Monday, August 10, 2009

Saya dan Peter penat

Hari ni hari stress, terutama buat Wij*dan dan Fi*ona. Confirmation Fi*ona minggu depan, tapi wij*dan tak sure, around that jugaklah. Kenapa saya tak sure? Sebab saya tak berani tanya. Hari tuh dia dah cakap masa meroyan, tapi saya terlupa. Muka macam nak makan orang, kemudian muka susah hati, kemudian marah printer, takkanlah nak gatal-gatal tanya pulak kan? Kesian betul menengoknya. Dengarnya confirmation of candidature nih dah jadik makin susah. Jadik, cakap2 senior yang mengatakan kacang je confirmation nih, tak boleh dituruti 100%. Dulu lain, sekarang lain kan? Abang ga*reth kata 'not that bad' pada confirmation seminarnya, tapi tetap kena soal bertubi-tubi dari segi analisis statistik. Pergh, berpeluh mendengarnya. Dia hebat, memanglah kata ok. hukhuk. Sekarang nih dah makin susah, makanya kena kerja keras sikitlah. Dulu masa abang bangla punya confirmation seminar, takde power point segala. Sekarang nih agaknya ada lah kot sebab dengar tadi Fi*ona nak buat powerpoint semua.

Wij*dan tengah kalut update buku laporan amali. Pergh *menjeling buku laporan amali yang tak berupdate*. Buku saya tu memang tak berupdate. Saya tulis semua kat logbook sendiri, tapi berserabut lah. Erm, malasnya nak print tampal kat buku lab dan mintak tandatangan bos/sa*ra. Erm, bos kata buku lab tu *siap perlu bertandatangan segala* adalah sebagai bukti kat mahkamah kalau kita claim kita buat benda yang kita tak buat. Atau orang claim buat, tapi sebenarnya kita buat. *ulps*. Mahkamah? Biar betul depa nih pasal research boleh masuk mahkamah segala. Korek bontot bebiri je pon, huks.

Hari ini sedikit ok dari segi mood kerja. I'm having insomnia lately, tak boleh tidur awal. Semata-mata kerana TERminum caffein 2 hari tu, terus takleh tidur lebih awal dari pukul 2. Yer, tau..tak sihat tido lambat. InsyaAllah akan cuba paksa diri tidur awal. Tapi alhamdulillah tadi perbincangan dengan bos ok. Report takde typo error yang bodo-bodo. Encik bos berbincang pasal eksperimen yang akan start hujung minggu nih dan yang akan menyusul lepas tu. Bila saya tak boleh nak follow apa dia cakap, terus dia lukis-lukis. Tak cukup dengan tuh, masuk dalam lab pulak untuk berlakon guna barang dalam lab. Kalau tak paham lagi memang benak lah tu, kena mintak ampun kat orang ramai yang pernah disakiti hati mereka..kekeke.

I'm drained. Tapi sikit lega sebab bos tak komplen pasal eksperimental design. Dia cuba bagi idea penambahbaik. Yes, lega. Experimen hari jumaat nih tak complicated sangat berbanding eksperimen lagi satu yang akan datang lepas nih. So, harapnya semua ok hari jumaat nih. Amin. Tolonglah doakan ye. Sekarang ni asal meeting ngan encik bos je, dok berselawat sakan dalam hati bila tak bercakap. Mintak bos lembut hati, tak bad mood. Sebab stress kalau tengok bos stress. Wah, gaya mcm anak murid yang memahami kannnnns?kehkehkeh.

I'm going back early today. Rasa nak pegi pekan beli barang untuk masak, tapi penatttttttttttt sangat. So, ditangguhkanlah dulu beli belah. So, toksahla tanya makan apa ye wahai pembaca-pembaca sekalian. I fenat nak pi pekan beli barang,bukan I malas masak tau. kehkehkeh.

Penat, dan Peter pon penat, ahaks!! Masa bertembung ngan dia tadi memang dia pon lembik mcm sotong kurita dalam air - jalan slow mo lemah gemalai..kehkehkeh. Tapi tetappp tegur I dan memberi lambaian kasih sayang.

'where are you going?'
'tired' *sambil buat muka sedih.

haiyoh, tak menjawab soalan betul. hahahaha

Sunday, August 9, 2009

Kenapa saya rasa saya tak balik raya?

Saya rasa saya tak balik raya tahun ni.

1. Antara objektif utama adalah untuk menyumbat makanan Malaysia yang sedap. Kalau saya balik menjelang raya, bukannya boleh makan sepanjang masa ketika umat Islam sedang berpuasa kan? Lebih baik saya balik masa bukan bulan puasa.

2. Kalau saya balik menjelang raya, hujung bulan 9 kan? Bulan 10 nanti saya dijadualkan menduduki confirmation seminar. Akan ditemuramah oleh panel2 dalam jabatan untuk memastikan saya layak dan berkemampuan sambung PhD ke tidak. Ada orang kata seminar ni senang je, ada yang kata ok, ada yang kata kena banyak tanya. So, saya risau saya homsik sampai menjejaskan seminar. Ye lah kan, baru balik dari tanah air...perut pon masih gembira bahagia dihidangkan dengan makanan2 enak dan lazat. Tak ke naya kalau tengah terang projek terbayang ikan tilapia goreng cicah sambal kicap? Atau char kuay teow Sani? *lap air liur*

3. Nak simpan duit untuk balik sampling. Bila pikir2 balik *lepas perbincangan dengan artis yang sedang backpacking ke EU*, nak guna duit sendiri lah untuk balik sampling. So, takyah guna duit KPT dulu. Duit tu bekap kalau ada seminar kat Jepun or Korea tempat lain yang best.

4. Peter tak balik raya. Dan dia pon tanya saya balik ke tak. Terus laju jawab tak. Dasar! kehkehkeh.

Entah, rasa mcm tak balik. Tapi mungkin juga balik. Semua bergantung kepada takdir, dan juga bergantung kepada tahap kemeroyanan.

Sekian dimaklumkan.

Alert untuk orang Ipoh!

Sorang amoi Ipoh telah kehilangan anjing jantan (Schnauzer), bernama Popeye pagi tadi. Popeye disyaki dilarikan, tapi entah, mungkin juga pegi mengorat anjing betina. Yang pasti, tuannya sedang risau dan gundah gulana.

So, buat pembaca-pembaca yang berada di Ipoh, andai terjumpa anjing yang hensem ini, sila hubungi Mandy di kosongsatuenam-5315403.
Semoga Ppeye berjaya ditemui semula.

Saturday, August 8, 2009

Cincin

Cincin hilang. Masa dok sibuk2 packing pindah asrama dah perasan hilang. Tapi tak sempat pikir panjang. Tetiba teringat pulak. haish. Mana pegi eh?


Beli kat Giant Ganu, nampak je terus berkenan. Sekarang tangan dan jari jemari kosong. Gonjeng je rasa bila bukak jam.
Dan...berkenan kat cincin Sa*ra yang beekonsep begini. Corak kat cincin tu lain sikit tapi lebih kurang. Not bad kan?

Dan, baru perasan Peter dah tak pakai cincin. hakhak. Isunya cincin, bulan Peter.

Thursday, August 6, 2009

RIP Sam

Bukan, bukan Sam mamat Peru yang comel. Tapi Sam (Samantha), koala di Melbourne yang terselamat dari bushfire Februari lalu.

Sam telah dijangkiti chlamydia di saluran kencing dan saluran peranakan. Jangkitan yang teruk menyebabkan Sam tidak dapat diselamatkan melalui pembedahan dan terpaksa di 'put to sleep'. Berita penuh di sini.
Sam, seekor haiwan betina boleh survive bushfire walau terbakar tangan, asap memenuhi peparu, ada syst dalam ovari, tetap bersemangat meneruskan hidup sampai di'matikan'.
Kita yang ada akal, setakat terbakar hati, sibuk nak membunuh diri?
Lebih baik jadi koala dari jadi manusia yang tidak sayangkan diri.

Ingat Sam dan semangatnya.
Ayuh para wanita, kita bangkit!!!
GIRL POWER! *tetiba*

RIP Samantha.

Run to you


Super Junior H


Big Bang. suara daesung pecah
Performance Suju sangat best! =) *hyukkie~~~*

Wednesday, August 5, 2009

Hari mengGaban

Secara literal, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban. Secara konsep, space kop gaban boleh memberi maksud yang pelbagai. Dalam konteks hari ini, mengGaban bermaksud menjadi space kop gaban dari segi kesibukan sampai tak boleh bergosip di ym atau bermain pet society, mafia wars, restaurant city dan zoo builder di facebook. Dan juga dragonapters. Sumbangan pada masyarakat tiada ye, cuma sibuk ala2 gaban. Eh, bukan mengabang telipot ye warga U*MT sekalian. MenGaban.

Awal pagi sudah keluar rumah dan menapak ke skul sebab bas hanya akan tiba pukul 8.15 pagi. Terkocoh-kocoh print report dan terus berjumpa encik bos. Mengantuk tahap gaban. Tapi masih terkawal. 9.15 selesai perbincangan, terkocoh-kocoh buat pembetulan sebab miting pukul 10.
Terkocoh-kocoh ke bilik bos dan bertembung dengan ga*reth. Translation rekaan sendiri berdasarkan isi penting

'Oih, bebiri hang buat bising lagi. Dok berbaaa baaa, hentak kaki mintak makanan'
'Uhhhh.. Over aih depa tuh. Memang tak bagi makan lagi, ada meeting'
'Merajuk dah tu rasa'
'Makin over lah depa nih. Biarlah. Satgi orang bagi makan'

Encik bos ketiga sudah ada dalam bilik bos. Uh, selalu dia sampai lambat...
'Sorry, I'm late'
'and I'm Jus*tin' *sambil senyum*.
(seolah-olah saya sedang memperkenalkan diri, maka dia memperkenalkan diri dia)
sentap bila buat lawak time org tgh kalut. Dia nih encik bos yang busy tahap gaban sebab juggling antara keje kat uni ngan keje kat kampeni drug yang tersohor. Vok tahap gaban, kan?

Since encik bos pertama dah 3 hari berturut-turut jumpa saya dan betulkan report, hari ini buat pertama kali dalam sejarah di Armidale ini saya tahu apa yang saya terangkan. Walaupun sedikit nervous dan banyak merepek sampai kena gelak ngan encik bos bila saya cakap 'beautiful faecal pellets' untuk menerangkan perihal tahi kambing yang sempurna keadaannya. Mungkin patut guna typical, bukan beautiful.kehkehkeh. Bab bagi report je lah yang ok. Bila masuk bab experimental design, menung balik sambil kebil2.

Dek kerana experimental design saya terlalu komplikated *mesti encik bos rasa nak sekeh2 kepala saya - kehkehkeh* maka telah brainstorm untuk menyimpelkannya. Pada depa simple, tapi pada saya lagi komplikated sebab takkan terpikir nak buat cara mcm tu. Takpelah, kesimpulannya dah sort out generally mcmana nak buat. Habis meeting pukul 1. Berlari ke langitkandang, amik sampel tinja the 5 B's dan potong 'cloth diaper' *sukati je boh nama cloth diaper* yang terlebih kat hujung sebab takut tersangkut, dan bagi depa makan. Memang gaya depa mcm nak terjah keluar kandang bila nampak saya bawak baldi isi makanan. Over sungguh. Bukannya buat keje apa pun, makan kemain banyak!

Berlari pulak ke library sebab ada kelas tanpa peter. Satu satunya saat menenangkan bila bertembung dengan peter dalam perjalanan ke library. Senyumannya yang manis, wool jumpernya yang merah menyala melambangkan keberanian dan kegagahan, sapaannya yang lemah lembut
'Haiii kha*dijahhhh......' suaranya di bawa angin lalu, berlegar-legar di udara dan meresap ke dalam peparu..
Sib baik tak pengsan. Pura-pura macho seolah-olah tak terkesan dengan sapaan lembut 'Oh hai! how are you?'. dan terus berlalu dengan macho tanpa menunggu jawapan..kehkehkeh.

Kelas adalah ok. Tapi saya mengantuk. Kesan sama macam makan nasik lemak dewan makan setiap hari rabu di sekolahrajaperempuantaayah sesi perkolahan 1995-1999. Tapi ni masih terkawal. Kat sekolah dulu sampai mimpi2 dalam kelas add-math..kehkehkeh. *dan semua orang tunding jari pada nasik lemak..haha*
Kalau rajin saya akan buat notes on isi penting dan link kan downloadable notes dari website uni tentang endnote *memuncungkan bibir ke arah blog research journal*.

Ni tengah lunch. Lapo tahap gaban. Ingatkan nak makan sambil mesyuarat tergempar dengan artis. Nampaknya artis dah mula tunjuk belang bila dah ramai fangirl - terus hilang ketika mesyuarat di alam maya perlu dijalankan. kehkehkeh.

Okes, times up. Kena ke lab untuk proses sampel. Esok akan hantar the 5 Bs ke padang ragut. Sayunya..macam hantar anak masuk asrama pulak rasa..hahaha. Tapi in a way lega. Leh bangun lambat lepas nih sebab takyah bagi depa makan dah seminggu. Yay!

Oh, doakan. Terlalu banyak nak dibuat menjelang minggu depan demi memastikan eksperimen berjalan lancar. *pengsan*