Monday, July 13, 2009

Hari muzik muzik

Hari ni adalah hari mengasah bakat jadik mak. Wij*dan bawak anak dia (Ma*nar) dan anak dia nih memang banyak tanya. Memang kena banyak sabar bila ngan bebudak nih. Then, mak dia away, meninggalkan diriku dengan dirinya. Bila saya take 5 drb buat keje, saya sempat tunjuk video klip I'm yours version Am *meroyan tak habis lagi*. And I'm very suprised bila dia eksaited dan mula tanya napa tak nyanyi ni dalam Arab. Hamikkkk! keke. Then tunjuk pulak video klip situasi dan dia asik cakap 'How did he do that?' merujuk kepada lukisan yang jadik animation, sambil buat muka konpius. Am, leh luaskan pasaran kat Arab nih.keke.
Yang mengerikan bila tetiba dia nak dengar lagu Lady Gaga. Oh my, saya cukup tak suka kalau org minat artis tapahapa. Saya pon penah dgr Sa*ra cakap kat lab pasal Lady Gaga. Katanya dia takkan bagi anak dia minat Lady Gaga. Keke. So, bila Ma*nar gigih dok sebut nama Lady Gaga, saya pon bgtau kat dia saya takde lagu Lady Gaga sebab tak minat. Dan saya kata Lady Gaga bukannya best *sorry Lady Gaga*. Alah, bebudak bukannya minat sangat tapi sebab namanya catchy kot - gaga, gigi, gugu.
Then dia nak dengar pulak lagu dari Malaysia sebab dia tak suka dgr lagu-lagu Korea yang saya pasang. Maka, dengan berat hati *ampun Malaysia* pasang lagu Melayu. Sib baik lagu Dusta berkalang keluar dulu, the lagu Mila bila cinta. Bayangkan kalau lagu Ipoh Mali keluar, mau pengsan budak nih. So, Ma*nar kata dia suka lagu Melayu dan lagu Arab dari lagu omputih. Sib baik dia tak masukkan lagu korea/jepon sebagai perbandingan.fuhhh.
And yes, suka pulak bercakap-cakap ngan bebudak kecik ni walaupun penat nak explain. Tetiba rasa nak anak pompuan lah..keke

Sunday, July 12, 2009

Seronoknye bermalas-malasan

1. Report sikit lagi nak siap. Malam tadi sampai meleleh2 air mata kesebakan dek penangan tengok DVD citer Babe: Pig in the city, *sambungan movie Babe – babi pengembala bebiri*. Suker gila tengok babi yang comel nih dengan binatang2 lain berlakon. Tetiba terpikir… depa kena dera tak agaknya eh masa berlakon? Beli 2 DVD ni (Babe ngan Babe: Pig in the city) dapat 15 dollar je sebab ni DVD lama. Harga DVD citer baru masih tinggi - 30 dollar untuk citer2 mcm Twilight, Slumdog Millionaire, Bride wars, He's just not that into you *sigh*. Ps: Adik yang keje kat kedai DVD adalah hot..ahaks. Namanya Har*ley..keke *baru lepas tgk receipt, keke*

2. Hari ni rajin sikit *bukan sebab suspect mak baca blog*. Bangun je terus kemas2 bilik, basuh pinggan, masak nasik, perangat lauk. Oh, hari tu Dhar*ma ajar masak ayam dengan rempah2. Bubuh je serbuk cili, serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam, rempah kari, air, garlic paste, ginger paste *semua barang dha*rma sponsor, keke* dan perap. Then bakar. Tadaaaaa~ dah siap. So, selama berhari2 makan ayam masak pekenamantah nih. Sejuk2 ni memang kuat makan *sigh*. Pastu siap sambung kemas2 barang sebab nak pindah dah lagi 2 minggu, then untuk mengbestan diri sendiri kemas2 bilik - siap vacum carpet bilik. Ahaks. Terasa wanita sejati hari ni. Yes, dah boleh kawin dah nih! Meh masuk meminang meh!kekeke.

3. Saya masih percaya soal hati tak boleh dipaksa. Mcm kes peminat tegar Yoona SNSD yang kini telah sedar hakikat SNSD tak vok. Akhirnya dia telah join STAND (anti SNSD) kerana sedar SNSD hanya mampu berpakaian seksi dan menggedik mengeliat mcm pacat tapi kualitinya nan ado.. I'm so proud of you adek! tapi kakak sedikit gelisah - tatau nak pangkah apa dah kat kamu. Sila minat kumpulan yang tak best supaya kakak leh pangkah kamu yer..keke. Dan saya juga baru terbuka hati untuk menyukai Heechul dan Big Bang. Walau sebelum ni Kinah telah promote sebelum saya sambung belajar, tapi pada masa tu hati saya masih pada Lee Teuk – leader Suju. Yer, sekarang sedang menganalisa lagu2 Big Bang yang sedap dan sedang mengagumi kecantikan dan kepetahan berkata2 Heechul. Ayang, Acu masih amalkan sistem giliran untuk keadilan. Siwon juga menggetarkan *lap idung darah*

4. Semalam ajak wijdan satu family melawat the 5B's kat kandang. Anak2 dia sangat eksaited nak tengok sheep. Tapi bila sampai je kat kandang semua pakat pekup hidung, termasuk wijdan dan hubbynya. Sentap! Depa kata bau bebiri busuk. Oh, bagi saya tu lah bau yang bleh hilangkan stress. Saya sangat suka bau bebiri okeh! Tergamam sekejap saya bila org kata bebiri busuk. Dan saya berdoa semoga saya dapat suami yang bila ikut saya jumpa bebiri, dia tak pekup hidung..mesti saya kecik hati kalau dia tak menyukai benda yang saya suka.hiks. Dating impian: di kandang bebiri. Ahaks. Ps: sib baik encik bos dan ga*reth tak pekup hidung bila bagi makan bebiri….ngeeee

5. Eloi*de, rakan France yang santeks pun nak amik Drivers knowledge test minggu ni. Since encik bos away seminggu, rasanya mcm nak amik minggu nih jugak. So, bila ada masa free dan penat tgk tengok youtube, saya akan study untuk test. Tolong doakan ye. Ini semua demi kemaslahatan bebiri. Kalau ikut hati memang malas ya amat.

6. Tetiba terpikir pasal raya. Ayah suggest balik..tapi sebenarnya bila dah tercampak kat sini memang susah la nak balik, tambah lagi I tgh enjoy status terhangat di pasaran *jeling rakan2 sepengejian dan adik2 ikan*. Air Asia takde dr Sydney. Sini ke Sydney pon dah 8 jam kalau naik bas. Dr melbourne ada la air asia murah, tapi nak ke Melbourne tu yang parah. So, sehingga ke saat entry ni ditulis, saya plan tammo balik raya tahun ni. Lagipon tahun ni bukan turn semua orang raya kat rumah Opah. Semua raya belah pasangan. So, insyaAllah tahun depan saya balik bawak seseorang, ahaks. Tolong doakan ye =). So, tahun ni sedang berkira2 untuk pi Perth untuk raya *jeling org2 Perth*. Tapi kan dik non, most prob I raya kat sini je. Sian pulak Peter kesunyian..*alasan tak bleh blah* Kalau Peter balik Iran *dia sekarang homesick tahap gaban, sian* baru la akan pikir betul2 nak raya Perth ke tak..hikhik.

Saturday, July 11, 2009

Kantoi

Oh, adik ckp mak baca blog..Errrr, hai mak!! *sambil lambai2 dan tersengeh kambing*. Yang gatal-gatal dalam blog ni sebenarnya main2 je ye mak *kaver diri*. Hiks! Love you mak.

ps: lepas ini semua entry akan berhemah dan bertapis 7 kali..hahahaha. Malu nak balik Malaysia mcm nih..huhuhu

Happy birthday Kim Heechul

Peminat Suju, semalam birthday Heechul a.k.a cinderella. Sekarang mode minat Heechul dan Siwon..haha


This Love versi Korea

Sambil buat keje *cecece* layan lagu2 korea, sedap pulak G-Dragon nyanyi lagu this love version korea. Ala2 mcm Am nyanyi lagu I'm your versi Melayu *saje ungkit*.



Tapi tatau napa clip dia semua takleh embed. Mencik betul. Kalau mahu tengok klip yang hot oleh G-Dragon yang menyanyikan Korean version of This Love (Maroon 5) , klik sini

Mari kita kongsi

Saya mahu berkongsi sedikit pemerhatian di sini. Mungkin ada yang boleh kita jadikan tauladan.

1. Kat sini *fokus pada my lab, lab org lain saya tak berapa sure*, supervisor memang akan bantu student dalam menjalankan research. Bantu in a sense turun padang dan bersama-sama merasai kesusahan student. Masa memula masuk dah perasan sebab dedua bos tolong kitorg semelih bebiri dan cuci usus untuk collect worms. Hari tu saya nampak encik bos bagi makan berpuluh2 bebiri ga*reth, even masa tu dia demam. Hari ni saya nampak bos kedua pulak datang bagi makan bebiri ga*reth. Dia bgtau dia nak bagi makan bebiri saya sekali tadi, tapi tatau bape banyak makanan nak bagi *saya tak inform dia*. Bila encik-encik bos free, depa akan masuk dalam lab, sarung labcoat dan sama2 dengan students dan staff untuk proses sampel. Perhubungan yang baik *setakat ini* dengan staf-staf menyebabkan staf hormat pada encik bos dan bekerja dalam suasana riang gembira. Saya sendiri merasakan tidak mampu untuk melakukan seperti yang encik-encik bos lakukan. Sibuk meeting dengan industry, consultation dengan farmer dan masih ada masa untuk bantu students buat research. p.s: dulu saya pernah berhadapan dengan manusia yang tidak terlibat dalam research saya tapi insist nama dimasukkan dalam manuskrip sebab dia ada bagi pandangan kononnya. Demand kalahkan supervisor!. Take note yang untuk ada nama dalam manuskrip, seseorang perlu terlibat dalam 2 dari yang berikut; 1-merancang experimen, 2-menjalankan experimen, 3-menganalisis data, 4-menulis manuskrip.

2. Saya sangat lembab daya kecekapan otak. Tambah lagi benda-benda yang melibatkan nombor2 *nama artis jepon korea leh ingat sekor2 pulak kan*. Maka saya sedikit stress bila kena buat analisis statistik. Namun saya sedikit sentap bila encik bos gigih juga memberikan saya tutorial sepanjang 2 hari penuh. Sepanjang 2 hari, saya perhatikan encik bos saaaaaaaangat sabar. Yer, kebetulan kot saya dapat encik2 bos yang sabar ya amat. Dia mcm tak rasa annoyed untuk explain panjang berjela. Yang depa pantang kalau kita pura-pura pandai tapi sebenarnya apa pun tatau. Saya hampir menangis masa belajar stat kerana terharu encik bos ajar saya satu demi satu bagai seorang ayah mengajar anaknya. Kesannya, saya jadik bersemangat dan tidak lagi mahu menghindari stat. Kesabaran dalam memberi penerangan setiap teknik dalam lab, mengajar stat, telah membuatkan saya lebih memahami apa yang saya lakukan sekarang. Tipu kalau saya kata saya tak pernah buat encik bos saya rasa tak best. Tapi mereka tak pernah pandang rendah pada student sebab konsep depa
a. sapa yang tengking-tengking student buat salah tu sebenarnya depa pon tatau apa yang betul.
b. setiap orang bermula dari bawah, even yang menang anugerah nobel. jadi kita sepatutnya hargai juga pandangan amatur.
Depa guna cara explanation berhemah. Dan saya adalah sangat suka.

3. Kat sini semua pensyarah guna konsep bukak pintu kalau ada kat bilik. Kalau nampak pintu tutup tu tandanya depa takde. Jadik tak timbul isu ketuk pintu sampai ganggu pensyarah demam yang sedang berehat *hiks*. Saya rasa cara nih sangat ok sebab sendiri paham kalau pintu tutup tu maknanya not available - tak kira la ada orang ke tak. Senang untuk semua orang, takyah nak ketuk sampai sakit tangan.

4. Ini benda yang kita memang tak boleh ubah kecuali yang baca point ni adalah menteri pendidikan *ulps*. Sama mcm uni2 kat tanahair, depa sini takde punch kad *termasuk staf sokongan*. Kerja adalah flexible, datang bila nak, balik bila nak. Yang penting kerja kena siap. Even kerja dari rumah pon boleh *kalau takde keje yang melibatkan lab/field* dan mereka bebas pakai apa saja pegi kerja. So, semua orang pakai sempoi ja pergi kerja - jeans, tshirt. Maka semua orang bekerja dalam keadaan tenang dan gembira dan kurang stress. Dan untuk RA yang dihire guna duit grant, depa tak kerja sampai 5 hari seminggu pon. Kalau kerja sampai 5 hari seminggu tu dah kira mcm gila rajin la. Tu sebab depa kata saya gila bila datang weekends buat kerja. Sepatutnya exception utk students sebab memang kena kerja kuat kan. Tapi encik bos pernah sound saya bila dapat tau saya balik dr opis pukul 11 malam. Dia kata untuk menjamin kerja kita bagus kita kena cukup rehat dan perlu enjoy. Tu sebab untuk stat dia suruh saya prektis 30 minit je sehari =), untuk buat lit review dan experimental design dia suruh spend setengah hari je setiap hari.

5. Saya tak pandai nak bagi ceramah agama, tapi saya tertarik bila encik bos bgtau dia dibesarkan dalan keluarga berpahaman yahudi yang kuat tapi sekarang dia adalah atheis. Bagi dia, agama menyebabkan manusia berpecah belah. Dia kata yahudi dan Islam tak jauh sangat beza dari segi cara hidup - depa pon takleh makan babi, depa pon kena makan binatang yang disembelih etc etc. Dia kata dia hairan kenapa teruk gila Yahudi gaduh ngan Islam. Bagi saya senang je, Islam pun suruh kita hormat penganut agama lain, walaupun kita tak setuju agama dia. Hormat dan ikut adalah dua benda yang berbeza. Masalahnya ada antara umat manusia nih suka overreacted main maki2 agama orang. Bukan nak menunjukkan keindahan Islam tapi takutkan orang dengan sikap kita. Bukan Islam je yang bergaduh sesama sendiri mcm syiah ngan sunni, tapi agama kristian pun sama. Pendek kata sesama agama pon bertegang2 leher, inikan pula agama lain. Maka saya menyeru pada diri saya sendiri dan anda semua, kita janganlah maki2 agama orang kalau depa tak cari pasal. Tapi mcm kes kat gaza tuh memang saya mencarut je. Sama-samalah kita tunjukan Islam is the way of life, mengangkat tinggi martabat wanita, menghargai lelaki, mendisiplinkan dan menenangkan umat manusia. Tolong juga doakan supaya encik bos diberi hidayah oleh Allah kerana sungguh, dia adalah orang yang baik. =)

Semakin hari saya rasa semakin matang bila didedahkan dengan budaya yang berbeza =).
And I love UNE.