Tuesday, December 13, 2011

Hati yang sendu


Ketika bertugas hari ini, telefon service desk berbunyi. Saya memang cukup malas nak bercakap dalam telefon dek kerana debaran di dada setiap kali bercakap tanpa bersua muka. Tambah lagi bila policy di meja servis adalah perlu menjawab panggilan walaupun ketika itu sedang melayani pelanggan yang secara fizikalnya ada di kaunter. Kiranya kalau mengikut hierarki kepentingan pelanggan, panggilan telefon adalah yang teratas sekali!

Saya on holdkan pelanggan yang mahukan berurusan di kaunter dan menjawab panggilan telefon.

Panggilan yang saya terima mensendukan hati. Panggilan dari penjara yang maklumkan bahawa tahanan yang berdaftar sebagai pelajar di uni ini mahukan maklumat tentang buku teks yang perlu untuk subjeknya. Sangat kagum dengan semangat mahu terus belajar dari dalam penjara.

Apa lagi alasan kita untuk tak mahu belajar?



Love and respect
Dijah

Monday, December 12, 2011

Gambar minggu lepas

Teringat 2 tahun lepas siap panggil Reza (bertopi) ni Peter, sebab masa tu rambut dia macam Peter Petrelli (Heroes) kengkononnya. Sekarang ni tengok berpuluh sekali pun dah takde rupa Peter!! hahaha.


 Bergambar dengan orang lab. Tahun depan sudah tidak berkesempatan lagi untuk berjimba di party school macam tahun ni :(



Love and respect
Dijah

Kerja

Armidale sejuk. Orang UK sila menyampah. Baru ni meroyan kat status FB kata depressed sebab summer kat Armidale sejuk, terus ditegur oleh orang yang pernah duduk UK..Mengada-ngada sangat gayanya kan tak tahan sejuk segala. Tapi bila melihat status orang-orang lain di Sydney dan Armidale yang meroyan sebab mengharapkan kepanasan yang hakiki di musim panas, terasa taklah mengada-ngada sangat.

Dan mungkin dek kerana badan-badan orang Armidale ni lemah keimunannya, ramai pakat sakit. Saya tak pergi uni pagi tadi sebab demam, sakit kepala dan batuk2. Punyalah sedap tido time hujan. Bila cek email, dapat makluman yang kena isi timesheet untuk gaji in advance. So kena claim siap2 gaji sampai 23hb ni untuk memastikan gaji masuk lepas krismas. Hopefully saya dikurniakan kesihatan mulai esok untuk kerja. Yelah, dah claim pastu gedik pulak tak masuk kerja, kan ke naya!!

Bercakap pasal kerja, baru ni ada member tanya 
"Kerja kat library eh? berapa belas dollar dapat sejam?"
"Haah, kerja kat library" saya jawab. Belum sempat saya jawab soalan yang seterusnya, dia terus tanya lagi.
"Berapa dapat? Ada $11? $15"
"Ada lah sikit"
"Kerja 20 jam?"
"Eh tak, kerja dalam 7 jam je seminggu"
"7 jam je ke??La...ingatkan kerja 20 jam"

Pengsan la kalau kerja 20 jam, mesti kerja PhD tak siap!! Lagipun kerja kat library takleh lebih 12 jam seminggu. 20 jam seminggu tu adalah kelayakan maksimum kerja yang termaktub dalam student visa.  Alangkah bahagianya kalau takde kerja PhD, dok kerja 20 jam seminggu dengan pay dalam $30 sejam! Ahaks. Feeling-feeling boleh borong DVD Korea dari YesAsia.com!

Tapi sebenarnya, lagi besar periuk nasi, lagi besarlah keraknya!!!!!
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki tambahan sikit-sikit tu bolehlah simpan untuk kenduri kawin/tiket konsert kpop/makan makanan sedap yang mahal/beli benda merapu yang dah lama teringin :)


Oh, bercakap balik pasal kesejukan di Armidale, walaupun tak tahan sejuk, setiap kali balik Malaysia tetap komplen Malaysia panas. hahahaha.

Love and respect
Dijah

Sunday, December 11, 2011

Makcik jag

Banyak benda yang saya belajar di library, terutama sekali dari makcik yang membantu menjawab perihal peminjaman jag air. Makcik ni saya cam mukanya sejak dari 1st year, masa attend kelas End Note. Sangat vogue bagi info pasal End Note.

Baru-baru ni ada student baru datang ke kaunter, tanya pasal proses pendaftaran. Kitorang selalu penat menjawab mana kaunter student centre yang terletak sebelah kaunter library. Kebetulan sejak dua menjak ni kaunter student center tu asik kosong, maka orang assume library handle semua urusan student centre.

Bila orang tanya mana bangunan sebenar student centre, saya tunjuklah bangunan depan library, yang kat sebelah kaunter kitorg ni just kaunter untuk memudahkan student.

Tetiba muncul sorang budak laki buat muka sedih kata dia pergi bangunan sebenar, tapi orang bangunan tu suruh pergi library untuk buat appointment. Takde appointment takleh masuk bangunan katanya....

So camne nak buat appoinment sebab orang yang jaga kaunter tu tak ada..Budak ni dah sayu sayan dah tapi kitorang dah dipesan supaya toksah risau kat benda-benda luar bidang kuasa.Tapi I ols ni bukan boleh, hati ni sedih je tengok budak ni tak tentu arah...

Bila telefon extension tertentu takda orang jawablah pulak. Maka dengan hati yang kasihan, makcik jag air dirujuk demi kemaslahatan pelajar ini.

Dengan penuh keratuan makcik tu kol member dia di student centre dan maklumkan yang appointment tak boleh dibuat oleh pelajar ni sebab takde org angkat extension, dan takde org jaga kaunter..So dengan selamatnya budak tu selesai buat appointment dalam telefon.

Ingat dah habis kan? Belum lagi u olsss. Bila habis shift, saya pun blah untuk lunch, kebetulan ada lunch free depan library. Saya nampak makcik jag muka serius, takut pulak kalau2 saya ada buat apa2 masa shift tadi. uhuks!!! Dengan muka seriusnya dia membuat panggilan telefon dan saya hanya membei lambaian manja menandakan shift saya sudah habis.

Masa saya tengah lunch, makcik jag datang kat saya, bagitau yang budak tu bukan budak dari Armidale dan tak reti guna komputer..So akan susahlah dia nak datang semula untuk appointment ataupun melayari internet untuk dapatkan maklumat tertentu yang berkaitan. Tapi dia kata dah hubungi balik orang tertentu dan dah berjaya diselesaikan. Oh rupanya muka serius tu sebab dia pikir pasal budak ni.

Dek kerana sweater tertinggal kat library, saya patah balik ke library lepas lunch dan nampak budak yang dimaksudkan ditemani pegawai enrollment UNE, duduk depan pc sesama. Wah, makcik jag sangat vogue, walaupun pada hakikatnya itu bukan tanggungjawab library. Ratu!



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, December 10, 2011

Belajar

Hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Kita belajar dari bayi hinggalah ke liang lahad. Tak kiralah sehebat mana pun kita dalam sesuatu bidang, selama manapun kita sudah bergelumang dengan segala sesuatu, sepenting manapun kedudukan kita dalam sesebuah organisasi, pasti ada ruang untuk kita belajar. Ilmu Allah itu terlalu luas.

Marilah kita belajar berlapang dada, membuka hati dan minda untuk belajar dari yang tua mahupun yang muda, dari yang di atas mahupun yang dibawah, dari yang celik mahupun yang buta. Kita mempu belajar sesuatu bukan sahaja dari semulia-mulia manusia,tetapi juga dari yang hina sehinanya.

Bukankah kita belajar tentang bahana kesombongan dari azazil yang dicampak ke bumi kerana enggan patuh pada arahan penciptaNya?

Ingat, kita berhenti belajar bila kita sudah
mati. Enggan belajar mungkin menandakan hati kita sudah mati?
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, December 1, 2011

Gadis perpustakaan

Saya sangat suka kerja di library.
Senior-senior di library baik-baik setakat ini. Kalau ada masalah yang muncul, cepat-cepat depa ubahsuai sistem supaya memudahkan kami para pembantu khas. Kiranya kurang drama dengan depa ni sebab depa setakat ni sangat professional. Setakat ini lah. Akan datang belum tahu. huks.

Kerja di library bukan hanya berkisar tentang rekod keluar masuk buku. Tetapi juga benda-benda lainnya seperti menawarkan perkhirmatan tunjuk arah, tunjuk ajar cara guna sistem scan, print dan photopy, menguruskan booking bilik untuk study atau workshop, menguruskan pembayaran denda bagi buku2 yang lambat dipulangkan, memastikan buku-buku rosak dihantar untuk repair, dan membantu pelajar untuk mengenalpasti siapakah librarian yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar benda-benda spesifik seperti end note.

Setiap kali shift, pasti ada benda baru yang muncul, cukup mendebarkan! kehkehkeh. 

Di minggu pertama bertugas, menjawab panggilan telefon

"Hello, I'm blablabla, booked Room X at 1.30pm today"
"Hold on for a second while I confirm that for you" "Yup, no problem with your booking, your name is on the system"
"I wonder if I can borrow a water jug?"

Masa tu rasa nak terjatuh dari kerusi. Suppose saya takleh yakin sangat dia kol sebab nak cek booking. Saya sepatutnya sabar sampai dia cerita habis masalah dia baru saya reply. Terdiam terus bila orang nak pinjam jag. Sib baik ada staff senior kat sebelah, berdesup pass telefon...Staff tu ambil masa 10 minit untuk jelaskan;

"Kami takde jag air untuk dipinjamkan"

Ahaks.

Rupanya depa book bilik untuk interview dan nak bagi interviewer minum. Alahai kak, belilah air botol bagi sorang satu. Kedekut benor!!! hiks


Love and respect
Dijah

Harapan 2012

Sekarang ni nak update blog pon dah takde idea. Takde benda yang nak dikongsi sangat. Kagum dengan member-member yang sangat kreatif menulis itu dan ini dalam blog. Macam entry Am yang ini. Dia memang rajin tulis apa yang dia expect di tahun akan datang. 

Since blog lama dah delete, tak sure plak dah pernah cilok konsep Am ke belum. Nak try tulis harapan saya di tahun 2012. Dah tulis kat buku, tapi hopefully dengan menulis kat sini umpama menjerit mengingatkan diri sendiri. hiks

1. Habiskan PhD. Dah hantar permohonan extension. Hope paling lewat dalam bulan 10 dah boleh hantar thesis dan balik Malaysia.

2. Journal article sejajar dengan umur. Ini target jangka panjang yang akan dimulakan tahun depan. Saya target di usia 50 tahun (kalau panjang umur) akan ada 50 journal articles. Target untuk 2012 = 3 articles from PhD. Fighting!

3. Umrah. Dah lama teringin nak pegi umrah. Mak cakap kalau betul2 niat insyaAllah akan sampai hajat. Selama ni dok sebut-sebut dalam hati je. Hopefully sampailah rezeki untuk berumrah tahun 2012 ni. Doakan yer?

4. Nak drive di Malaysia. Si penakut ini akan pulang ke Malaysia. Memandangkan tak pernah drive di Malaysia, hopefuly akan dikurniakan keberanian untuk memandu di jalanraya Malaysia yang mengerikan!

5. Boleh baca dan tulis Hangul (Korea). Sekarang dah start tapi kurang berdisiplin. Semoga lepas ni kalau Jay tweet dalam Korea dah boleh baca dan faham!!  :)
   
6. Boleh tau sikit-sikit some simple words dalam Pashto (Afghanistan). Buku dah ada tapi tak mula study lagi. Plan jauh ke hadapan: nak ke Afghanistan!

7. Boleh baca Kanji (Jepun) dan kembali mengingati Katakana. Dan hopefully tak lupa Hiragana.

8. Ambil gambar setiap hari bermula 1 Januari 2012 - 31 Disember 2012.

Tak banyak boleh plan untuk buat kat Malaysia sebab nanti balik pon dah nak hujung tahun. Hope bermotivasilah untuk merealisasikan harapan saya. Terima kasih. hiks


Love and respect
Dijah