Saturday, January 31, 2009

Superhero

Pernah terpikir kalau jadik superhero?
Saya tetiba terpikir ketika sidai kain pagi tadi..
Kalau saya boleh jadi superhero, inilah wataknya..mungkin.

Nama: Superbebel

Kuasa: Membebel tanpa henti sehingga orang jahat pecah gegendang telinga, hilang daya imbangan badan dan akhirnya menyerah kalah. Bebelan dari superbebel akan menyebabkan orang jahat menghadapi tekanan perasaan yang amat dasyat.

Finisher/kuasa penamat: Bebelan tanpa noktah yang akan menghasilkan angin puting beliung, bila berhenti membebel, org jahat akan mati.

Binatang sampingan/pembantu: Bebiri - tendangan kaki belakang tanpa henti yang akan mencederakan fizikal orang jahat.

Costume: Baju kaler pink dengan logo mulut.

Pekerjaan bila jadi manusia biasa: Tutor.

Ohho sekian entry merepek meraban di hari Sabtu.

Friday, January 30, 2009

Malas nak jawab

Sekarang nih ada 2 benda yang cukup malas nak jawab. Cukup malas.

Soalan: Bila nak kawin? atau yang sewaktu dengannya.
Jawapan dulu: Mcmana nak kawin, pakwe pon takde..bla bla bla.
Jawapan sekarang: Doakan ye makcik..
Komen: Makcik2 yang dikasihi, saya bukan tammo kawin, lesbo jauh sekali. Tapi saya cukup penat nak jawab soalan berunsur ambil berat ini. Semua nih luar bidang kuasa kita. Sebab berkahwin bukan macam membeli kopok lekor di negeri islam hadhari ini. Even nak beli kopok lekor pon agak payah, sebab citarasa yang berbeza. Saya tak suka kopok lekor yang ada tulang ikan, tapi mungkin ada orang suka. Tapi kopok lekor boleh diusahakan dengan agak mudah berbanding dengan kawin. Yer, yer, umur semakin meningkat, menopos semakin hampir, penyakit akan banyak menyerang wanita lambat kawin. Tapi itu bukanlah justifikasi untuk saya menyodok saje sesiapa utk ajak kawin. Betul kan makcik? Doakanlah yang baik2 ye. Semoga Allah berikan yang terbaik. Terima kasih atas keprihatinan makcik2 sekalian..tapi janganla tanya tetiap kali saya balik kampung. Penat nak menjawab. Neway, I lap u ols sebab amik berat. Er, makcik2 ada anak bujang?hikks

Soalan: Apsal muka teruk sangat jadiknye?
Jawapan dulu: Doktor cakap hormon/salah pakai product bla bla bla.
Jawapan sekarang: *mengeluh* Ni dah ok sket, dulu lagi teruk.
Komen: Penat nak citer panjang. Leh jadik satu lagik PhD proposal kalo nak citer panjang2. Alergi pada banyak benda. Budu pong dah kena kurangkan makan, huks *sambil menyeka air mata*. Bila stress, bila nak period, bila cuaca panas + lembab, muka akan jadik teruk. Bergomoi ngan binatang berbulu pon leh trigger acne. Kalau cuci muka dulu baru shampu rambut pon leh trigger breakout. See, sensitip kan? Yang paling bijak adalah bila suka suki tukar pencuci muka. Dan sekarang kena menanggung akibat berbulan2 lamanya. Doakan je lah semua ok. Tolong cubit saya ingatkan saya kalau nampak saya mcm gagal kawal diri nak makan budu/tukar pencuci muka.ahahaha.
Encik square jaw, aku malas nak gi jumpa doc - malas nak makan pil perancang pil hormon. Ko tau, bos lama aku suh gi jumpa plastic surgeon? apekah? ahahaha. Tapi, aku tetap kompiden berjumpa org ramai!ahaha.

Lagu yang takde kena mengena dengan entry. Tapi adik ikan paksa suh dengar..ahaha. Sedap gak.


Tuesday, January 27, 2009

Masked Rider Kabuto

Off to ganu today dengan keazaman penuh di dada. Supaya dapat menghabiskan kesemua 49 episod + 1 movie Kamen Rider Kabuto. *lap hidung darah*
Tenkiu buat Aman yg sangat memahami kegedikan kakaknya ineh. I lap you! Balik Mesia, leh pau kakak sesuka hati..ahaha

*dah tukar klip sbb yg sebelum nih ada lagu semayang hindu..huks, tak pasan.sori.

ps: Qila, Namba senpai berlakon..ahahaha


Monday, January 26, 2009

Tak dapat diwarisi

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Tetiba cam terngiang2 je lagu nih.
Bila dipikir2 balik, we cannot judge people hanya dengan tengok parents dia, family dia.
Kalau ayah beriman, tak semestinya anaknya beriman.
Iman tuh kita kena cari sendiri.
Kena usaha untuk menambah.
Bila mak dia beriman, iman tuh tak disalurkan melalui susu yg anak dia minum.
Bukan macam ubat cacing yang kita sumbat pada mak kambing.
Kalau mak kambing makan ubat cacing, anak dia akan dapat jugak ubat cacing tu bila minum susu mak dia.
Tu sebab anak kambing biasanya kita bagi ubat cacing bila dah cerai susu, bila start makan rumput.
Soal benda yang tak dapat diwarisi bermain2 di fikiran dua tiga menjak nih.
Kerana,
Skil memasak mak langsung tak berjaya diwarisi.
Hari nih cuba2 memasak.
Dan ayah cakap kat mak
'I am very2 lucky to have u as my wife'
Cis.
Nampak sangat skil mak tak diwarisi oleh satu2nya anak pompuan pakcik Saad inih.
Konsep sama macam iman.
Konsep tak sama mcm ubat cacing.
So, I guess..kena berusaha lah.
Tak gituh?

Saturday, January 24, 2009

Kamu, kamu dan kamu semua

1. Kamu,
kuatkan semangat.
lepaskan dia pergi.
dia akan kembali.
kalau ditakdirkan tempatnya di sisimu.

2. Kamu,
maafkan aku.
ini semua bukan salah kamu.
salah aku.
dari mula sampai akhir.
tapi ingat, kita tetap kawan sampai mati.

3. Kamu,
tenangkan diri.
seka air mata.
teruskan berjalan.
pelangi akan muncul bila hujan reda.
bila mentari menyinar.

4. Kamu,
teruskan berdoa.
semoga ini yang terbaik.
semoga berkekalan.
semoga saling berpautan.
walau ombak datang menggila.

5. Kamu,
jangan berhenti berdoa.
jangan berhenti berharap.
semoga akan baik2 saja semuanya.
tidur mesti berkualiti. =)

6. Kamu,
jangan berhenti.
teruskan berjalan.
terus berlari.
demi mengejar ilmu Tuhan.

7. Kamu,
di mana saja kamu berada.
semoga baik2 saja.
jangan lupa Tuhan sentiasa ada.
andai kamu terasa tiada sesiapa.

ps: terlalu banyak kisah yg sedang berlaku. Kamu, kamu dan kamu semua, aku sentiasa di sini mendoakan. Take care!

Inactive simcard

UPDATED:
Sudah ok. Disablekan 3G. Berpuluh2 menet lepas tu bila enable 3G dah ok. Kalau jadi lagi, akan terus repot kat meksis. Nak tukar ke celcom (ikuat nasihat aman). Aman, I miss you very much lah. Bila nak balik sini lagi? uhuks..

Dear all,
Simcard meksis 3G 128K telah pening2 ayam. Takleh buat call out. SMS juga tak boleh. Call in n receiving SMS pon rasanya tak bleh. Ntah sampai bila.
Hope tak kecik ati if I menyepi. Soooo not me kan?
Anything, email or leave offline msg. Angah, leh kol umah kalo apa2..hiks.


Friday, January 23, 2009

Pegawai Penyelidik

Kawan-kawan,
Surat jabatan hewan dah dpt. Alhamdulillah, dioffer jwtn Pegawai Penyelidik. It was very difficult utk ambil keputusan - setia dgn umt or kembali ke jabatan hewan.

1. Logistik
Posting tatau lagi kat mana, bos ckp saya akan ke lab lama. Kalau betul kat Ipoh, memang sorga donia. Dok bawah ketiak dengan mak, dekat dengan opah & atok, save duit makan, save duit sewa. Ipoh kat central, senang nak ke mana2 ladang, nak ke mana2 uni. Hubungan sosial dgn lecturer2/researcher dr institut lain akan dapat dijalinkan dengan jayanya.
Ganu sangat jauh dari keluarga. Tercampak jauh2. Balik naik bas 8 jam, sangat memenatkan. Kalau naik bas kesatuan, sejuk tahap kancing gigi. Memang bila pikir travel ke ipoh, rasa mcm malas sangat. Penat. Since located kat east coast, hubungan sosial sedikit terhad since kebanyakan program saintifik diadakan di central, esp KL. Kena rajin turun KL lah nampak gayanya.
Ipoh 1, Ganu 0

2. PhD
Ntah, saya pon tak perasan bila saya mula berazam nak buat PhD. Mebi bila dah buat MSc, azam menggunung tinggi utk sambung. Since banyak benda yg saya tak mampu nak capai compared to wanita2 seusia, I decided utk buat PhD - to improve myself.
Kat jabatan hewan leh convert research jadik PhD, ramai org leh tolong. Tapi kena guna duit sendiri sbb tak confirm lagi dalam jabatan. Kalau nak ditanggung perbelanjaan study, kena tggu lagi 3 tahun, bila dah sah jawatan. Tu belum lagi pikir soal seniority dan birokrasi. Biasanya depa bagi senior sambung dulu.
Kat umt memang disyaratkan utk sambung. Bila sambung, dapat elaun dan gaji akan jalan.
Ipoh 1, Ganu 1

3. Kerja
Honestly, I love teaching and gossiping. Bercakap dan bercerita adalah passion saya. Melihat muka adik-adik yg hensems mahu belajar membuatkan saya bersemangat utk belajar bersama2.
Ipoh 1, Ganu 2

4. Pantai
Saya suka pantai. Sangat suka. Sangat. ngeeeeeeeeeeeeee.
Ipoh 1, Ganu 3
And yes, saya telah buat keputusan untuk setia dengan ganu. Keputusan ini agak risky, bila amik kira kedudukan ekonomi yg sangat teruk sekarang [scholarship maybe ditarik balik, jwtn tutor bertaraf sementara]. Tapi saya akan kuatkan semangat. Semoga urusan saya dipermudahkan. Amin.
Keputusan ini tak diambil dengan mudah sebab terlalu banyak kenangan dan harapan saya sandarkan pada jabatan hewan. Dari 2003 menimba ilmu dan pengalaman di jabatan hewan, dari terjerit2 ketakutan sebab dikurung dengan kambing..sehinggalah jatuh cinta dan berkucupan mesra dengan kambing dan bebiri, jabatan hewan telah menjadi platform utk saya memupuk minat dan mengasah bakat dalam bidang saya sekarang. Jabatan hewan akan selama2nya terpahat di hati saya.

Terima kasih banyak2 buat yg telah mendoakan saya berjaya dalam interview. Doa kalian telah dimakbulkan. Doa saya juga telah dimakbulkan - doa saya sepanjang 3 tahun lepas, utk berjawatan tetap di jabatan hewan. Ini tandanya Allah mendengar doa kita, cuma masa pengabulan itu cepat atau lambat. Teruskan berdoa, Allah pasti bagi yang terbaik.

ps: Tolong doakan kesihatan Pakcik Mohamed, ayah kawan saya. Semoga cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan. Amin.

Tuesday, January 20, 2009

Buat Kak Ron

Kak Ron my dearest hosmet,

Sila jangan lupa ini semua *sila kopi pes kat word kendian print, haha - takut saya meroyan n tutup blog lagi hihi*

1. Semangat bersama2 mencari rumah sewa. *akak sangat semangat, saya suam2 kuku je*. Jatuh cinta bersama pada rumah itew dan gigih masuk, walau tak cukup orang.

2. Tragedi demi tragedi even sebelum masuk. Pagar rumah menghempap kereta kesayanganmu *ampun kak*, orang yang asik tak jadi masuk umah. Orang sentiasa tak cukup. Tapi akak tetap cool, saya yang sampai tarik2 rambut sendiri. *Er, agaknya sebab tu rambut saya gugur kan? Bukan sebab pantene hair fall control tak berkesan.*

3. Kerajinanmu memasak. Saya hanya mampu menemuramah anda sambil tolong menyibuk. Telur yang saya goreng kalau tak hangit, mesti lupa bubuh garam. Duh! Sangat gagal kan? Tapi takpe, saya tetap tak putus asa untuk belajar masak cari laki yang pandai masak. haha.

4. Tetiap malam melepak depan tivi dan bersembang semua isu. Dari bab hati dan perasaan, sampailah nasib haiwan2 peliharaan di muka bumi ini.hahah.

5. Saya yang kuat tido dan akak yang tidur sikit. Akak, lebih baik saya tidur dari bangun dan meroyan kan? Tidur tu terapi tau kak. Betulllll, tak tipu nih. *cuba bagi good impression sebelum kak ron keluar umah*

6. Kita terkunci di luar pagar dan akak telah bagi semangat untuk saya panjat pagar..Walaupun saya tgh konpius2 adakah itu langkah yang bijak. Ye, bijak rupanya. Kalau tak kena berkhemah luar umah! Sungguh, kagum dengan kecekapan otak akak berfungsi di kala kecemasan.

6. Saya Kita yang suka emo tak tentu hala bila tgk drama yang meleret2 dan komplikated!

7. Port biasa TJFC dan NR. Smpai orang dah leh pangkah muka kita! hahaha.

8. Keretamu dan keretanya....haha *kereta pon pandai menggedik kan?* err, ke tuannya yang gedik?haha

Dan jangan lupa, akak banyak bagi kekuatan kat saya dan mengembalikan saya ke jalan kebenaran bila saya mereng dan meroyan tak tentu hala. Trust me, bila akak dah berjaya survive dengan orang yang mereng cam saya, akak akan takde masalah duduk di Belanda! ahaha.

Terima kasih.
Terima kasih.

Nanti kat Belanda, tolong jangan bela kura-kura dan hamster!

Plan seminggu

Plan for this week

Rabu - Last journey with Kak Ron. Plannya Kak Ron akak drive dr KT ke KPT, ambik cheque Kak Ron. Bermalam kat Kolumpo.

Khamis - Balik Ipoh and Kak Ron akan terus ke Perlis. Kalau sampai awal dan tak lemah tenaga, jumpa Prema and labmates lama. Kalau lemah tenaga badan, tidor sepanjang hari je lah jawabnya. Eh, mcm kena jumpa Khor. Dah nak CNY kan. Kena cuba gak gi lab lama. Hope tak lemah tenaga. Amin.

Jumaat - Lepak2 pre CNY ngan Mandy kat kedai dia sambil mengopakkan poket sendiri. Ikut mak balik umah Opah. Hope ayah dah balik umah, leh sembang2 sambil pau sekupang dua. Isk, lamanya tak jumpa ayah.

Sabtu, Ahad, Isnin - So far free. Angah, Mior (n Ude), kita leh jumpa lah on any of the days atau ketiga2nya..haha. Namun harus diingatkan segala keputusan tertakluk kepada perancangan misteri Pakcik Saad. hahaha. Let me know early okeh, so dapat inform pada opah n ayah awal2.

Selasa - Balik KT balik. Naik bas. Kalau tak larat dan rasa kaya, naik belon kot.haha

Monday, January 19, 2009

Tak sehat sangat

I'm not feeling well. Mlm tadi rasa mcm nak demam. Pagi nih rasa mcm lalok. Kepala sakit, tengkuk pon sakit. Bukan, bukan sebab Aiman tak menang. Bukan jugak sebab Faizal tak bolot juara lagu. Takde kena mengena. Mebi tersalah tidur. Mungkin jugak terlebih tidur. Mungkin jugak badan sentap. Mungkin jugak ni semua balasan Tuhan, sebab mengeji kat ym bersama angloko. Angloko, ko takde rasa nak demam?hehe.
Badan sakit-sakit.
Mata jadik berat.
Tetiba rasa nak muntah. Oh apekah?
Pagi nih tak minum susu. Takut muntah. Minum teh bunga sajork.
Rasa mcm nak tido.
Sib baik entry esok dan lusa dah dikarang siap2 semalam dan dah dischedulekan..hahaha =)

Sunday, January 18, 2009

Filem baru Raja Azmi

Katanya,

Ini cerita dakwah.

Katanya.

Baca sinopsis pon dah meremang bulu tengkuk.
Dr. Maza, any comments?

Friday, January 16, 2009

Kecemasan

Pernah tak berhadapan dengan keadaan genting?
Cemas.
Panik.
Tidak mempunyai kelengkapan.
Tidak mempunyai kemahiran.
Perlu bertindak cepat.
Perlu gunakan apa sahaja yang ada.
Untuk survival.
Ye, untuk survival.
Pernah tak?

Saya pernah.


Tadaaaaaaaa!

ps: Tenkiu pada encik pensyarah kerana membekalkan selotep bahan rahsia.

Thursday, January 15, 2009

Najah

Najah.
Ye, Najah.
Kawan dari darjah satu.
Masa darjah enam duduk sebelah.
Budak laki panggil kami gajah - dia gajah bedak sejuk dan saya gajah hangit.
Cis.
Walau duk sebelah, kami bukan partner in crime.
Kami bagaikan yoe dan yie yin dan yang.
Langit dan bumi.
Najah sangat baik.
Tak pernah sakitkan hati orang.
Dia hanya akan senyum.
Senyum.
Walau lawak kita langsung tak kelakar.
Senyum.
Walau kita cakap merepek.
Senyum.
Walau terkecil hati dengan kita.
Hanya senyum.
Walau kena sepak ngan budak laki.
Dia langsung tak marah.
Dia hanya nangis.
Saya yang meroyan lebih.
Kejar budak yang menyepak dia.
Sampai budak itu menangis kena ugut dengan saya yang besar.
Tapi Najah redha dan pasrah.
Sampai sekarang Najah tetap begitu.
Senyum.
Senyum.
Senyum.
Redha.
Pasrah.
Saya mahu kekuatan seperti Najah.
Dan toleransi seperti Najah.
Sebab kadang-kadang saya rasa nak tumbuk orang.
Sungguh.

Kalau kita tak mahu jaga hati orang, jangan pelik kalau orang tak mahu jaga hati kita.
Kamu faham kan?

Wednesday, January 14, 2009

Tiada di sini

Mereka tiada.
Hari ini Qilah ke BTN.
Gee ke BTN.
Kak Zila ke BTN.
Sunyi sikit.
Sib baik Kak Ron ada.
Sib baik Haza ada.
Sib baik Dayah ada.
Sib baik Kinah ada.
Sib baik Kak Faizah ada.
Kalau tak.
Mesti bosan tahap gaban.
Dan berguling2 macam shin chan.
Demi ingin menghibur hati sendiri.
Bercakap adalah terapi.
Selain tidur.

Tiba juga

Tadaaaaaa!

Finally!


beserta



ps: org lain dok angkut buku PhD ke hulu ke hilir *jeling hosmet*. I bawak buku PMS. Takpe la kan, janji buku.thehe

Tuesday, January 13, 2009

Sms itu

Sms dr adik bongsu di suatu malam

'Dah mkan blom? Dah mandi blom? Dah solat blom? Dah kawin blom (saje tanya) hehehehe Dah gosok gigi blom?

Adeh. Saya balas.

'Semua belom. Sila tido. haha'

Dia balas.

'Truknye..:) hahahahahaha. Pttla lmbt kawin kalo gini gayanya...JGN MARAH YE..
Ps: jgn lupa main neopets..
Ps lagi: kem salam kat semua kwn akak.. (kalo akak tinggal ngan kawan la)
Ps lagi: muahs 1000000000000000000x(tlg belikn topup DG)*KALO BLEH'

belikan topap. Itulah niat sebenar. Cis.
Haha.

Updates

Updates:

1. Rumah dah penuh. Alhamdulillah. Sekarang duduk 5 orang. Next month Kak Ron dah ke Belanda, tapi harapnya ada orang masuk n ganti dia. Until the time this entry is written, orang yang nak masuk ada, cuma tak kompom dia masuk ke tak. Kesimpulan, tak jadi pindah umah.

2. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan sambung PhD. Tempat je yang tak kompom. Mebi USM, mebi VRI. Mebi juga tempat lain. Hidup nih terlalu banyak kemungkinan kan?

3. After 18hb akan dapat tahu keputusan interview. Mungkin dapat mungkin tak. Kalau dapat baru pikir. Sekarang nih tak pikir. Malas nak pikir apa2. Terlalu banyak benda last minit yang jadik.

4. Lepas sembilan bulan lebih, baru ada kekuatan untuk email Prof Naga (takleh link, entry blog lama yang berkaitan dah delete). Email dia tanya hutang berapa yen. Dulu application ke HiroDai dia yang bayarkan. Dia suruh bayar bila sampai sana. Malangnya tak sampai2..hehe. So, email dia untuk mintak num akaun. Kalau dia tammo bagi, akan transfer duit to kak Amy (kat HiroDai). Terpaksa mintak tlg kak Amy pas kat Prof Naga.

5. PMS bulan nih sangat mengerikan. Apasal tak dapat updates dari pmscetral? Walaupun tak meroyan dekat certain2 orang yang biasa jadi mangsa, tapi rasa mcm nak tumbuk2 orang. Apekah? haha. Sib baik Kak Yan ajar lukis orang lidi, pastu koyak. Eh, lepas nih nak try tulis nama orang lah kat orang lidi tu. Kot leh jadik cam voodoo! *kidding*

Antara benda yang saya scribble bila PMS :
"Here goes.
I'm totally pissed off.
Holding myself back.
Pissed off!
None of their jokes are funny.
None of the conversations are interesting!
For god sake!
I hate the whole universe!
Hate!
Hate!
Inhale.
Exhale."


6. Sekarang saya sangat suka scribble2 apa yang saya rasa. Conteng2. Saya akan lega. Tak banyak bebel. Tangan je yang gerak sambil nafas naik turun. Kadang2 Ada juga sambil kesat air mata. *mode DQ*

7. Adik yang bongsu tu dah pakai hfon. Guna fon ayah yang lama. Hehari dia akan sms. Taklah sunyi sangat. Kalau tak, mau berhari2 henfon tak berbunyi. Cuma penat nak melayan. Hahaha.

Mahu buat kerja. Semoga ada berita baik untuk diri sendiri. Amin.

Monday, January 12, 2009

Sunday, January 11, 2009

Tak paham bahasa?

F C U K Y O U!!

Semangat!

Tadaaaaaaaaa....
Minggu ini dijangkakan minggu semangat!hiyah!
Kepala otak dah tak ting tong lagi..
Tapi errr, tak juga fokus sepenuhnya
Contohnya bila tgh menaip lab manual ini.
kekekeke
note: suppose GREEN

note: suppose RATIO

mode jerit kat diri sendiri: cik tutor musti semangat!!!!!!!!!

Saturday, January 10, 2009

Links download lagu

Ada yang suka cari lagu/audio. Saya salu pasan cik pensyarah taip kat goggle gugel 'Free [nama lagu] mp3 download'. Untuk lagu yang glemer, biasanya cara ini berjaya. Saya cari di page2 inih sebab lagu2 yang saya minati biasanya bertaraf rendah, yang tak glemer.

1. http://aimini.net (kadang2 dia mintak register untuk download. kalau rajin register. Saya malas. So, saya akan cari yang takyah register. Kat UMT nih laju sket dload ngan aimini)

2. http://j-pop-rock.com/rotation/jpoprockmusicrotation.htm (Lagu jepon)

3. http://4shared.com (Kalau kat Ipoh, saya guna ini. Kalau kat UMT nih, lembab!!!)

4. http://filespump.com (Kat sini pencarian lebih meluas. Tapi kena tahan mata sebab dia akan display benda2 merepek yg orang lain cari. Tak semua pencarian orang adalah suci)

ps: saya sudah tak guna torrent mahupun program seperti limewire/kazaa, sbb laptop sudah pening2 ayam *icon air mata menitis*.

Selamat dload lagu!

Thursday, January 8, 2009

Mari jadi stalker

Oh, kerabunan IT.
Baru je tahu mcmana nak jadi stalker berjaya.
Kalau sesapa nak check kawan2 and online tapi invi, leh pergi ke page ini.

Contoh hasilnya:

ps: sapa ada ym id yamapi?
kehkehkeh

Adik ikan, ini petanda kesengsaraan hidupmu akan bermula. Akak akan terus menghantui hidupmu di YM.
muahahahahahahahahaha *gelak jahat sambil cekak pinggang, persis org kaya dalam citer indonesia*

Takde tajuk lah

Mahu tiru stail Tra tulis blog dengan nombor2.keke

1
Hari nih pumpkin race.
Hajat di hati nak join, tapi tak berkesempatan.
Itik biruAm, kami doakan kejayaan program itu.
Jangan lupa upload gambar banyak2 yer?
Enjoy yourself, guys!
Jeles.
Jeles.
Jeles.

2
Dek kerana balasan Allah ada isu yang berbangkit, saya tak jadi demo untuk lab sem ini. Hampa sedikit. Tambah lagi untuk kelas yg ramai adik2 ikan yg chumils. (kak lina, bab adik ikan nih saya gurau2 je..keke). Saya berniat nak menyibuk2 jugak selagi termampu. Hope semua org tak kisah. =)

ps: cik tutor sudah kembali bersemangat

Wednesday, January 7, 2009

Keje kosong

Iklan jawatan di Penang

1. PA utk Chief Technology Officer
2. Molecular Biologist - Senior RA
3. Molecular Biologist - Junior RA

Klik gambar untuk enlarge. Sila baca.


Sekian dimaklumkan.

*mode cik tutor yg down*

=)

Penat.
Lesu.
Sayu sayan.
Sentap.
Pedih.
Sakit.
Nangis.

Saya ok.
Selagi saya masih in touch dengan orang, maknanya emosi saya terkawal.
Disable komen.keke.
Miss u guys.
Sangat.
Tgh cuba kuatkan semangat
Tengah cuba.
Tengah cuba.

*perberitahuan ini untuk mengelakkan org terasa hati dengan kesenyapan saya semenjak 2 menjak nih. I no, i no, dijah dan kepoh sangat sinonim.Will recover soon. Amin.*

Tuesday, January 6, 2009

Kecewa

Kata beliau
'Dinding sudah runtuh'


Balas dia
'Dinding runtuh kerana ovum kecewa'

Terpana.
Ovum kecewa.
Yer, ovum kecewa.
Kasihan.

Cerita

Ceritalah.
Kalau kamu ada masalah.
Ceritalah.
Kalau kamu sedih.
Ceritalah.
Kalau kamu gembira.
Bila kamu tak bercerita.
Dunia jadi kelam.

Monday, January 5, 2009

Darjah satu

Kebetulan yang mengujakan.
5/1/2009 merupakan permulaan persekolahan bagi Tahun 1 2009.
Dan saya menerima msg di shoutbox dr Mira, rakan sebelah meja masa darjah satu.
Kawan pertama smasa di Darjah 1.
Ye, kawan pertama.

Dipaksa oleh ayah untuk berbual dengan kawan sebelah meja.
'Nama kamu sapa?'
'Amighah'. chomel masa tuh sebab pronounciation hurup R nya sungguh unik.

Amirah yang sekelas dengan adiknya Zaid.
Zaid yang muda, pandai dan ehem*ehem* chomel.
Sampai darjah 4 saja bersama *kan Mira kan*, lepas tu Mira ikut family berpindah.
Meninggalkan kami semua di Ipoh.
Hilang dua orang kawan.

Bersekolah rendah di dalam sebuah rumah sewa.
Gaji guru2 sangat kecil.
Hanya ada 1 kelas.
Ruang tamu adalah kelas.
Bilik tidur adalah surau.
Bilik tidur yg lain adalah bilik guru.
Dapur adalah ofis dan dapur.
Tandas adalah tandas.
Tiada kantin.
Tiada perpustakaan.
Tiada makmal komputer.
Tiada papan hitam.
Hanya papan putih.
Agaknya ramai asthmatic, tak tahan dengan habuk kapur.
Ustaz Bahasa Arab adalah Pak Arab yang sangat besar *er, kitorg kiut sangat kot* dan dia agak menakutkan.
Bermain panjat pokok rambutan kat halaman.
Melihat kawan2 main batu seremban.

Kisah dulu.
Semua itu kenangan.
Kenangan Darjah Satu.
Mira rakan pertama.
Rakan yang sudah menginjak dewasa.
Sama dewasa dengan Sekolah Rendah Al-Hidayah Ipoh.
Ye, dah 20 tahun umur SRAH.
Saya tetap rindukan SRAH yang lama.

Kudos to SRAH 1989-2009

ps: tahniah Mira sebab dah nak mendirikan rumahtangga =)

Zero zero

Katanya nak zero failure dalam subjek2 yg diajar. Nih dah biasa dengar. Dulu masa kat sekolah, cikgu2 pakat aim nak zero failure. Even sekarang mak selalu aim zero failure dalam subject yang dia ajar untuk UPSR.

Katanya nak zero mortality pada binatang2 yang dibela. Wah, sentap tak? Ajal maut kan di tangan Allah. Susahnya bila yang bercakap nih bisnes minded, tak pikir soal ajal maut. Usaha minimize mortality, bukan zero mortality. Absurd sungguh. Macam target untuk 'zero andartu' kat Malaysia. Mustahil bukan? keke

ps: zeti, akak target zero meroyan di blog ineh..kekeke. Seperti 'meroyan free zone' hang..hehe

Sunday, January 4, 2009

Releven ke PBB

PBB sungguh lemah.
Kecut dengan AS.
AS pulak tak berperikemanusiaan.
Boikot saje.

Baca sini juge.


Semoga Allah selamatkan Palestin.
Amin.

Relakslah

Saya tau saya kena relakskan otak..

1. Termasuk Masuk surau lelaki di pusat membeli belah dengan penuh konpiden, sebab ingat tu surau pompuan. Terpana sekejap pakcik dalam surau.keke (Am, i tak reti nak rephrase dgn betul) hehe

2. Dengan selambernya terambil kunci rumah cik mah dan dengan gigihnya cuba membuka mangga pagar.

3. Tanpa sedar menyimpan ubat nyamuk dalam peti ais! 'Er kak dijah, simpan ubat nyamuk dalam peti ais?'


Inhale.
Exhale.

keke

Thursday, January 1, 2009

Biar Lambat Asal Selamat?

Paspot kita mudah dipalsukan

'Jika di Amerika Syarikat, seseorang yang memohon pasport tidak akan memperolehnya dalam tempoh dua minggu. Jadi, apa bijaknya kalau proses pengeluarannya cepat sedangkan risikonya amat tinggi' kata D.S. Dr. Rais Yatim.

Sumber

Biar lambat, asal selamat.
Er, tapi takleh ke cepat dan selamat?

Selamat Tahun Baru

Tiada entry tahun baru yang istimewa.
Tiada sebarang keratan akhbar.
Tiada juga royanan.
Tiada cerita menarik.
Sekadar 3 gambar menarik yg ingin saya kongsi.

1. Mode ceria. [ceria tgk telatah budak pompuan gedik yg perasan yamapi nak kat dia. gosh, pompuan dan gedik memang tak dpt dipisahkan ke? haha]


2. Mode sebak dan kagum. [Sebak bila nengok yamapi nanges. Kagum sebab dia tetap hensem walau buat muka gituh..keke.]
kak yan, dont keji me.hihi
nisa, sapa kata dia xde prasaan sampai habis?nengok air mata jantannya bercucuran okeh...hihi


3. Mode terharu dan bercita cita tinggi. [Terharu bila nengok yamapi nangis pelok nenek tua itew. bercita2 tinggi untuk berlakon watak nenek tua..*untung betul nenek tua dlm citer neh.kehkehkeh]

source -code blue

Sukati korangla nak muntah ijo ke apa dengan entry tahun baru ineh.keke
Selamat tahun baru 2009.
Akemashite omedetou gozaimasu!