Thursday, December 4, 2008

My 2 cents

Dah hampir setengah tahun dok sini. Adapting quite well, alhamdulillah. But still, ada benda yg masih tak berapa nak paham

1. Pengurusan sampah.
Lori sampah tak angkut sampah depan umah. So, kena mengangkut sampah ke tong besar yg diletakkan lebih kurang setiap 2 km di tepi2 jalan raya. Masa kat umah lama dulu, dek kerana sampahnya banyak n tammo sumbat dalam keta, kitorg letak atas bumbung keta dan cik Mah drive pelan2 utk ke tong sampah berdekatan. Bila dia membelok lepas trepik lait, sampah jatuh ke tengah jalan raya. Hadeh, jadik keje lak nak berjalan ke belakang n kutip balik sampah tu..keke.Pelik jugaklah bila lori sampah tammo kutip sampah depan umah sebab pepagi nampak je depa dok lalu depan umah sambil sengeh2.

2. Kerjasama.
Well, ni bukan generalisasi. Cuma pernah berhadapan dgn situasi pitam dan cramp kat tempat membeli belah. Bila saya terjelepuk kat situ, semua org just tgk sahaje. Mcm saya tgh buat pertunjukan pulak rasanya. Bila saya gigih bangun, cuba berjalan dan jatuh sekali lagi, still org tgk saje. Tergamam agaknya tengok org mcm mabuk. Walaupun ada sorg salesboy yg offer bantuan, tapi last skali power rangers wanita - cik Mah, Kak Ipah n Siti yg mengangkut saya keluar dari tempat itu sambil diperhatikan oleh orang. Tapi jauh di sudut hati, memang depa jenis buat tatau ke kalau tgk org terjelepuk jatuh di tengah khalayak umum?Ingat nih Bang Bang Boom ke?

3. Kedai runcit/kiosk.
Yang paling tak dipahami adalah matlamat depa bukak kedai runcit, dan jaga kedai/kiosk. Biasanya kalau beli barangkat sini, org yg jaga kedai akan buat muka 'pesal ko dtg kedai aku?' ataupon buat vodo terus. Cik Mah penah nak beli gas kat satu kedai nih dan bila cik Mah tanya boleh tlg hantar tak gas ke rumah, org kedai membuat muka malas nak layan sambil memberi jawapan negatif. Semalam, masa kak ron nak tanya pasal perfume, budak yg jaga kiosk tu buat muka menyampah gila. Terus saya blah, tak koser nak ngadap muka menyampah itew. Macam kita nih mengganggu masa dia bergosip2an..Haish, tak paham... Susah ke nak bermanis muka dan memberi layanan baik?Baik ko balik main ikariam dari jaga kedai!

4. Servis kedai.
Kebanyakan kedai makan kat sini - termasuk pija hat, servisnya tak menepati piawaian. Menunggu org nak amik order pon leh tumbuh akar dah rasanya. Psst cik Mah, mlm tadi kita siap angkat2 tangan nak suh waiter amik oder kan?..keke. Tu baru proses amik oder, belum tggu makanan siap lagi.. Tapi ada gak servis kedai yg ok, mcm kedai Zalina tuh..Adik waiter pon comel2..ahaks.

5. Umah.
Heran betul design umah2 yg dibuat pemaju. Bukak je pintu, terus nampak toilet. Setakat nih, rumah2 yg saya rasa ok adalah umah yg didesign sendiri, bukan design pemaju. Mcm tak convenient sangat, tatau nak letak kat mana washing machine, peti ais.

6. Mat rempit dan pemandu jalanraya.
Ni memang menguji keimanan dan kesobaran. Mebi due to the fact that sini takdak hiburan sangat, merempit di jalan raya merupakan hiburan depa. Dah tak tertahan hari tu, sbb mcm ada pesta merempit kat jalan menuju bandar, saya terus sms rakan kop. Saya menanam azam, skalik lagi saya nampak budak merempit ramai2 kat jalanraya di siang hari, saya akan terus tepon polis! Hish, bebudak yg tak merempit pon sama...helmet memang tak pakai pastu suka main cilok2 sesuka hati. Semalam nampak ada helmet tergolek2 kat jalanraya. Tu mebi org yang pakai, tapi tak fasten. Hish! Pemandu2 keta lak suka bersantai2 di pagi hari sambil menghirup udara segar dari pantai dan juga menghirup makian pemandu2 yg meroyan nak sampai opis cepat..keke

Despite all this, ganu sudah ada tempat di hati saya =)

---------
The way to love anything is to realize that it might be lost. - G. K. Chesterton -

7 comments:

  1. i always love ganu because of its' sea :-)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..dijah..welcome to the club...
    (p/s kan akak dh note dlm blog qila... pizza hut esp kat giant SANGAT slow ok...)

    ReplyDelete
  3. Beb! aku dh sethn kat sini.
    Still tercr2 ruang nk menempatkan ngri ini dihatiku. Xda kosong lg stkt ni.
    Maybe aku kna try dok kt Hong Kong la kot! muahaha...

    ReplyDelete
  4. The way to love anything is to realize that it might be lost. - G. K. Chesterton -

    angah suke ayat nie..tapi angah takut bile betul2 jadi..

    ReplyDelete
  5. "Despite all this, ganu sudah ada tempat di hati saya =)"

    tetiba terngiang-ngiang lagu Akhbar
    "siapakah dihatimu, siapakah dihatimu"

    ReplyDelete
  6. Apa tuh Bang Bang Boom dan ikariam?
    Bang bang boom tuh macam Just Kidding ek?

    ReplyDelete
  7. kak delinn, pntai kat ganu memang sgt best..ahaks

    kak lynn, yer, tetiap kali pegi situ mmg mode tarik2 rambut senirik.huksss. btw, saya pasan komen akak kat blog qila tu..hiks

    As, pi la hong kong nun. Nak tolong jaga kedai makan cawangan tuan muda ke? wakaka

    Angah, cherish the moments. Bagus gak takut, baru kita behave sket..keke

    Kak Yan, lagu akhbar?uh, tak penah dgr..kena cari nih..keke

    Am, Bang Bang Boom tu lebih kurang mcm Jusk kidding tu lah, mcm punk'd pon ye gak.
    Ikariam tuh game online. Best gak..hehehe..Try ar main. Tapi tak kiut macam pokemon.hiks

    ReplyDelete