Sunday, January 8, 2012

Fitnah

Dulu, saya selalu terfikir "Kalau kita dituduh sesuatu dan tuduhan terhadap kita itu tak betul, kita mesti bersihkan nama, nafikan, sebab semua itu tipu. Buat apa yang patut untuk bersihkan nama. Bersumpah dengan nama Allah pun sanggup kalau betul di pihak yang benar. Sebab semua itu fitnah."

Dan saya juga pernah beranggapan yang kalau kita tak defend diri kita, kalau kita diam membiarkan orang fitnah kita, maknanya apa yang diperkatakan orang itu betul.

Sehinggalah saya diberi pengalaman difitnah oleh orang yang lebih berautoriti dari saya, yang lebih tinggi darjatnya di mata manusia, lebih dipercayai oleh orang ramai dari saya. Saya berada dalam suatu keadaan yang perit.
Penat menyalak membela diri.
Penat cuba memberi pemahaman terhadap situasi.
Penat meyakinkan orang bahawa cerita yang berlegar adalah dusta.
Tapi, tak ramai yang percaya.
Sedih.
Sudahlah malu, penat pula.
Kawan yang ada pun sudah boleh dikira.
Dan akhirnya saya betul betul penat.
Hanya mampu terdiam.
Hanya mampu berdoa semoga Allah ampuni saya dan hentikan cakap-cakap jahat yang keji dan hina tentang saya.
Diam saya kerana sudah tidak mampu mempertahankan diri.

"I dont want to spend my whole life defending myself"

Bila ada yang cuba mengocak ketenangan hati saya dengan bertanya kembali tentang cerita-cerita gila tersebut. Saya hanya jawab "its up to u to believe it or not, but i personally think even if what he said is true, its not for others to know"

Semoga Allah beri balasan setimpal pada pemfitnah tersebut, Amin.

Selepas berhadapan dengan situasi itu kawan-kawan, saya cukup takut mendengar cakap-cakap orang tentang orang lain.

Saya sudah rasa 'hampir gila' bila tahu ada yang percaya cerita gila tentang saya. Itu belum lagi kalau cerita terpampang di dada akhbar atau di TV. Jadi sekarang saya nak cuba elakkan sembang-sembang kisah tak baik tentang orang lain. Mendengar pon tak mahu. Kalau penjaja cerita tak dilayan, mungkin kurang bersemangat sikit menjaja. Mungkin.

Ingat ya, dalam dunia ada ramai yang pandai manipulasi minda manusia, pusing cerita, ubah interpretasi. Akhirnya ramai yang terpukau dengan mainan minda.

Dan saya kini percaya kepada 'biar salah memaafkan, dari salah menghukum'.

Terima kasih mak kerana mengingatkan supaya jangan percaya cerita-cerita aib.

No comments:

Post a Comment