni. Sebab semua buat kerja masing2, dan I felt that the room is just a transit utk ke destinasi seterusnya. Macam hotel or rumah tumpangan. Tempat berteduh dari hujan dan panas, juga dari binatang buas dan biawak yang besar2.

Oh, i wont forget the cute girls, hot mommas, great friends.

Kinah - Stay cute and selamber!walaweyyyyy!
Cik Kam - Hot momma! kem salam kat abang2 bomba.
Kak Ron - Saya nak lantik diri sendiri sebagai ketua kelas menggantikan akak boleh? keke
Aidiah - Ko jadikanlah trifle tuh sebagai main menu utk jamuan raya kat ostrolia nun. Mesti berjujuk org nak pinang ko. keke.
Dayah - Semoga jadik Dutch Lady yang solehah berterusan.keke. Kalau dijah rindu, dijah akan minum susu dutch lady selalu..haha.
Adilah - Dah tepon cik rohani utk bgtau tak jadi pindah umah? kekeke.

Kami yg tinggal akan bertungkus lumus..Doakan kami..

------

Jamuan raya [potluck] - saya menawarkan diri utk membuat minuman sebab tak reti nak masak apa. Rupanya, buat air pon susah! Penat hokehhhhh..tammo lagi volunteer buat air.. Nak bertugas sponsor ais sajork!kekeke

Jamuan hari raya di umah Isma & cik kam + kenduri kawin kak faizah = I enjoyed! Thanks kawan2..

Semoga kita semua akan terus spread the love di mana jua kita berada.

Take care!

Ha ha ha

Setelah menjawab soalan kuiz, inilah hasilnya

TYPE C --- 40% FLIRT

You are shy by nature and have only a small circle of friends. These attributes to the fact that you would not have a high chance of getting trapped in a triangular relationship.

ahaks!macam tak jer

Ayang, I can bet u bebudak taayah semua akan dapat jawapan yg sama..Silakan angah, silakan alang. Mau tau jawapan anda.

Mau cuba? Klik pada entry wilda yang kononnya pemalu di sini.

Thursday, October 23, 2008

=(

UPDATE: HFON SUDAH OK.

-----------

Line hfon telah diblok.. Saya tak mampu return miskol atau membalas sms. Saya juga tak mampu bertanya khabar dan mengganggu anda. Tempoh hibernasi: seminggu. Mungkin juga lebih lama, mungkin juga kurang. Diam bukan tanda tak mengingati. Masih ingat, masih di hati.
Kesian Sekian, harap maklum.

Kalau rindu, sebut nama saya, pejam mata, tepuk bantal 3 kali, baca doa dan tidur dengan lena..ahaks.

---

Mode hari ini: pening

*Apekah? menaip pun tersasul sasul*

Laskar pelangi



Mimpi adalah kunci
Untuk kita, menaklukan dunia
Berlarilah, tanpa lelah
sampai engkau meraihnya.
Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
Raih bintang di jiwa.

*Reff :
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita.

*Reff :
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Laskar Pelangi..
takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi.

*Reff 2x:
Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya...

Laskar Pelangi..
Takkan terikat, waktu..


Nota kaki: Semoga bersemangat! [walaupun mungkin lagu ni bukan taste anda]

Padan muke

Saya memang terkenal dengan sikap bertangguh. Juga terkenal dengan sikap 'kurang rajin'. Saya suka rasakan due date masih jauh. Lagi beberapa hari nak due date baru terkocoh2 berpeluh2 siapkan.
Sehinggalah hari ini pada pukul 9:30 pagi, saya terima email dari si dia. Psst, comel, kan?keke. Dia minta saya setelkan permohonan biasiswa. Oh, tarikh tutup 31 oktober, masih ada masa kan? Bila mengira2 dengan jari, saya sudah takde masa! Malam ini perlu bersengkang mata. Perlu campak jauh2 mood PMS, perlu simpan kemas2 perasaan rindu, perlu fokus. Saya perlu kuatkan semangat.
Nota kaki - padan muka diri sendiri. Inilah sebab saya selalu gagal. Suka bertangguh. Dan suka bermalas2an. Oh, tak perlu bebel, saya boleh bebel pada diri sendiri. kekeke

*mode hibernasi sampai hujung minggu*

------

Kalau pegi konsert shiela majid boleh tenang ke?wakaka.

Tuesday, October 21, 2008

Darahku

Type O was the first blood type, the type O ancestral prototype was a canny, aggressive predator. Aspects of the Type O profile remain essential in every society even to this day – leadership, extroversion, energy and focus are among their best traits *mcm tak jer!*. Type O’s can be powerful and productive, however, when stressed Type O’s response can be one of anger, hyperactivity, and impulsivity. When Type O wiring gets crossed, as a result of a poor diet, lack of exercise, unhealthy behaviors or elevated stress levels, Type O’s are more vulnerable to negative metabolic effects, including insulin resistance, sluggish thyroid activity, and weight gain. When you customize your life to Type O’s strengths you can reap the benefits of your ancestry. Your genetic inheritance offers you the opportunity to be strong, lean, productive, long-lived and optimistic.

As a Blood Type O you may be predisposed to certain illnesses, such as ulcers and thyroid disorders. In the 1950’s it was discovered that Type O’s had about twice the instances of ulcers of all kinds than the other blood types. These findings have been replicated many times since then. Type O’s tend to have low levels of thyroid hormone and often exhibit insufficient levels of iodine, a chemical element whose sole purpose is thyroid hormone regulation. This causes many side effects such as weight gain, fluid retention and fatigue. Dr. D’Adamo does not recommend iodine supplements, rather a diet rich in saltwater fish and kelp to help regulate the thyroid gland. Bladder Wrack is also an excellent nutrient for type O’s. This herb, actually a seaweed, is very effective as an aid to weight control for Type O’s. “The fucose in bladder wrack seems to help normalize the sluggish metabolic rate and produce weight loss in Type O’s,” says Dr. D’Adamo.

Nak tau lebih lanjut pasal kumpulan darah anda? klik sini

Pain

**TRA, WELCOME HOME!

UPDATE:

'I just want to check my blood test result. Hows the T3 and T4 result?'
'Your T3, T4 and thyroid function is normal dear. I am happy when I get the results'
'Normal?But why I'm having cramps and these painful symptoms? I thought the hormones interfered with the calcium absorption'
'No no no dear, everything is fine. I have no idea why you are having the symptoms. I think we need to conduct other diagnostic tests'
'Oh, I'm in such pain. Waiting for the period is like waiting to deliver' *mode ngengada*
'Dont worry dear. Just wait..'
'Ok, thanks doc. I will discuss with you on my next appoinment'

Nota kaki - alhamdulillah...lega, tapi risau. Dulu masa arwah kakak masih bayi, doktor gagal ambil tindakan cepat selamatkan dia sebab doktor masa tuh masih kena bukak buku.
Thanks frens for the wish. Oh, bestnye blogging..a great therapy =).

-----------
Dear friends

I'm in pain.
'It' was scheduled to be on the 19th.
No sign of it until today.
But the symptoms is killing me. Softly.
Headache.
Knee numbness.
Bloat.
Cold sweat.
On and off tummy cramps.
On and off leg cramps.
Tomorrow will call the specialist.
I suspect my T3 & T4 hormones are out of normal range.
So it interfered with my calcium intake.
No worries, I'm ok.
Only a bit passive.
No updates.
Pray for my health.
Miss you.

Sunday, October 19, 2008

Alumni SISTA

Calling all ex-students of SIS [Sekolah Izzuddin Shah] and SERATA [Sekolah Raja Perempuan Ta'yah] Ipoh.

Dimakluman bahawa pada 27hb Oktober 2008 *isnin* akan diadakan jamuan Aidilfitri dan reunion besar2an di SIS.

Daftarlah keahlian alumniSISTA di sini.

*PBPSISTA telah diubah kepada ALUMNISISTA oleh Dato' Zahid b. Hamidi selaku Presiden persatuan dalam satu mesyuarat agung yang diadakan pada tahun 2004. Beliau berharap persatuan ini akan menjadi sebuah persatuan yang mengetengahkan kepentingan warga SISTA dan disegani oleh masyarakat disuatu hari nanti.

ps: saya tak pegi..ekeke

Saturday, October 18, 2008

PV Project Pop - Bukan Superstar

'Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya'

'Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai'


Friday, October 17, 2008

Rindu...

dijah: hai dedi
dijah: online kat mana tu
Ayah: kat umah. esok nak ke putrajaya
Ayah: ni apa slogan kami tak besar dan kami tak kuat *beliau merujuk pd status ym*
dijah: slogan wonder pets
dijah: tak besar
dijah: tak kuat
dijah: tapi kerjasama
dijah: semua kerja jadi mudah
dijah: hehehehe
Ayah: ingat kan slogan h*ndr*f
Ayah: hahahahaha
dijah: hahahah
Ayah: mak jerit tak tido lagi ke
dijah: ok2
dijah: nak tido dah
dijah: keke

-----

rindu ayah. rindu mak. rindu keluarga.

Thursday, October 16, 2008

Terfikir

1. Merajuk.
Merajuk dengan dos yang bersesuaian menggambarkan kasih sayang. Ingin bermanja2. Ingin mendapat perhatian. Mungkin juga menggambarkan tanda protes kecil. Kdg2 saya ketawa kecil bila ada org merajuk. Sungguh comel. Tapi, bila orang lelaki merajuk di khalayak umum dengan gaya yang ala2 diva dan dengan refleks yg sepantas kilat, saya rasa sentap. Tak comel yer, sungguh!

2. Proposal.
Sentap sebenarnya. Saya pernah berbincang dengan seseorang pasal plan utk PhD. Dia mintak saya explain, saya explain since tajuk tu tak pernah org buat kat sini. Saya berjaya fahamkan dia, bersyukur sgt. Dia akan membantu saya. Namun saya sentap. Rupanya tajuk itu beliau usulkan untuk kroninya sambung belajar. Terdiam. Terkejut.

'Eh, tu mcm tajuk proposal saya..'
'Ye ke?'
'Sapa suggest'
'Boss'
'Erkk'

Sungguh, saya rasa hati disiat2. Kini saya tahu di mana letaknya saya.

*Semoga org yg merajuk itu sejuk hati.
**Saya dah tukar tajuk proposal, dan saya takkan bincang dengan beliau lagi. Sampai saya dah submit.

Semoga dapat kekuatan.

Wednesday, October 15, 2008

Yang terakhir

Hari nih kelas amali yang akhir. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata dan meroyan menanda lab report, finally dah siap tanda report utk 7 labs. So, dengan riangnya membawa carrymarks untuk dilihat students. Well, terlupa nak expect bahawa akan ada banyak komen. Yelah, depa expect lebih tinggi carrymarks.

'Boleh double check tak? Markah saya sikit. Saya rasa patut dapat lebih'
'Boleh, tapi kalau check thoroughly, maybe markah akan turun sebab saya sebelum nih saya check dengan penuh lenient'

Tulah, dulu bila saya pesan suruh label gambo tak nak dgr, skang baru kelam kelibut. Meniru pun semberono.. Bayangkanlah, kalau sorg salah eja, berbelas2 org pon salah eja.haha

'Kalau nak tiru, jgn bagi saya nampak dan jgn tiru semberono'
'Semberono tu apa?'
'Cari maksud' Tak pasal2 dpt hwork tambahan.

Now only the memories will remain. Definitely will miss them =D and their cheekiness. And will miss my mentors - dr faridah, en mat, en mazrul, kak wani. I enjoyed.

Oh, how sweet and cute..

Depa bedah katak dengan gembira


Ada aje penyibok kat belakang..haha


Ayam yang dah berjaya ditogelkan dan dibedah

Time dah nak habis lab, sorg budak nakal kena bebel..haha


semoga semua akan berjaya (^^,)

p.s: akan dapat lagi beratus script utk lab hari nih dan minggu lepas. Lepas tuh merdeka lab report. Time to focus on the proposal..


-------

Yang terakhir, tapi hakikatnya yang pertama.
Yang akan jadi kenangan dan semangat supaya menjadi lebih berjaya.
Yang menyedarkan saya tentang tulusnya kasih guru.
Yang sedarkan saya betapa sucinya hati pelajar2.
Yang sedarkan saya slogan wonderpets itu sungguh benar

Apa yang penting...kerjasama! Kerjasama dalam menyiapkan spesimen lab, dalam memberi taklimat, dalam memberi penerangan teori, dalam mengemas lab!

Yatta!

Ulps


Ulps.

Tuesday, October 14, 2008

Kalau dah namanya bukan rezeki

Kalau dah namanya bukan rezeki, kawin pon boleh tak jadi walaupun lagi beberapa bulan nak kenduri
Kalau dah namanya bukan rezeki, sambung belajar pon boleh tak jadi walaupun dah dapat tawaran universiti
Kalau dah namanya bukan rezeki, jawatan kerja tetap pon tak dapat walaupun syarat dipenuhi
Kalau dah namanya bukan rezeki, rumah yang diimpi terpaksa dilepaskan kerana tak cukup ahli?
Kalau dah namanya bukan rezeki, kena redha dan jangan bersedih hati. Ingat, Allah itu Maha Mengasihi

-----

"Kalau tak cukup org, nampaknya kena cukur bulu kaki, jual"
"Kalau ada org nak beli!"
"Erk…"

Monday, October 13, 2008

Urban Pest Management Seminar IV

The Malaysian CropLife & Public Health Association (MCPA) akan adakan urban Pest Management Seminar IV bertema 'Effective Approaches for Integrated Control of Urban Pests'

Tarikh: 11 & 12 Nov 2008
Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya
Register sebelom 17 Oktober sebab tempat adalah terhad.

Klik sini untuk info.

Sunday, October 12, 2008

Hobi

Kalau anda ditanya tentang hobi, jawapan faveret mungkin membaca, memasak, mengambil gambar, melukis, membuat video log, menulis, membela kambing, menyanyi atau menjahit.
Hobi saya? Mengacau orang..keke

Orang lain buat keje, saya ngaco Qila..keke

-----

Bulan depan saya pindah insyaAllah. sedih. gembira. sedih.
Komen tuan umah: 'Dah biasa bertiga, mesti sunyi lepas nih'. Oh well, atas sebab tertentu, saya kena pindah..

Kak Lynn, kalau ada sesapa cari umah bgtau saya.Nak cari hosmet lagik sebab nak kurangkan lagik sewa..hehe

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

MALACCA: Popular Bollywood actor Shah Rukh Khan is among 77 people to be conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), which carries the title Datuk, in conjunction with the 70th birthday of Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob today.

Apekah?
Apa jasa pada Melaka?
Apa jasa pada Malaysia?
Apekah?

klik sini untuk berita

Persidangan Math 2009

USM bersama PERSAMA dan Jabatan-Jabatan Matematik IPTA akan menganjurkan persidangan Asian Mathematical Conference 2009 pada 22 – 26 Jun 2009 di PWTC, Kuala Lumpur.

Isnin, 22 Jun 2009 dikhaskan untuk Bengkel. 6 Bengkel yang akan diadakan adalah

(i) Algebraic Coding Theory
(ii) Spectral Invariant and Related Theory
(iii) Longitudinal Data Analysis
(iv) Theory & Applications of Optimal Design & Surveillance Systems
(v) Current Trends in Parallel Numerical Computing
(vi) Regime Switching Models in Actuarial Science & Finance

Maklumat lanjut terdapat dalam laman web http://math.usm.my/amc2009/

Sekian dimaklumkan

Arashi - Kaze no Mukou he

Semangat!!! *teriak pada diri senirik*

(sempena olympic beijing)



Note: Happy birthday ude [alfarizan, ketua kelas]. May Allah bless you!

Ai Ai Gasa

Friday, October 10, 2008

Please don't

Don't be too good, I will miss you
Don't be too caring, I might like you
Don't be too sweet, I might fall for you
It's hard for me to love you when you won't love me after all

Thursday, October 9, 2008

Selindungi kegusaran dengan tawa

Lately, bilik tutor/felo nih sangat meriah dengan gelak tawa. Semua mcm ceria despite mcm2 isu yang melanda. Despite lab report yang hampir beribu perlu ditanda. Despite proposal PhD yang tak tak siap2, tak present2, tak submit2 lagik. Tu belom kira dengan masalah personal lagi. Tak dengar dah bunyi org mengamok2. Tak dengar dah bunyi org marah2. Lega. We are enjoying ourselves. We want to appreciate every single minute here. Macam2 teknik digunakan utk membuat hati yang gusar menjadi ceria

1-Add semua tutor & felo dlm bilik dalam ym dan main jawab menjawab status ym..keke. *including kak ina SO yang vogue!*. Kesannya, semua tersenyum2 senirik. Ceria sket. Tema status ym hari nih - wonderpets...kehkehkeh.

2- Berkongsi cerita. I will spend at least 5 minutes utk bercerita pasal benda yg buat saya ketawa. Kesannya, org lain pun ketawa. Saya suka tgk org ceria.

3.- Buat keje sambil dengar lagu2 best dan bergembira walau keje tak siap..hehe

It works. Rasa mcm relaxxxxxxx. So, jgn terkejut if saya masih 'mcm free' ngapdet blog dan berym segala even keje menimbon..kekeke.


Sib baik kak Ron ada amik gambar ni. Saya takde kamera. Tak ada sekeping pon sejak kat sini.. T^T
Thanks kak Ron.

Wednesday, October 8, 2008

Lemahnya Iman

Puasa, alhamdulillah dah hari ketiga.
Tapi, napsu makan dan minum membuak2 bila keadaan tertentu;

1. Mengemas bench lepas abis amali. Mengangkut larutan hormon tumbuhan [auxin] untuk disimpan. Sungguh menyelerakan rupanya. Air jernih yang tersimpan dalam botol yang cantik. Macam memanggil2 supaya dikeluarkan dari botol...Sluuuurp. Rasanya mcm air limau ke eh? Ke mcm air sprite? keke.

saya: 'Saya poser, tgk hormon nih pon mcm sedap'
en. maz: 'Erk' *senyum*

2. Membuat bacaan utk proposal. Terjumpa perkataan desiccation. Bukak kamus. Nan ado..Yang ader hanya dessert. Uhhh...cepat2 tutup kamus. Letak jauh2, boleh? keke

Huh, lemahnya iman.

Teringat masa matriks, perbualan ngan budak laki

'ko poser?'
'memula aku poser'
'pastu?'
'aku tak tahan. roti cokelat nampak sedap'
'dahtu?'
'aku pon makan la'
'bengong'
'p*** poser tak?'
'dia pon memula poser'
'pastu?'
'aku makan roti coklat depan dia'
'pastu?'
'dia pon tak tahan. dia makan'
'bengong arr korang nih. dengan roti coklat pon bleh tewas!'

Note: Roti cokelat = roti cokelat gardenia berharga 0.50 sen.

Ntah apa kabar depa dua. Harapnya depa puasa penuh tahun nih.

Tuesday, October 7, 2008

Bawaku terbang


Kamu yang bawa ku terbang

Yer, kamu. kalau kamu seorang pilot..kehkeh.

Monday, October 6, 2008

Apekah

Sejak bila webpage diterjemahkan jadi laman sawang? Gosh, tatau pon.

Oh, saya mau sambung kerja, melayari internet utk mencari laman sawang yang berkaitan..kekeke

Azam

Azam kena kuat. Mulai hari ini saya bertekad:

1. Tido awal, supaya bertenaga dan alert masa keje.
2. Jauhkan diri dari internet di malam hari, supaya tak ghalit sampai TERlambat tidur.
3. Berjimat cermat, supaya cukup duit untuk operation dan juga kelas skuba..wauwee.
4. Menjadi baik dengan semua org, supaya jumpa cinta sejati. *azam nak kawin tahun depan, kehkehkeh*.
5. Kurangkan bercakap, supaya cukup masa siapkan keje.

Semoga berjaya..AMIN.

Azam

Azam kena kuat. Mulai hari ini saya bertekad:

1. Tido awal, supaya bertenaga dan alert masa keje.
2. Jauhkan diri dari internet di malam hari, supaya tak ghalit sampai TERlambat tidur.
3. Berjimat cermat, supaya cukup duit untuk operation dan juga kelas skuba..wauwee.
4. Menjadi baik dengan semua org, supaya jumpa cinta sejati. *azam nak kawin tahun depan, kehkehkeh*.
5. Kurangkan bercakap, supaya cukup masa siapkan keje.

Semoga berjaya..AMIN.

143

Its not about perfection my dear. Its about accepting our partner's imperfection. Wipe your tears and smile. Allah is saving the best for you!



p.s: psssst, ada souvenir utk cik potpet yang baik hati tak encik fai yun? kehkehkeh

Sunday, October 5, 2008

Salam untuk perantau kehkeh

Matahari yang menyinari kita,
Langit yang memayungi kita,
Tetap sama, walau terpisah beribu batu.

Namun, rumput yang kita pijak adalah berbeza.
Tapi jangan jadikan itu alasan utk bergambar bergolek2 di atas rumput.
Sungguhpun itu mungkin budaya negara itu ketika menyanyikan lagu2 dalam movies. *bluwek*
Take care!

Downloads

Yusuf Islam - Your Mother

Opick & Amanda - Alhamdulillah *theme anakku bukan anakku*

Nikki - Relakan

Naruto opening theme *episodes 54-77* - Kanashimi wo yasashisa ni

Naruto opening theme *episodes 78-103* - GO

Naruto ending theme *episodes 1-25* - Wind

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selamat sampai ganu semalam. Bertolak dekat2 pukul doblas tghari. Amik jalan Cameron, masuk Gua Musang, Lalu Felda Aring, Tasik Kenyir, keluar Kuala Berang dan ke Kuala Tganu. Aiseh, hari tuh tak lock pagar ngan lock baru. Lupa ada lock baru. Rantai besi yg lama kena curik, dgn mngga2 skalik. Tuan rumah kata dia kuncikan pagar, so, kena bgtau dia bila nak balik sini. Bila teringat nak sms, line yillek. So, dah sampai Kuala Berang baru dpt sms dia. Dia kata dah lewat, so, tak berani nak balik memalam. yelah, dahla anak dara, cun pulak tuh.. So, decided tido umah Wani je. Alhamdulillah ada Wani. Sampai je rumah wani, sandal lak putus! Sentapz..uhukss. Sib baik ada bawak kasut raya..alhamdulillah.

Malam tadi jenuh perah otak canner nk dtg keje. Saya ngan Wani takder transport. Habis kontek seme org yang dikenali, malangnya seme masih dalam mood raya kat kampung. So, ada 2 plan - tggu tepi jalan van kuning yang angkut students masuk kampus *teksi tekder area sini, kecuali kat airport* atau amik EL bersama2. keke.

Nasib baik ada Aimi *dia join balik sini dari Ipoh sesama*, dia tolong angkut kitorg dtg keje..keke. Alhamdulillah...Otw gi keje, terlupa yang kunci bilik kat dalam henbeg satu lagik. Aiseh, terlupa. So decided nak lepak kat bilik wani je if takde org dtg keje n bukak pintu bilik *wani don bilik sebelah*. Alhamdulillah ada kak Ron..keke.
Sungguh sunyi...Semua org masih cuti2 malaysia.

Oh, update on my visit to specialist-
Good news, no fibroid or cyst. Doktor kata ovari dan uterus cantik. Oh, apekah..cantik? Ini kot yg dimaksudkan dgn kecantikan dalaman? hahaha.
Bad news, dia kata pitam/pengsan time menstruation adalah abnormal. So, dia akan buat laparoscopy.
Bad news lagi, dia kata masalah goiter saya is a problem, so she adviced me to get rid of the thyroid cyst. So, semalam amik darah lagi utk tau level T3 and T4 normal ke tak. Next appointment akan decide bila nak buat operation.

Still, alhamdulillah sebab at least ada good news.

Thursday, October 2, 2008

[PV] NEWS - Happy birthday

Kak Yan, semalam NEWS release (lagik) limited edition CD. Tahun nih je dah 3 CD depa kuarkan! Kenapalah encik jonis tak release single dulu pastu hujung taun baru kuarkan CD. Kopak peminat depa..huhu



Happy birthday! *urghhh, rambut Yamapi macam nyonya jual sayor!urghhhh*
BTW, he just graduated from Meiji Uni..=)

Pesanku

Adik
Jangan pegang kuat-kuat kaca itu
Nanti pecah berderai
Tangan akan luka
Parut akan menjadi tanda

Adik
Pegang kaca dengan kemas
Kemudian simpan ia baik-baik
Sambil selalu menjenguk kaca
Menjaga dari debu, memelihara dari retak

Adik
Jangan lupa berdoa
Semoga kaca akan terus tersimpan rapi
Semoga kaca akan sentiasa berada di sisi.

Wednesday, October 1, 2008

Kisah malam raya

Malam raya.
Gembira menolong org memasak sebab opah dah extend dapur. Nota buat Encik Rizuan: see, betapa dapur yang lapang mempengaruhi mood?ehehehe.
Well, setakat ini tiada soklan cepu emas yang terkeluar. So, tersangatlah lega..alhamdulillah. Tiada org mau speku saya macam Kak Delinn dispeku. kekeke.
Topik sanak saudara dah bertukar. Dari soal jodoh ke soal kesihatan. Due to the fact that dalam keluarga dah ada 2 org yang pernah didiagnos ada ovarian cyst (dan selamat menjalani pembedahan) dan mereka melihat saya ada simptom2 serupa dengan mereka dulu, especially senggugut sampai pitam. It was a fruitful discussion, at the same time menakutkan. Selama nih bila acne menggila di muka atau senggugut sampai separuh nak mati, saya dok bertahan dan merasakan its normal. Acne tuh biasanya saya relatekan dengan masalah goiter, hormon tak stabil tu sebab menjadi penternak jerawat yang berjaya. Bagilah mak nenek SKII tu pon, since this is related to hormone, payah nak ok.
Saya cuba mengignore masalah period pain nih..sampaila insiden pitam di shopping complex sebanyak 3 kali (dalam masa 1 hari) due to senggugut yang melampau last month-sebelum pose, saya mula rasa risau. Still, merasakan itu adalah berpunca dari rehat yang tak cukup dan makanan yang kononnya tak berkhasiat. And today semuanya fall into pieces. Saya ada simptom2 ovarian cyst;

Cramp yang dahsyat di bahagian perut, kaki, pinggang *macam nak terberanak* masa period.
Muntah2 masa period.
Period >7 hari. In my case, more than 10 days!
Perut macam bloat.
Letih ya amat, macam kat dunia nih saya sorg je buat keje.keke
Sakit bila nak period, dan sakit bila nak habis period.


Note 1: Kak Khalid, ingat tak masa training di Aman Damai, tetiba saya cramp dan akak merempit angkut saya balik?Psst, kita tipu budak laki bgtau saya asthma..keke.
Note 2: Saya dah start senggugut sejak dalam menengah rendah, so tu sebab saya rasa mcm normal...

Oh well, tak dapat dipastikan saya ada cyst ke tak. But based on the discussion dan simptom2, its 80%-20%. 80 tu positip. Saya sedikit kurang bernasib baik. Kedua2 makcik saya didiagnos selepas berkahwin dan ada suami masa operate. But hey, saya still ada keluarga dan kamu semua kan? (^____^)
My plan is to visit a gynea specialist ASAP. Mebi sebelum balik ganu, InsyaAllah. Dulu penah jumpa doktor kat klenet, and the respond was 'Ala, biasa nih, nnti lepas kawin sure ok. Cepat2 kawin'
Due to the fact that rukun nikah masih belum dapat dipenuhi [rukun - suami/isteri/saksi/wali/akad - guess which one is missing..keke], I will skip the general practitioner, and try specialist instead.

My dear friends, wish me luck. Hope everything will be fine. =)
Please be alert if you have similar symptoms as stated above. Take care! Enjoy your raya with your beloved family and friends!

------

Makcik 'Ha, dah naik minyak dah niii' - merujuk kepada rendang.
Yess! Naik minyak! Makcik saya yang berusia lewat 30an juga menggunakan terma naik minyak! I guess it runs in the family =)