Thursday, October 30, 2008

Doakan, doakan

Pagi tadi permohonan untuk candidature dan scholarship dah dipos. Alhamdulillah. Doakan, doakan. Tatau rezeki bagaimana. Masa mengisi borang, berpeluh2, bernapas pun dah tak ikut hidong, tapi ikut molot, jantung berdegup kencang. Over kan? Drama kan? Oh, biasalah tu drama. Sebab buat kerja last menet. Masa dah nak pos borang, baru perasan yg arahan permohonan biasiswa tu ada disertakan dengan 14 mukasurat borang yg perlu diisi. Softcopy, tu yg tak perasan. Maka, mengisi dengan penuh kelam kabut, tapi sambil menyanyi2 utk menenangkan diri. Dahla mintak fotostat itu ini... Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan kesabaran kawan2 menyemak application. Thank you Dayah si dutch lady!
Lega.
Baru nak lega, jadi tak lega balik. Kena siapkan proposal untuk KPT. Sebelum dibawa ke KPT, kena dpt approval dari jwtnkuasa cuti belajar dulu. Sebelum masuk jawatankuasa cuti belajar utk dpt approval, kena present kat jabatan dulu. Fuuuuh, manyaknye peringkat..Kalau tersangkut kat salah satu peringkat, jenuh la nak kena berhempas pintu pulas buat pembetulan. Kena semangat, kena semangat! Doakan tau!Doakan, doakan!
Lab report fisio ada lagi 1 stack. Roughly ada 100 scripts lagi. Fuh, dari beratus2 dah tinggal seratus. Alhamdulillah. Tak sabar nak habis.
Lab report kultur tisu tak tanda lagi. Sebab kena study kaw2 masa tanda. Benda yg tak penah belajar, benda yang tak penah buat. So, kena study balik. Tapi tak dan dah nak study slow2..kena pulun sampai semput!. Semangat!semangat!
Esok balik Ipoh. yay!
Doakan saya selamat sampai. Bas pukul 830 malam. Akan sampai Ipoh pukul 6 pagi, InsyaAllah. Doakan, doakan! Semoga perbincangan dgn specialist nnti akan memberi saya sinar harapan untuk mengecap kebahagiaan di hari yang mendatang *apakah ayat?*.
No updates until saya balik sini. Kecuali kalau gatai tangan dan ada drama sensasi utk dilaporkan. Kat rumah nak bergoss dgn mak puas2, dan melepas rindu pada kekacang kekucing. So, akan cuba jauhkan diri dari internet..

Jangan nakal2...
daaaaaaaaaa~

Wednesday, October 29, 2008

Dugong

Hai dugong yang comel.
Saya mahu betul2 manfaatkan masa kamu di sini.
Kerana saya tau kamu akan berenang jauh.
Pulang ke pangkuan dugong2 yg vogue lain.
Kamu dugong yang comel.
Yang buatkan saya gembira.
Semangat saya utk terus berusaha.
Tinggallah sini lebih lama.
Tapi saya tahu itu tak mungkin.
Saya tetap akan berada di sini.
Kalau perlukan bantuan, sms telefonlah wonderpets.
Mereka tak besar dan tak kuat.
Tapi sebab kerjasama, semua benda jadi mudah.

*bahana terlalu banyak tgk wonderpets*

Monday, October 27, 2008

Royanan

Aku rasa ko nih ada penyakitlah
Penyakit apa
Meroyan bila sambung study
Erk, manader. Aku selalu je meroyan
Tak, yang ni meroyan lain
Ape yang lain
Pikirla senirik
Manader, dulu aku ok je time masters
Ko gadoh sampai putus kan
Erk. Tapi skang aku ok. Aku siap berazam nak kawen tahun depan
Cakap je lebih, ko akan meroyan
Meroyan pekebenda?
Ko akan buat perangai supaya org yg rapat ngan ko rasa tak best dan blah
Erk. Aku tak konpiden kot
Ko tak reti nak divide study ngan personal life. Ko tak yakin ngan diri ko.
Ye kot. Aku banyak sangat pikir. Aku suka pikir bukan2
Kali ni jangan buat lagik
Err..aku dah terbuat. Dah meroyan dekat orang yang important dalam hidup aku
Sengal!
Uhuks. Doakan aku..

Cinta dan perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ya, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

"Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya."

Mongol800 - chiisana koi no uta

Munajat cinta


DEWA ( Dhani ) - Munajat Cinta The Rock Feat Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah sudah

Hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang slalu pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus

[Chorus]

ps: bukan bunga pudar warna..kehkehkeh

Saturday, October 25, 2008

Iklan

Dear friends,

I'm giving away a bottle of 200ml Clarins toner - for combination and oily skin. I used it a little and since it irritates my skin - not suitable for me, i decided to give it away. Just email me at dijah_bestatyahoodotcom. It is FOC, just pay for the postage.

ps: muka makin teruk!wawawawawawa