Friday, October 16, 2009

Ini entry dari orang yang tak siap tugasan-tugasan melambak menimbun *pengsan*

Ada ketikanya kita rasakan masa terlalu pantas bergerak. Kita perasan bagaikan sedang memegang watak heroin dalam cerita korea yang penuh dengan plot cinta tak masuk akal tapi masih ditontoni ramai - hanya kita seorang yang bergerak dalam keadaan gerak sangat perlahan tapi semua benda di sekeliling kita bergerak dalam gerak normal. Mungkin kerana kita hot dan mahu seluruh penonton mengamati kehottan kita, maka ada scene gerak perlahan itu. Bukan salah kita kan kita hot?
Masalahnya itu gerak perlahan dalam aksi2 cintan cintun sedih sayu sayan meruntun perasaan. Kalau rasa slow motion sebab buat kerja lambat, terbuang satu hari kerana bingung? Lembab. Bingung. Lembab dan bingung juga adalah ciri heroin korea ye kawan-kawan. Oklah tu, kan?

ps: encik bos, ambillah cuti lagi seminggu. sungguh, tak sanggup nak berhadapan dengan muka 'tak impress' encik bos minggu depan.
Ada 2 hari lagi. Mungkin tak berjaya, tapi akan cuba sehabis baik *walau dalam hati rasa tak mampu*..huhuhu

Saya tekan play untuk releasekan tensen..hahaha

Hukhuk.
Tak boleh givap, tak boleh.
Kena semangat buat analisis..
2 hari lagi sebelum encik bos balik berliburan.
Sempat ke?
Oh.....*pengsan*

Thursday, October 15, 2009

Perempuan dari planet PMS?

Perempuan memang makhluk yang aneh.
Lebih aneh dari platypus - mamalia yang bertelur.

Tak SMS kecik hati.
Dapat SMS susah hati.
Tak telefon ternanti2.
Dah telefon, suruh berenti.
Tak jumpa termimpi2.
Dah jumpa tak bagi datang lagi.
Bila tak mintak maaf kata ego, besar diri.
Bila dah mintak maaf kata tak perlu beria-ria nak merendahkan diri.

Hai perempuan....
PMS kahhhhh?

Wednesday, October 14, 2009

Selamat malam dunia!

Dan akhirnya, saya merasa juga kepenatan walau tak buat kerja langsung.
Penat dengar ceramah.
Penat meroyan.
Dan pukul sebelas malam, sudah mengantuk.
Alhamdulillah, ada hikmahnya =).

Selamat malam semua.
Semoga mimpi yang indah.
Macam ni.

love struckdrooling

Pagi yang terang kini sudah kelabu asap

Pagi yang sejuk dek kerana angin bertiup kencang. Sangat kencang. Sekencang degupan jantung dek kerana boleh terlupa pagi ni kena pegi induksi - masih bergolek-golekan di atas katil bagaikan sedang cuti bersalin setahun *staf sini cuti bersalin setahun*.
Nasib baik nampak flatemate nak keluar rumah. Maka dengan penuh tak malunya mintak tumpang kereta sebab kalau jalan kaki tatau sampai ke destinasi ke tak - khuatir melayang terbang ke jepon/korea pulak untuk bersama yang tersayangs *eheks*. Tiba tepat pada masanya dan menghadiri induksi SEPANJANG HARI dengan penuh semangat. Fakta hari ini

1. Malam tadi baru perasan email peringatan untuk hadir induksi. Dek kerana orang lain jarang baca email, saya memandai2 lantik diri sendiri untuk maklumkan member2 yang emailnya terpapar dalam edaran - wijdan, charlie, one. Makanya, wijdan n one datang tapi charlie tak datang sebab dia kat kampung. Yang memalukan, saya salah tengok email - BUKAN email one. Maka saya telah menyebar onar dan dia percaya dan dia datang induksi. sib baik dia datang setengah hari. sib baik dia gelak2. saya terus pekup mulut sentap sendiri. inilah padahnya bila email sini berkonsep surname! *ewah, salahkan konsep email uni..hahah*

2. Rabu - Sushi day! Bertembung ngan orang yang saya kurang kasihi 'nak pegi amik sushi ni' *katanya sambil melemparkan senyuman manis menghiris kalbu*. Kejayaan? saya tidak lagi merampus dalam hati. Kan bagus kalau berbudi bahasa macam nih? Ha...baru nampak hensem! anak sapaaaaa lah nih? hahaha.

3. Skip induksi 2 jam - pegi town untuk amik test lesen kereta. Sekali lagi bertragedi kat kaunter. Dapat pokcik yang sama mcm hari tuh - kereks! Kali ni dia kata translation tak valid pulak dah. Kena dari DIAC, hanya DIAC, tiada yang keduanya. Maka, translation dari konsulat tidak boleh diterima ye bapak2 sekalian untuk memohon lesen NSW. Masa tu memang dah konpius tahap awek gaban

'apsal lak takleh pakai translation nih?'
'nih *menunding ke arah tulisan DIAC di atas borang*'
'kalau takleh guna translation nih, pesal lak konsulat offer service mentranslate nih? orang lain translate guna nih boleh je?'
dia diam.
dia pegi selongkar almari apa tah.
'rasanya kalau yang ni hanya boleh guna untuk drive je, kalau polis nak tengok tunjuk lesen ngan translation ni. bukan untuk amik lesen NSW'
huk alohhhhhhhhh..padahal kan, translation tu cuma translate perkataan LESEN MEMANDU, TEMPOH LAKU, KELAS, bla bla bla. Lainlah kalau tulisan arab/jepon/korea/china/thailand/spanish yang sudah sah dan nyata berbeda sampaikan org takleh nak agak apa dia tulis.
'So, takleh amik test la nih?'
'Takleh'
'Kena translate kat DIAC'
'Kat Sydney. Ok, lah. Terima kasih'

Terus keluar bangunan, kol kak ija kembar kak delinn kat sydney sambil meroyan. air mata mencurah2 sambil cakap. makcik2 orang asli sebok je memandang ratu air mata nangis sambil maki hamun dalam fon. Biarkan. Kak Ija sama je mcm Kak Delinn, leh gelak sakan dengar saya meroyan..hahaha. Habis RTA kena maki dalam tepon ngan i. hikhik. Kalau buat tayangan semula rakaman, sebahagian perbualan berbunyi ginih setelah disensorkan 'tuttttttt la RTA nih...tuttttt...tutttttt...tutttt..hukhuk..' *kesat air mata*
Nak usulkan kat Pengarah JPJ supaya buat mcm Bangladesh nun, senang takyah translate seme sebab lesen dalam english. Bubuhla dwi bahasa pon takpe.
Since depan RTA tu kedai second hand, terus masuk kedai dengan bulu mata basah2 sambil sauk dua baju..haha. Terus bayar dan amik bas balik uni. OTW ke uni sms Sara - mau bikin drama. haha.

Sampai uni, terus masuk lab dan diskas ngan Sara. Dia ngan Fiona yang lelebey emo mcm biasa. Siap suruh bawak encik bos lain kali. Masa tuh saya dah ok sikit. Tak lah rasa mcm salah RTA sepenuhnya. Salah depa sebab selalu assume kita tau semua mak nenek procedure. Dan depa pon not well verse dalam benda2 ginih. Hari tuh tanya nak translate kat mana pon dia tatau..haish. Tapi salah saya sepenuhnya sebab tak baca keseluruhan borang tu word by word. Dia dah tulis DIAC, tapi saya assume konsulat pon bleh. Bahaya assume2 nih.

Berkejaran masuk balik induksi - memang rezeki sebab slot akhir tgh bincang pasal requirement nak drive kenderaan jabatan. Saya angkat tangan tanya requirement untuk international student. Orang yang bagi ceramah pon tak pasti! sentap!!! dia kata seingat dia hanya boleh guna lesen negara sendiri dalam tempoh 3 bulan. Kalau stay lebih 3 bulan kena transfer lesen ke NSW *apa makna transfer lesen?*. This implies utk org dari state lain juga katanya.

Makanya balik induksi terus ke library sebab nak masuk web RTA. Kat situ pulak takde tulis berapa lama tempoh sah laku lesen secara spesifik. Dia cuma kata selagi sah duduk sini, selagi tuh la lesen valid. Tapi mcm kita nih kena jugaklah ada translation sebab lesen dalam bahasa ibunda kekdahnya. Saya keliru dan datanglah adik ikan mendarahkan hidung mendampingi saya yang kekeliruan dan kami keliru bersama2 sebab nota yang officer permotoran bagi agak bercanggah dengan RTA. Tapi kami buat kesimpulan utk ikut web RTA.

Kesimpulan, akan confirmkan pasal translation nih. Kalau translation nih valid untuk drive kenderaan jabatan, tammolah pegi sydney buat translation lain. Dan tammo amik lesen NSW. Bluwek sama pakcik penjaga kaunter yang sikit pon tammo senyum.

Tema minggu ini



So hot katanya!

Tuesday, October 13, 2009

Selasa!

Air pasang pagi surut pukul lima, nyonya bangun pagi siram pokok bunga. Tapi saya bangun pagi sarapan pon tak sempat, apetah lagi nak siram pokok bunga. Pokok bunga mak pon saya tak pernah siram. hikhik.

'I saw you running' kata encik pemandu bas yang muda. Sentap tau. Tercungap-cungap kejo bas. Sib baik sempat. Terus segar bugar mata.

'Half dead chasing the bus!' saya buat gaya ala2 nak pengsan.
'Its good to make u wake up totally' komen sorang budak pompuan bila nampak saya masih tercungap-cungap bila dah turun bas.
'U should walk from your campus' komen sorang budak lelaki Botswana.
'No way with strong and cold wind like this!' saya balas
'Fair enough!U might me flown away because u r tiny'
Cis.cis.cis

Tetiba jadik glemer pulak berlari-larian mengejar bas dengan beg yang obviously lebih besar dan berat dari kepala.

Aim hari nih nak pulun buat kerja sebelum pukul dua sebab pukul dua sampai 5, kena jaga kelas amali. Little I know that kedivaan sudah terserlah dan keglemeran sudah bertambah, sehingga tetiba ada budak masters datang untuk bertanya soalan. Soalan statistik. STATISTIK!

'Saya belum amik kelas statistik, baru nak masuk kelas level 100 sem depan'
dengan maksud tersirat 'Saya hanya boleh ajar ajaran sesat sebab saya hapa pon tatau dan akan meyebabkan sesi pengajaran menjadi sesat lagi menyesatkan'
Dia tergelak. OK, series saya tak melawak.
Dia duduk dengan gaya tak paham bahasa. Dia sua pendrive.
Saya pon macam kena ilmu pukau, amik pendrive, cocok kat laptop, sauk buku teks statistik dari rak.
Hazab sangat rasanya sebab untuk explain kat dia saya kena bukak buku statistik cari maklumat dan sambil tu google kat wikipedia untuk pahamkan diri sendiri.
Muka dia muka tak bosan, so saya ok lah. Tapi saya terpikir jugak, kalau study mcm nih, lebih baiklah dia cari maklumat sendiri dan belajar sendiri, sebab obviously saya jenuh mencari maklumat depan dia dan cuba eksplain.
Akhirnya berjaya diskas tapi saya masih rasa mcm menyesatkan sikit. Nasiblah yer. Orang dah cakap orang tatau, gigih jugak nak bertanya kat I yang hot inih....hihi.

Masa untuk menuju ke pukul dua semakin singkat dan saya cuba buat apa yang patut - masih dok mengalter susunan data untuk run stat. Susunan sebelum nih agak busuk.

Maka kelas yang ditunggu pon tiba. Ramai okeh bebudaknya, gabak-gabak pulak tu. Bebudak laki hazab sangat gayanya - dressing memang out. Yang bersusuk dan berwajah mcm Hagrid Harry Potter pon ader, sentap! Bebudak pompuan pulak semua cun-cunlah bergaya seksi meksi berpakaian mcm holiday di Bali. hahaha. I dont like sebab cita-cita untuk menjadi pompuan terhot dalam kelas tidak mampu direalisasikan!

*budak yang macam Hagrid berdiri belah kanan tu. Sama, kan? Dia duduk pon obviously lagi gabak dari saya. Kagum! Tapi dia baik lah. Masa saya eksplain dia dengar dengan mata tak berkedip *oh, lemahnya pendefinisian 'baik', hahaha*


Ada jer yang tak pakai labcoat, sib baik encik bos dengan tegasnya mencuit depa dan suruh pakai labcoat. I malas lah nak sound-sound sebab nervous obviously I kelihatan muda dan kecil dari mereka. Ada budak dari China yang degil jugak tammo pakai labcoat - takde labcoatlah tu. Ntah apa encik bos cakap tapi nampaknya memang tak makan saman. Haish, malu tak nak ngaku Asia mcm nih!

*budak pakai baju hitam tulah obviously not Truly Asia...hahaha

What can I say - amali nih best sebab walaupun amali simple, depa belajar detail. Saya teringat dulu masa belajar - amali kitorg belajar pasal banyak sangat jenis parasit tapi tak detail. Just melukis semuanya dan label. Yang nih dia hanya fokus pada parasit utama dan very the detail discussionnya - belajar special characteristics, dan discuss secara teori tentang segala mak nenek diagnostik teknik yang ada sebagai alternatif. I pon gigih la menyalin info yang encik bos bagi sebab obviously kita kat tanahair tak pernah nak tengok alternatif lain sebab dah iktiraf method yang ada sebagai gold standard. Ala2, kita nih setia lah *hikhik* dengan method, tammo cari cacat cela kan? Suka cara encik bos yang berbincang masa dalam lab dengan sempoinya. Sebenarnya dia bagi semua jawapan untuk perbincangan lab report - bergantunglah pada student samada tumpu perhatian ke tak. Tapi bebudak undergrad ni sama je lah memana pon - Kuala Terengganu atau Armidale suka benor tak baca panduan amali bila buat amali. Bila kumpulan hagrid tanya

'dah boleh kemas meja ke?'
'dah siap ke semua?'
'dah!'
'yang ni dah buat?' *menunding ke arah experimen akhir*
terdiam dua saat 'eh! belom'
'ha, buat!'

sentap akak okeh! tektik nak bermanja kah? haha, joking.
Tapi honestly saya lebih rindu dan entertain jaga bebudak kat UMT dulu. Sebab depa kecik2 comel, ramai yang jambu dan sweet dan suka bodek dan suka sembang2. Budak2 sini dahlah besar2 alam, confidence depa tuh tinggi...jenis yang akan cuba pahamkan dan cuba buat sampai berjaya - gigih tau tammo tanya I apa2, penat I pusing banyak kali setiap bench..paling habis pon memberi senyuman manis menusuk kalbu kat i..hiks. Bila betul2 stuck baru lah depa tanya - menjadikan 3 jam menjaga lab adalah seperti makan gaji rabun *tak sampai tahap buta*. Bebudak asia pulak terlebih rajin bertanya. Belum buat dah tanya - haha. Terpaksa I lari kejap dari bebudak asia sebab nak bagi depa usaha pikir sendiri. Yang budak melayu sorang ni lagi best, siap tanya dalam BM. Hampeh betul. Harus lah I selaku cik demo hari nih menjadi tegas dan eksplain dalam bahasa penjajah..hahaa

Its a great experience for me, dan kalau bakal ketua jabatan mau i plan untuk lab parasit nanti, bolehlah i jana idea dari cara depa conduct practical. encik bos kata sem depan pon mebi dia nak suruh saya pertimbangkan lagi untuk jaga n marking. Tengoklah, kalau ramai jambu baru saya terima lah..hahaha. Kalau setakat bebudak gabak-gabak macam pemain football, i tammo sebab nak explain kat depa, i yang nervous. Bukan nervous sebab taste, tapi nervous sebab rasa mcm tercampak kat alam gergasi..haha.

Oh, dan hari ni ada benda yang nak buat saya meletup. Sampai terkeluar perkataan 'bloody'! - adik-adik dan kawan-kawan, dont try this at home. I know I shouldnt, tapi saya dah tak tahan marah sangat sampai menggigil. Tak, bukan kat student. Pada manusia-manusia yang kononnya bijak pandai tapi otak letak kat mulut - suka sebar onar dan masih nak cari pasal ngan saya walaupun obviously saya nih tak masuk campur hal depa. Tuhan tu maha adil dan akhirnya sampai jugak kat telinga saya. Saya nak tggu mood swing dah ok dan saya pasti akan confront dia *sinsing lengan*. Dont worry, kalau bukan dalam mood swing, saya akan jadik ayu dan comel dan rational. Mind you kalau ada benda panas nak cerita kat saya, sila tanya mood saya dulu sebab saya nih memang cepat panas sampai leh sejuk tangan dan menggigil kalau dah geram sangat. Pasal orang claim lagu Amri tu dinyanyikan oleh orang lain pon saya leh hangat kemain sampai Am tanya 'sapa yang nyanyi sebenarnya nih?' sebab dia lagi cool..hahahahaha.

ps: mak, jangan risau tau, takdanya i nak tikam orang ngan garpu mahupun buluh runcing. cuma nak pesan kat orang-orang tertentu supaya jangan hebahkan kat orang lain benda yang tak betul sebab dikhuatiri mencetuskan salah faham sehingga boleh menjejaskan persekitaran budaya kerja yang sihat. I need to stand up untuk mensucikan balik nama agama *gituhhhh - mode ustazah kaki propa*.

Oh, I just love being over! Its just me! hikhik. =)