Saturday, December 6, 2008

isk, takde citer lain ke?

Kisah 1

Perbualan dgn hosmet;

'si polan si polan dah nak kawin'
'ye ke?isk, derang nih memuda lagik dah kawin'
'muda hapanya. ko ingat umur ko tu berapa?'
'erk, hahaha. kita yg tua tapi tak kawin2'

Terlupa umur dah doplohnam. Nak masuk doplohtujuh. Tapi jiwa menten muda.ekeke


Kisah 2

Sembang2 ngan mak sambil tolong tengok buat tat nenas

adik: mak, abang ckp dia dah ada awek [abang yg baru abis SPM]
mak: ye ke?
adik: haah, dah tanya dia, dia syok sendiri ke tak. Dia jawab budak tu pon suka dia.
saya: hahahaha
adik: dia cakap dia nak kawin
mak: nak bagi anak org makan apa?
saya: topap pon suruh org..ada hati tuh..kekeke
saya: ha, kamu pon ada awek?
adik: mana boleh cakap
mak: ha? dah ada ke? sapa?
adik: mana boleh cakap. teka la
mak: budak tu dapat 5A tak?
adik: dapat
mak: pengawas ke tak?
adik: tak bleh ckp *terus melarikan diri*
mak: kalau bukan headgirl mak tak nak!
saya: over betul budak2 nih
mak: ntah, orang yg sepatutnya ada, takde. Yang sepatutnya takde awek lagi, ade pulak.
saya: *ulps* hahaha - gelak paksa

nota: dulu saya tulis surat kat budak laki siap kena kurung dalam jamban. Siap terpekik terlolong mintak ampun. sib baik depa lahir lambat, kalau zaman saya kecik dulu, mesti dah kena apa yg patut.


Credits to Cathy Thorne

-------

Org tak hargai kita sebab dia tak syg kat kita. Benarkah?

Friday, December 5, 2008

Kecil tapi besar

(9/9/2008)
Soalan dari seorang teman: Apakah benda kecik yang membawa impak besar pd u?
Teman itu memberi contoh2 yg dah ada dalam list beliau, disediakan untuk ucapan.
[Minta maaf - Pujian or kritikan dengan ikhlas - pendengar yang baik/setia - hormat menghormati - balas sms,wlupun hanya "OK" - appreciation - pertolongan yg ikhlas dan senyuman - bagi tempat duduk dalam public transport yang sesak to org tua, pregnancy lady and yang ada anak2 kecil - kalau di jalanraya, beri laluan kepada yg berkenaan.]


Benda yg kecil pada org lain tapi besar bagi saya ada dalam list di atas. hiks

ps: kod utk tak mahu diganggu dan dijamin tidur juga akan lena - [bzX8] (bizik kuasa 8 - tahap gaban)


cartoon credits: cathy thorne

p.s.s: wonderpets - tak besar, tak kuat, tapi hebat.

Off to Ipoh

Scheduled entry

On my way to Ipoh. Doakan semoga saya dan rakan2 selamat sampai. Selamat meraikan Hari Raya AidilAdha di mana jua anda berada.



cartoon credits: cathy thorne

Thursday, December 4, 2008

My 2 cents

Dah hampir setengah tahun dok sini. Adapting quite well, alhamdulillah. But still, ada benda yg masih tak berapa nak paham

1. Pengurusan sampah.
Lori sampah tak angkut sampah depan umah. So, kena mengangkut sampah ke tong besar yg diletakkan lebih kurang setiap 2 km di tepi2 jalan raya. Masa kat umah lama dulu, dek kerana sampahnya banyak n tammo sumbat dalam keta, kitorg letak atas bumbung keta dan cik Mah drive pelan2 utk ke tong sampah berdekatan. Bila dia membelok lepas trepik lait, sampah jatuh ke tengah jalan raya. Hadeh, jadik keje lak nak berjalan ke belakang n kutip balik sampah tu..keke.Pelik jugaklah bila lori sampah tammo kutip sampah depan umah sebab pepagi nampak je depa dok lalu depan umah sambil sengeh2.

2. Kerjasama.
Well, ni bukan generalisasi. Cuma pernah berhadapan dgn situasi pitam dan cramp kat tempat membeli belah. Bila saya terjelepuk kat situ, semua org just tgk sahaje. Mcm saya tgh buat pertunjukan pulak rasanya. Bila saya gigih bangun, cuba berjalan dan jatuh sekali lagi, still org tgk saje. Tergamam agaknya tengok org mcm mabuk. Walaupun ada sorg salesboy yg offer bantuan, tapi last skali power rangers wanita - cik Mah, Kak Ipah n Siti yg mengangkut saya keluar dari tempat itu sambil diperhatikan oleh orang. Tapi jauh di sudut hati, memang depa jenis buat tatau ke kalau tgk org terjelepuk jatuh di tengah khalayak umum?Ingat nih Bang Bang Boom ke?

3. Kedai runcit/kiosk.
Yang paling tak dipahami adalah matlamat depa bukak kedai runcit, dan jaga kedai/kiosk. Biasanya kalau beli barangkat sini, org yg jaga kedai akan buat muka 'pesal ko dtg kedai aku?' ataupon buat vodo terus. Cik Mah penah nak beli gas kat satu kedai nih dan bila cik Mah tanya boleh tlg hantar tak gas ke rumah, org kedai membuat muka malas nak layan sambil memberi jawapan negatif. Semalam, masa kak ron nak tanya pasal perfume, budak yg jaga kiosk tu buat muka menyampah gila. Terus saya blah, tak koser nak ngadap muka menyampah itew. Macam kita nih mengganggu masa dia bergosip2an..Haish, tak paham... Susah ke nak bermanis muka dan memberi layanan baik?Baik ko balik main ikariam dari jaga kedai!

4. Servis kedai.
Kebanyakan kedai makan kat sini - termasuk pija hat, servisnya tak menepati piawaian. Menunggu org nak amik order pon leh tumbuh akar dah rasanya. Psst cik Mah, mlm tadi kita siap angkat2 tangan nak suh waiter amik oder kan?..keke. Tu baru proses amik oder, belum tggu makanan siap lagi.. Tapi ada gak servis kedai yg ok, mcm kedai Zalina tuh..Adik waiter pon comel2..ahaks.

5. Umah.
Heran betul design umah2 yg dibuat pemaju. Bukak je pintu, terus nampak toilet. Setakat nih, rumah2 yg saya rasa ok adalah umah yg didesign sendiri, bukan design pemaju. Mcm tak convenient sangat, tatau nak letak kat mana washing machine, peti ais.

6. Mat rempit dan pemandu jalanraya.
Ni memang menguji keimanan dan kesobaran. Mebi due to the fact that sini takdak hiburan sangat, merempit di jalan raya merupakan hiburan depa. Dah tak tertahan hari tu, sbb mcm ada pesta merempit kat jalan menuju bandar, saya terus sms rakan kop. Saya menanam azam, skalik lagi saya nampak budak merempit ramai2 kat jalanraya di siang hari, saya akan terus tepon polis! Hish, bebudak yg tak merempit pon sama...helmet memang tak pakai pastu suka main cilok2 sesuka hati. Semalam nampak ada helmet tergolek2 kat jalanraya. Tu mebi org yang pakai, tapi tak fasten. Hish! Pemandu2 keta lak suka bersantai2 di pagi hari sambil menghirup udara segar dari pantai dan juga menghirup makian pemandu2 yg meroyan nak sampai opis cepat..keke

Despite all this, ganu sudah ada tempat di hati saya =)

---------
The way to love anything is to realize that it might be lost. - G. K. Chesterton -

Wednesday, December 3, 2008

Kampus banjir

1 Disember banjir dalam kampus. Telah diisytiharkan cuti bencana alam. Semalam air dah surut, alhamdulillah.

Photo credits to : mi[at]umt[dot]edu[dot]my


Tuesday, December 2, 2008

Hapdet

Baru lepas presentation pagi tadi. Fuh..not up to the expected standard, tapi lega. Lega sgt. Bagus gak presentation nih, dapat brainstorm utk expand lagi research.
Thanks semua. :BIGHUG:

Updated : Eh, I masuk paper u ols...kekeke *mode kembang hidong*


-----

Press conference

Pemberitahuan:

Segala gosip liar yg melibatkan saya dengan mana2 individu perlu berlandaskan ciri berikut. Individu tersebut perlulah

1. Tak merokok
2. Akademia/penternak/petani/penyelidik
3. Tak takut pacat
4. Tak mabuk darah
5. Tak geli main selut
6. Suka kucing
7. Bukan metroseksual


So, kalau takde ciri2 tersebut, maka wajarlah diabaikan.
Sekian dimaklumkan.

ps: zamila, dont worry. tu bukan taste saya.

Tag dari Qila

"To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them"

Cis, kena tag ngan Qila. Tak padan dgn kena present proposal esok..sempat lagi minah kiut neh main tag2..hahaha

Pelik?Pelik ke?

1. Saya suka buat org yg saya sayang marah dan jengkel. Saya suka kena marah dengan org2 tersebut, ala2 untuk menarik perhatian. Contoh paling dekat, ayah. Saya suka buat ayah geram. Tapi setelah pattern diketahui, dia abaikan saja perangai2 saya.

'Errr, ayah tammo marah ke?'
'Nak buat apa marah, kamu kan dah besar.....Ayah tammo marah....'
'Hukkks'

2. Saya suka pegang2 tangan, paut2, sentuh2 orang - for time being, pada pompuan saje. Ntah pesal. Tapi bukan lesbo, harap maklum. Saya rasa safe dan tenang kot. Ahaks. Selalu kena sound ngan makcik2

'Ni ape hal pegang2 tangan sama2 pompuan nih.......'
Huh, jengkel ke makcik?

3. Makan VS tidur, saya pilih tidur. Tidur merupakan cara paling mudah utk saya hilangkan tekanan. Kalau makan masa stress, mesti suap lambat2..pastu leh sedih2 time makan. Tapi bila tidur...bestnyeeeeeee. Sanggup berlapar untuk meneruskan tidur...

4. Eksaited tgk binatang seperti lembu dan kambing. Perasaan yg tak dapat digambarkan. Bahagia..ahaks.

5. Saya penakut. Nampak cam berapi2, berani. Hakikatnya saya penakut. Sangat. Nampak clown pon leh berpeluh2. haha.

6. Suka mendengar kisah cinta org...keke..

7. Tak berapa layan lagu2 jiwang. Pengecualian pada time2 tertentu saje. Kalau dgr lagu lembik2 ginih mulalah buat keje lambat2..keke..So, dalam playlist, lagu2 yg semangat sajork..haha

Malas nak tag sesapa. Lain kali je lah..keke *tag yg hari tu pon depa tak buat lagik..haha*