Friday, October 29, 2010
Ada yang lebih di atas, ada yang lebih di atas
Bila kita rasa kita sangat bernasib baik
Wednesday, October 27, 2010
I'm back, I think
Dont get me wrong. I'm not supporting tatoo or topless men. Saya tak sarankan sesama buat tatoo. Tapi nak bgtau yang Jay ada 3 tatoos - dada (tahun lahir ayah, mak, dia, adik dia jehan). kendian belakang telinga (AOM). dan last sekali belakang badan (Jaywalkerz). Rupanya ada maksud tersirat family in his heart, AOM by his side, Jaywalkerz behind him. Aigoooooo pandai dia berfalsafah kan? Tapi mengeja kurang pandai.kekeke.
And Jwalkerz tgh try nak pomot jay masuk Ellen Degene...mcmananakeja tu...hehe. Hope berjaya lah :)
the vid that changed everything :) <3
Selamat malam semua (tatau kenapa ceria hari ni..hehhee)
ps: tgh tulis poskad untuk mak jay untuk wish happy belated birthday and happy new year..ohmaigot, rasa seperti muda kembali..kekeke. thanks to kpop fandom, anda akan
Monday, October 25, 2010
:(
Mcm tu jugak bila Charlotte meninggal. BIla rasa rindu saya akan bukan balik entry2 yang berkaitan. How I wish I wrote more entries on her, and how I wish we have pics together :(.
Bila baru ni ada junior tanya bila besday Tra, saya sentap. Saya ingat-ingat lupa. Bila saya kerobek entry dulu2 ada entry dedikasi sempena birthday Tra.
So yeah, how I wish I have more time like before to just write bout every single thing that happen in my life. *sigh*
By the look of my pilot experiment result, harapan untuk hanya ada satu je lagi eksperimen mungkin hancur berkecai. Peratusan untuk menambah eksperimen sedang meningkat perlahan-lahan. I just hope that I wont have extend my candidature. :(
Kelas renang agak ok, ada benda yang tak best jadi but I will just try to ignore it. But the positive point is: saya dah boleh terapung (dengan menggunakan float okes) tanpa perlu dipegang instructor. Bayangkan, sebelum ni kena guna float dan kena dipegang! kekeke. Tapi masalah bila instructer tak pegang, lembab nak mampus bergerak. Mcm 1 cm/minit!!! Kelajuan sangat perlahan sampai penat nak kick dalam air. Last2 seluruh badan sakit-sakit sampai ke saat ini.
Lusa akan mula bekerja mcm tahun lepas. Few hundred samples to finish in one months time + run together eksperimen lagi satu. Hope taklah sampai kena tidur kat skul mcm tahun lepas. keke
Saturday, October 23, 2010
Hati yang sukar dimengerti
kekekkekekke
Thursday, October 21, 2010
Andartu
Kita jangan marah kalau orang panggil kita andartu. Anak dara tua nih taklah hina sebenarnya. Tapi kadangkala cara orang sebut tu keji dan hina. Sama dikeji dan dihina macam babi, lembu. Hidup kita di donia nan fana ni suka rendah-rendahkan tarap manusia. Yang ada degree konon lebih mulia dari yang tak habis darjah 6. Yang kerja PTD konon lebih mulia dari jaga sekolah. Yang muka cun mengikut piawaian lelaki lebih molia dari pompuan yang muka-muka taraf biasa. Yang kulit putih melepak lebih taraf tinggi dari pompuan kurang cerah. Pompuan yang kawin lebih molia dari pompuan bujang. Pompuan yang ada anak lebih molia dari pompuan takde anak. Pompuan kerja lebih molia dari surirumah. Pompuan menyusukan anak sampai 2 tahun lebih molia dari pompuan yang bagi anak minum susu lembu. Lelaki kaya lebih molia dari lelaki yang kais pagi makan pagi. ulps, terpanjang pulak contoh. hehehhehe
Dulu, saya cukup tersentap dan tertampar bila dipanggil kertu/andartu. Tapikan, bila saya fikir..takde keji dan hinanya. Lainlah kalau orang panggil kita antakdartu (anak tak dara tua) atau andartaklu (anak dara tatau malu) atau pertubian (porempuan tua lesbian). At least orang teka kita masih suci murni walau muda, khennnn? hikhik. This is fact. Kita masih anak dara. Dan kita sudah melangkah ke alam tua. Walau macamana rasa terhena, itu hakikat. Hakikat yang kita kena terima. Sudah rezeki kita dikellingi orang yang kasih dan sayang pada kita dan amik berat. Kat barat pon ada istilah anak dara nih, dan environment depa sejibik sejibun mcm kita, tapi tahun 80an kalau tak silap. So insyaAllah lagi 10-20 tahun lagi rakyat jelata kat negara tercinta dah berubah mentality, tak lagi dok mengompat sohseh tepi pelamin membincangkan umur pengantin perempuan yang dah menginjak ke angka 29. Umur berapa kawin pon orang akan cakap2. Umur 20, depa kata gelenyar segelenyar supik gelenyar nak kawin. Bila terlebih sikit depa tuduh jual mahal perasan cun dan nak laki mcm Jay Park. WTF? Kita semua mengaku ada Tuhan, pungpang cakap percaya qada' dan qadar..tapi motip sangat dok kejan org suh kawin tepat2 umur 25. kekeke. Pelik betul. Bila single tanya bila nak ada bf, bila ada bf tanya bila nak tunang/kawin. Dah kawin tanya bila nak ada anak. BIla ada anak tanya bila nak tambah lagi sorang. Kalau setiap kali depa tanya tu depa hulur dalam seribu dua ribu ringgit Malaysia, kita pon tumpang gembira, ye dok?
Royan: on.
Hari tu, ada jantan tak sedar diri dok pungpang cakap pasal andartu ni. Dia kata andartu ni sebenarnya golongan yang menyebabkan diri mereka jadi andartu – mulut lazer, kuat mengumpat, tak pandai jaga diri, kasar, anti lelaki and what not. Biasanya andartu akan terus kekal jadi andartu. Series bila saya tau ni rasa nak baling terompah besi. Kalau jantan mulut pondan mcm tu haruslah hilang selera pompuan nak kawin okes. Aku rela tak kawin seumur hidup, mati single dari dapat jantan mulut hazabedah tarap longkang. And yes, ada sesetengah pompuan dah kawin kata andartu ni dengki depa ada laki. prft. Ekskius mi. Kalau laki hangpa muka cam Jay Park pon ai tak jeles. Sometimes orang salah paham. Orang meluat tgk gambo cumbu2/kemesraan melampau yang dalam kelambu yang selayaknya hanya untuk diri sendiri. Motip gambo separa bogel laki bini pampang kat semua orang? Eu, puhlis. Lebih baikla aku jeles kat bebudak yang nak pi fanmeet jay kat putrajaya disember ni dari jeles kat laki org..kekeke.
Royan: off.
Saya tau ramai rerakan seandartuan baca blog ni. Saya nak cuma cakap, manfaatkanlah masa single ni dengan sebaiknya. Series, Allah takdirkan semua ni ada hikmah. Jangan kawin sebab nak tutup mulut orang. Kalau kita asik buat rutin yang sama je hari2, bosan okes. Kucing pon tukar-tukar tempat tido/lepak. Alhamdulillah saya nampak hikmah single ni. I'm enjoying myself, sebab saya yakin kalau ditakdirkan saya dah kawin skang, either laki saya masuk tanjung rambutan atau dia depression. keke. I love my own sweet time. and I love meroyan =)
Weekdays biasanya saya manfaatkan untuk study. Sabtu pagi akan pi swimming class, then minggu ni pegi tolong bebudak radio untuk program kat sekolah, insyaAllah. Ahad ni akan start berkelas dengan bebudak kat masjid (feeling-feeling ibu Arini) dan next week akan start sample collection and processing. But hopefully weekends saya ada lebih masa untuk berehat dan bertenang.
and yes, im a bit down actually. Bukan,bukan bab andartu ni. but pasal FM ni. Motip sangat dah 28 tahun saya lahir. 27 tahun di Malaysia. Tahun ke 28 di mana saya tidak berada di tanahair masatulah chenta hati nak mai Malaysia. Motippppppppppppppppppppppppppppppppp? Ada budak kat Melb dah siap survey tiket airasia. Tapi mcm kerja gila je kalau kitorang balik semata-mata nak jumpa Jay kan? tiket dia je dah ratus2. campur2 ngan tiket kapalterbang dah boleh buat belanja kawin. kekeke. Kalau boleh pinang jay takpe gak. gulps.
-----------------------------------
off topic: kenapa org kata lagu ni mcm lagu lady gaga? tak sama pong..
Saturday, October 16, 2010
Kalau dah jodoh tak ke mana :D
See, kalau jodoh tak ke mana. Dia akan jatuh ke tangan kita juga...hehehehehehehehehehehehehehehehheeh
ILU Jay Park di di ding ding ding ding
Friday, October 15, 2010
Vogue
Saranan melihat 2 bahagian. sila abaikan bahagian yang lain.
1- Dari mula sampai 0:16.
2. Dari 1:17-1:45.
Malam ni tidur sambil tersenyum..bukan sebab RM500 dari kerajaan. Tapi sebeb vid ni
8D
Good nite!
Thursday, October 14, 2010
I just cant stop myself...
I LOVE U-Kiss. Walaupun saya bukan Kiss Me (fangirls tegar), tapi saya senantiasa mendokong usaha U-Kiss. Lagu baru depa sebab, tapi MV depa berkonsep kedewasaan dan saya kurang suka. PErformance depa best, hensem dengan suit segala. Kemas, mcm jantan. Tapi, apakah koreo seperti mahu berubah seperti Kabuto/Suria Perkasa Hitam. Tetiap kali sampai ke aksi bertukar kepada gaban tu saya akan ketawa. Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
1Malaysia?
Sejak otak saya berupaya mengingat, saya tahu ayah mengajar di sekolah St. Michael Ipoh. Ajar sekolah Kristian. Ajak budak Cina, Melayu, India, Bengali. Saya tak pernah terpikir kenapa ayah mengajar sekolah Kristian, anak-anak Kristian walau dia hantar kami adik beradik sekolah agama swasta. Saya tak pernah tanya kenapa sebab saya tak pernah terfikir isu agama boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.
Jiran kami Cina, ada anjing nama AhKong. Bila anjing dia mati kena racun, saya dan adik2 tumpang sedih. Tuan rumah kami nama Kesavan. Saya takkan lupa nama Kesavan, sebab ayah eja Kesavan sebagai K7. Masa tu saya rasa ayah paling cool sebab boleh eja nama orang dengan kretif sekali.hehe.
Di sekolah menengah, Cikgu Chong dan Cikgu Chee mengajar semasa di menengah atas. Walau ada khabar angin yang mengatakan cikgu Chong mengajar di sekolah agama sebab ada niat tertentu, kami telankan saja. Belajar macam biasa. Tidur dalam kelas macam biasa, bermesra dengan cikgu2 mcm biasa dan pasti akan jumpa cikgu kalau ada latihan yang tak dapat dijawab. Saya masih ingat kami menyelitkan membaca surah toha ayat 1-10 lepas baca doa penerang hati, untuk melembutkan hati cikgu chong dan cikgu chee supaya kasihani kami yang suci murni ni.hehe. Dan kasih sayang yang mereka berikan sesuci
Di USM, kami diwajibkan bercampur dengan pelajar bukan Melayu di kolej kediaman. Saya ditempatkan dengan Catherine India Kristian di Tahun 1, Cynthia India Kristian di Tahun 2 dan Florence, Cina Kristian dia Tahun 3. To my surprise, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku walau kami semua nampak 'berbeza'.
Semasa Masters, penyelia lapangan saya Dr Chandra, wanita India Hindu. Saya dibantu oleh En. Hassan Ghulap Din, Pakistan Muslim dan senantiasa diselia oleh Pn Vasuge India Hindu, Dr. Naheed Pakistan Muslim dan Dr. Mahendran, India Hindu. Kenapa saya mula melabelkan bangsa dan agama setiap seorang? Sebab nampaknya ini identity ni penting. Kita sibuk mencari perbezaan, kita sebok nak fikir apakah dakyah terselindung di sebalik perbezaan.
Kita semua berbeza dan kita akan terus berbeza bila kita mahu highlight perbezaan. Sedangkan di Iraq sesama Arab Muslim tetapi 'berbeza' ikutan Shiah dan Sunni, maka bertelagah. Sedangkan dengan Indonesia yang sama-sama Melayu Muslim Sunni pon kita sering bertelagah.
Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita masih labelkan rakan-rakan dengan nama yang tak sepatutnya. Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita tak rasa kepentingan belajar bahasa rasmi. Kita rasa kita mahukan 1Malaysia tapi kita prejudis pada bangsa lain. Kita kata Islam agama kasih sayang, tapi kita menyemarakkan benci. Kita kata Budda ajar berkasih sayang, tapi kita kutuk bangsa lain cukup-cukup.
Adakah Malaysia hak milik Melayu sahaja?
Adakah Malaysia kaya hanya dengan bantuan Cina dan India sahaja?
Semua orang akan ada soft spot pada persamaan. Kalau kita peminat Jay Park dan berjumpa dengan peminat2 Jay Park yang lain, kita akan secara automatik akan jadi selesa, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, agama. Maka, adatlah Melayu bersatu, Cina bersatu, India bersatu. Tapi perlukah kita bersatu untuk jatuhkan bangsa lain? Lihat apa jadi di Afghanistan, di Iraq. Bila kita dan lalai. Bila kita gigih mencari perbezaan, akan nada pihak lain yang akan datang 'membantu' meleraikan kekusutan. Ketika itu, hancur berkecailah perlembagaan, kuasa sultan, system demokrasi. Yang kaya raya akan ada tempat perlindungan di luar negara, wang simpanan berkepuk-kepuk di akaun bank antarabangsa. Yang tinggal hanyalah kita rakyat-rakyat marhaen hidup dalam kesusahan, tangisan akan diselangselikan dengan bunyi tembakan dan bom. Kawan-kawan dan ahli keluarga mati setiap hari, bukan sebab pemandu bas cuai, tapi sebab terkena tembakan atau bom.
Ini hakikat. Ini yang berlaku di negara-negara yang gigih mencari perbezaan sesama rakyat. Kita bakal pendidik, harus lebih bersemangat memajukan anak bangsa, dan semaikan kasih sayang kepada bangsa lain.
Semua bangsa perlu saling menghormati.
Kita semua perlu hormati bahasa rasmi – belajar dan amalkan. Kalau pergi ke jepun, nak gigih jugak cakap bahasa Melayu/Tamil/Mandarin? Masuk kandang kambing, sila mengembek ok.
Kita semua perlu hormati agama rasmi – belajar dan fahami. Saya paling benci orang mempolitikkan agama. Sila masuk agama ayah Pin kalau rasa nak alter agama sesedap rasa. Jangan lupa kirim salam kat Malaikat di langit ke 7.
Kita semua perlu hormati perlembagaan – di Australia untuk jadi warganegara wajib ambil ujian berkonsepkan negara – sejarah, lagu kebangsaan, etc, etc. Kita kena tau pasal negara baru leh pungpang tuntut itu ini. Kalau komunis tak pernah jajah Malaysia tapi kita kata komuni jajah Malaysia camno? tak ke malu? keke
Kalau gigih gak nak ketuanan bangsa ke hulu, ketuanan bangsa ke hilir sambil kutuk bangsa lain, tunjuk perasaan ke hulu tunjuk perasaan ke hilir konon bela bangsa sendiri tapi bila bangsa lain buat salah kecut telo sekor2 nak amik tindakan sewajarnya, maka saya nak ucapkan:
1Malaysia my ass.
It takes two to tango. Sekian.
Tuesday, October 12, 2010
Dari Toronto ke Armidale
Dan akhirnya, bila encik bos kata 'lepas habis 2 eksperimen ni..ada lagi satu eksperimen kan?lepas tu kita kena sit down diskas seme sebab kita tinggal SATU je lagi eksperimen dan you akan setel dah. Just writing untuk PhD. Yes, satu je lagi eksperimen di tahun 2011. Satu. Ya Allah...permudahkanlah urusan =). Terus tak jadi nangis dan quit PhD, setakat ni. hehehe
Monday, October 11, 2010
Selamat Malam
Esok pagi big day lagi. Day of deposition. Doakanlah semua ok ek? hehehe
Hope terjaga la pagi esok.
Sebelum tidur, cuba klik play. Ni Jay nyanyi sikit lagu Jay Sean- Down. Sedap jugak walaupun ada key yang off sebab dia gigih over lenggok. Tapi sedap. Cuma dia tak mampu la nyanyi dan menari ngan periuk belanga semua. Kalah dah awal2. hiks.
Errr, adik2 yang belum akil baligh dan wanita-wanita solehah diminta tekan stop diminit ke 4.30. Dikhuatiri akan pengsan dan kejang depan PC/lappie. INI AMARAN KERAS!
Sunday, October 10, 2010
Pernah terfikir mengubah cita-cita?
Doktor, arkitek, akauntan (walau tatau apa maksud akauntan), pegawai bomba. Saya pernah nak jadi pembaca berita..masa belum akil baligh saya ambil suratkhabar duduk atas katil mak, lapik surat khabar dengan bantal (ala2 meja) dan baca depan cermin. Saya pernah berangan nak jadi artis sebab suka berlakon - tu pasal meroyan masuk segala teater dan pentomin yg ada kat sekolah, dan saya pernah nak jadi penulis. Masa remaja penah tulis cerita seih ntahapah-hapa yang tak habis sampai sekarang. Bila masuk sekolah agama saya nak jadi ustazah dan kawin ngan ustazzzzzzzzzz...kekekkee.
Masa sekolah menengah gedik apply Law UIAM sebab konon minat nak jadi loyer, tapi tak sedor diri tak pernah jaga dalam kelas Sejarah. Camno nak ingat perlembagaan seme, kan? Tapi saya stick ngan sains atas nasihat ayah dan mak.
Kendian apply farmasi lepas habis matriks. Tak dapat. Saya apply Bio gunaan, dapat. Kendian tatau nak amik major apa. Dek kerana gigih masa tu nak mendegilkan diri sebab ayah sarankan amik Biotech, saya amik Vektor Para. Tambahan, kos tu uni lain tak offer dan saya tak minat terperuk berjam2 depan mikroskop dan study pasal dna segala neh.
Masa kat uni gigih nak amik Mass Comm sebagai minor. Tapi motip sangat masa tu boleh tak jumpa skul Mass Comm, sengal! So, amik psikologi sebagai minor.
Kendian bila dah nak habis degree tatau nak buat apa. Ingat nak keje kilang tapi sebab dah ada experience keje kat jabatan hewan masa LI, dapat offer utk wat Masters.
Masa tgh wat Masters pun tatau nak buat apa lepas habis study. Masa tu sibuk gatai bercintan cintun. Encik Tupperware (read: bekas) menyarankan supaya menjadi suri rumah sepanjang masa setelah berkahwin. Sentap. Camno nak beli album2 artis korea jepon kalau jadik surirumah? Napsu membeli saya sangat tinggi. hehehe
Kendian apply keje ganu, sambung belajar sampai sekarang. Tapi percaya tak saya masih tatau nak jadi apa bila
Saya rasa saya nak jadi Gag Lady. Gag Lady kat Korea nun glemer. Bukan jer seronok, boleh moles boyband2 sesuka hati konon tanpa disengajakan..kekekkekkeke
Tak percaya: Sila klik play.
Pompuan dalam ni Gag Lady. Ape nama entah. Walaupun org kata Gag Lady ni tua dan tak mencapai kelayakan menjadi idol pompuan dalam industri hiburan, ada depa kesah. Habis semua budak laki depa sapu masa buat performance..kekekekeke. Walaupun muka budak laki seko2 dok tahan gelak dan gigih cuba melarikan diri..kekeke.
Akhirnya, walau siapa pun kita, orang yang membenci tetap ada. Apalah gunanya kerja gaji ribu riban tapi dahla dibenci kendian tak happy.
Haters to the left, yang penting kita buat benda yang happykan kita. Dan restu mak ayah ye tuan tuan puan puan.
B2st: ILU
Mak ayah: Janganla tak tido malam risau dijah tetiba nak jadi Gag Lady betul2..Hari esok adalah rahsia Tuhan..kekekkekekeke
Friday, October 8, 2010
Speechless
Dah leh tarik napas sikit untuk eksperimen ni sebb semua treatment dah apply. Tinggal satu je lagi, which will occur in one week time. Dan tinggal collection dari oven je hari2.
Isnin mula eksperimen baru. Ahad dah kena start apa yang patut. Eh, bukan ahad..sabtu.
Then, akan ada lagi satu eksperimen bila habis kedua2 eksperimen ni.
Hopefully will have only one FINAL experiment. Lepas tu nak tarik napas dalam-dalam, nak bangun lambat, nak melepak hujung minggu dan nak tengok tv.
2. Rakan
Pokcik Gareth dapat interview. Dia pergi dengan penuh semangat namun pulang dengan kekecewaan. Kecewa sebab soalan dia tak dapat dijawab dengan baik oleh interviewer. Apekah? Sapa yang interview siapa? So, in the end, walaupun dia dapat kerja tu dan depa offer dia 90k setahun ($9.7k sebulan) dia tolak. Dia decide nak buat postdoc walaupun dia ada 2 org anak dan bini yang tak bekerja untuk disara. Walaupun kalau postdoc elaun akan sikit berganda-ganda dari kerja yang ditawarkan.
Dia firm dengan prinsip dia. Dia kata kat saya 'Saya takmo balik umah dengan perasaan tak happy'. Benda ni banyak buat saya terfikir. Banyak sangat. Tapi sebab saya pikir mak dan ayah, saya rasa ada benda yang saya kena cuba lupakan. Cicak kobeng pon cicak kobenglah. I just cant afford to fight for it anymore. Some things are just meant to be.
3. I'm speechless...
Sedap gila suara Jay yang leper ini dan suara Chacha yang macho.
Tuesday, October 5, 2010
Luahan seorang ayah: Pesanan buat BF anak aku
Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.
Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko
taken from maisarah fadzil, retrieved at 5.52 pm, on 4th of October 2010
taken from Mohamad Taufik Rosli pada pada 20hb September 2010 pukul 9.10 ptg
Monday, October 4, 2010
Sakit
Review:
1. Kenapa muka Dongwoon macam muka laki si Rita Rudaini???Apekah?
2. Hyunseung - I dont like your hair.
3. Yoseob - Rambut hitam adalah cantik bebanding blonde.
4. KiKwang - Motip pakai baju longgar bagi nampak dada? Kurang sesuai..Sib bek ahkak tak jatuh kerusi. Len kali jangan pakai mcm ni lagi.
5. Junhyung - Motip pakai seluar katok untuk MV???
6 - DuJoon - I lap you..kehkehkeh.
ps: Ejaan nama adalah hentam keromo. malas nak cek *jeling Ayang*
Review dari YT