Monday, July 6, 2009

Entry bergambar

Entry bergambar

Pagi tadi otw balik kandang, nampak dedaun ada frost. Semakin sejuk.



Kepada rakyat Malaysia yang menerima sms dr saya sampai pat lima nam kali, maafkan saya..Ada masalah dengan coverage. Selalu akan keluar notification begini walau pada hakikatnya sms tu sampai. Hampeh betul. Tapi to be on the safe side, saya selalu send sampai tak dapat notification. Kalau meroyan, saya send sms sampai org balas.



Ni poskad misbumblebee bagi bulan lepas. Thank you.



Ni fadhilah bagi. Thank you! ps: sentap bila menerima poskad2 berunsur makanan nih!



Ini poskad dari mak. Dari dulu saya suka handwriting mak. Habis semua buku mak tuliskan nama. Sampai sekarang kebanyakan borang-borang mak yang tuliskan. Tulisan mak sangat cantik.



How I wish ayah diposting balik ke Semenanjung =(



Ni semalam kat mall, bertembung dengan anak member Iraq. Dia bergambar sebelah penyertaan pertandingan mewarna. Yang dia pegang tu dia punya penyertaan.



Ini wok yang encik ga*reth bagi.



Ini kuiz FB yang pilihan jawapannya berkisar lelaki jambu. I loike!



Ini sign itik melintas.



Kedua-dua gambar ini merupakan bukti stickynotes saya telah divandalismakan oleh ratu goss india itu. Saya kononnya mahu recycle notes ini sebab saya selalu tiada di bilik. Punah harapan mahu tampal semula sticky notes ini. Mungkin ratu goss itu ingat notes ini hanya untuk dirinya seorang..huhu



Ini masjid. Ada sesiapa mahu menderma?



Saya sudah berdaftar dengan Asthma Foundation. Ingat dapat ubat percuma, rupanya dapat Emergency card sajer. cis. Dan segala urusan kecemasan di sini, saya namakan encik bos sebagai waris untuk dihubungi. dasar kan?


Hari itu saya gembira bila membuka radio aol dan memilih stesen jpop dan mendengar lagu kumpulan NewS dimainkan. Yer, kumpulan NewS yang diketuai oleh Yamapi. Yamapi yang telah menghancurkan hatiku kerana bersetuju melakonkan aksi peluk cium dan menggedik dengan Keiko!



Dan gambar ini tak perlukan penjelasan. Yer, dialah Keiko.

Sunday, July 5, 2009

Ini entry fangirl emo melampau

Saya menentang keras kissing scene dalam movie atau drama, terutama yang melibatkan Yamashita Tomohisa a.k.a Yamapi. Saya takkan tengok cerita ini (T_T). Hati bagai disiat siat. Kemudian dipotong menjadi dadu. Kecil-kecil. Halus halus. Cerita Prodai pon saya tak tengok – tengok episode satu je dah buat saya hangin satu badan. Kalau saya tengok sampai kissing scene mesti saya terus pengsan seminggu. Kenapa perlu ada scene peluk2 dan cium-cium? Kenapaaaaaaaaaaaaa? Tengok aksi tolak2 manja dengan badan pon saya rasa nak tolak pompuan tuh sampai tergolek ke sebelah sana. Ini amaran buat pengarah cerita jepun. Jangan buat lagi scene mcm nih. Sudah hilang seorang penonton drama jepun. Takkan beli CD ini. Lihat? Belum apa-apa anda sudah hilang beberapa ringgit Malaysia. Huh!
Nampaknya hari lahir tahun ini sungguh mengecewakan. =(
Mahu menyepikan diri..mengenangkan diri yang selalu dikecewakan….



Lagu baru Arashi

Arashi dah release single baru. Sapa nak tgk klik sini. Yer, kumpulan Arshi tu lah yang ada Matsujun yang berlakon jadi Domyouji dalan Hana Yori Dango. Arashi juga ada Sho dan Nino yang berlakon dalam Yamada Taro Monogatari tuh.
Suka lagu depa yang ni. Tapi malas nak tepek youtube. Kang adik-adik ikan meroyan..keke.
Is it just me atau memang Matsujun semakin hot? *mode kipas-kipas muka*

And yes, sho sentiasa semangat nyanyi. Sampai tegang2 urat leher! I loike!

Bakal adik ipar, sori tak snap gambar abang leadermu. Tak cukup hot di mataku.hehehe.

Saturday, July 4, 2009

Ini entry tiru Am

Ini tiru entry Am, walaupun takde sapa nak email saya tanya apakah persiapan ke Armidale. Tammo cakap pasal Aussie sebab saya tatau tempat lain mcmana.

1. Mental. Mental kena agak kuat sebab sini ada 2 orang Melayu saja. Ciktutor dan Encik Saa*di. Encik Saa*di pulak akan habis pengajian dalam tempoh 2 tahun. Tinggallah ciktutor sahaja setakat ini Melayu Malaysia di Armidale sehingga 2012. Ciktutor kadangkala adalah meroyan mental, maka dinasihatkan kepada sesiapa yg ingin menyambung pengajian di tempat ini, berfikirlah semasak-masaknya kerana dikhuatiri anda pula yang down nanti. Jika anda merancang untuk menjadikan pengembaraan di tempat orang ini serampang dua mata - pulang dengan PhD dan pulang dengan suami, sini bukanlah tempatnya untuk mencari suami berbangsa Melayu *kesat air mata*. Kecuali anda mahu suami berbangsa asing.

2. Fizikal. Fizikal kena kuat. Dengan keadaan suhu yang lebih tggi dari kebanyakan bahagian aussie yang lain, anda dinasihatkan mempunyai penebat haba semulajadi yang baik. Jika tidak, jadilah seperti ciktutor yang asik membeli baju di kedai second hand untuk memanaskan badan sendiri. Anda juga dinasihati untuk menjadi fit kerana jika tinggal di smith house dan terbangun lewat, anda perlu berlari sekuat hati dengan menggalas beg dan juga membawa laptop. Oh, muka juga kena tebal kerana pasti semua orang akan memandang anda kerana gegaran yang telah anda hasilkan.

3. Skill. Dinasihatkan supaya skill komunikasi berada di tahap yang baik. Sini, sapa tak mintak tolong, dia takkan dibantu. Sebab sini orangnya berterus terang. Maka, digeneralisasikan bahawa orang yang tidak komplen apa-apa itu tandanya tiada masalah. Jadilah seperti ciktutor yang asik komplen semua benda..huhu. Skill memasak juga diperlukan demi memastikan tiada mangsa kebuluran yang baru. Diingatkan bahawa di sini walaupun bahan mentah halal sangat mudah didapati, namun kedai makan halal hanya ada dua - kebab dan chicken and chips. Tiada beriyani delivery, tiada kedai nasik lemak. Kedai nasik minyak jauh sekali.

4. Jiwa yang kental. Jiwa yang kental amat diperlukan untuk menepis godaan tak sengaja oleh warga asing yang sangat gentleman. Ya, wanita akan terasa seperti sangat vok kalau bersama lelaki putih. Tapi kita kena kentalkan jiwa kerana kita taste org yg muka mcm yamapi.

5. Bahasa. Penguasaan bahasa inggeris yang sempurna tidaklah wajib walaupun kita perlu melepasi syarat IEL*TS oleh KP*T. Practise make perfect. Untuk memberi faktor penguat kepada penuturan kita, gunakanlah bahasa badan dan gaya tangan. Pasti berjaya.

6. Kewangan. Secara amnya, sara hidup di sini adalah tinggi. Felo dinasihakan agar tidak memohon ke sini. Ciktutor diterima oleh encik bos hanya kerana encik bos yakin ciktutor ada gaji bagi menampung biasiswa yang diterima. Kesannya ciktutor tidak menyimpan duit untuk kawin masa hadapan yang gemilang. Terpaksa joli guna duit biasiswa. Namun jika anda mempunyai wang simpanan yang banyak dan tidak lokek menggunakannya untuk menimpa pengalaman di sini, marilah. Kutunggu jandamu dirimu.

Emo dalam gedik

Hari tu masa aku gedik-gedik mesra alam, engkau jual mahal.
Sekarang bila aku dah malas nak tegur, buat-buat tak kenal, baru lah terhegeh-hegeh bersemangat waja nak bermesra-mesraan kan?
Sudehhhhhhhhhh! *menyempreng sambil memalingkan muka*

emo kat encik Peter.
Sekian harap maklum..kekeke

Photobucket

Friday, July 3, 2009

Happy birthday my great friend

My dearest buddy, cik pensyarah.
Happy birthday to you.
Didoakan semoga Allah berkati umurmu, murahkan rezekimu dan memberi yang terbaik dalam hidupmu.
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Walaupun kita ada perselisihan pandangan dan taste terhadap adik ikan, kita mampu mengharunginya semuanya dengan matang.
Sweet 17 yah!
Semoga tercapai apa yang diimpikan..Amin.=)

with love,
ciktutor yang dot dot dot.

ps: disebabkan takde kesempatan nak buat video birthday untukmu, terimalah video fangirl untuk yamapi..tengok tau..keke





Study rerajin!
ps: Sudah kembali pada Yamapi..artis lain tak best. harap maklum.keke

Thursday, July 2, 2009

Update

1. Semalam bday ke 26 Leeteuk, ketua kumpulan Suju. Selamat Hari Jadi Teukkie!! Semoga maintain comel sampai tua. hiks.

Gambar bukan hiasan semata-mata

2. Semalam bebiri sampai. Bubuh nama 1,2,3,4,5 dulu. Mungkin bubuh nama Baba, Bibi, Bubu, Bobo, Bebe. kekeke. Terima kasihlah atas cadangan anda semua..Bukan tak suka, tapi takut nnti mengelirukan orang lain kalau terdengar saya sebut Yamapi/Tra1/Mbek.hihihi.
contoh: 'should i collect faecal sample from yamapi today?' hoho..sangat tapahapa maknanya okeh!

3. Hidup jadi semakin busy bila dah ada the 5 B's (konsep ikut idea ayang, boh semua mula ngan B) nih. Kena pastikan depa makan dan bergembira. Pagi tadi nampak ada yang refuse nak makan. Merajuk agaknya sebab pindah rumah kan. Hope esok makanlah. Pagi tadi terkunci luar animal house. Sib baik Ga*reth - wira penyelamat bumi datang. Dia nak bagi makan berpuluh2 bebiri dia. Agak amazed bila tengok Ga*reth tetiba ketawa bahagia melihat bebiri dia yg cedera semalam makan dengan lahap. Matanya berkaca2. 'Look at him! He's eating greedily! Greedy bloke!' Wah, suka tau tengok lelaki yang berkasih sayang dengan binatang *mode tampar2 muka sendiri - dia laki org!*. Nampaknya kena jauhkan diri dengan Ga*reth, dia terlalu comel dan baik! Dia dah bagi saya strain anak-anak cacing dia yang berharga beribu-ribu ringgit Malaysia dan dia juga sentiasa amik berat dan memastikan saya buat experimen dengan betul. Kena kentalkan hati!! Jangan tergoda!!!

4. Kena sound dengan bos. Lagi. Kali ni sedikit menyentapkan. Dahla terkocoh2 jumpa dia untuk analisis data. Kalut bagi makan the 5B's, bagi makan ubat..then berlari-lari amik data terakhir eksperimen. Sebenarnya data habis collect hari ni, tapi tersilap cakap kat bos. Terbagitau kat dia: semalam last, tu yg dia nak analyse hari ni. I senyap je tak reinform kat dia bila sedar tersalah bg tarikh. Nanti mesti dia hangin sebab nampak sangat tak terurus, sokmo lupa tarikh. So, pagi tadi terkocoh2 bagi makan n bagi ubat kat the 5B's, kemudian terkocoh2 pulak amik data akhir eksperimen. Bagitau bos lambat jumpa dia sebab uruskan the 5B's. Sebenarnya yang buat lambat sebab amik data akhir...huhu.
Masuk je bilik dia, dia terus sound
'I have something very serious to talk to you'
Sentap okes..Tapi sebab masa tu penat sebab terkocoh2, dan badan bau bebiri, so taklah tersentap sangat. Distracted dengan keadaan diri sendiri yang penat dan berbau.
Tapi terfikir - mampuslah dah terkantoi. Mebi dia tau saya jadikan 5B's tu alasan jumpa lambat, sebenarnya tak habis collect data! Mesti dia ingat saya nih penipu! Oh, what should I do? begitulah lebih kurang benda yang sempat terfikir.
'What did you write in your email to me?'
Lagi la sentap..Masalah apa pulak ni..Rupanya sebab saya tulis 'Dear bos'..huhu
'What is MY NAME?' dia tnggi kan suara.
'Assoc. Prof. Dr. x x' saya jawab pelan..Kalau u ols dengar mesti gelak guling2.Inilah lontaran suara paling perlahan yang pernah saya berikan.
'No, thats not my name. I had this problem with Indian student before. I know it's your culture to call people by the title but I'm not happy with that. I'm giving you permission to call me by name'
'Can I call you Dr. x?'
'Ok, fine. From now on I will call you Miss XXX BINTI XXX. Is that ok?' sambil bulatkan mata dan angkat kening dengan mesej 'oh, ko nak main kasar ye? hamik!!'
'Thats not ok. Ok, I understand now.'
Still, saya refuse untuk guna nama dia kalau dalam conversation. Mcm pelik.
Budaya. Budaya yang membezakan kita. Masa kat matriks dulu tersasul panggil 'cikgu' kat lecturer pompuan, jenuh kena sempreng. Kita sure rasa pelik kalau students tetiba panggil nama kan? Tapi kalau adik ikan I rela..hakhak.
So, kesimpulan: bos tatau saya termenipu dia pasal sampling date.huhu

5. Sepanjang hari deting miting ngan bos sampai rasa nak pengsan. Bilik dia sangat sejuk sampai saya tak perasan saya cakap terketar-ketar. Harus disarungkan jeket mcm dalam citer omputis tu - tu dia aih berangan, keke *tampar muka lagi sekali, dia laki org! *. Adik ikan gentle, ko tak penah sarungkan aku jeket masa musim hujan di KT!! Dan yer, encik bos sangat sabar mengajar saya yang lemah matematik ini. Kalau saya jadi dia, mesti saya dah suruh balik baca sendiri sebab lembab benor nak paham statistik. Berhenti untuk lunch dan kemudian sambung balik sampai habis bateri laptop time habis opis hour. Fuh, kepala terasa membengkak sebelah. Tapi sedikit bersemangat sebab bos ajar mcmana nak analisa data yang saya rasa suam-suam kuku. Rupanya banyak benda leh analisa. Oh, depa sini guna JMP, tak guna SPSS. Mcm lagi mesra penggunalah JMP ini *komen ikhlas dr orang yg tak reti statistik.

6. Te*guh and So*ni habis training esok. Esok balik Indo. Agak sedih sebab dah hilang 2 orang pakcik yang jadi rakan gossip tegar. Dah takde orang nak ajuk saya cakap BM. Takde orang nak bergurau-gurau dalam bas dah. Takde orang nak bagi saya semangat masak. Takde orang nak report kat saya kalau ada lelaki baru yang hensem kat jabatan. Dan takde orang dah nak tolong selidik orang tu dah kawin ke belum..keke. Gurauan terakhir kitorg dalam bas adalah semalam -'Awak punya dagangan nggak laku' komen Te*guh bila senyuman saya pada sorg makcik tak diendahkan. Sentap kan? Teringat gurauan 'menjaja' dengan rakan baik..*seka air mata*. Dan sedikit terharu bila depa risau saya nak pindah ke dalam asrama. Hope semua ok sebab adik Joe yang kacak ada kat asrama. hihi.
Malam ni depa ajak lepak2. Tengoklah mcmana..Badan penat, rasa mcm nak terus tidur. Rasa nak jumpa kejap, tapi ngan depa nih takdenya kejap. Nak goss pasal Cik Puan Temenggong lagi, nak gossip pasal lecturer hensem lagi..sure sampai lewat malam. Haish..susahnya bila kena memilih antara tidur dan gossip!!

Te*guh, ciktutor, Jenny dan So*ni.

7. Pagi tadi ada sorang mamat omputis asik pandang arah saya masa dalam bas. Mungkinla sebab saya nih tak comel kot kan *pikir negatif*, takpon sebab saya mempesonakan *terlebih positif*, takpon dia stare mamat nigeria sebelah saya *pikir kemungkinan lain* atau pandang pemandangan kat tingkap belah saya *pikir remeh*. Tapi yang nyata saya takleh rasa org stare, mesti jadik adegan tapahapa. Elok saya nak turun bas, saya tersadung kat tangga! Hampeh betul!!!*tampar diri sendiri - jangan perasan* keke

I'm off home.

ps: sori kalau ym2 tak berbalas, tenet kat asrama cam hampeh. Kat opis lak kurang kelapangan.