Wednesday, February 3, 2010

Teringin makan nasik ayam kat kedai ISPA Kebab

Dear all,
ini adalah update sepantas kilat (ada break sekejap sebelum ke padang ragut semula, decided untuk update blog sebab tak larat nak proses sampel, hehehe)

1. Minggu ni adalah minggu menggaban. Secara ringkasnya, hanya berhenti untuk solat dan makan. Itupun makan sambil berjalan/memandu. Asik berulang alik opis-padangragut-asrama seperti lipas kudung.

2. Mentally and physically exhausted sampaikan TERmenangis tersedu-sedu bila dengar suara mak dalam phone. Masa tu sehari lepas kena sound dengan encik bos sebab 'kurang berfikir' yang menyebabkan tunggang langgang eksperimen. A day after that stay kat padang ragut sampai pukul 10 malam dan sangat sedih bila treatment tak dapat diapply seperti yang dirancang. Caca merba, menyebabkan saya terus rasa sayu pilu dan mahu jerit 'Please remind me why I'm here doing this?'

3. Peter bagitau dia susut 6 kilo dalam 2 minggu. Dia tak lalu makan sebab eksperimen dia pun caca merba. Kesian, dah macam ranting pokok bergerak je tengok dia..Kalau saya pandai masak, mesti dah masakkan makanan yang sedap, bubuh dalam mangkuk tingkat, letak depan pintu bilik dia hari-hari. Malangnya, dot dot dot. hehehe

4. Kereta yang sedang diparking telah disodok oleh seseorang. Pecah lampu belakang. Nasib baik orang itu tampil dan mengaku. Siapakah orangnya??? Jeng jeng jeng... kekeke.

5. Encik mata biru tegur, katanya muka saya tak happy. Sentap. Haruslah I tak menyengih mcm kambing sebab fenat u ols!!! Saje je buat orang sentap kan? Ingat u ols, tak senyum bukan bermakna tak happy. hehe

6. Kamera kena curi rasanya. Letak dalam lab, sudah gagal ditemui. Sebelum ni kamera lab hilang, kendian lepas Sara hantar email kat semua staff, orang tu pulangkan. I might do the same, hantar email. Kalau tak dapat jugak, kena carik sugar daddy sorang ASAP.







*pengsan*

No comments:

Post a Comment