Wednesday, January 6, 2010

Iman yang diuji

Berpuasa di waktu summer sedikit menguji keimanan kerana terasa masa siang terlalu panjang. Pukul 4 pagi dah masuk subuh dan pukul 8 malam baru masuk maghrib.
Ketika berpuasa, saya rasakan ujian keimanan diberi bertubi-tubi. Tapi saya perlu banyak beristighfar kerana saya tahu semua ini adalah ujian, kerana saya banyak dosa.

1. Encik-encik Botswana dan Papua New Guinea datang bertandang ke opis untuk ajak saya lunch sesama. hikhik. Depa lepak2 sembang kat opis dan bila saya bgtau perihal tingkap dipecah *tektik mendapat simpati ramai*, mereka ajak saya pindah masuk rumah depa. kehkehkeh. Saya dengar, tapi buat-buat tak dengar..Tahu, depa bergurau *bidas azrullokman sesiap sebelum kena lazer* tapi sajelah nak perasan jugak. hikhik. Dugaan, dugaan.

2. Peter datang bilik dan nak garam. Sib baik dalam bilik ada garam. So, tergedik-gedik sikit dalam hati sebab punyalah banyak bilik lain, gigih bertandang ke bilik I yang jauh di mata demi garam..Oh garam...kekekeke

3. Encik yang kurang dikasihi satu ketika dahulu *kini sudah agak kasih kerana sudah paham kemoodyannya* dapat tau dari Tech Officers pasal tingkap saya kena pecah, dan dia telah temuramah saya sementara tunggu bas. Dia suggest saya pindah dekat-dekat dengan umah dia *pengsan*. Penat I bagi alasan tammo, dia gigih jugak beri hujah untuk menyokong pendirian dia. hikhik. Masa dalam bas, dia bawak keluar kad dan tunjuk kad krismas yang anak sedara dia bagi, ada gambar. So kiut miut! Dari sembang pasal anak sedara terus bersembang pasal bab kawin *pengsan*. Saya menghentikan perbincangan dengan memberi saranan jangan fikir *konon kannnnn.....kekekek*. Tapi memang rasa panas pulak sembang-sembang dengan dia tadi *kipas-kipas muka*. Jarang sembang dengan dia sebab dulu tak suka, sekalik sembang tanya pasal kawin. MODE PERASAN HOT: ON. Am, you expected this to happen few month back. cis. cis. =p.

4. Abang polis yang hensem di kaunter kelihatan bertambah hensem bila membantu saya selesaikan satu masalah. Lesen saya kan tak jumpa sebab dalam purse yang hilang, so saya takleh drive. Saya kol JPJ aussie (kat sini depa panggil RTA) dan macam biasalah strict mak nenek. Depa cakap takleh tolong apa-apa sebab tu lesen Malaysia. Depa just cakap langsung takleh drive, takde pun bagi jalan mcmana nak membolehkan saya drive sementara dapat lesen baru. Sib baik saya tekad ke balai polis, dan abang polis bagi saya satu kad. Esok kena kol pejabat polis satu lagi dan lapor kehilangan dan depa akan bagi nombor. So, akan tulis nombor aduan kat kad dan boleh drive macam biasa. Abang polis cakap kalau kena tahan ngan polis trafik, leh tunjuk je kad tu. Wah, I lap you lah abang polis. Memang kalau kita lega dan gembira kita akan nampak orang jadi hensem kan?


Lambatnya masuk maghrib =(


Scheduled entry

Scheduled entry. Sudah kena mula fokus dan progress. Semoga semua baik-baik saja, amin.

Artis naungan, ni lagu yang fangirl cakap best tu - memang best lah! tapi i bubuh klip yang jo kwon nyanyi sorang sebab suka suara dia. Tekan play sampai 0:39 je, yang lain tu merepek...kekekeke.
Lagu penuh: Confession of a friend
Penyanyi: 2am *adik beradik 2pm di alam industri hiburan*
Sila cari kat www.aimini.net. hehe.

Tuesday, January 5, 2010

Update walau mengantuk

1. Masih seram sejuk bila nak tido malam. Dah jauhkan katil dr tingkap. Dah tukar posisi kepala. Berdoa dan berdoa dan berdoa semoga takde insiden pelik-pelik lagi.

2. Dapat email dr sorang budak malaysia. Dia nak mai study sini bulan depan, angkut laki sekali. Sikit eksaited, ada jugak malaysian. Harapnya boleh ngam lah.

3. Masih lagi menggila ngan 2pm. Saya mahu ucapkan tahniah pada JYP. Tektik pemasaran JYP sangat berjaya. Saya harap lepas nih takdelah kes bebudak 2pm overwork sampai kidney failure dan gastritis macam Hankyung Super Junior.



Skang turn lagu ni pulak untuk dipromosikan. Kan dah cakap awal-awal, takyah banyak sangat autotune, kalau SNSD takpela. 2pm kan suka live, so bila dalam album autotune cam robot, then tetiba kena live, kesian depa. Chansung mcm semput. Semua orang macam penat. Junsu FTW. Woo Young mcm comel, hiks. I hate Taec's hair, tapi I LOVE his rap part, sangat menggetarkan jiwa. Konsep untuk lagu ni ala2 keseksian tetapi rambut keserabaian. Semua orang speku lagu ni ditujukan kat Jay : Tired of Waiting. Tapi saya kurang gemar sebab nampak sangat depa menyanyi dengan susah payah. Koreografi memang out. Mebi lepas banyak kali perform ok kot.

My hope sebelum ni : Jay will come back lepas April (lepas saya habis kira cacing). Dalam entry ini point number 4. Dan semalam baca kat forum, angin bertiup kencang mengatakan he will come back March or April. Just wait and see. dup dap, dup dap. Mungkin dia akan buat comeback masa saya tengah kira cacing *encik bos kata masa yang sangat lama akan diambil untuk kira cacing dari berpuluh-puluh host*. Honsetly skang dah rasa tak kisah dah. Kalau nak balik, balikla Jay oi..kalau tammo, sudahhhh.

ps: 2pm menang Song of the year 2009: Again and Again kat KBS Gayo Daejun. =)

Kisah memorial dan funeral (entry mega panjang)

Hari Rabu lepas bagi makan bebiri, kitorang (saya, en bos dan Alex) bergilir-gilir bagi artificial infection (sumbat 2 jenis anak cacing) pada the 64 jaybommies. Proses kurang memenatkan sebab gilir-gilir dan kendian bersiap2 bertolak dalam pukul 11 am, terlambat setengah jam dari jangkaan sebab cacing-cacing yang kitorang dapat tu sangat diluted *cacing dalam 1 ml sangat sikit*, jadi kami takde cara lain selain buat dua application, first sumbat satu spesis cacing, second round sumbat spesis yang lain pulak.

Travelling masa summer agak best sebab waktu siang panjang. Sepanjang perjalanan banyak benda lah yang dibualkan dengan encik bos, tapi yang menyentapkan dan menyebabkan saya nak mencari butang eject untuk eject diri sendiri adalah bila encik bos tanya pasal next experimen

"Dah plan untuk next experimen?"
"Tak secara mendalam"
"Ni ada banyak masa, plan sekarang. Plan sambil bercakap kuat-kuat"

Hazabbbbbbb sangat rasa masa tu. Dahtu pulak encik bos nih memang suka tanya. Banyak kali jugak termenung sebab tatau jawab. Sampai satu part kena salin apa yg encik bos brainstormkan sebab saya tak paham. hukhukhuk

Kitorang sampai awal, belum maghrib pun lagi.

Esoknya, pepagi dah keluar lepas bfast sebab nak cari florist. Jenuh cari guna google map kat fon *terima kasih teknologi!* dan sebab takde bunga hidup yang best, kami just beli 2 tangkai bunga ros - merah dan putih. Konsep 2 orang kongsi satu tangkai. Fi dan Sara sesama kontek encik bos dan bertemulah kami di motel. Peluk je, nangis. Peluk je, nangis. Encik bos diam je tengok wanita-wanita nangis.

Lepas encik bos bersalin kepada suit, kitorang berkonvoi ke church St. Barnabas di Bathurst. As expected, majority pakai hitam, tapi ade je makcik yang pakai pink bunga2 yang menyerlah. Tapi yang nyata lelaki semua pakai suit. Fi pesan kat saya supaya jangan pakai jeans, jangan pakai bling-bling. Kesimpulannya, jangan pakai mcm nak pi kenduri kawin. Simple but sweet je lah kot konsepnya. So, saya pakai kargo pants, blouse fesyen orang mengandung, tudung kat profile facebook *heheh*, kasut ballerina. Saya rasa saya ok je, tapi entah kenapa encik bos tetiba tanya saya "First time ke masuk church?". Tataula muka saya jakun ke / gelabah ke kan. Saya rasa saya ok je. So, diapit oleh encik bos dan Fi. Encik bos kata kena dok sesama untuk rasa lebih selesa dan kuat semangat. Sib baik la tak duk sebelah Sara sebab memang dia tak berhenti-henti nangis dalam church, walau pada hakikatnya saya lagi suka duduk sebelah Sara di hari-hari biasa. Dalam church saya langsung tak nangis. Bila godmother charlie, kawan sepermainan charlie dari kecik, kawan sekolah menengah, kawan dari degree bagi ucapan dan mengimbas kebaikan-kebaikan charlie, saya diam je. Ramai orang nangis, orang belakang saya nangis tersedu-sedu. Tapi bila encik bos bagi ucapan, terus saya nangis walau saya dah baca awal-awal skrip ucapan tu. Lepas habis upacara mengenang kebaikan charlie semua pakat semangat nyanyi lagu dalam church dan berdoa segala. Saya perasan encik bos diam, dan dia pon perasan saya diam, hehe. So, kitorang dua orang je lah kot yang tak menyumbangkan suara yang memang sumbang.
Selesai je, family ikut keranda keluar dari church dan semua orang akan berjumpa dengan keluarga untuk berpeluk-pelukan.

Encik bos ajak kitorang jumpa family dia, dan kami berarak mcm anak itik belakang bapak. Sampai turn saya salam adik dia, adik dia seru nama saya. Opkoslah I terus nangis. Tak pernah pon jumpa Rachel di alam nyata, dan kami hanya kenal melalui cerita-cerita charlie. Berenti nangis. Kendian salam mak dia, mak dia pon seru nama saya, nangis lagi. Mak dia kata charlie banyak sembang pasal saya, nangis lagi. Berenti nangis, jumpa ayah dia. Ayah dia sebut nama saya, dan kata dia banyak dengar charlie sebut pasal saya. Nangis lagi. Lagi teruk nangis bila ayah dia sambung, charlie cakap benda baik-baik je. Itulah charlie u ols, sentiasa cerita yang baik-baik je pasal orang, walau kitorang suka keji mengeji.

Lepas air mata diseka *hehe* dan ucap babai kat Fi yang kena bergerak balik, kami berarak ke property family depa sebab charlia akan dikebumikan kat kawasan farm. Memang tempat yang family dia pilih sangat unik, hanya dengar bunyi angin dan kicauan burung. Mak charlie baja sajak sebelum upacara tabur bunga. Encik bos ngan Sara nangis dengan menggila masa ni tapi saya tak nangis sebab tak dengar sangat sajak mak dia, hehe. Lepas tu semua orang beratur dengan segenggam kelopak bunga mawar. Semua nangis. Semua.

Ada kelopak balance, dan paderi suruh family dia tabur. Lepas family dia tabur, ayah dia datang dekat saya, suruh tabur kelopak yang last. Saya decline sebab saya tau, mesti jadik drama. Kendian mak dia datang tanpa banyak tanya, terus letak kelopak2 last atas tangan saya dan suruh tabur. Dengan berat hati saya pergi tapi saya tatau kenapa masa tabur tu, kelopak macam terlekat kat tapak tangan. Kelopak just tercerai dari tangan saya satu-satu. Lambat-lambat. Dan terus saya nangis. Saya nangis sampai terduduk, nangis sampai terduduk masa tabur kelopak terakhir untuk charlie. Bila saya bangun, godmother charlie terus terpa ke arah saya dan saya terus nangis dengan menggila. Bila dah surut menangis, rasa malu ya amat sebab berpuluh-puluh orang sedang menyaksikan drama. Saya masih kaku dalam pelukan godmother charlie. Saya tunggu beberapa minit baru lepaskan diri dari pelukan. Sebab malu. hehehe.

So, ramailah makcik-makcik yang tak dikenali menghampiri saya memberi pelukan dan kucupan mesra. Konpius kejap tetiba jadik glemer kan. Family dia tak nangis sangat, dah takde air mata saya rasa. Kendian dalam mode berpeluk-pelukan dengan sara menuju ke rumah family charlie.
Kitorang tinggalkan kubur mcm tu, tanpa ditimbus tanah sebab ayah dia nak timbus sendiri.

Sampai kat rumah, godmother charlie tarik saya masuk bilik tidur charlie, the spot where she was found dead on 22nd December 2009. Kebetulan kan masa tu jari saya luka. Kemudian dia bawak saya masuk ruang makan tempat depa selalu makan ramai-ramai dan charlie akan hidangkan makanan yang dia masak. Kemudian dia seret saya untuk tengok semua gambar charlie dari kecik sampai besar. Semua gambar charlie dari kecik sampai beso dikeluarkan dari album dan yang mana dalam frame diletak kat ruang tamu. Yang dalam pc pon semua didevelop.

Saya tinggalkan Bathurst dengan perasaan lega. Lega bila tau Charlie pergi meninggalkan memori yang indah untuk semua orang. Kasih sayang pada keluarga, abang-abang yang lain mak, rakan-rakan dan haiwan-haiwan.

Hidup ni sekejap je. Its up to us how to live our lives to the fullest.

I guess its time to move on =), mcm yang Jay cakap dalam intro seminit lebih ni. Ni suara Jay. Sila tekan play *pengsan*


Monday, January 4, 2010

Update dari flat no 13, bilik no 5, tingkap dah ganti baru

1. No worries lah mak adik kakak abang semua. Dah repot polis dah, One teman lepas mengerahkan mamat thai yang ada kereta untuk bawak kitorang pegi town. hikhik. Dah keluarkan duit guna paspot. Semangat terus bila mamat thai teman..hehehe. Tingkap pon orang asrama dah ganti kaca, cekap betul! Encik bos dan alex pon datang tadi, sama-sama tawaf carik purse tapi tak jumpa. Takpelah, lesen je lah yang merunsingkan. Yang lain dah setel la kot.

2. Selepas sebulan nampak Peter, dia dah balik dari bercuti sebulan kat Iran. Dengan potongan rambut pendek, Peter kelihatan hensem dan menawan! ekekeke.

3. And yes, ini lagu kegemaran encik bos. Traveling 14 jam dengan encik bos, mendengar encik bos memutarkan lagu-lagu feveret dia membuat saya terpikir betapa selama ni saya tak rasa encik bos macam manusia yang normal. Oh, encik bos normal jugak rupanya..hehehe



4. Finally the internet is okay. Phew!

Welcome 2010

"I hope no tragedy in 2010" Kata encik bos setelah mengucapkan selamat tahun baru pada saya. Kami sampai dekat pukul 11 malam dari Bathurst, selepas pengebumian Charlotte on 31st December. I'm not going to write about the funeral yet, tapi nak bercakap pasal tragedi.

So, alhamdulillah lepas menghadiri memorial dan funeral, saya rasa lapang dada. Rasa mcm satu bebanan berat dar bahu diangkat, sama-sama disemadikan bersama Charlotte. But I cant update my blog, sebab internet uni yang begitu hampeh sekali. Bayangkan tidak dapat guna tenet dari hari jumaat. So tensed.

But last night, ada tragedi. NOTE: MAK, JANGAN RISAU. SEMUA OK.
Masa tengah bersembang-sembangan dalam telefon dengan artis yang dot dot dot, tetiba saya ikejutkan dengan bunyi yang kuat. Saya ambil masa beberapa saat juga untuk refleks. Saya nampak kaca bertaburan atas katil. Dan saya nampak ada pakaian kecil yang dijatuhkan ke bawah katil. Tapi, saya tak nampak tangan orang. Saya jerit panggil budak bilik sebelah, dan bila saya sudah sikit bertenang, saya cuba lihat apa kepelikan yang berlaku - tingkap saya dipecahkan oleh seseorang dengan menggunakan batu bata yang ukurannya tiga kali ganda tapak tangan saya. Saya terus kol security dalam keadaan seram sejuk. Abang security datang, dan dia kol police. Police datang, dan saya bagi keterangan. Abang polis cakap memang nasib baikla bata tak kena kepala. Kalau kena, memang terus gol dah. Yang buatkan saya lega adalah bang-abang polis yang hensem dan cool. So, taklah rasa takut sangat berdepan dengan situasi ni. Kalau polis poyo2 mungkin kita lagi takut.
We found out ada sepasang kasut sport lusuh berjenama adidas berwarna merah kat luar tingkap bilik saya. Kasut lelaki lah kot, sebab panjang. So, malam tadi tidur di bilik sebelah sebab saya seram tidur di bilik dengan tingkap berlubang.
Pagi tadi saya perasan purse hilang. So, jenuh geledah bilik sendiri tapi tak jumpa. Sudah maklumkan security, sudah kensel atm, sudah kensel kad kredit.
Satgi akan ke bank dan ke balai polis.
Apa encik bos wish hari tu? Semoga takde tragedy? kehkehkeh.

2009 ended with tragedy and started with tragedy. And I hope it will be better =)

I might write about charlotte's funeral later. Tengah berpikir-pikir. I might privatekan my blog dan hanya orang yang nak baca saja boleh baca. Atau saya akan pindah lagi blog dan hanya hebahkan pada orang yang tertentu.