Monday, December 7, 2009

Hormonal

I'm just hormonal

1. Tingkap pintu semua tutup berkunci sepanjang hari kalau kat flat. Terasa hidup dalam gua. Wayar telefon juga dicabut *perasan mcm ada org nak kol, kekekke*. I'm just enjoying duduk sorang2 dalam keadaan sunyi.

2. Dengar lagu tapahapa. Series, tapahapa. Tapi dah limapuluhkali ulang dengar. Bergilir-gilir dengan lagu2 2pm.

3. Baca entry ini perasaan bercampur baur, dimulai dengan geram, sedih, marah dan akhirnya sebak. Sebab bila baca ini
"I used needles on you because I wanted you to be the same as me so that you can live with me and you won't leave me".
Kalauah dia ikhlas, saya rasa pernyataan ini sangat menyentuh hati. kejam, tapi menyentuh hati.

4. Malam tadi uncle dan cu tanya pasal boyfriend. *sigh*. Sometimes I'm ok, sometimes I'm just too tired to give any answers. Jaybeom, Jaybeom, Jaybeom! Kenapa semua orang tatau lagi Jaybeom di hati? Saya mahu pakwe macam Jay.

*pengsan*


Abaikan entry ni. keke. Seriously crap.kekeke

Sunday, December 6, 2009

Update di hari Ahad yang indah

1. Salah satu kekuatan saya untuk bangun setiap hari sekarang adalah jaybommies (bebiri) yang 3o ekor. Sebaik buka mata, saya akan fikirkan pasal makanan, pasal kesihatan dan pasal ragam 30 ekor ni. Baru saya faham bagaimana perasaan ibu-ibu yang baru melahirkan anak..kekeke. But thank god saya tak perlu bangun pukul 3-4 pagi untuk mereka..kekeke.
Jaebommie yang diletak di dalam pen (kurungan) bernombor 14 masih tammo makan sejak 30 Nov sampai semalam. Hari ni ok sikit, walaupun makanan luak sikit je. Yang lain mata dah bersinar-sinar, tanda sudah tidak stress.
I dont like bulu mereka dicukuri, sebab leh nampak kekurusan depa!


2. Khamis hari tu pegi beli makanan Jaybommies untuk dua minggu dengan Sara. Dahla orang animal house balik awal, maka kami bertungkus lumus membanting tulang mengangkut guni-guni yang jauh lebih besar dari badan.
'Girl power!' jerit Sara lepas semua berjaya di angkut masuk ke dalam animal house. Girl lah sangat kannnn?
Masa kecik saya selalu tengok pakcik2 pikul beras dari lori masuk ke kedai atok. Dulu kagum, sekarang makin bertambah kagum. Saya angkat suku jalan je guni makanan ni. Kemudian saya seret! hahaha. Berat okeh!!!!


3. Belah kiri Ibrahim. Belah kanan charlie. Masa birthday Ibrahim, dia dapat hadiah kad UNO. Memandangkan saya pernah main masa LI kat Institut penyelidikan veterinar dulu, saya ajar dia main. Lepas 3 kali menang, saya terpaksa berhenti main sebab nak bersiap2 keluar dengan Sara. Kebetulan charlie datang, dia main. Tengah syiok main, muncul encik bos pertama di pintu. Memula dia jalan menonong dan sempat toleh. Kemudian dia gigih patah balik. Semua tergamam. Saya pura-pura buat kerja *nasib baik laptop depan mata*

'Pandai ke dia main UNO?' tanya encik bos pada Ibrahim.
'Boleh lah' Ibrahim jawab.
'Sebenarnya ketua yang tu. Dia yang ajar' wijdan tunding jari kat saya.
'Eh, saya tatau apa2, tengah buat kerja!' kehkehkeh.
Oh well, encik bos tak marah pon, dia sentap je. Wijdan cakap lepas tu bila dia bertembung ngan encik bos, encik bos kata terima kasih kat wijdan sebab tolong tengokkan anak-anak murid yang kuat meroyan. Encik bos kata kami perlu distraction supaya tak lebih meroyan..kekekeke

Dan ratu tetaplah ratu.
'Nak buat apa nih?' bila saya keluarkan fon untuk ambil gambar dia.
'Nak ambik gambar you lah'
'Oh, ok' dan dia terus bergos macam biasa..
SO RATU!!!!!


4. Oh yes, saya mahu berkongsi dengan peminat-peminat novel. Ini sebenarnya hasil tulisan kawan kepada kawan-kawan baik saya. Memandangkan di USM dulu saya hanya bersosial dengan rakan2 Bakti dan rakan-rakan sebaya *konsep adik ikan masih tiada*, saya tidak mengenali Pingu yang glemer. Since novel ni diiklankan secara tidak langsung dalam klip I'm yours versi Melayu, saya aware kewujudan novel ini. Dan memandangkan orang-orang lain gigih buat review dan iklankan, saya juga mahu iklankan walaupun dia belom lagi jadi artis naungan saya..kehkehkeh. I think its time saya mempromosi benda yang bermanfaat sebab selama ni asik promosi jpop kpop. Ha, ramai kan suka penulis? ala2 penulis nih romantis kan - memetik kata-kata teacher di Sabah..kekek. Ha, belilah buku ni, boleh dapat alamat (penerbit) n tulis surat kat Pingu! kekeke
So, buat yang sedang bermastautin di Malaya, feel free to click on the picca below. Anda akan dibawa terus ke Seattle page untuk membuat pesanan.

Buat yang kini berada di luar negara, sila klik sini. Sebelum buat pesanan, sila tukar currency ke Euro untuk memudahkan charge ke PayPal. Lepas tukar currency ke Euro, sila cari L.U.V.E di page tersebut *guna search tool* dan order. Saya sudah order. Marilah sama-sama kita buat review nanti, ok?

Salam sayang
ciktutoryangdotdotdot

ps: untuk trip ke korea 2012, saya akan buat belanjawan terperinci. Fangirls, stay tuneeeeeeed!

Saturday, December 5, 2009

Playboy

Sesapa rasa playboy, lagu ni saya tujukan pada anda
Ni lagu mamat playboy yang insaf epas ditinggalkan salah sorang kekasih



=)
Fangirls, gambo kat lagu nih adalah saat2 berpelukan sakan sambil sedu sedan lepas depa menang MAMA. Depa kol Jay berpuluh2 kali tapi Jay tengah tido.kekeke

Friday, December 4, 2009

I am happy

1. Awal-awal pagi sudah semangat jalan kaki bawah panas terik. Semangat untuk bagi makan Jaybommies yang 30 ekor tu. Sekor je yang tammo makan, yang lain semua bekas licin! Bagus! Kendian kena tegur ngan makcik penjaga animal house sebab saya pakai selipar, *malasterlupa tukar boots*. Makcik Jenny ni pon baik hati tolong bagi saya trolley untuk mudahkan serve makanan kat Jaybommies. Terasa mcm pramugari pulak bubuh makanan sambil tolak trolley. hikhik.

2. Dah tamatkan online course untuk animal ethics. Konsep 3 R untuk kemaslahatan haiwan dalam research (Replacement, Reduction dan Restraint). Replacement - perlu fikir alternatif lain untuk handle experimen tanpa perlu libatkan haiwan kalau boleh. Kalau tak boleh, make sure kita jalankan Reduction dan Restraint. Reduction - Cuba reduce bilangan haiwan yang akan digunakan, tetapi janganlah terlalu sedikit sampai menyebabkan statistically invalid. Restraint - perlu handle animal with care. Animal cant talk, but they can feel pain and distress. Mengantuk gila sebenarnya masa baca online notes dan buat test kat bangunan research nun. Siap boleh dengo makcik2 opis gossip pasal hal-hal kedewasaan yang kurang sesuai didengari oeh wanita suci murni seperti saya. kehkeh.

3. Saya ada kawan dari South Korea!!!! Sebelum ni hanya bersms sakan. Tapi ditakdirkan hari ini dia ada kelapangan dan buat pertama kalinya bersua muka. hikhik. Namanya Songju, 21 tahun. Sebelum ni saya dapat maklumat dia mahu kawan untuk prektis english. Saya yang kesunyian ketika itu terus menyerah diri. Oh, jangan sentap, dia perempuan..keke.
Hari ni kami lunch sama-sama. Suasana mcm agak skema. And knowing me, saya tak suka keskemaan!

'Songju, minat band korea tak' saya buat muka macho sambil makan.
'Hiburan? tau ke pasal hiburan korea?'
Saya abaikan soalan dia, masih macho.
'Minat kumpulan mana?' masih makan dengan macho.
'Big Bang...' dia bagitau takut-takut. Pelan-pelan.
'Lagi?' masih muka macho
'Dong Bang Shin Ki'
'Lagi' macho!
'Super Junior'
'Lagi'
'2pm!'
Masih macho u ols!

'Sapa yang you paling minat dalam Big Bang?'
'Kalau I cakap you kenal ke?'
'Siapa?' macho
'Ji Yong?'
'G-Dragon?'
Dia terus sentap dan pekup mulut dengan tangan
'Dijah!!! You kenal!'
Saya masih macho u ols!

'Dalam 2pm minat sapa?'
'WooYoung!'
'You?'
'Dulu minat Junsu, suara dia sedap nak mampus! Sekarang minat Jaybom, lepas insiden dia balik Amerika'
'You memang minat!! You tahu dia balik Amerika!'
Saya rasa saya blushing..hahaha
*lepas Songju gedik, saya sudah hilang macho. Yang ada hanya gedik dan gatal. hanya gedik dan gatal*
'Satu donia kenal 2pm' *propa*

Maka perbualan selama jam berikutnya adalah tentang band Korea. Segala rasa skema sudah hilang. Terzahir ciri fangirls yang comel pada diri Songju. Dan terzahir ciri fangirls tak sedar diri pada diri saya. Oh, boybands menyatupadukan fangirls!

'2012, ikut I balik korea! i boleh bawak you pegi konsert. Kita boleh tengok video klip depa kat pekan'
'Haha, boleh-boleh. Takut tammo balik negara sendiri je lepas nih'

'Nah!'
Saya sua Ipod.
'Dengar album baru 2pm'
'Album mana?'
Album 1:59, lepas Jay balik Amerika'
'Dijah!!! you are great!!'
'Nanti I pinjamkan CD Big Bang. Nak?'
'You ada CD Big Bang?'
'Ada dua'
'Dijah!!!!!!'

Comel gila Songju!
I terasa macam pari-pari kpop.

rupanya dia sibuk kerja sampai taktau 2pm keluarkan album baru.

Next perjumpaan, nak drooling sesama tengok video klip sebab songju ngadu internet kat smith house mcm tapahapa. Kehkehkeh. mcm boleh buat persatuan kat sini nampaknya, siap boleh wat perjumpaan tetiap minggu. hakhakhakhak

Thursday, December 3, 2009

Mata biru

'Apa khabar kha-thi-jha?'
'Ok. Experimen dah start, busy sket. Nanti krismas tak cuti'
'Tak cuti? Takkan tak cuti langsung?'
'Entah, tengoklah macamana. Sapa nak bagi makan bebiri?'
'Carilah sesapa ganti, awak kena jugak cari masa rehat'
'Tengoklah'
'Minggu lepas Eid, cuti tak?'
'Tak. Ok bye, Jumpa lagi!'

Mata biru.
Mata biru.
*tammo pengsan*

ps: kisah benar yg diadaptasi dalam bentuk entry rumah 54 yang drama! *jeling artis*. muahahaha.

Wednesday, December 2, 2009

Update bergambar

Hari ni baru ada semangat menulis pasal Jaybommies (bebiri) yang 30 ekor tuh. Hari ni awal-awal pagi dah menapak ke school demi nak bagi makan. Encik bos kedua bertembung dengan saya dalam perjalanan ke kandang dan dia tanya

'Nampak you berjalan tadi. Dari mana?'
'Dari asrama'
'Wah, fit lah nanti!'

Keh keh keh. Takde maknanya fit. Jalan kaki sebab tetiba hari ni sejuk. So, nak panaskan badan. I'm not a person yang jalankan gaya hidup sehat. So, kalau ada sesuatu bermanfaat yang saya buat, obviously something is wrong is going on.
Semalam bagi makan Jaybommies lepas laparkan seharian dan saya expect depa akan makan habis. Hancur luluh hati bila sampai2, ada yang tunjuk perasaan langsung tak luak makanan. Lepas tu buat perangai.

TUNJUK BONTOT berminit-minit!!!!!! Ni memang nak kena sumpah jadi artis Korea!


Merajuk duduk bawah water troff.



Ada jugaklah yang akhlak mulia, makan licin. So, bila saya datang dah siap keluarkan lidah sebab lapar. heheh


Hensems kan anak I? Rasa nak pelok!!!!

So, sebagai denda untuk yang tunjuk perasaan tammo makan, saya bagi makan sikit je sambil bebel-bebel macam nenek tua. Yang makan licin saya bagi lebih. Tau depa stress sebab sebelum ni bersenang lenang makan mewah kat padang rumput. Sekarang tetiba kena kurung, makan makanan proses pulak. Tapi, depa kenalah paham, dulu bapak depa artis Korea terkenal, sekarang keje tukar tayar kat Seattle nun. Makanan tu dahla mahal...So, they just need to behave dan paham situasi yang melanda sekarang..hehehe.

Sara dah hias lab, siap ada pokok dengan lampu kelip-kelip. Over sungguh..kekeke


And I spent the whole day kat padang ragut lepas bagi makan bebudak 30 ekor nun. Stressing out pasal irrigation yang masih tak dapat difinalisekan. Seriously, kenapalah saya pilih buat eksperimen nih?kekeke. Rasa nak jerit sekuat hati. Tapi sebab Sara dah tolong jeritkan dan tolong menyumpahkan semua benda, saya dok diam je lah.kekeke.

'No emotional attachment with the animals!' Sara bagi peringatan. Encik bos pertama awal-awal lagi dah sound.
Malangnya, *sobsob* saya sudah ada 2 ekor yang saya rasa ada keserasian bersama. Sedihnya bila terpikir depa akan disembelih lepas habis eksperimen.

'Ambik gambo untuk apa?'
'Nak tunjuk kat kawan'
'Kat Malaysia takde patung pakai pakaian dalam ke?'
'Bukan amik gambo patung tu. Amik gambo nama kedai sebelah'
'JayJays? Oh God!'
*sengih*

Tuesday, December 1, 2009

1:59 (toksah baca, royanan fangirl)

Review Album pertama 2pm

Tajuk= 1:59. The fact that JYP cilok idea hottest tapi tak mengaku, tolak satu bintang.

Cover = Simple tapi unik. Takde muka Jay, tolak lagi satu bintang.

Lagu = Ada 13 – walaupun hakikatnya ada 10 lagu je. 3 lagi diremix, tapi nasib baik sedap. Puas hati walau ada recycle 3 lagu dari 1st dan second single album. Nasiblah sapa yang beli single, buang duit sebab single lagu sangat sikit. I will never ever beli single kecuali kalau dapat hadiah keychain atau poster besar gajah. Oh, ada satu lagu kelucahan terkawal, so tak berapa suka. But better dari lagu Breath G-Dragon. Hope album akan datang depa kurangkanlah autotune. Banyak sangat autotune, padahal suara depa sedap je live. Konpius betul.

Meroyan = bila lagu recycle ada suara Jay, tapi muka Jay dibuang dari album. JYP, JYP *sambil geleng2 kepala*

Konsep album secara keseluruhan = Tak suka konsep zombie muka pucat pakai eyeliner bibir kering. Tarian zombie tak suka. Rambut tocang tak suka. Suit polka dot tak suka. Tapi kira oklah, nampak jantan sesangat! (Suka lompat belalang macam G-Dragon dalam Heartbreaker, part pyramid dan buat pusingan ala2 mabuk di akhir persembahan)*ops, takde dalam album.keke. Konsep bermuram durja *sampai takde warna lain kat album, hanya hitam putih* sebab 2pm tak lengkap tanpa Jay sampai jadi 1:59 - Suka! Saya bagi sepuluh bintang. Beratur tinggalkan kosong kat tengah ala2 untuk Jay, Chansung ada air mata kat cover depan album, ucapan Nichkhun dalam booklet “Last but not least to our 2pm members, even though we have lost one of the biggest parts of our live..Jay, Wherever you are, know that we couldn’t have gotten this far without you, we always hope that you are well and healthy, and we’re always missing you. Hoping one day we can all sit down and laugh at what had happened in our lives..until then, WE WILL make you PROUD” T_T



Kesimpulan, lagi best dari album pertama Big Bang, tapi kurang best dari album kedua Big Bang.



This is the 1st performance of Again and Again tanpa Jay sebagai ahli. Thanks to 2pm yang langsung tak ganti sesapa untuk nyanyi part Jay. Fangirls semua meroyan puas hati. =)