Wednesday, November 11, 2009

Heartbeat 2pm

As I expected, MV yang sangat creepy.
Yang saya suka:
1. Lagu yang simple, tapi ada elemen spooky, misteri dan emo. I just love mamat2 jambu mengemo!
2. The heartbeat masa memula! rasa nak pecah jantung.
3. Junsu hensem. Hotness!
4. Suit hitam putih - soooo misteri!
5. Suka chorus. Sangat catchy! Listen to my heart beat!

Yang saya tak suka
1. Pekejadahnya mentocangkan rambut Junho dan Nichkhun? Yang Taec pulak cat tumpah ke? Hazabsss!
2. Tarian mcm zombie. Really put me off. Tak suka tarian depa kali ni.
3. Suit kotak-kotak. TOP je yang hensem pakai suit kotak-kotak. Orang lain tak sesuai, series.
4. Rap yang tak best awal-awal. Banyak beno rapnya! Sikit-sikit dah lah.

Overall
This is emo! kekeke. I can sense that depa emo sebab Jay dah takde. Even dalam teaser Taec cakap yang hubungan depa berTUJUH yang buat jantung dia terus berdenyut *gituh*. Ketiadaan Jay agak menjejaskan koreografi saya kira sebab dia lah leader dan dia hebat backflip tertonggang tonggeng.
Lagu ni sekadar emo dan spooky dan misteri. Tarian hancus. Seriesly. Mesti depa upah koreografer murahan untuk lagu nih. I prefer tarian depa untuk lagu 10 out of 10, Again and Again serta I Hate You. Bersemangat. Yang ni macam tarian untuk orang yang dah tammo hidup lagi.  Oh..mungkin juga untuk orang2 yang tengah tensi study..boleh aplikasi tarian nih.
Ok, depa memenuhi konsep. I just can sense the 'emoness', tapi saya gagal menfangirl bila tengok depa. Obviously, 2pm will never be the same without 7 members. Mcm bebiri patah kaki. Hope Jay will come back =) and masa tuh kita boleh tanya netizens yang suka meroyan - what time is it now?

Tuesday, November 10, 2009

cerita HELL

Being a short tempered person memang tak best.
Langsung tak best.
Tapi compared to masa kat uni, saya rasa saya ada improve sikit. Especially bila tercampak kat armidale nih, saya jadik kurang melenting meletup kebabom. Feeling2 wanita melayu terakhir pulak.
But today, hell jadinya. Belum neraka jahannam. Just not yet.
Meeting hari ni dengan encik2 sv. Dek kerana encik bos kedua tak reply email, saya assume dia away, dia tak cek email *sebab tak dapat reply pon* dan secara logik akal takde lah miting sebab encik bos ketiga away 2 mggu, so tak cukup korum. Tapi dek kerana encik bos pertama ajak deting jumpa, saya sudah bersedia apa yang patut - bawak experimental design yang saya dah siapkan malam tadi.
Sekalik....dia suruh panggil encik bos kedua. Encik bos kedua mai miting dan malangnya dia tak dapat nak feel experimental design saya sebab dia nak tau result eksperimen sebelum nih., senang dia nak bagi improvement idea katanya. Kiranya kalau dia tau apa result sebelum nih, leh relate ngan planning untuk eksperimen yang akan datang nih.
Encik bos pertama suruh saya print out report. Terasa masa tuh fire alam dah bunyi - nak lari selamatkan diri. Tak siap lagi pembetulan, mcmana nak printout? Takde dalam agenda pon pasal bentang report nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
'Tak siap lagi'
'Print apa yang ada' suara encik bos tegas mcm suara optimus prime.
Sentapppppppppppppppppppppppp. Menggigil masa tuh tau sebab memang tak puas hati. Tak puas hati dengan diri sendiri sebab tak sempat siapkan.
Rasa macam nak pengsan masa masuk opis, carik file, kena alter sikit2 sebab memang caca merba. Bila kita tau encik2 bos tgh tggu kita, lagi rasa nak pengsan.
Tengah dok gigil2 panik tu........................muncullah hamba Allah sorang nih yang boleh diklasifikasikan sebagai penggosip tegar, datang nak mengumpat.
Boleh?
Kat sinih dengan kengkawan I memang tak mengumpat yer, selalu gossip2 perasan hot dan meroyan. Mengumpat tak masuk dalam list. ~Ha! dengan hang lain cerita noooo. Itu bukan mengumpat tu, tu menyakat..hahah *memerli orang yang ym artikel kosmo*.~

Bila mukaddimah pon dah mukaddimah mengumpat, ditujukan kat cik tutor yang dot dot dot yang sedang gigil sebab encik2 bos tengah tggu report dia yang tak siap....memang tataulah nak kata apa. Pencetus bebola api jurus ke lapan belas from HELL.

'Tammo sembang, stress ada keje' saya cakap dengan gaya mcm hero yang tegas sedang fokus kat laptop tanpa pandang muka penggoda. Bukan heroin tau. hero.

Pastu masuk pulak miss x dalam opis saya. Dia gagal kesan aura kelabu. Penggosip tegar ni nak mengumpat kat miss x, miss x pi tarik dok sedepa dari I, membiarkan pengumpatan berlaku kat situ. Boleh????kekekeke

Masa tuh memang leh perasan tangan dah gigil. Bulu telinga rasa macam kena cabut satu2 dengan kejam.

'Boleh tak sembang kat luar? Tengah buat kerja nih!' gaya pompuan hilang akal.

Maka berakhirlah episode kesabaran selama nih. I can tolerate gossip. Eh salah. I love gossips. Tapi I dont like pengumpatan yang mana kita lebih tau cerita buruk orang dari kenal orangnya, dan dalam kes ni its too much sebab hari-hari datang bilik kitorang nak mengumpat pasal orang yang sama. Seriesly overdose! Dah ignore hari-hari pon tak paham-paham lagi? And datang ketika saya kegigilan memang silap besar lah. Mcm menjolok sarang2 tebuan gituh. But still, saya silap jugak sebab tak tarik napas dalam2 dalam kiraan 10 saat, bercakap sambil senyum manis. Terasa mcm mamat perasan hensem yang saya tak kasihi tu - macam tu lah dia sound orang suruh diam. I hate his style but it seems now I'm his protege lah pulak. I just can help it. Bukan salah PMS. Bukan salah cuaca panas. Bukan salah demam yang kejap ada kejap takde. Bukan salah sakit kepala yang tak baik-baik. It's just me. Saya memang sangat short tempered dan hari ini saya gagal mengawalnya. As simple as that.

And the meeting didnt turn out to be fun. keke. Selalu pon tak fun kan kalau meeting. The supervisors suggest *ntahla suggest ke pinda* eksperimen yang akan datang nih. Nak tambah lagi satu faktor untuk eksperimen, maka tambah plot, dan tambah bilangan bebiri. Maka tuan-tua dan puan-puan, lebih dari seratus ekor akan digunakan dan untuk eksperimen tu nanti, saya dan encik bos pertama perlu ke paddock dari 6 ptg sampai 3 pagi for few days *pengsan*. Saya malas bangkang sebab ni part awal. Hope last2 nanti dapat konsensus untuk timing yang lebih menggembirakan.
Encik bos kedua agak happy dengan report saya, but encik bos pertama tak. As expected, dia memang super duper perfecto skematogenesis sampai dah tak mampu nak menurutinya. Its good but I'm currently cracking my heads. Sampai titik perpuluhan tak sama allignment pon leh highlight sampai leh rasa nak nangis. Mata bionik! Oh, tau tak macamana nak allignkan titik perpuluhan guna word? kalau sapa yang belum tau leh bgtau saya, nanti saya share dalam entry akan datang. Berilmiah la sikit dari video klip jejambu je semedang.

I'm just drained. Bukan salah tengok MV Korea jepon. Kalau tak tengok pon kerja tak siap. Honestly, tengok MV tu is an escapisme untuk distract otak. Sebab saya tau kalau tak tengok pon, tak buat kerja. I hate this konsep kemeroyanan berterusan *istiqamah la ni*. But I really really hope saya dapat kembali semangat ceria macam sebelum ni. Penat otak lebih bahaya dari penat badan =(.

---------


So, hows your relationship with that boy? *buat lirikan mata ke arah bangunan sebelah library*

Which boy?

The sushi boy!


Ini jelah yang buat saya ketawa hari ni. Over betul pelakon-pelakon tambahan!

Esok sushi day dan esok halim interview. Didoakan selamat semuanya. Amin.

ps: konsulate malaysia postpone visit. eerrrr, depa baca royanan i ke?

My girl

Not so hell after all.
Just found out Arashi dah release clip baru tajuk My Girl. OST untuk drama bertajuk My Girl *tak tengok*.
And OH MY! Dalam getaran jiwa yang didekasi untuk TOP tersayang menyebabkan tika ini Yamapi pon jatuh ke tangga kedua sehinggakan dia meroyan release lagu sendu, Sho Sakurai muncul kembali membuatkan jantung terhenti.
Sho sakurai tukar pesen rambut - menjadi sangat matang. Kalau dari segi umur memang Sho lebih layak dari TOP dan Yamapi dek kerana umur kami sebaya. *mata kedip-kedip*
Dan Sho tak penah kaler rambut pelik-pelik bila umur dia meningkat dewasa nih. Masa dia muda remaja hingusan sila abaikan.
I just LOVE the song. Memang ini imej Arashi yang semakin dewasa.
And Sho is sooooooooo CUTE!!!
 


















Leader - Ohno, dedikasi untuk Noure




MatsuJun, dedikasi untuk Kinah Prime







Kisah adik-beradik *tapi mak depa muka mcm ohno...kekek*, yang kematian ibu, mahu berpindah rumah.
Tengah bersiap-siap kemas, Aiba terjumpa satu surat yang mak depa tulis..bagitau yang mak depa akan melihat depa membesar kat umah tu..
Maka, mereka batalkan niat untuk pindah..

HELL

Today is like hell. Not feeling like updating. Esok-esoklah yer..
Anyway, TOP dah bela anjing.
Teka nama apa?
CHARLIE!!
See, motif namakan anjing dengan nama kawan I?



source: allkpop.com

Monday, November 9, 2009

*pengsan*

Hari ni adalah hari yang memenatkan dek kerana masih belum sehat. Kepala masih sakit - sampai rasa nak tumbang tengah jalan masa berjalan dari asrama *attention seeker*. Kalau ikut rasa hati, memang nak sambung tidur sampai tengahari, tapi dek kerana kena kerja demi bersuap-suap kebab sesuap nasi, saya cubalah juga kerja.
Alhamdulillah mesin dah dibaiki, menyebabkan saya buat kerja dengan pace yang laju. Saya kerja 4 jam hari ni - 2 jam sebelum lunch dan 2 jam selepas lunch, habis proses lebih kurang 48 sampel. Alhamdulillah. Mungkin perlu 8 jam lagi dan boleh selesai grind semua sampel tanah. Boleh melangkah ke proses seterusnya pulak.
'Grind apa?' tanya sorang budak laki.
'Tanah'
'Untuk recovery anak cacing you ke?' *ulps, sohih lah saya pernah cerita pasal research. Tapi apesal saya tatau nama dia?*
'Tak, ni untuk projek lecturer. Bukan research saya.'
'Heh? U dapat keje ngan lecturer?'
'Er, haah'
'I pon nak kerja! Tengah cari kerja nih!'

Adoi la. sakit kepala. The last thing yang saya nak buat adalah bergosipan dengan manusia yang tak diketahui namanya.

Berhenti lunch ngan charlie, bergossipan dengan wijdan dan kembali kerja.

Bila dah selesai kerja hari nih, bersemangat nak balik. Kena tahan dengan sorang mamat bangla yang rupanya persis zizan nin. Zizan nin yang comel versi bangla =D.

'Apa yang you grind?'
'Tanah'
'Boleh tengok?'
*suakan sampel*
'Berapa saiz filter?'
'Yang ni 2mm, yang ni 0.5mm'
'Berapa kedalaman dari permukaan?'
'Tu, ada kat label. Kedalaman lain-lain'
'I nak filter 2mm, tapi tammo jadi hancur mcm ni. I nak aggregate, tammo debu2'
'Takyah guna grinder lah, guna penapis'
'Memang tu lah yang I guna'
'Jadi?'
'Takde apa, tu je lah'

*pengsannnnnnnnnnnnnnnnnn*. Lagi sakit kepala I! Rasa nak benamkan kepala sendiri dalam tanah-tanah. Mcm ni lah agaknya perasaan orang-orang kalau I tanya benda pelik2. Atau lebih tepat bergaya mcm nak tanya soalan, tapi tak tanya apa-apa pun.

Dengan charlie, went to centro *shopping centre* dan beli rantai tangan silver untuk Sara, bday dia 13hb. Itupon jenuh hati-hati memilih sebab takut dia cekik kitorang sampai separa mati kalau bagi yang sangat keperempuanan - motif hati / kupu-kupu. So kitorang beli yang bermotif plain.

Semangat beli rantai tangan sampai lupa beli halia. Takde halia nak buat sup. So, malam nih buat kari ayam je. Lega sikit makan kari.

Malam ni akan stay up selagi mampu - tak siap lagi eksperimental design untuk next experiment. Esok miting pukul 10. Tadi masa balik dari bangunan greenhouse *tempat grind soil*, bertembung ngan encik bos. Urghhhhhhh!

Maka sudah kantoi yang saya gigih(?) bekerja part-time. Makaaaaaaaaaa, mesti dia strict esok. Sebab dia tammo study jadik benda kelas kedua..*pengsan*

Encik bos ketiga bagi email panjang berjelaaaaaaaaa. Masa memula dapat email dia, I mcm merajuk lah konon sebab dia mungkir janji mggu lepas pasal nak pi tengok padang ragut untuk eksperimen. Bila encik bos pertama balas email dia, baru lah I tersedar dari lamunan...keke. Ada carbon copy utk encik bos pertama email tuh rupanya. Lega dan tak serabut dah. At least encik bos pertama tahu whats going on.

Dah beli ubat untuk cold. Malam ni akan makan.
Freaking out for tomorrow.
Brain capasity will be lower than normal, which means will be really really low.

*pengsan*

ps: will not available for ym tonight. sorry. =(
pss: MV G-Dragon dah keluar untuk lagu A-Boy. Oklah, kreatif tapi I dont laike.I'm waiting for 2pm's MV. dup dap dup dap.

Sunday, November 8, 2009

Mcm ni lah adik akak...

Bagus MBLAQ! Mendengar kata-kataku supaya jangan selak baju tayang perut. Kali ni takde aksi selak baju. =)

Kerja gila

'Rasanya I suka kat you lah. Kalau sembang ngan you I terus takleh bernafas. Oh, saje bagitau ni. Supaya you tau kenapa kalau nampak I mengelak dari bertembung dengan you atau pengsan lepas sembang dengan you. Oh, jangan komen apa2, nanti I pengsan. Oh ya, jangan show off girlfriend depan I yer. Ok bye!'

dan lelaki itu ketawa terbahak-bahak selepas mendengar pengakuan perempuan tu.
Heh, gila betul!