Sunday, January 10, 2010

Update dengan jantung berdegup kencang

So, here goes. Mahu menulis walau takde isi.

Tadi, encik bos telefon. Dia tanya perihal asrama - dah setel ke belum isu tingkap pecah, dan dia bagitau esok dia mai opis. Kalau baca between the lines: dia ada esok, so sila masuk awal dan setelkan apa yang patut, dan bersedia untuk dipanggil untuk meeting tak rasmi bila-bila masa.
Saya sudah mula rasa gelabah balik. Tapi deep in my heart saya rasa grateful dapat encik bos yang ambik berat perihal anak-anak murid. Grateful walau selalu rasa tensen, walau selalu rasa kelam kelibut, walau selalu rasa bodoh. Mungkin sebab Tuhan tahu saya di sini sepi dan sendiri *cewah cewah*, maka saya diberikan sv yang sentiasa cek anak murid hidup ke tak. Sebab kalau saya dapat sv yang tak kisah, mungkin saya sudah bunuh diri kerana tensen. Bila pikir balik, biarlah tensen awal2 dari tensen kemudian hari *mode nak sedapkan hati sendiri*.

Sebenarnya menulis sebab rasa jantung berdegup kencang balik. Saya masih gagal planning untuk next eksperimen T_T. Lepas kes pemergian mengejut charlie, esok kiranya bermulalah hari resume balik kerja secara serius, untuk warga-warga lab kecuali tech officers. Ayah Sara kena kanser dan dia tunda balik sini ke 18hb sebab nak teman ayah dia pi 1st kimo. Michael tetiba lanjutkan cuti sebab ada masalah keluarga. Gareth dan Fi dah masuk keje. Saya harap lepas nih walau apa pun yang mendatang saya kena kuatkan semangat.

Terima kasih buat yang selalu ada, yang selalu doa dalam diam. Kalau saya selalu tulis saya alone, tidaklah bermakna saya tidak mahu mengiktiraf kehadiran anda semua di dalam hati saya. Itu namanya meroyan peringkat over yang hanya menumpukan kepada kehadiran jasad semata-mata.

Oh, budak sebelah bilik saya nih berani orangnya. Dia pi tegur budak-budak lain depan-depan perihal sampah dan dapur yang dah macam kandang babi. Saya nih, malas dan penakut nak cakap. Konon guna reverse psikologi, tapi gagal sebab depa mcm tak rasa apa2 pun bila kitorang dua kemaskan dapur toilet dapur semua. Bersepah balik sekelip mata. So, dengan keberanian jiran sebelah bilik harapnya lepas nih flat nih akan rupa seperti tempat tinggal manusia. Amin.

"Baguslah you berani..hihih. I penakut"
"Ni dah sampai limit"

Semoga idea untuk next experimen muncul dalam mimpi!!!!!

=(

Hari ni adalah hari cramp sedunia.
Bangun pagi lambat. Pinggang ke bawah cramp, rasa nak menangis. Tergerak nak kol animal house manager, nak mintak orang animal house bagi makan jaybommies. Series tak larat.
Lepas mandi, rasa ok sikit. Jalan pelan-pelan ke skul dan bila start je bagi makan, cramp balik. Peluh sejuk dah keluar. Bibir rasa kering. Tapi sebab tak kebas bibir, saya rasa saya ok lagi. Bagi makan 90 ekor bebiri rasa mcm lama, rasa mcm susah. Bila kena angkat guni makanan 50 kilo (25-25) masuk dalam troli rasa mcm pinggang kena pulas ke belakang. hehehe *dramatik sangat*. Bila kena angkut 50 kilo lagi dengan troli ke animal house satu lagi dan angkat pulak 25 kilo dalam troli, rasa mcm nak pengsan.

Tapi alhamdulillah saya berjaya melaluinya tanpa kemalangan.
Sebab tak larat nak jalan kaki doploh minit balik asrama, saya mintak sorang postgrad ni hantarkan saya balik naik kereta. Kalau saya larat sure saya tak gedik-gedik mintak. Sayu hati bila orang tu kata dia baru sampai opis. Jadi I understood that as NO lah. Bila menapak balik ke asrama, rasa rindu pada charlie. Dia selalu ambik berat pada semua orang. Kalau kitorang nak ke bandar, kalau dia nampak orang yang muka dikenali tunggu bas - tak kiralah orang tu rapat ngan dia ke tak, dia akan offer a lift, hantar ke mana saja. Hantar ke rumah pun sanggup. And I just know it, susah nak jumpa orang yang hatinya macam charlie. She was always there untuk sesiapa pun.

Charlie, I told you kan I will be alone after you left?

Listen to my heartbeat!

Jantung berdegup kencang, kencang yang teramat. Sebelum tidur malam tadi saya dapat mesej dekat Facebook, ingatkan dari rakan-rakan yang selalu mengirim mesej di Facebook, rupanya dari kawan non-muslim yang dulunya sama-sama di Armidale. Selalunya berbalas-balas komen di wall, tapi kali ni dia bagi mesej di facebook.

"Hey leng nui, I am sure that you must be knowing what happening recently in Malaysia. So, just wonder what do you think about the word of "ALLAH" been used in Bibble, Malay version from Indonesia? Nothing personal, just would like to know more about the case........

best regards...."

Dua minit saya terdiam, dua minit. Saya kalau boleh nak mengelak berbincang pasal ni sebab ilmu saya bagai kail yang panjang sejengkal, mana mungkin boleh menduga lautan yang dalam *cewah, ayat...hehehe*. Itulah sebabnya bila ramai orang menulis di dalam blog berkenaan isu ini, saya memilih untuk diam, memilih untuk menulis pasal jo kwon..hehehe.

Namun, inilah kehidupan. Bila mahu lari, mahu diam-diam, muncullah ruang keterpaksaan. Saya tiada pilihan. Dengan jantung yang sangat kencang, saya mula menulis. Mulanya saya mahu menulis

"Sorry lengchai, you better ask other people" tapi saya batalkan. Saya batalkan kerana saya malu, malu mengaku Islam tapi tak mampu memberi pandangan berkaitan agama warisan nenek moyang. Maknanya saya mewarisi Islam, tapi tatau apa-apa. Sedih.

Maka saya harap apa yang saya tulis pada kawan saya ini dapat menjelaskan serba sedikit. Mind you, apa yang saya tulis ini tak boleh jadi rujukan. Ini pandangan peribadi. Rujuklah orang yang lebih arif.

Cuma asasnya, Allah itu Tuhan semua. Allah Tuhan saya, Tuhan kamu, Tuhan dia. Pencipta. Yang ciptakan saya, kamu, dia, Yamapi, Jay, TOP dan seluruh isi bumi.
Saya tak belajar bahasa Arab dengan detail, tapi apa yang saya tahu Tuhan dalam bahasa arab adalah Ilah.

La ilaha illa Allah - Tiada Tuhan melainkan Allah. Atas justifikasi itu saya katakan Allah itu bagaikan kata nama khas.

Tiada larangan dalam Quran untuk orang bukan Islam guna perkataan Allah, namun ada larangan keras untuk mengatakan Allah itu satu dari tiga. Memandangkan permohonan penggunaan nama Allah ini untuk konsep keagamaan yang sudah pastinya melibatkan konsep trinity, pada hemat saya, lebih baiklah minta depa guna perkataan Tuhan sahaja. Takpayah guna perkataan Allah.

----

hey leng chai..personally, sebenarnya ramai orang jadi sedikit hairan kenapa nak guna Allah sedangkan boleh guna Tuhan as translation to God. Allah ni mcm kata nama khas, macam Jewish panggil Tuhan depa Yahweh. Kalau bukak kamus dewan bahasa, Allah tu maksud tuhan yang esa.

Even dalam bible dan dalam quran pendifinisian Tuhan tu tak sama,

Ayat dari Bible (I tataula ini betul ke tak, cuba you confirmkan boleh?)

'2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

For us, Allah itu satu, takde anak. For kristian, ada konsep trinity kan? Kami tak boleh mengakui Tuhan itu ada anak.

Di Indonesia pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan proses penyebaran agama: Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan caranya dengan, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.' (ni I ambil dr blog)

So, di Indonesia depa guna Allah untuk translate God. Mind you, di Indonesia sedikit longgar. Tapi kat Malaysia, orang-orang agama ni strict. Since dalam Quran kata tak boleh kata Allah tu ada anak, so tak dibenarkanlah guna kat Malaysia.

Kesimpulannya, sebab Allah tu adalah bukan semata-mata 'God' bagi kami, ia adalah Tuhan yang satu yang tiada anak, jadi sebab tu lah kami rasa tak boleh nama Allah tu digunapakai sewenang-wenangnya. But we do respect Christians, kami percaya Jesus, cuma tak kata dia anak tuhan.

No problem with 'Allah tuhan semua, Allah pencipta langit dan bumi, kerana Allah kita wujud, dengan izin Allah kita akan jumpa lagi', semua nih takde masalah sapa-sapa nak guna. Just on the trinity concept je tak boleh guna.

But lately kat Malaysia semua jadi isu politik. I tak suka orang politikkan benda. Bila politik, jadi racist, bila racist jadi huru-hara. Itu je lah setakat yang I faham.

This is more on sensitiviti, macam pernah kes wartawan majalah agama menyamar jadi kristian, masuk church sebab nak korek berita ada tak budak melayu masuk kristian. I'm totally against that sebab tu namanya tak menghormati agama lain. Itu sensitif. Mcm tu jugak dengan isu nama Allah nih.
I only wish generasi akan datang lebih matang dan lebih duduk2 sembang untuk lebih memahami satu sama lain. =)

Kredit: Sila rujuk blog faisal tehrani, saiful islam dan Dr. Maza untuk pemahaman yang lebih jelas.

"Katakanlah, dialah Allah yang satu. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya." Al-Ikhlas.

Saturday, January 9, 2010

We Got Married

Oh my! *kipas kipas muka*

Dek kerana dapat tau Jo Kwon dari 2am (adik beradik 2pm dalam entertainment) terlibat dalam We Got Married (WGM) dipasangkan dengan GaIn dari Brown Eyed Girls (BEG), saya pon teruja mendload WGM, dan masih ternanti-nanti episode seterusnya.
Ini rancangan realiti kat Korea, memasangkan artis untuk kawin olok2, ala2 untuk depa mengetahui tanggungjawab lepas kawin.
I am sure Kwonnie dan GaIn adalah pasangan yang paling digemari based on royanan fangirls kat forum dan youtube. As for me, memang sangat suka depa tapi takleh nak compare ngan sesapa sebab tak pernah tengok WGM pasangan lain.
Kwonnie agak kepondanan dan Gain ala2 lemah lembut tapi sedikit kasar (pandai bertukang), even lagu BEG rasanya takde yang berkonsep comel2 melompat mengeliat mcm pacat, semua konsep macho ganas sempoiii.

Kalau nak cerita pasal episode2 WGM Kwonnie ngan GaIn ni memang sampai berpuluh2 entry berantai la jawabnya - jadi entry syok sendiri. hihih. Kesimpulannya memang lawak dan best dan comel sangat.

Dalam satu episode, depa nyanyikan lagu ciptaan khas oleh composer dan lyricist BEG, dan tadaaaaa~ muncullah lagu yang cute miut ini : We fell in love.



Di minit 1:35, Kwonnie tunjuk jari Gain yang berconteng - dalam satu episode depa saling melukis couple ring. hehehe.

Di minit 1:45, nampak kat tangan Kwonnie pon ada couple ring lukisan.kekeke.

2:19, Fangirls menjerit bila Kwonnie peluk bahu GaIn sebab dalam WGM, usaha Kwonnie untuk mengambil kesempatan atas GaIn sentiasa gagal. hahaha. (GaIn kadang2 superior sebab tua 2 tahun)

3:10 GaIn sempat siku Kwonnie sebab lambat angkat tangan buat simbol LOVE..hahaha. COMEL GILA. Dengar Kwonnie tergelak.

Sepanjang tengok clip ni asik sengih je....hikhik *pengsan*

I just love this couple. GaIn la satu2nya artis pompuan yang tak sampai hati I nak pangkah muka. Yoona SNSD akan dipangkah muka dalam entry akan datang sebab menggatal dengan Taec! I HATE YOONA.

Jumaat yang menggelabahkan

Hari ni ke padang ragut, nak settlekan hal irrigator. Plan hari ni nak sukat brape banyak air yang terkumpul (kononnya air dari irrigator tu mewakili hujan) dalam tempoh masa tertentu. So, Fi teman saya drive ke padang ragut. Sampai padang ragut, bila dah siap angkut irrigator semua, tak jumpa water hose yang selalu guna tu. Carik kat bangunan simpan barang, pon takde. Tetiba teringat encik bos kata ada orang pinjam static irrigator/hose sebelum krismas dulu sebab nak airkan tanaman eksperimen. Cis, tadi baru teringat. So, lepas dekat sejam berhempas pulas tapi hasilnya nan ado, balik hampa. Hampa sampaikan lima kali mati enjin. Sib baik tak bertembung ngan truck beso. Dahla memang semulajadi gelabah..Bayangkan, jalan kaki pon kelam kelibut, ni kan pulak nak bawak kenderaan manual sambil bergossipan dan meroyan. Segala cermin sisi dan pandang belakang langsung tak tengok..keke Penat otak nak coordinate anggota semua serentak. hahaha. Sian Fi, muka gelabah. Masa bawak ngan budak laki saya sopan sikit sebab asik kena marah, hahaha. Dengan encik bos saya paling sopan, langsung tak mati enjin.

Balik bagi makan jaybommies, dapat email dari pengurusan asrama. Katanya kalau 1300 aud tak dibayo by isnin, tak secure asrama. Saya email balik sebab statement yang depa bagi kata jumlah yang perlu dibayar adalah 0.00. hahaha. Purak purak bodoh pulak nampakknya diri ini. Depa kata abaikan 0.00 aud tu, bayar 1300 aud. So, pegilah ke bahagian bendahari....
On the way, singgah IT service, bagitau yang ada problem ngan webpage sebab tak jumpa borang replacement ID card. Jenuh kitorang surf ikut arahan yang diberikan security, tak berjaya jugak. Kakak ni kol security, dan dapat tau yang since dah upgrade webpage, link tu broken ke hapa tah...haish. So, dia suruh saya bayo 10 aud ke bendahari dan bawak resit je kat security, takyah isi borang dari webpage *manader borang pon, kekeke*.
So, semangat la menapak ke pejabat bendahari...
sekalik...JAB BENDAHARI SUDAH BERPINDAH! Masa ni lah nak berpindahnya..sentap!
Kat notis tulis bendahari pindah dekat2 kedai buku and bank. Tanya orang lalu lalang, depa tatau. Nampak kedai buku, meluru masuk. Saya yang kekalutan terjah org kaunter tanya mana finance, org kaunter tunjuk area buku finance. Sekali lagi saya tersentap, tapi tergelak.hahaha.
Jenuh mintak maap, merah muka kakak yang jaga kaunter, sian. Tapi sapa pon tatau mana pejabat bendahari. Bengong betul la main sorok2 di saat2 genting nih. Hishhhhhhhhhhhhhhh!
Mundar mandir macam orang gila, terus terjah bank, nak tanya orang kaunter. Sekalik rupanya finance dah pindah DALAM bank. Tercotek situh comel2, satu kaunter kecik. Dengan takde papan tanda kat luar, depa ingat org tau ke? So, walau frust, tapi dek kerana lega jugak sebab jumpa, terus berurusan dengan kaunter. Kad ATM baru yang dapat tadi takleh dibaca, walau dah activate. Makcik kaunter kata mebi sebab ada withdrawal limit . Cis. Dia suruh bayar kat pejabat pos, masalahnya kad kredit sudah tiada.....tgh tggu kad baru yang belum kunjung tiba.hukhuk. Bila nak bayar denda 10 dollar kat security pon, takleh. So, bukan withdrawal limit la isunya. Kad belom boleh pakai. Berdesup ke bandar amik bas untuk ke bank.

Makcik kat bank dah kenal sebab selalu sangat pegi bank..hahaha.So, buat cek dan setelkan problem ATM. Rupanya pin number tak sampai lagi..semangat nih walau tak dapat nombor pin lagi kan.
So, selesai dua perkara hari ni, activatekad ATM baru dan buat cek untuk secure asrama sem depan.
I'm broke lepas bayar duit untuk asrama. So, mcm tak jadi je beli kereta. *sigh*

ps: budak bilik sebelah rajin semayang lepas kes tingkap kena pecah..hehehe.

Meroyan strikes back

Selain keluarga, kawan-kawan adalah manusia yang beri saya kekuatan. Kekuatan untuk mengharungi hidup yang saya rasakan susah. Hidup ini sebenarnya taklah susah mana, tapi bagi saya yang mega lemah ini, saya rasa susah. Dan alhamdulillah kerana saya sentiasa dirahmati Allah, dikelilingi manusia hebat yang sentiasa beri saya semangat.
Namun, kadangkala saya silap membuat percaturan. Saya selalu rasakan orang yang rapat dengan saya adalah orang yang paling memahami saya. Maka, apabila orang-orang rapat yang saya kasihi mengeluarkan kata-kata mengguris hati, saya terfikir.."kenapa dia tak paham aku?". Ya, rapat atau kenal lama bukan kayu ukur untuk jadi memahami, untuk jadi sama frekuensi.

We tend to hurt our loved the ones the most. Beginilah lebih kurang kata-kata Kak Nur. Begitukah aturannya? Entah.

Saya boleh terima banyak benda dalam hidup - er, saya rasalah. Tapi yang membuatkan saya terguris hati apabila keluarga atau sahabat-sahabat yang saya kasihi, yang saya yakin akan sentiasa faham situasi saya, yang saya pasti akan berdiri untuk saya, yang saya percaya akan sentiasa sokong saya - akhirnya membuat kesimpulan membuta tuli, menyebabkan saya keliru. Mereka salah membuat kesimpulan atau saya sebenarnya tidak perasan kekurangan diri?

Oh, mungkin juga ini pembalasan Tuhan. Saya pernah betray kawan-kawan masa di sekolah menengah. Ini semua pembalasan.

Saya sudah tak boleh nak kata 'you dont know me, so you cant judge me because your judgement might be wrong', sebab hakikatnya orang yang sudah kenal rapat dengan kita pun suka menilai, suka membuat kesimpulan membuta tuli.

Saya menangis lagi, bukan kerana rindukan charlie, bukan kerana teringatkan purse yang 'mungkin' dicuri, tapi kerana pedih hati.

Serik dah.

Thursday, January 7, 2010

Penat

1. Malam-malam masih seram, susah tidur malam. Lepas pukul 12.30 baru la rasa nak tidur, sebab teringat kejadian lepas yang berlaku around 12.30 malam.

2. Mak cakap JPJ nak laporan polis mengesahkan lesen memandu kena curi. So, tadi telefon pejabat polis untuk amik event number untuk bubuh atas kad yang abang polis hensem bagi semalam *bukti yang laporan dah dibuat*, kendian sambil2 tu tanya pasal salinan laporan. Depa bgtau boleh request laporan. Belek website, kena bayo 73 dollar untuk fees. *pengsan*. So, tadi dah pi bank dan buat cek dialamatkan kepada Balai Polis NSW.

3. Mengantuk.

4. Mulai 10 January 2pm akan behibernasi, dan akan buat comeback March/April. Sesuai pulak ngan jadual I, memang kena start fokus experimen nih. Sama-sama dengan 2pm nampaknya behibernasi.

5. Still working out on the experimental design. Nasib baik catat apa yang encik bos cakap dalam kereta hari tuh. Sebab saya cuba recall perbincangan tanpa rujuk notes dan lepas beberapa hari, bila cek balik notes tu, banyak benda yang tertinggal. Haish. Kuasa otak masih belum mencukupi, kan?

6. Time to self study kana dan kanji (tulisan jepun). Awal bulan doblas hari tu oder buku latihan untuk self study, sebab entah tetiba rasa rugi kalau tak practice. So, bila hari ni buku sampai sentap sendiri sebab terlupa ada oder buku ni. Ada ke masa ni? keke Suka buat tindakan tanpa pikir mendalam kan? hahaha. Dulu masa belajar, guna buku untuk kekanak. Buku mcm tu lagi best saya rasa. Ni pon ok jugak, tapi kena rajin lah.


7. Kena buat kerja. Kena buat kerja. Kena buat kerja. Kena buat kerja.

8. Tiada drama hari ni =).