Sunday, April 11, 2010

Tanda-tanda umum sihir

TANDA – TANDA UMUM SIHIR/SAKA

Terdapat beberapa tanda umum yang boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa sihir/saka, iaitu : -

1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.

2. Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.

3. Sakit dibahagian tulang rusuk kiri @ kanan.

4. Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.

5. Sakit dibahagian perut tanpa sebab.

6. Istihadah (darah yang keluar melebihi 15 hari ).

7. Terasa ada sesuatu yang mengekori anda.

8. Terasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.

9. Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib dan tengah malam.

10. Timbul rasa takut tanpa sebab.

11. Nampak bayangan yang menakutkan.

12. Nampak suatu makhluk yang aneh dan menyeramkan.

13. Terasa seperti ada sesuatu yang menolak ketika berada dalam tandas.

14. Sukar untuk lelapkan mata.

15. Seringkali mimpi yang menakutkan.

16. Seringkali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.

17. Dihimpit sesuatu ketika tidur.

18. Mimpi bayi@kanak-kanak.

19. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.

20. Mimpi ketempat kotor,sunyi dan menakutkan.

21. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

22. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur.

23. Seringkali pengsan tanpa sebab.

24. Takut untuk menziarahi jenazah.

25. Adanya bisikan yang meminta mangsa melakukan sesuatu yang dilarang Allah.

26. Ragu – ragu tentang keimanan.

27. Rasa seperti hampir menemui ajal.

Skor: 9/27 =33%

Wednesday, April 7, 2010

Rabu Haru Biru

1. Farewell party untuk secretary kepada dekan dan early birthday celebration untuk wijdan anjuran ahli bilik gosip *kekeke*. Tiba-tiba ada drama sensasi yang menyentapkan berlaku menyebabkan hilang selera makan dan mood. Kesannya, tiada sekeping pon gambar diambil.

2. Sushi lupa nak amik. Mampus. Terlupa ni hari rabu. Lupa ada oder sushi. Lupa nak pi amik. Dah msg Kohei kat FB *dasarrrrrrrr*. Hope dia reply lah.

3. Pegi bank, tergerak nak cek balance. Tetiba nampak duit banyak lagi. Apekah? Takkan duit KPT dah masuk? Kalau masuk, takkan jumlah ini saja? Berderau darah. Dah agak duit sewa bounce balik. Masuk online banking, tapi terlupa paswed!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Finally dapat retrieve dan repay sewa. Rupanya salah key in nombor akaun Tuan Muda. Fuhhh. Janganlah halau..ni kira dah sebulan lebih tak bayo..huhu.

Gila betullah hari ni.

Suhu semakin menyejuk. Badan semakin memalas. Otak semakin membeku. Hati semakin membisu. Lidah semakin mengelu. Rabu yang paling haru biru. Tapi tetap rindu sama Jay Park! keke

Tuesday, April 6, 2010

Saya cik wok kah?

Heaps of thing to do. Tapi tulah, malam2 baru semangat buat kerja. Mebi sebab rakan-rakan gossip di Aussie dah tidur. Kalau fikir benda yang pending, boleh muntah. Tapi since encik bos dah tarik semua dateline, lega sikit. Cuma dia cakap 'disiplin sendiri, buat dateline sendiri. Hantar sendiri tanpa disuruh'. Betul la tu encik bos, tapi bila buat dateline sendiri susah beno nak patuh. So, plan sekarang siang buat labwork malam buat semua benda-benda bertulis yang menimbun-menimbun. (bila tulis ni rasa nak jerit pon ada)

Labwork jadi lembab tahap gaban yang lemah akibat dicuri senjatanya. Kemunculan stage juvenile dan immature menyebabkan sampel yang boleh diidentify dalam tempoh 2 jam jadi berganda. Jadi berejam-jam *sigh*. I doubt I will finish these samples sebelum balik Ipoh *sigh*. Kalau ikut hati nak pulun siapkan kerja sampai tak balik. Tapi sebab kawin biasanya dan harapnya hanya sekali *kan halim kan?* maka saya akan cubalah memupuk rasa lapang dada. Nanti sebelum balik kena tune otak supaya tak pikir sangat pasal kerja, nanti kecik ati warga-warga Ipoh. hehehe. Hope adalah sesapa yang baik hati kat lab nun tolong identifykan. Aminnn *angkat tangan tinggi2*.

Tadi encik bos menyarankan suruh pegi conference kat Brisbane. Hujung May. Contemplating. Since kawan-kawan ikan Thai mebi join sebab ni conference yang lebih menumpukan pada vets, semangatla sikit nak pegi. Tapi tatau lagi. Kalau hujan duit tetiba kat Aussie ok la kot.
July conference kat sini, slaid tak buat satu hurup pun lagi.
Ogos conference kat Melbourne, tak hanto abstract pon lagi. Nak present hapa pon tatau. Dateline 1 May. *pengsan*

Gambar dengan member Thai. Sebenarnya tepek sebab nak bgtau yang baru lepas cakap dalam fon (tu phone kat tangan), pastu tengah sembang ngan mamat sebelah tu (tu yang tunjuk2 hadirin hadirat) tapi masih sempat buat peace bila perasan orang amik gambo. Multitasking sangat. Last-last kena marah ngan paparazi sebab dia kata dia nak amik candid.

Tau kenapa saya tak suka kandid?

Sebab jadi mcm ni lah!

Mesti mode cik wok!! Walaupun nak berlakon cool tak jadi sebab betul2 bergossip sampai lupa yang tengah berlakon depan paparazzi. kekeke. Hancus.


MISS Y, saya gigih tepak gambo nihhhhhhhhhhhhhhhh sebab muka mamat ni iras siapaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????..kekeke.


Ok lah, nak pegi bagi makan kucing. Babai!

Monday, April 5, 2010

I was wrong

Quick update istimewa buat wildawatikhazisismail yang baru lepas jumpa ular tedung..hehe. Jangan lupa upload gambo bersama ular tedung, ok?

2am dah berkurun keluarkan MV untuk lagu nih, tapi i terleka.

Quick review:

1. Jika dan hanya jika Jinwoon tidak mempokok kelapakan rambutnya, saya akan kesat idung darah. Bila jinwoon buat rambut ginih *konon gangster* terus cacat klip lagu. Tapi gerakan badan dan mimik muka ok. Menjiwai.

2. Changmin adalah tersangat hot dalam ni. Semakin konpius bila setiap kali MV baru keluar Changmin menjadi sangattt jantan dan sangat sasa dan sangat hot. *terkedu sebentar*. Pakaian changmin dan rambut separa cacak mcm ayam yang hensem. Bagus. Suara memang sedap, ekspresi memang best. Suka part changmin belasah Seulong. keke

3. Seulong. Kalau hanya melihat pada MV ni akan rasa dia hot. Tapi sebab dah tau dia nih jenis malas kemas bilik sampai berbaukeke, jadik taklah drooling. Tapi pandaila seulong berlakon. Bagus ekspresi dia.

4. JoKwon punya rambut sangat cool. Dia sangat cantil dalam nih. Pakaian dia semua berkonsep kedivaan. Dia berjaya mempamirkan sisi jantan tapi masih belum boleh mengatasi 3 yang lain..kekeke. Tapi dia tetap comel dan sangat suka dengar dia nyanyi part inggeris. Nampaknya english dia dah improve - thanks to rancangan WGM yang paksa dia belajar inggeris.

Overall, MV ni best (abaikan rambut jinwoon). Suara depa sedap walau ada autotune. Jarang 2am berautotune segala. Lainla satu kumpulan adik beradik 2am lagi tu (entah apa nama kumpulan tu tah 5pm? 6pm? entah - dah tak glemer kot) yang gigih berautotune segala sampai rosak lagu. Pompuan ni pon ok, sebab konsep persekolahan taklah seksi hazab, bagus. Jalan cerita yang ok. Menunggu 2nd part.

Oh, masih rasa rambut Jo Kwon adalah sangat cool! Tapi langsung tidak berharap lelaki Malaysia buat rambut mcm tu.


Sunday, April 4, 2010

Update untuk ayah (ini entry seperti tiada lagi hari esok)

Dear ayah (baca macam nada baca surat)

Dijah ok. Sori tak kol sebab kredit semakin mengurang kerana sakan kol kawan-kawan untuk bergossip*sumbangan ikhlas dialu-alukan. hehe* dan sori sebab chatting sentiasa tidak lancar kena line broadband di sini sangatlah rendah mutu perkhidmatannya.

Kesihatan ok, cuma fluctuates dengan keadaan cuaca yang tak menentu. Ubat dr chee masih ada, inhaler preventive tu ok cuma tideous lah nak berkumur2 air suam kuku segala. Malasssss. Dah stop makan steroid. Feeling better cuma tengah malam tadi sekali dua terjaga jugak sebab sesak. Tadi demam sikit tapi dont worry ni demam gedik mengada-mengada. Mungkin demam rindu kat Jay..kekeke. Not fully fit tapi sentiasa takde masalah untuk bergossip. Lost weight tremendously but I think after this will gain more weight! =)

Eksperimen? entahlah. Tatau nak cakap ok ke tak. Tapi dah selesai aktiviti di lapangan. Kini beralih pula kepada arena memeningkan diri untuk mengenalpasti cacing2 yang dah collect dari perut bebiri hari tu. Ada 164 sampel dan sudah rangka-rangka yang satu sampel boleh habis dalam 2-3 jam. Tapi semalam mula dapat masalah bila stage yang tidak disangka2 muncul (juvenile and immature) dan tak dapat dikenalpasti sebab tak diajar lagi oleh sifu2. Sampel hari ni pon dapat stages ni dan terpaksa stop identify. So, target adalah habis proses sebelum balik bulan nam nanti. Doakanlah semoga semuanya ok. Kalau tak siap, mau meroyan balik Malaysia nanti..hukhuk.

Hidup sosial? Tak pernah dengar pasal fruit picking di Armidale. Nampaknya orang2 Armidale di waktu cuti hanya melepak2 di rumah sambil nosepicking sebab semua kedai tutup. SEMUA tutup 2 hari sempena easter. Selain ke lab, telah bersosial dengan rakan jepun yang dikenali di Autumn Festival - bebudak exchange programme 4 bulan, buat majoring in English. Ingat nak tanya pasal Yamapi, tapi depa nih muda beno (19 tahun) jadi depa minat band hingusan baru pecah suara dan minat jrock. Oh, in case ayah terpikir, budak ni anak tunggal. So takde can nak tekel abang dia. kekeke. So, bawak balik umah dan opah Cherry sakan layan budak Jepon nih sampai malam (sebijik mcm opah Patimah cara dia entertain guest. Silap takde mangkuk tengkat je nak bungkus lauk! kekeke). Kendian hari pegi join aktiviti bebudak Thai punya society. Saje lah nak memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Bila lah Armidale nak ada ramai Malaysian yang bersatu hati??

Then melepak umah wijdan untuk menagih kasih sayang dan makanan sedap. hehe. Oh, dan rutin adalah bagi makan kucing Elodi dan siram pokok bunga hari-hari sebab dia away seminggu untuk research. Sila kagum.hehe. Tapi nanti balik Ipoh nanti tammo siram pokok bunga. hehe.

Suhu? Agak sejuk. Ketika menulis entry, suhu dah jadik 10 darjah selsius. I am not enjoying it at all. Autumn is beautiful but I cant stand the coldness.

This is for you!


Saturday, April 3, 2010

Big Bang Electric Love Tour, Japan

Saya berdoa dengan sesungguhnya supaya bila saya habis belajar nanti, tiadalah memana kumpuln korea kegemaran yang buat konsert kat Malaysia.
Takut pengsan betul-betul. huks.





*kesat idung darah*
I just dont know why..
Lepas pemergian charlie, baru hari ni rasa begini.
Rasa yang susah digambarkan.
Susah nak diungkapkan.
Rasa kembali berbunga-bunga.
Rasa kembali bertenaga.