Update on 2pm
Sila abaikan kalau tak berminat. Sebenarnya malas dah nak update, tapi sebab fadhilah tanya *alasannn, keke* nak tulis jugak.
So, semalam adalah sangat mendebarkan. Tak sangka saya boleh berdebar gila2 walaupun berazam jadi fangirl dewasa yang rasional. Dok refresh 2oneday (international hottest fansite). Berenti buat hal-hal peribadi dan refresh lagi. Bila tengah malam fangirls yang dah balik dari conference terus update dan orang lain translate. Sedar-sedar sampai lewat pagi u ols. Mak, ampun! tak sengaja! huhuh. Tapi boleh bangun pagi ni dan masih boleh buat kerja.
Honestly, sentap sampai hilang sakit kepala. Series!! kHottest yang attend conference sentap dan frust sebab member 2pm emo dan mcm kurang ajar kalau mengikut kata depa. But mind you, depa nih tulis bila baru balik dari conference 4 jam yang sangatla nerve-racking..So, semua akan emo dan hati berkecai-kecai gituh. Mebi yang translate pon guna perkataan yang kurang tepat untuk terjemahan - guna perkataan exaggerate. So, bagi saya nak terjemah pon kena ada skill, macam yang Am mention dalam blog dia hari tu. Sila klik http://pagihari.solarstreak.com. kekeke.
So, pengurusan dan 6pm (I dont even want to call them 2pm anymore) said depa bersedia untuk Jay punya comeback in April *sepuluh markah untuk hottest yang memang dah teka* nanti. Tetiba *kata depa lah* Jay confess dia melakukan sesuatu kesilapan personal yang lebih dasyat dari komen myspace yang kata Korea/ns adalah gay, yang mana kalau kesilapan tu diketahui umum akan menyebabkan akan porak peranda lagi dunia *ayat ni saya yang exaggerate!keke* so depa tammo reveal dan depa decide he shouldnt come back sebab his personal mistake tu. Depa rasa kalau Jay masuk balik group, he wont fit in anymore. Ada member yang kata, dia benci Jay bila tau. Pengurusan pulak cakap 6 orang ni mangsa keadaan dan Jay adalah 'attacker'. So, sekarang kontrak Jay dah diterminate.
Depa cakap lagi yang jadik biatch masa conference adalah Taec! - siap snigger dan gelakk2an fans punya soalan. See? Dalam entry /komen sebelum ni kan I dah cakap I dont like Taec anymore. 10 markah untuk maternal (?) instinct I sebab I dah perasan dia mendiva tak tentu hala..kekeke.
Ni macam melodilah. Konon nak protect orang yang kena terjah, tapi hang pi bagi org speku tak tentu hala. Personal mistake yang besar, personal mistake yang tak mampu untuk diungkapkan, personal mistake yang akan menyebabkan huru hara dunia. So, bila depa dok ulang2 cakap macam tu pompuan2 ni bergelodak dalam jiwa nak tau. Kalau yang membaca ni lelaki, hangpa kena ingat dalam hidup kalau bercakap ngan pompuan tolongla jangan buat statement2 mcm ni. Kalau tammo bagitau, toksah bagi hint beso gajah.
Skang orang tuduh dia macam-macam, and seriously I dont want to know anymore. Koreans ni satulah, kalau orang merokok pon jadi isu. Masa ada gambo GD pegang puntung rokok pon havoc. Depa ingat artis depa ni maksum ke?
So antara speku2 adalah marijuana lah, rosakkan anak dara orang lah, bakar bendera korea lah hapa lah. Lantaklah. Malas nak teka.
Iklan: *Oh baru dapat update, dekat beratus berpuluh fanpage 2pm dah ditutup. Go Hottest!*
Sambung.
Pandangan saya sebagai pemerhati - lebih kagum dengan Johnny's (kampeni Yamapi) *tanda-tanda akan kembali ke yamapi ke nih? kekeke* dan even YG (kampeni BigBang) yang tak aibkan artis naungan. I pon tak pernah aibkan artis naungan!!!
I dont want to comment about moral values sebab wardina sendiri cakap selebriti malaysia yang mendapat hidayah islam warisan turun temurun yang dari nenek moyang pon takleh jadik idola. Masa bestpren Yamapi si Akanishi Jin (KAT-TUN) tetiba pi oversea pi belajo bahasa inggeris dalam setahun ke 2 tahun *tak ingat*, org agak konpius. Then dapat tau mamat ni berakhlak kurang mulia dan telah menyebabkan anak orang mengandung. Tapi, kampeni takde pon nak calit taik lembu kat muka Jin. Depa hanto Jin (kenapa terasa mcm tulis artikel Dr. Harun Din hantar jin?) jauh2 untuk dia pikir salah silap dia dan untuk keadaan tenang Fans tau sendiri dan fans sendiri hilang respek. Takyah nak api2 bagi orang benci.
Yang saya tulis ni adalah maklumat berdasarkan wakil2 hottest korea punya report. Wakil hottest international kepenatan dan masih tidur.keke. Sentap tau mek! Jetlag tak habis dan kena hadap 4 hours stressful conference. So semua org tgh tggu mokcik tu dgn sabar.. Tapi saya rasa dia bijak. Dia rehat dan tidur dan bila rasional baru dia menulis. So, my guess report dia lah kot yang akan jadi paling rasional. Tapi kalau report dia pon emo, tandanya memang 2pm ni layak didisband je. Takde sapa dah nak minat. Bukan sebab sayang gila kat Jay, bukan sebab bias. Sebab dah tak kenal 2pm. 2pm who? oooo, 6pm. Bergulingla macam tenggiling, melompatla macam katak, berpusingla macam gasing, berakrobatla macam sarkis, I SUDAH MALAS LAYAN.
Kawan-kawan yang ada ID akaun saya kat 2oneday tu kalau nak baca sendiri, masuk je lah jangan segan2. Mengisi masa lapang membaca dan boleh improve english skill. hikhik.
Semua fakta, kredit to 2oneday - sumber berita terkini dan tersensasi berkaitan 2am dan 2pm.
Good luck 6pm. Hope you will do well. (sarcasm)
Nota kaki: Bestnya kalau buat literature review laju macam ni. Discussion experimen ke kannn...Seriously, nak buat PhD dalam kpoplah. Ni belum masuk analisis G-Dragon, Suju.kekeke. Satu entertainment company, satu chapter.bolehhhh?
Maka kesimpulannya adik-adik, belajar rajin2. Semoga kita tak diperhambakan oleh orang lain kerana ketidakmampuan kita. Kalau kita ada ilmu, insyaAllah akan berjaya. Ilmu ni luas, kemashiran pon ilmu juga. These boys ditched their studies for the sake of being a celebrity. Akhirnya bila things didnt work out apa jadi? Jenuh. Kesian mak bapak hati berkecai kecai. Ingat boleh dapat duit. Dahla dimalukan, duit pon tak banyak mana. Berbaloi ke?