Friday, July 10, 2009

Himpunan kisah bukan teladan

1. Penat, dah berapa hari tidur lambat.
Hari 1 tido pukul 4, hari 2 tidur pukul 2, hari 3 tidur pukul 2 jugak. Hari ketiga je yang bersengkang mata siapkan report, ari lain tuh meroyan je lebih. Report masih tak siap lagi. Tapi sebab dah menghadap encik bos, dan dah tahu apa correction yang nak dibuat, lega. Weekends akan siapkan repot *mode berdoa* so that minggu depan boleh berpoya poyaan silang kaki sambil hisap rokok tengok youtube berejam2 (2 hari je pon) sebab kedua2 encik bos takder.

2. Trial experimen dah selesai. Bila saya siap repot nih, kena pulak plan untuk experimen sebenar *mode ketar*. Takut sebab compared to trial yang dah selesai nih, saya akan berhadapan dengan sample yang jauh lebih banyak, jauh lebih memeningkan, jauh lebih mengelamkabutkan. Variable yang nak diperhatikan pon jauh lebih banyak. So, next week kena list down segala benda yang nak beli sebab nanti bila Sa*ra cuti sebulan jenuh pulak nak oder barang. Baru meroyan nangis sedu sedan sibuk nak balik Ipoh kalau tau last minit barang tak cukup nak buat eksperimen.

3. Tadik encik bos ajak deting minum2 ala celebrate bday, hiks. Bukan yamseng laga gelas arak yer, minum hot choc jer. Encik bos siap nak ajak ga*reth join - ahaks. Tapi ntah mana pegi pokcik tuh, last2 kitorg lepak2 dua orang. Sekalik terkantoi ternampak wife encik bos. So, sempatlah saya berkenal-kenalan bermesraan dengan wife encik bos. Cantik, gagah dan nampak seperti wirawati penyelamat bumi wife dia! Ahaks.

4. Saya beli sleeping bag dora the explorer untuk kekanak masa nak tidur opis dulu. Kat label tulis tinggi 150 cm, so saya leh muat. Tapi lepas beli baru pasan ada lagi satu label tulis 14o cm je. Haruslah I dah terlebih 7 cm dan memang hazab tidur guna sleeping bag kecik. So, decided untuk bagi kat anak wijdan. Hari ni wijdan datang opis bgtau anak2 dia berebut sleeping bag tu. Yang saya pecah gelak bila wijdan translate isi pergaduhan anak dia
'This is mine. I like di*jah and di*jah likes me. So its mine! She gave it to me'.
Ala2 I nih rebutan lah sekarang kan? hikkks. Tapi memang anak dia tuh (Sa*nar) ala2 manja malu2 ngan saya. Bila jumpa mcm malu, tapi bila kami berjauhan, dia suka bagi benda - pas kat mak dia. Ni atas meja ada lagi lolipop bentuk lef. ahaks.

5. Ada kawan baru nama Thwi - pronounce toi. Dia dari Myanmar. Yang best, dia dulu keje dekat Penang sekejap, dekat ngan US*M main campus dan cinta hati dia sekarang tengah buat post doc kat kampus kejut US*M. For the first time rasa hati berbunga2 tahap gaban sebab leh cakap pasal Malaysia dengan relax. Boleh sebut Penang, Ipoh, US*M, Nibong Tebal.

6. Ahad plan nak tengok wayang dengan Eloi*de - member dr France. Tengah merajuk ngan Dha*rma sebab dia sekarang asik lupa date kitorg sebab hangat berchenta. hukkkkkks.

7. Semalam jumpa mamat super duper hot tengah bayar duit kat kaunter asrama. *kesat hidung darah*. Tataula cina ke korea ke jepon ke taiwan..Hot okeh, hot!!!!!!!! *kipas2 muka*

Wednesday, July 8, 2009

Glemerkah aku? ahaks

Sungguh, jadi glemer bukanlah best mana pun. hihi. I tak pernah minta dilahirkan glemer, tapi apakan daya, glemer sepanjang masa. Ahaks. Ini intro pompuan tua tak sedar diri. Abaikan

Sebenarnya tengah sentap sebab saya di sini selalu jadi bahan gosip. Balasan Tuhan agaknya kerana saya selalu gosip pasal orang masa kat Malaya dulu. Haish.

1. Pagi tadi sesampai saya di lab mereka sedang berbincang tentang pemakaian winter dan mereka bercakap pasal saya - si gadis ketar. Kemudian gemparlah sampai ke lab sebelah tentang saya diceramah oleh encik bos pasal pemakaian yang sempurna, sampaikan orang lab sebelah bawak student dia ke lab kitorg untuk menghadap encik bos. Beliau menyarankan encik bos pon menasihatkan student dari german tu untuk berpakaian mengikut piawaian winter. Helo, bukan german pun 4 musim ke? Perlu ke nasihat tentang pemakaian? Dah sah2 dari tempat yang ada winter! *mode jeles*. Huh!

2. Masa saya tengah bantu gar*eth dan sa*ra timbang bebiri *sebenarnya saya tolong bukak n tutup gate je..hiks*, saya dapat kol dari misbumblebee! terharu!!!oh, ni bukan gosip. Gosipnya adalah bila sa*ra bgtau yang encik bos bgtau dia saya bercakap dengan the 5B's. Dia terdengar kot semalam, masa saya tengah bagi makan. Haruslah the 5B's dibebeli oleh saya *tapi dengan penuh sifat keibuan* kerana depa gelojoh tahap gaban. Tak sempat baca doa makan, tak sempat saya hidangkan makanan, terus melahap mcm tak jumpa nasik rumput seminggu! Maka sudah menjadi cerita yang saya bercakap dengan bebiri.
Tetiba tadi..saya dengar sa*ra cakap dengan anak cacing!!!!! dengan penuh keibuan jugak caranya.
Saya terus sentap dan cakap kat dia.

'You are talking to larvae!'
Dia gelak.
Saya cakap lagi.
'Next time if Le*wis complained I talk with my sheep, I will tell him you talk with larvae!'
'He knows I'm crazy' dia balas dengan muka selamba berlagak.
'And he still dont know that I'm crazy'
'Hes figuring that out..haha'

Sentapppp!

Hari ni bukan birthday Yamapi

I'm 27 today.
Kepada pembaca, saya tak mintak hadiah. Hanya minta anda tengok klip yamapi selama 2 minit ini. Cik pensyarah sorang je yang boleh skip sebab klip ni lebih kurang yang saya tuju kat dia *as, ada oichik segala..keke*
So, jangan hampakan saya ye. Sila tengok. Walaupon dia sedang menggedik dengan Keiko di saat ini, saya masih ingat dia di hari lahir ini.



Klip ini semasa hari lahirnya yang ke 22, 2 tahun lepas. Tengok tau. Jangan tak tengok.
Tra, walau ko cakap dia mcm apek tak cukup zat, demi hari lahir aku, ko tengok tau?
Tengok tauuuuuuuu!
*meroyan pepagi buta*

Tuesday, July 7, 2009

Cemburu ku

'pernah rasa jeles yang melampau2 sampai kau rasa kau nak maki semua orang yang sebabkan kau rasa begitu?' Ini dari twitter kawan baik.

Jawapan, pernah. Rasa nak maki Keiko.

Rasa bersalah yang merenggut jiwa

Pernah tak rasa bersalah mencengkam jiwa, menular ke segenap salur darah yang ada dalam badan, bila kita dapat apa yang kita mahu, tetapi ia memberi kesan mudarat pada orang lain?
Malam tadi saya berdoa supaya encik bos kensel plan shopping bersama. Maka pagi tadi saya berpakaian mengikut piawai - thermal inners *terasa mcm heechul pulak bila pakai thermal*


then pakai tshirt, then pakai wool jumper, then pakai kot tebal. Pakai sarung tangan. Pakai serkup kepala.
Bila terjumpa encik bos di animal house *dia sedang bagi bebiri ga*reth makan* saya pon dengan riaknya menuju ke arahnya dan berkata
'I'm warm today'
Dia gelak sambil buat muka ala2 'Ye lah tu. Poyo je'
So, saya menayang wool jumper dan bagitau dia saya pakai thermal.
Then dia cakap dia demam, so memang tak dapat keluar. Agaknya sebab takde sikit pon riak sedih kat muka saya bila dia bgtau tak jadi shopping, dia ckp 'I know you dont want to go shopping with me'. Dia berlakon sayu pulak.
Sedih pulak rasa. Tetiba awan mendung berarak betul2 atas kepala. Bersedia menunggu kilat menyambar saya - balasan kerana telah menyakitkan hati seorang 'guru'. Walaupun dia berlakon je kecik hati, saya tersentap jugak sekejap. Teruk jugak nampaknya dia demam. Tapi sama je degilnya mcm saya, bila orang nak tolong dia bagi makan bebiri, dia tammo bagi! Alih2, dia yang nak tolong bagi makan bebiri saya. Apekah? Saya tercampak ke planet mana nih? Kompom bukan zargus kan?
Tapi esok bos kata dan diskas ngan saya pasal pakaian panas. Ala2 ceramah fesyen la kot esok. Dan akhirnya saya suggest supaya dia maklumkan pada saya apakah material yang sesuai, so lepas nih takdelah saya sibuk cari baju yang fesyen sama mcm yamapi tapahapa dan tak perlulah dia susah-susah bawak saya shopping *saya cakap sambil bagi senyuman paaaaaling menawan sebab takut dia kecik hati*. Finally dia setuju. Yes!
So, hari ini encik bos takde. Saya harap dia cepat sembuh. Kesian pulak nengoknya. Saya sebenarnya dah boleh sense dia tak berapa sihat sebab hidung dia merah2. Tapi bila saya tanya dia ok ke tak, dia sentiasa hairan kenapa saya tanya dan menegaskan dia sentiasa sihat dan kuat. Hari ni tetiba dia kata
'You can see it coming eh?'
'Yes, I can sense it' *muka berlagak mcm saya nih ada ilmu hitam*
'Amaaazing' dia berlakon kagum. 'Can u cure me then?'
*pengsan*
'No, I cant. kekek'
Semoga encik bos sihat dan kuat esok. Amin =)

Monday, July 6, 2009

Ini entry tiru Angah Zura

Saya stress agaknya, jadik gian nak menulis entry banyak-banyak. Angah tak tag, tapi saya nak jugak buat entry mcm dia. Pasal kisah tingkatan 4.

1. Dulu, cita-cita saya nak jadik ustazah. Lepas tu kawin ngan ustaz rock. Jadi saya berkira-kira mahu masuk kelas thanawi. Kebetulan, masa sekolah rendah ada basic bahasa arab, jadi kira macam ulang balik belajar bahasa arab masa sekolah menengah. Kalau ikut hakikatnya, taklah bagus mana tapi dah belajar berulang2..kira dapatlah tangkap sikit. Even monkey learn from repetition kan?
Namun, ayah mengusulkan saya amik kelas sains. Akhirnya saya masuk kelas sains dalam kelas sains itulah terbentuknya geng panda kumpulan adik beradik bukan biologis yang menjadi partner in crime dan menjadi saingan study secara tak langsung. Oh, masih ingat kawan saya yang digelar Ude dapat 100% dalam test sejarah. Panas je dok sebelah dia sebab saya memang susah nak lulus sejarah.

2. Saya ada menjalin perhubungan persahabatan dengan lelaki bahas sekolah lelaki. Oh, jangan salah paham, bukan hubungan cinta. Tapi saya pon tatau apa motif bersurat bagai masa tuh. Konon sesama pengerusi kelab ke hapa tah, so bertukar pandangan demi kemaslahatan kelab. Baik punya alasan kan? kekeke. Siap berbalas-balas surat menggunakan kakak tingkatan enam yang belajar di sekolah lelaki. Kalau guna pos, buang duit stem dan kompom akan ada problem sebab ustazah bukak semua surat dari luar. Kalau ada unsur keraguan, surat tu tak sampai ke tangan kita. Pernah ada seorang pakwe kawan lama hantar surat melalui pos, gigih guna nama pompuan kat signature untuk mengaburi mata ustazah.kekeke. Bila spot cek gigih sorok surat2 dalam plastik, pastu masukkan dalam baldi, telangkup kat ampaian..kekeke (budak taayah, note: masih ingat ARBAM yang glemer itewwwww???)

3. Saya pemalas sejak azali. Saya tak penah lipat baju bila keluar dari blok form 1. Masa form 1 kalau tak lipat baju cantik2 kena denda jalan itik. Bila dah jadik senior nih, pemalasnya Tuhan je tau. Selalu sumbat-sumbat je baju dalam locker dan tutup pintu. Sekalik ada spot cek barang 'haram' dan berhamburanlah baju-baju saya jatuh bila cikgu bukak loker. Bila saya dapat laporan dr student yang ikut warden, saya terus melarikan diri dari warden berkenaan selama berminggu-minggu. Tatau nak letak muka kat mana (budak taayah, note: cikgu ros anita..huhu). Eh, ni citer form 3 ke form 4..tak ingat..

4. Saya tak pernah jaga time add math. Bila dah nak exam baru gelabah ayam stress. Bukan saya sengaja nak tidur..nasik lemak dewan makan setiap hari rabu memang membuatkan mata mengantuk (alasan typical i budak taayah). Sungguh, tidur dalam kelas merupakan penyakit berjangkit merbahaya yang menular di taayah suatu ketika dulu.

5. Saya teringin nak masuk kawad. Tapi semasa pemilihan saya diserang lelah dan berehat di rumah. Kecewa bila adik-adik beradik yang lain masuk. Yang tak masuk hanyalah wanita2 solehah yang tammo hentak2 kaki..Hanya saya yang kurang solehah, tapi tak masuk sebab lelah...huuuuuuuuuuuuuuuu

6. Saya dilantik menjadi naib presiden persatuan agama dan dakwah. Fuh, sentap kan? Inilah padahnya bila undi angkat tangan. Saya kan luas tanah jajahan, jadik orang lantik saya bukan kerana kredibiliti. Kerana mereka tak takut dengan saya barang kali. Nak pengsan bila dapat jadik timbalan presiden, tapi akhirnya menggulingkan diri sendiri kerana saya takut kena panah petir tak mampu memikul tanggung jawab yang sungguh berat itu. Ayang dan Ateh bersama-sama dalam exco dan kami sahaja yang mcm aneh dari orang lain..huuuuu Ayang biro penerbitan dan publisiti kan?kekeke

7. Masa tingkatan 4, abang STA bangunan sebelah *dari sekolah lelaki* takde yang vok. Yang vok hanya ketika saya tingkatan 3. Boleh angau dibuatnya. Sekalik bagi nasihat dalam ceramah, semua org mcm terpana dan mendengar nasihatnya. Kellas! (note: apa khabar epoi a'a? keke)

8. Hanya pakai nametag *itupun nametag kutip tah mana-mana jumpa* dan buat pasola *lipatan tudung* ketika perhimpunan. Sekalik terkantoi dengan cikgu kelas sebab saya terlupa bukak nametag lepas perhimpunan dan cikgu mempertikaikan apa nama saya yang sebenar. Oh saya rindu mendiang cikgu chee yang selalu marah2 sayang kat saya.huuu

9. Selalu meyarankan adik2 bilik berbuat jasa pada senior dengan mengambilkan makanan di dewan makan setiap kali waktu makan malam..hakhakhak. I love my dormmates!

10. Mak datang melawat tetiap mggu sampai habis SPM sebab rumah sekangkang gajah dari sekolah. =)

11. Masuk banyak2 persatuan sebab nak makan McD dan KFC bila jamuan akhir tahun. So, saya adalah ahli PBSM yang tatau nak balut luka orang mahupun buat PCR CPR. Saya juga adalah ahli silat olahraga yang hanya beli baju, datang latihan celup-celup. Kesannya, hanya tau kuda-kuda dan menumbuk muka orang.

Update lagi

1. Peminat-peminat Big Bang, sila klik sini. Lagu baru dah release. Kali ni depa nyanyi lagu dalam bahasa jepon. Oklah rentak lagunya. Tapi saya perasan lagu boyband korea nih liriknya mengarut sikit. Ala2 lirik dewasa, walaupun takla over mcm lagu omputis. Still, saya lebih suka lagu boyband jepun sebab depa jambu tema lagu lebih meluas skopnya - persahabatan, motivasi, bukan cintan cintun mengorat perempuan seksi semata-mata mcm kebanyakan kumpulan.
Untuk Big Bang, saya suker G-Dragon kerana dia nampak cool ala2 ganas masa menyanyi tapi sebenarnya dia sangat pemalu. Suka tengok gesture tangan dia kalau dia malu, ala2 kipas muka dan tutup2 muka..hiks. Dannnnnn, dia penah date ngan pompuan tua..keke. Maknanya dia adalah adik ikan sejak azali.


2. Sekarang lebih fokus rasanya sebab baaaaaanyak kerja. So, kalau ym tak berbalas tu mintak maaf ye, jarang ada depan lappie. Anda semua tetap di hati. Yamapi je dah takde kat hati sangat. Masih sakit hati. hehe

3. Hari Sabtu hari tuh tertinggal bas. Pagi tadi pon tertinggal bas. Sesuka hati je pakcik bas dtg awal sikit sebab tak ramai student dah - tgh cuti sem. Masa hari Sabtu tu, dah tertinggal bas, menapak ke bus stop pertama. Selalu driver lepak sini dulu sebelum bertolak. Kebetulan ada bas masa tu, tapi pergi tempat lain dulu, baru pusing balik dan ke uni. Since sejuk sampai saya terketar-ketar, pakcik bas ajak naik bas ngan dia. Masa tuh memang takde pikir buruk apa dah. Lagipon wij*dan (opismet) penah guna tektik ni dulu - buat muka sedih dan overkan ketaran, pasti pakcik bas offer naik bas..keke. Sebab kalau tggu kat bus stop sampai bas pusing balik, kompom mati keras. So, bersenang lenang dalam bas yang ada heater sambil gossip2 masa pusing2 bahagian south. Bayar 2.50 je, tapi leh pusing sampai south..hiks. Terima kasih pokcik bas!!!

4. Hari Sabtu dapat tau the 5B's dah makan. Licin semua bekas. Alhamdulillah. Happy sangat bila depa dah berenti merajuk tak tentu hala nih. Sedang saya menghidangkan makanan untuk mereka, Ga*reth jerit
'do you want me to feed your animals tomorrow?'.
Hadoila..tolongla jangan baik sangat, goyah hati i nih taww. Terus mode angkat tangan takat dada 'Ya Allah, kentalkanlah jiwa, dan kuatkanlah iman untuk menepis sebarang godaan yang mendatang..' hehe.
Saya tammo dia bagi makan bebiri saya sebab terang-terang tak fair. Dia tak bagi saya take turn untuk bagi bebiri dia makan sebab for each of his animal ada pengiraan makanan yang berbeza. So, saya decide mintak tlg orang yg jaga animal house yang bagi makan since Ahad memang takleh datang. Sejuk2 mcm nih mmg saya tak mampu nak tido opis. And yes, saya tetap cakap melayu ngan bebiri tu. Ala2 mcm cakap melayu ngan anak omputis..keke.Amacam, ada can jadik mak tiri tak agaknya?hahaha

5. Bercakap pasal sejuk, mungkin saya tak perasan tapi semua org perasan saya memang terketar2. Saya rasa taklah teruk sangat tapi ntah kenapa dah jadik isu lab. Terus encik bos bagi arahan untuk ikut dia keluar esok - beli baju tebal katanya. Sentapppp okeh! Saya menolak dengan cara yang baik tapi nampaknya Sa*ra dah jadik tagteam ngan encik bos, menyebelahi bos dan menyebabkan saya takde geng. Depa siap menyelidik apa jenis pakaian saya pakai, bape lapis, stokin apa..Sentappp lagi! The conclusion: saya tak reti berpakaian untuk winter. Ala2 disaster la nih walaupun saya dah pakai baju 3 lapis. Encik bos kata saya tak pilih material yang betul. Malasnya nak keluar deting ngan encik bos esok..*sigh*. Tammo keluar dengan encik bos!!!!!!!!!!! Benci bila rasa mcm sangat tak reti apa dan last2 menyusahkan semua orang.

6. Artis, masa diriku bergosip denganmu, Peter lalu sampai dua kali dan dia telah melihat sisi gelapku ketika mengenok dengan you! Saham sudah jatuh menjunam nampaknya..kekeke.