Thursday, November 25, 2010
Kawin
Sunday, November 21, 2010
Tidur yang memudakan?
Down. Honestly down few days ago. Jenuh telefon ke sana ke mari. Jenuh berchat dengan orang yang dikenali mahupun separa kenal. Jenuh tidur lama – lebih dari 8 jam tipikal. Semua tak berjaya. Am I a bad friend? Why you are being a bitch to me? If you are suffering from any psychological problem, why hurt me? Begitulah royanan dalam hati.
Pagi semalam bangun dengan malas. Terus ke swimming class. Masa tengah salin baju, perasan ada mata yang mengintai, dari tepi dinding. Saya senyum. Senyum sebab saya tau itu bukan mata orang dewasa. Perlahan-lahan pengintai keluar menonjolkan diri.
Perempuan.
7 tahun.
Rambut bertocang 2.
Seluar panjang warna merah jambu.
Dia menuju ke sinki dan basuh tangan.
Saya senyum lagi sambil membetulkan baju renang. Saya Nampak mulut dia bergerak. Tapi saya tak dengan suara.
Dia pandang saya. Oh, dia bercakap dengan saya kah?
"Ekskius mi. I cant hear you"
"I said that's a nice dress" (dia maksudkan baju renang labuh – Nampak macam baju nak pi prom night agaknya hehehehe)
"Owh…tenkiu! Its pink. Do you like pink?"
"Its my favourite colour!"
Kami berjalan ke tepi kolam bersama-sama dan terus bersembang. Bermula dari topik renang, suka makan madu sampai ke perihal keluarga.
"That's my half sister" dia menunding kearah budak kecil dalam lingkungan setahun sedang tergedik2 dalam kolam, dipegang oleh seorang lelaki.
"And that's my dad – with tigers on his back" tattoo 2 ekor harimau kat belakang ayah dia, sungguh tidak mengujakan pemandangan.
Tiba-tiba dia senyap. Dan pandang kea rah saya
"Do you still live with your mother?"
"No. I'm here all by myself. My mother live far away from here. Have you ever heard of Malaysia"
Dia geleng.
"It's a far place from here. But my mom calls me everyday"
Dia senyum. Kemudian ambil tuala untuk membaluti adiknya yang baru naik dari kolam.
Dan hati kecil saya terfikir..Mungkin dia tak tinggal dengan mak dia. Sebab teringat yang dia datang dengan ayah dan dengan half-sister. Entah.
Yang penting, terasa muda. Selalu budak kecik yang sembang ngan saya akan tanya
'How many children do you have?
So yeah, I should sleep more.
Thursday, November 18, 2010
Eid Mubarak
Saya beraya kat umah. Dah 2 hari datang lab half day. Buat kerja pun sambil duduk.
So, tahun ni saya tak join sambutan Raya Qurban.
2. Bebiri dah dipulangkan. Sebab saya terlantar atas katil, Sara yang tolong uruskan. Agak sedih sebab takdan jumpa depa sebelum dipulangkan :(
3. Beautiful.
Tersangatlah comel, rasa nak amik sekor2 jadi adik angkat. :)
But still Dongwoon, apekejadahnya lengan baju berbulu?
Sunday, November 14, 2010
Peminat ke pemenat??
Saturday, November 13, 2010
Friday, November 12, 2010
Luahan langit ke 7
Sunday, November 7, 2010
I'm quitting
Last week was horrible. Dramatic. Saya overestimate diri sendiri. Saya ingat boleh handle dua eksperimen serentak. Hakikatnya saya tak boleh.
So, bila selesai collection,saya kena mula proses sampel yang direndam dalam air. Sebab air bukan pengawet, saya hanya boleh ambil masa sampai seminggu sahaja. Kalau lambat sampel akan mengecut dan akan hancur. Kalau telur2 masih hidup,mungkin akan menetas dan akan mempengaruhi keputusan sebab pengiraan melibatkan pembezaan fasa kitar hidup.
Dipendekkan cerita, ada meeting dengan encik bos. Miting untuk perbincangan keputusan eksperimen 5. Di hari yang sama saya perlu mula eksperimen yang ke 7 dan proses sampel untuk eksperimen 6. The meeting was horrible. Saya dah buat silap sebab tak ikut eksperimental design. So en bos was cranky. So, meeting sampai pukul 7 dan ada masalah besar sebab bila dah tak ikut design we had issues with stat analysis. Lepas pukul 7 encik bos boleh balik umah tapi I had to stay in the lab untuk collect sampel dari eksperimen ke 6. Habis collect sampel je dah pukul 11.30. Kendian bila cek eksperimen num 7, something obviously is wrong.
I cried. Sampai dah tak tertahan lagi. Dan saya nekad to quit. Ini sungguh-sungguh.
Tiga malam berturut2 saya kol umah dan menangis tersedu2 nak balik. I had enough. PhD is too tough for me. Sekarang saya paham kenapa KPT takmo biayai bebudak pointer rendah sambung PhD. Buang duit rakyat. Buang masa sv. Tapi saya niat even saya quit,saya nak quit secara terhormat. Saya akan habiskan semua 7 eksperimen dengan report sekali dan balik. So, the next day, I chuck out ALL the samples from experiment 7. Sebab obviously I cant proceed bila dah perasan silap. Masa eksperimen num 6 tu,saya dah perasan silap tapi saya teruskan jugak sebab saya rasa masih boleh diselamatkan. Memang boleh diselamatkan tapi kesannya sv hangin satu badan.
Bila dah tunda eksperimen, maknanya bebiri kena terus on grass. Kena pi potong rumput lagi hari2 to ensure faecal consistensy berada pada tahap yang kita nak. So, masa saya potong grass, agaknya letih sebab tetiap malam balik dr lab lepas kul 12 mlm...ada satu hari balik kul 5 pagi.. :( So kesannya anak-anak bila exhausted, saya kerat rumput dengan wayar2 sekali. Wayar pemotong rumput tu. OMG. So, jenuh ke kedai, takda satu kedai pon leh repair. Last2 bgtau Sara dan pegi workshop dalam uni. Pon takleh ganti sebab mesin tu dah dialter. So, hanya mampu lekat electric tape. :(
Hari Jumaat masa lunch encik bos jumpa. Ini lah lebih kurang summary
Encik bos: Ok ke? Sorry saya buat you down.
Saya: Takyah mintak maaf, bukan salah encik bos, ini masalah saya dan diri saya sendiri. Masalah dalaman.
Encik bos: Bagus kalau rasa bersalah sebab kita akan belajar tapi dont be too hard on yourself.
Saya: Saya series nak berhenti. *nangis*. Saya dah tak boleh.
Encik bos: Saya dah agak. Saya takkan halang.. Tapi ada satu je lagi eksperimen. Eksperimen kecik. PhD mcm. Semua student rasa nak berenti, kalau tak caya try tanya. tapi jangan tanya gareth. Tanya budak pompuan. Pikir masak-masak.
So yes, I'm giving myself until end of this year. Sampai habis eksperimen num 7. Lepas tu insyaAllah saya akan decide either to pull off or not. Takyah komen fighting chaiyok segala kat entry ni. This time it wont work. Seriously.
