Wednesday, February 24, 2010

I hate procastination but I procastinate a lot. Make sense?

Rabu.
Rabu yang penuh dengan drama hati.
Rabu yang penuh dengan pendarahan hidung.

1. Sejak dua menjak ni kawan ikan rajin melepak kat opis kitorg. Mungkin terasa bilik ini ada aura gossip yang kuat, maka beliau menyerah diri setiap hari. Duduk antara pompuan-pompuan yang multitasking - tangan dan mata dok fokus pada kerja2 lain, tapi otak telinga dan mulut pada gossip. Kawan ikan hanya tergelak-gelak sambil geleng kepala melihat wanita2 vogue bergossip dan meluah perasaan dalam keadaan pantas (nak kejar masa lah katakan). Dalam pada dok geleng kepala tu tetapppppp menyerah diri datang opis ni hehari. MOTIP SANGAT!

2. Sushi is back! (Arin, tepat tekaan di FB). Sebenarnya dari minggu lepas lagi, tapi sebab mentally exhausted minggu lepas, tiada keterujaan. So, minggu nih eksaited. Lebih eksaited sebab depa bagi list updated menu dan reviewed price. Maka, kami decide untuk try menu lain. Kebetulan, kali ni saya semangat order sejak Isnin dan hanya order untuk diri sendiri (dasar!). Jadi bila Sara kata nak oder saya sarankan dia oder sendiri sebab saya dah send order - kang terkeliru pulak tokey sushi. Tadi Sara kol bagitau dia dah dapat sushi - derang deliver ke lab. Wah, ni servis baru ke? Berlarian ke lab dan rupanya hanya Sara punya je depa deliver. MEK ADALAH SANGAT SENTAP sampai hidung keluar asap! I jeling Kohei (konon merajuk la kannnn). Motif pelanggan tetap yang oder setiap minggu dan memberi senyuman menawan pada dia dan menggenggam erat duit balance yang diberi oleh beliau setiap kali amik sushi diawektirikan? Sara punyalah seronok, tapi I gerammmm2 manja. Sentap Kohei bila I sentap. Dia kata dia tatau pun itu lab saya. Kalau dia tau, dia akan deliver. Lelaki, pandaila nak selamatkan diri dalam saat genting kannnnnnn? Huh! Sib baikla Kohei bagi senyuman yang memengsankan. Kalau tak, nak boikot sushi sebulan! hihihi. So, sebab Sara pon rasa simpati terhadap diskriminasi terhadap pelanggan setia sushi ini, dia teman saya amik sushi. Sian pulak kat Kohei bila cuba menenangkan pelanggan yang merajuk (perasan, hihihi). Dia sekali lagi highlightkan yang dia tatau itu lab saya. Kalau tak, mesti dia hantar. Hebatkan lelaki, kita tak cakap apa pun dia tau apa dalam pikiran kita, kekeke. Saya pon bgtau la selalu yang banyak2 tu order untuk lab kitorang, tapi mggu ni split order. Dia kata selama ni dia ingat saya borong sushi banyak2 untuk makan sorang. Motip ingat i raksasa gorgon yang pelahap? Eleh, tu tektik nak sejukkan hati la kan (sekali lagi perasan). Berjayalah tektik dia, terus tak jadi boikot sushi.hahaha. Kesimpulan, sebab email Sara ada full adress lab, jadi depa deliver. Nampaknya kena enablekan signature (adress ngan num telepon) kat email..Untung2 dapat delivery sushi dan miss kol..kekeke

3. Pergi ke workshop hari ni buat kesekian kalinya. Semalam dah pegi repair lampu tepi. Hari ni boh balik strip yang terkopek. Yang menyentapkan, workshop ni banyak bebudak muda yang hensem. Depa nih training untuk jadik mekanik rupanya *kipas2 muka*. Ada yang perasan best, ada yang baik dan comelllllllllllll *pengsan*. Memang bernasib baik dapat yang comel dan baik dan pandai (sebab comel dan baik, terus buat kesimpulan pandai..kekeke). So, sangat puas hati pegi workshop ni sebab memang mata bersinar2 lepas dicuci. hahahaha. Terasa mcm aura pink menyelubungi diri..bila drive balik dari workshop rasa bahagia sampai tak sedar dah sampai uni...hahaha. Memang takkan pegi workshop yang hari tu dah sebab workshop hari tuh penuh dengan pekerja lelaki pangkat atuk2 yang sangatlah cranky dan grumpy. Kemudian receptionist pompuan yang pangkat makcik yang tak senyum. Workshop tadi ni totally opposite - pekerja semua lelaki dan muda belia..patutlah maju.hakhakhak. Semangat untuk menjadi pelanggan setia! kekeke.

4. Hari ni Sara memberi latihan amali cara2 tukar tayar dan cek segala mak nenek dalam bonet tu. Malas nak amik tau, tapi kena amik tau. Sara berpegang pada konsep kurangkan kebergantungan pada orang lain - terutama lelaki. Dia tuh apa yang tak reti..semua buat sendiri kecuali angkat benda2 berat. hehehe. Mana yang saya mampu, saya cuba lah. Kalau tak mampu, pepandailah buat muka comel mata kedip-kedip tepi jalan.

5. Hari ni hari terakhir jumpa Songju (Korea) sebab dia dapat kerja di farm jauh dari sini. Agak sedih sebab tak sempat bermesra dengan lebih banyak. Banyak plan meet up terpaksa kensel sebab ratu goss dari Malaysia ni terikat dengan jadual di lab.huhu. Honestly saya selalu rasa tak best dengan kawan-kawan kat sini sebab saya kurang masa. Saya rasa saya lebih masa dengan u ols through this blog dan panggilan telefon sebelum tidur. Dengan orang-orang kat sini memang susah nak bersosial sebab masa saya tak begitu flexible kecuali waktu lunch dan waktu encik bos takde..hehehe
It was fun to talk to her again. Tapi masa mengucapkan selamat tinggal rasa sebak. Sorang demi sorang akan tinggalkan kita dalam hidup ni, kan? *drama! hikhik*. Dia kata dia akan kembali lepas 6 bulan tapi belum dapat dipastikan. She is a tough girl. Dia akan kerja kat farm yang jauh di pedalaman, takde line telepon whatsoever, tidur dalam caravan. Semoga semuanya akan baik-baik saja dan smoga, kita semua - fangirls Korean celebrities will have the chance to visit her in Korea. hikhik. ps: Dia kata kalau dari aussie paling murah tiket ke korea dalam 1800 MYR dari aussie, transit di Singapore. One way ye anak-anak. Mulalah menyimpan dari sekarang. Mungkin 2012 kita akan buat rombongan cik dijah ke Korea!!!!! *pengsan*. Sila survey dari Malaysia berapa ye anak-anak.


Sekian berita terkini di hari Rabu. Labwork tak siap lagi..kekeke.

2 comments:

  1. Artis naungan is back!! (gituh)

    (2) : Kitorang memang hebat.

    Keke

    ReplyDelete