Tuesday, August 4, 2009

Detings

1. Sekarang rasa makin hot. Student2 masters encik bos kedua telah disarankan oleh encik bos untuk berbincang dengan saya tentang projek mereka. Hadoi la, projek sendiri pon terkontang kanting, tertonggang tonggeng, terbalik telangkup. Tapi demi untuk menjaga maruah agama dan negara *kehkehkeh* saya gigihkan diri juga, pepura macam terer tapi sebenarnya tak. Nak dijadikan cerita, salah sorang student terkini yang datang jumpa saya pagi tadi adalah dari Thai, kawan baik adik ikan Siam (Ake). Wah, harus berbaik dengan pompuan nih, mesti ada can berdetingan dengan Ake.
'Thank you very much, you help me a lot' katanya pada saya di akhir perbincangan. Little she know that saya ini ratu propa. Kehkehkeh. Sebenarnya dari mula sampai habis cakap pasal benda yang sama, tapi guna ayat yang berbeza. Dan dari mula sampai habis dok eksplain pasal kitar hidup cacing. Tak memberi idea langsung sebenarnya..huhuhu. Propa itu penting demi kelihatan berilmu?

2. Tuhan itu maha mengetahui. Saya lambat sikit ke kelas end note berbanding peter. Saya masuk, peter pandang, dia senyum *pengsan*. Saya duduk belakang, tapi ditegur oleh penceramah kerana takut tak nampak - saya pendek. Maka........telah berpindah ke sebelah peter since itu je tempat kosong yang ada. hiks. Eh, ada lagi satu tempat kosong sebelah makcik tua yang rupa garang. Sori makcik, saya pilih peter. hahaha. Tapi last2 menyesal dok sebelah peter sebab ntah kenapa jadik keras mcm kayu especially bila rasa peter duduk menyenget menghadap saya. Sebenarnya dia nak ngadap penceramah, kene pusing kiri..dan saya dok kat kiri dia. So, terperasan mcm Peter ngadap saya, bleh? kekeke. Si Peter ni pulak asik jadik perhatian penceramah pompuan. Tak koserrrr tau! Dan dia pulak, semangat banyak tanya. Kalau dia paham tu, ngangguk kemain semangat sampai jenuh saya tahan gelak. Tapi memang dia semangat. Habis kelas saya terus berdesup balik sebab nak deting ngan bos. Dia masih setia dalam kelas dengan 1001 soalan. Vok!!

3. Encik bos tak sihat. Semoga saya tak berjangkit lah sebab dok deting berbincang ngan dia tadi. Bila tak sihat ni dia mcm stress sikit, so gurauan manja dan mesra adalah di tahap minima. Review report masih tak habis sebab report saya dah beranak pinak jadik 21 pages. So, semalam bos cek sampai page 5 sajer *tu pon dah beribu lemon banyak correction* dan hari ni review sampai page 11. Taklah banyak sangat correction hari ni sebab sempat buat pembetulan kecemasan sebelum jumpa dia tadi, based on komen semalam. Esok, bos suh jumpa lagi kul 8.30 pagi. Sebab miting pukul 10 pagi dan kena finalised semua sebelum meeting. Kena bagi report kat encik2 bos pukul 10. Tapi ni ha, baru bos tepon kata encik bos kedua takleh pulak join meeting esok kul 10. Nak genjak kul 2 pulak. Kul 2 pulak saya ada lagi kelas journal index pekebenda ntah kat library. So, sekarang saya tgh mode berdoa angkat tangan tinggi-tinggi supaya bos ketiga pon takleh mai kul 10. Kalau depa takleh mai, leh deting lagi ngan encik bos sempat saya buat pembetulan menyeluruh comel2 dan send kat depa sebelum next meeting. Series rasa semput *analogi je*. Penat-penat. Malam ni bersengkang mata lagi. Ngalahkan orang ada anak kecik je rasanya. huks.
Doakanlah semoga saya sentiasa tenang dan tak kelam kabut..
Inhale, exhale *pengsan*.

Jujur

Honesty is always the best policy. Beruntunglah kita kerana terdidik supaya jujur dalam hidup. Saya perhatikan, kita memang particular bab duit dan makan. Sebab kita tau dedua benda nih berkait rapat dengan darah daging.

Suatu hari ketika sedang menunggu kain selesai dibasuh oleh mesin, saya nampak kelibat seorang rakan di depan mesin pengering. Havoc. Rupanya mesin telan duit dia 2 dollar. Pemilik asrama datang, cungkil-cungkil dan dapat keluarkan 4 dollar - 4 keping satu dollar .
Pemilik asrama berlalu. Kawan ini ceria dan gembira kerana dia dapat 4 dollar sebagai ganti kepada 2 dollar yang tersekat. Alah, setakat 2 dollar saya sikit pon tak jeles sebab nak beli kebab pon tak lepas. Bukan setakat kebab, sandwich telur pon tak lepas. Tapi mungkin saya tersentap sebab dia sangat gembira dan menjerit2 kecil kerana dapat duit.

'I think you should return the 2 dollars. It's not your money. Later there will be ppl that will go to the office and claim their stucked coins.'
'But he gave me'
'Because u didnt tell him how much of your money stucked.'
'What are you talking about?' *dah mula tinggikan suara*. He is a millionaire in Armidale! *tangan dia dah mula menerawang di udara* Only two dollars will not effect him! Dan dia mula meroyan mengungkit semua masalah dan kesumat dendam dia dengan management opis. Murahnya nilai kesalahan management opis pada dia, ganti rugi 2 dolar sajer..kihkih
'No need for you to be so emotional' saya respon mendatar sambil senyum. Rasa macho ala2 TOP Big Bang. Tahan gelak sebenarnya sebab ada jugak orang yang kuat meroyan. Ingat saya sorang je kat muka bumi nih yang kuat meroyan. dan menjengkelkan time PMS.
Saya bersandar pada washing machine, konon-konon cool. Tak mau bagi dia 'vibe cari gadoh'. Kalau saya berdiri tegak kompom lepas nih jadik insiden hantuk-hantuk kepala kat washing machine.
Dia terdiam 3 saat. 'I will buy something with this money and we will share!' Dia senyum nampak banyak gigi, mcm Daesung Big Bang.
'Thanks, but I dont want it. Give it to your friend then' saya senyum manis dan terus pusing, kembali menghadap mesin basuh.
Dan saya terfikir, mungkin pada mereka itu rezeki yang jatuh bergolek. Mungkin.

Suatu masa dahulu, saya beli magnetic holder sekeping. Rupanya melekat dua keping. Kira mcm beli satu terpercuma satu lagi. Balik asrama baru pasan ada 2 magnetic holder. So, di suatu ketika yang lain saya pi beli lagi 2 magnet, tapi bayar untuk 3. Saya explain dan orang kedai mcm sentap dan terus cakap 'oh, thats very kind of you!', dan makcik tua kat barisan sebelah terus pusing pandang saya dan senyum =). Hati kecil berbisik 'Makcik, ada anak bujang muda yang hensem dan hot?' keke.

Mungkin orang ingat kita bodoh merugikan diri sendiri dan menolak rezeki yang jatuh bergolek, lantaklah orang nak kata apa. Kita sepatutnya banga kerana kita jujur.

Pulangkan semua yang bukan milik kita , termasuk hati makhluk lain yang telah kita hiris halus-halus dan potong kecil-kecil jadi dadu guna pisau tumpul yang berkarat dan kemudian tabur garam dan lada hitam atasnya.

Pengajarannya kawan-kawan, buatlah apa yang kita rasa betul walaupun nampak macam kita yang rugi. Mana tahu kot kot di sekeliling kita ada insan sedang usha2 calon menantu untuk anaknya yang hot. *kesimpulan sesuka hati*

Note 1 - ini entry lama yang baru dipublish. jangan tuduh i gila blog sampai tak siap keje *jeling adik ikan gentle yang sedang berpoya-poya di kuching*

Note 2 - busy tahap awek gaban. Not available for gossiping until further notice *jeling cik pensyarah, orang besar carefour*. Hanya available untuk review lagu *jeling artis* - sila send ke email kalau ada lagu untuk direview. you-know-what akan diusahakan bila kurang busy.

Monday, August 3, 2009

Farmer wants a wife

Wah, sentap dengan rancangan realiti aussie - Farmer wants a wife.
Farmer-farmer yang hot, muda dan kaya raya mencari pompuan untuk dijadikan bini. Punyalah ramai pompuan berebut-rebut farmer nih. Encik-encik farmer patut pilih orang yang cintakan bebiri dan tak geli korek bontot bebiri..hakhakhak

Ada scene baaaaaanyak bebiri *teruja*..ahaks.

'You are 27 and still single! whats wrong with you?'
wah sentap soalan pengacara (panggil pengacara ke eh?) kat salah sorang farmer. Ewah, ewah, kalau masih single bila umur 27 tu samting rong ke? *emo* kekeke

Semangat, tapi entah sampai bila

1. Hari dimulakan dengan kemengantukan di tahap gaban. Rasa mahu tidur di tengah jalan. Berjumpa dengan Sam di dalam bas dan dia kenalkan dengan kawan dia. Tak taste sebab mamat kulit putih. Sekali imbas mcm Joe Black je rupanya. Comel la, tapi definitely not my taste. ahaks. Sam bersemangat gila hari nih entah pasal apa. Mungkin sebab jumpa saya. ahaks.

2. Semasa lunch terserempak dengan ga*reth kat common room dan dia bgtau bebiri saya menggedik2 bising mintak makanan. Uh, memalukan sungguh depa nih menagih makanan dan kasih sayang kat orang lain. Maca ni la agaknya perasaan mak2 malu kalau anak buat perangai. Yer, saya salah sebab datang lambat. Tapi perlu ke menagih kasih dari ga*reth? Memang sekarang makin melampau. Nampak orang je terus ber 'baaaaa' kemudian hentak2 kaki mintak makanan. Kemudian tak habis tuang makanan dah gelojoh makan. Uh, sapa ajo akhlak kurang mulia nih? I wonder..

Yang fotogedik kepala terkeluar dari kandang tu bebiri ga*reth

Gelojoh makan sampai tak nampak mak kakak angkat amik gambo

Saya adalah hemsems walau ada tanda oren kat dahi..kehkehkeh

Muka 'saya adalah tak bersalah walau telah mematahkan besi'. *saya pegang besi sebagai bukti*

3. Telah berdetingkerja dengan encik bos di kandang. Seronok sebab dah gamkan faecal ring pada mereka. Terima kasih encik bos kerana menolong. Rasa mcm quality time dengan bapak angkat untuk buat hasil kraftangan.

Alang, ada rupa macam cloth diaper dak? muahahaha

4. Detingperjumpaan part kedua lepas lunch dengan encik bos. Dia series hari ini. Dia kata dia akan mula jadik sangat strict dalam marking report saya sebab dia rasa sudah tiba masanya untuk improve dengan gabannya. Habis repot kena conteng teruk. Hairan, sikit pon tak rasa down, tapi rasa puas hati. Dia asik pandang muka saya, maybe dia ingat saya akan buat muka nak nangis mcm selalu. Tapi sikit pon tak rasa sedih. Even kena ketuk manja kat tangan dengan pen oleh encik bos, tak rasa down pon. Rasa semangat. Semangat sebab repot jadik sedap bila encik bos betulkan. Dan encik bos ajar banyak tips and trick untuk menulis dengan erti kata yang sebenar. Dan dia ajar perkataan2 pelik yang saya tatau. Dan encik bos pesan, kita kena rajin berjumpa supervisor *aih, tektik nak ajak jumpa selalu lah ni kan? hahah* sebab di aussie 50% PhD candidates tak berjaya habiskan PhD. Maka kawan2, ringan-ringankanlah mulut bertanya pada supervisor. Janganlah malu jumpa supervisor. Banyakkan komunikasi supaya depa tau kita bersemangat menuju puncak!!!
Aneh, walau ada heaps of correction..masih bersemangat. panahan asmara kah?. Lalok sebab ngantuk kot..haha.

5. Balik nanti nak masak udang goreng dan sawi goreng telur. hiks. *kalau rajin*. Malam ni nak kena buat pembetulan untuk part yang diconteng denngan dasatnya. Esok ada kelas dengan Peter kat library, pastuh kena jumpa encik bos lagik. Ahaks. Hari deting sedunia!

--------------

'same time tomorrow?'
'i cant. have End*Note class at library until 3*
'after 3 then, ok?'
'ok'
'will you teach me End*Note? i dont know how to use it'
'heh? u used it right? i saw your library'
'i'm not that good, so i want you to teach me later'
*pengsan*

Sentapppp. tektik mengorat! nak memastikan saya paham apa yang saya belajar lah tu. nampak sangat selalu saya lambat paham =(.

DJ oh DJ

Mereka penat panggil saya di*jah.
Mereka susah nak ingat di*jah.
Sudahnya, pakcik pembawa bas, pakcik petugas di asrama baru, encik bos pertama lebih senang gunakan DJ. Terasa mcm Fa*ra Fau*zana pulak..muahaha


Sila klik gambar untuk kegedikan yang lebih ketara. hiks.

Sunday, August 2, 2009

Video pertama yang kurang berjaya

Wah, berjaya aplod video. Ni ketika pegi farm bulan Jun.
Amaran: Ada gambar kurang senonoh since saya self capture video nih. Tak reti edit. Kalau reti pon, malas nak edit.
So, diharap ahli2 P*MI U*SM jangan play video nih. Buat yang gatal gak nak play, apa2 yang ternampak tu, sila buat-buat tak nampak.
Dan yes, angle mcm tapahapa sebab nampak sangat fokus kat saya - bukan kat bebiri. Sebenarnya seriau kamera jatuh sebab bebiri kadang2 ganas. (Note di awal2 saya asik pandang kamera sebab takut kamera jatuh).
Ada S*ara dan Fi*ona dalam nih. =)
Ini adalah proses mengorek bontot bebiri untuk amik tinja. Malangnya, bebiri dan bontot tiada dalam video, hanya aksi heroin2 sahaje..keke. Ini adalah satu kumpulan. Kitorg repeat benda yang sama untuk berbelas kumpulan.
I will improve next time on video recording. Kena belajar dengan Am. wink*wink*

Saturday, August 1, 2009

Caca merba

Takde benda nak tulis, tapi nak tulis jugak. Aci?

1. Mak dah kenal yamapi, daesung dan top. Anak-anak murid dah tak boleh nak auta cikgu yer, cikgu zaman sekarang vok.kekeke.
Nisa', mungkinkah suatu hari nanti bila malam raya, mak mertua, kakak ipar dan menantu pompuan leh lepak depan youtube layan band jepon korea?ngeh ngeh ngeh. Kalau ada ipar duai yang tak minat, kita paksa dia je yang masak n gantung langsir. *mode bisik: awek halim mcm ada potensi dikerah gantung langsir..hihihi* Kita buat benda yang boleh dibuat sambil menonton youtube - pasang kusyen/pasang besi langsir. Susah2 angkut laptop kat dapur dan menonton sambil masak lauk pauk. Leh hasut opah sekali untuk tengok...Tapi rasanya opah tak suka Big Bang, taste opah lebih ke arah kejambuan - 'lemun' bak kata opah. So, Tegoshi Yuya dari kumpulan NewS mungkin opah suka. *opps, terlebih sudah imaginasi*

Tegoshi dan Yamapi credits: Yamapi Time


Tanabata Matsuri full version Tegomass. Rambut mcm cat tumpah - Massu, Rambut kerinting - Tegoshi.
Depa dua nih subgroup dari NewS - kumpulan yamapi. Orang pakai yukata memang hot lah!


2. Sekarang rasa mcm dok kat hotel sebab hanya dok umah bila malam dan sabtu. Ahad akan ke uni. Bosan bila kurang bergossip berinteraksi dengan umat manusia. Bosan. Bosan. Bosan. Orang smith house hasut suruh pindah balik sana menjelang krismas. Ah, malas pikir.

3. Sa*ra cakap nanti menjelang krismas dia akan boh pokok krismas dalam lab siap ada lampu2 lip lap. Terus rasa gedik nak gantung ketupat menjelang lebaran. Sudah download kat youtube cara anyam ketupat. Nanti nak buat guna riben dan gantung kat lab..keke. Sila bagi semangat. Warna apekah yang sesuai?

4. Dah jumpa alasan yang boleh dijadikan skema jawapan kalau orang tanya kenapa tak pandai/tak suka masak - 'Makanan kat Malaysia murah, lebih baik beli' hahahahah.

5. Dah lulus prektis drivers knowledge test online. Prektis, bukan test betul-betul. Prektis-prektis pon, semedang je gagal. Ni baru pertama kali lulus. Bila lulus terus malas study dah, boleh? Haish.

6. Report sudah siap. Sedang buat experimental design untuk experiment yang akan dijalankan bulan nih. Esok kena drill doblas jar hujan dan tapis tanah. Terus rasa berdebar-debar. Dijangka akan start 12hb, tapi experimental design masih tak siap. Doakan semoga semua ok *sigh*.