Menemui Ayang a.k.a WildawatiKhazis yang sedang sibuk berusaha gigih  demi kemaslahatan masa depan.
Terima kasih Acu ucapkan kerana sudi  menaip surat. Kembang semangkuk Acu di sini kerana menyedari masih ada  yang ingat. Almaklumlah sejak tarikh untuk pulang ke Ipoh semakin  hampir, Acu seperti lipas yang dihempuk dengan kasut - hidup lintang  pukang. Bilik sudah seperti tongkang yang pecah langgar batu besar, opis  juga sudah seperti pusat pelupusan sampah. Maka, ingatan Ayang pada Acu  amatlah dihargai. Sepanjang baca surat ayang Acu senyum walau penat.  Sungguh!
Ayang, Acu rasa blog ni ada kuasa hikmat dalam  arena kpop..Ayang percaya kan? Yang terkini bila royanan Acu yang  mahukan Heechul menyanggulkan rambut menjadi kenyataan. Bila Ayang bagi  link,Acu terbahak-bahak gelak, tapi dalam masa yang sama kagum dengan  blog sendiri. Agaknya Heechul baca tak blog Acu? (Hai Heechul!!)
No comments:
Post a Comment