Sunday, October 10, 2010

Pernah terfikir mengubah cita-cita?

Saya perempuan yang bagaikan lalang...Saya cepat terikut-ikut cakap orang..Saya selalu ubah cita-cita. Masa kecik, pelbagai cita-cita saya pernah catat dalam buku rekod sekolah.
Doktor, arkitek, akauntan (walau tatau apa maksud akauntan), pegawai bomba. Saya pernah nak jadi pembaca berita..masa belum akil baligh saya ambil suratkhabar duduk atas katil mak, lapik surat khabar dengan bantal (ala2 meja) dan baca depan cermin. Saya pernah berangan nak jadi artis sebab suka berlakon - tu pasal meroyan masuk segala teater dan pentomin yg ada kat sekolah, dan saya pernah nak jadi penulis. Masa remaja penah tulis cerita seih ntahapah-hapa yang tak habis sampai sekarang. Bila masuk sekolah agama saya nak jadi ustazah dan kawin ngan ustazzzzzzzzzz...kekekkee.
Masa sekolah menengah gedik apply Law UIAM sebab konon minat nak jadi loyer, tapi tak sedor diri tak pernah jaga dalam kelas Sejarah. Camno nak ingat perlembagaan seme, kan? Tapi saya stick ngan sains atas nasihat ayah dan mak.
Kendian apply farmasi lepas habis matriks. Tak dapat. Saya apply Bio gunaan, dapat. Kendian tatau nak amik major apa. Dek kerana gigih masa tu nak mendegilkan diri sebab ayah sarankan amik Biotech, saya amik Vektor Para. Tambahan, kos tu uni lain tak offer dan saya tak minat terperuk berjam2 depan mikroskop dan study pasal dna segala neh.
Masa kat uni gigih nak amik Mass Comm sebagai minor. Tapi motip sangat masa tu boleh tak jumpa skul Mass Comm, sengal! So, amik psikologi sebagai minor.
Kendian bila dah nak habis degree tatau nak buat apa. Ingat nak keje kilang tapi sebab dah ada experience keje kat jabatan hewan masa LI, dapat offer utk wat Masters.
Masa tgh wat Masters pun tatau nak buat apa lepas habis study. Masa tu sibuk gatai bercintan cintun. Encik Tupperware (read: bekas) menyarankan supaya menjadi suri rumah sepanjang masa setelah berkahwin. Sentap. Camno nak beli album2 artis korea jepon kalau jadik surirumah? Napsu membeli saya sangat tinggi. hehehe
Kendian apply keje ganu, sambung belajar sampai sekarang. Tapi percaya tak saya masih tatau nak jadi apa bila besar tua nanti.
Saya rasa saya nak jadi Gag Lady. Gag Lady kat Korea nun glemer. Bukan jer seronok, boleh moles boyband2 sesuka hati konon tanpa disengajakan..kekekkekkeke
Tak percaya: Sila klik play.

Pompuan dalam ni Gag Lady. Ape nama entah. Walaupun org kata Gag Lady ni tua dan tak mencapai kelayakan menjadi idol pompuan dalam industri hiburan, ada depa kesah. Habis semua budak laki depa sapu masa buat performance..kekekekeke. Walaupun muka budak laki seko2 dok tahan gelak dan gigih cuba melarikan diri..kekeke.

Akhirnya, walau siapa pun kita, orang yang membenci tetap ada. Apalah gunanya kerja gaji ribu riban tapi dahla dibenci kendian tak happy.

 Haters to the left, yang penting kita buat benda yang happykan kita. Dan restu mak ayah ye tuan tuan puan puan.

B2st: ILU
 


Mak ayah: Janganla tak tido malam risau dijah tetiba nak jadi Gag Lady betul2..Hari esok adalah rahsia Tuhan..kekekkekekeke

Friday, October 8, 2010

Speechless

1. Eksperimen.
Dah leh tarik napas sikit untuk eksperimen ni sebb semua treatment dah apply. Tinggal satu je lagi, which will occur in one week time. Dan tinggal collection dari oven je hari2.
Isnin mula eksperimen baru. Ahad dah kena start apa yang patut. Eh, bukan ahad..sabtu.
Then, akan ada lagi satu eksperimen bila habis kedua2 eksperimen ni.
Hopefully will have only one FINAL experiment. Lepas tu nak tarik napas dalam-dalam, nak bangun lambat, nak melepak hujung minggu dan nak tengok tv.

2. Rakan
Pokcik Gareth dapat interview. Dia pergi dengan penuh semangat namun pulang dengan kekecewaan. Kecewa sebab soalan dia tak dapat dijawab dengan baik oleh interviewer. Apekah? Sapa yang interview siapa? So, in the end, walaupun dia dapat kerja tu dan depa offer dia 90k setahun ($9.7k sebulan) dia tolak. Dia decide nak buat postdoc walaupun dia ada 2 org anak dan bini yang tak bekerja untuk disara. Walaupun kalau postdoc elaun akan sikit berganda-ganda dari kerja yang ditawarkan.
Dia firm dengan prinsip dia. Dia kata kat saya 'Saya takmo balik umah dengan perasaan tak happy'. Benda ni banyak buat saya terfikir. Banyak sangat. Tapi sebab saya pikir mak dan ayah, saya rasa ada benda yang saya kena cuba lupakan. Cicak kobeng pon cicak kobenglah. I just cant afford to fight for it anymore. Some things are just meant to be.

3.  I'm speechless...
Sedap gila suara Jay yang leper ini dan suara Chacha yang macho.

Tuesday, October 5, 2010

Luahan seorang ayah: Pesanan buat BF anak aku

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko

taken from maisarah fadzil, retrieved at 5.52 pm, on 4th of October 2010
taken from Mohamad Taufik Rosli pada pada 20hb September 2010 pukul 9.10 ptg

Monday, October 4, 2010

Sakit

Dah lama tak update...
Walaupun banyak artis korea release MV baru, langsung tak bernapsu nak tepek. tak teruja sangat..hehehe

Hujan di Armidale tak henti-henti. Memanangkan ni musim bunga, maka logiklah bumi Tuhan ini dibasahi untuk memastikan bebunga kembang mekar di taman. Yang kurang best bila hujan tak berhenti adalah ramai orang yang makin sakit. Sakit tekak, sakit kepala dan yang seangkatan dengannya.
Tak bestnya bila sakit dan dikelilingi orang sakit. Produktiviti menjunam, mood jatuh merudum.
Bila menghabiskan masa di FB, ternampak pulak status/komen makhluk2 yang sakit organ penting - meroyan tak tentu hala.

Maka sudahnya, saya menyakitkan jantung sendiri menengok MV B2ST yang baru..mwehehehehehehe. Very nice. Lagu ni macam pernah dengarlah..ada ke mcm lagu2 rock kapak zaman 80/90an dulu? kenapa mcm deja-vu sangat dengar lagu nih???
Unuk mengubati sakit hati/sakit jiwa/sakit kepala..tarik napas dan hembus mcm MV ni ajorrrrr.layannnnnnnnnnnnnnnnn..keke



Review:
1. Kenapa muka Dongwoon macam muka laki si Rita Rudaini???Apekah?
2. Hyunseung - I dont like your hair.
3. Yoseob - Rambut hitam adalah cantik bebanding blonde.
4. KiKwang - Motip pakai baju longgar bagi nampak dada? Kurang sesuai..Sib bek ahkak tak jatuh kerusi. Len kali jangan pakai mcm ni lagi.
5. Junhyung - Motip pakai seluar katok untuk MV???
6 - DuJoon - I lap you..kehkehkeh.

ps: Ejaan nama adalah hentam keromo. malas nak cek *jeling Ayang*

Review dari YT

Saturday, September 11, 2010

Sentap sentapan

"Why you always swear but always remind me not to?"

"Because you are a woman"

"That's sexist! This is not fair."

"Ok. Not only because you are a woman. You are a MUSLIM woman. And muslims cannot swear! Should not swear. "

*pengsan*

"Right. You are right. I should refrain from swearing. But I don't think 'bloody' is a swear word."

"It is."

"Ok. I will try not to swear even if my bloody experiment is not OK!" *berlari menyelamatkan diri sebelum kena hempuk*


 

ps: sentap bila encik pengguna F word dalam hampir setiap sentence mempunyai hati suci murni gunakan tanpa was-was menjaga kami bebudak muslim.mweheheheheheheh. Orang keliling sebenarnya amat amik berat pasal kita, perhatikan kita. Either depa cakap atau tak je. Hmmmmm.


 

Nota kaki:

Bloody has always been a very common part of Australian speech and has not been considered profane there for some time. The word was dubbed "the Australian adjective" by The Bulletin on 18 August 1894. One Australian performer, Kevin Bloody Wilson, has even made it his middle name. Also in Australia, the word "bloody" is frequently used as a verbal hyphen, or 'infix' as in "fanbloodytastic". In the 1940s an Australian divorce court judge held that "the word bloody is so common in modern parlance that it is not regarded as swearing".

For international students di Animal Science Dept, bloody = tak berguna. So, selalunya penggunaan adalah seperti: bloody data, bloody experiment, bloody literature review, bloody statistical analysis..Camno leh jadik common dalam kalangan students? Ayat feveret encik2 bos dan tech officer. Motip tak bagi kami ikut tapi asik sebut depan kami…kekekekkeke. "Bloody students!"

So, kalau korang yang ada anak-anak kandung (bukan anak ikan), sila cakap molek-molek sopan2 depan anak2. Kepemimpinan melalui tauladan okesss.


 

Nota kuku kaki:


 

Jay Park tak swear. hikhik

Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak!!

Selamat Hari Raya semua.

Hari raya tahun ni lagi best dari tahun lepas sebab bila dah gipang ni ramai orang kenal. Bia ramai orang kenal rasa meriah sikit..mwehehehhehehe





 Ucapan dariku untukmu



2ne1 is my favourite!!!Macam tak percaya je dulu tak berapa layan 2ne1..



Will update later kalau eksperimen ok. Hazabs sangat tapi takde mood nak buat labwork. Camno nih?

Wednesday, September 1, 2010

Update seposen

Saya adalah gipang pulak sejak dua menjak