Thursday, May 7, 2009

Mendebarkan!

Hari ini adalah hari pendarahan berterusan yang mendebarkan.

  1. Senggugut lagi di awal pagi dan memang decide tammo pegi skul. Kaki cramp – takut nanti tumbang tengah jalan. Tapi dek kerana dah janji pada Sara – technical officer dalam lab untuk refresh cara identify anak-anak cacing, maka gigihkan juga kaki melangkah sambil bercakap dalam hati 'tunggu ye anak2..ibu akan datang menemui kalian'. Tak masak. Pergi ke kedai kebab dan yang bertugas hari ini adalah adik arab yang saaaaaangat comel. Bersemangat memberi salam kepada saya dan memanggil saya sister…Mendebarkan! *kesat hidung darah*Haha. Mari tebar jala!!
  2. Debaran berterusan bila hidung mula darah – kali nih bukan main2. Dah darah betul. Entah kenapa. Sebab cuaca sejukkah? Dan saya pasrah aja. Since tak jumpa lagi geng nak pegi Japanese night malam nih, saya mula terfikir. Agaknya malam ni memang tak dapat pegi – sebab tu Allah bagi hidung darah sesiap. Malam nih taklah terkilan hidung tak darah..huhuhu.
  3. Mggu depan pegi farm hari isnin *kena bangun awal*, dan tadi sudah membeli boot untuk ke ladang. Sepanjang perjalanan membeli boot, Sara memberi penerangan ringkas aktiviti di farm nanti. Beratus ratus haiwan akan disampel. Mendebarkan…
  4. Sepanjang perlanan juga Sara explain cara isi minyak dalam kete jabatan. Oh gosh! Kalau nnti saya naik basikal ke sampling site takleh ke? Mendebarkanlah bawak kete jabatan. Kalau termasuk gaung mcmana..hukkks.
  5. Mamat Iran yang muka persis Peter Petrelli senyum pada saya setelah sekian lama bermuka sombong..Mendebarkan..hahaha..Ini point over – sila abaikan. Hidung tak darah ye, harap maklum.
  6. Students Indo ajak join depa organize Indo Culture Festival bulan August nnti. Pergh… Adakah ini boleh dikategorikan sebagai berpaling tadah terhadap negara tercinta? Berdebar pulak memikirkan akan join depa. Pasti sayu. Orang Malaysia, muncullah! Malaysia, aku cinta padamuuuuuuuuuuuuuuu.
  7. Akhirnya pergi Japanese night dengan Ifa dan Atik. Sebelum ni ajak Presiden Persatuan Indo untuk join *hamik, terus ajak presiden!* sebab tatau makcik dua orang tu nak pegi. Tapi mamat tu tammo. Lagi sejam lebih sebelum festival, Ifa bgtau dia nak pegi. Wah, terus tergedik2 menapak ke tempat itu. Sangat mendebarkan bila nampak adik ikan jepun jaga pintu.haha. *lap hidung darah*. Baru nak tegur adik penjaga pintu Ifa ajak blah sebab lambat lagi mula acara. Cis!
  8. Otw pegi Japanese night, teman ifa singgah library – dia jumpa AKE! Hakhakhak. *darah hidung*. Dan dia masih ingat saya! Yay! Yay! Ake sangat comel mencarik2 tiket flight nak balik bercuti ke Bangkok. Rasa mau je cakap – bawalah diriku..err, tapi dia tak paham kan? nampaknya kena mula belajar bahasa Siam. Ada sesapa reti?
  9. Ifa rupanya nak pegi audition soap opera *kelles kan?*, so dia dan Atik pergi library kejap untuk prektis lines dan cari lirik lagu kat tenet. Saya lepak kat dalam bangunan sebab kaki cramp. Since bosan takleh masuk-masuk lagi, telah melepak2 sambil bersembang dengan sorang makcik omputih. Dia minat Japanese culture dan bersemangat nak pegi jepun bulan oktober. Makcik tu sangat ramah. Saya yakin kalau dia muda sikit, pasti mudah menghasut dia minat jpop dan kumpulan2 jepun yang jambu2. Bila masuk dalam tempat persembahan, makcik tu ajak dok sebelah dia – sambung lagi sembang sampai mula program. We had so much fun nyanyi sesama dan main teka2 jawapan kuiz – masa awal acara depa bagi kuiz dan sapa tau jawapan kena angkat tangan. Bila dah tengah break sebelum acara lain mula, makcik tu tetiba ajak datang umah *ulps*. Dia siap bagi alamat umah dan num tepon dan dia cakap nnti dia dan husband akan fetch kat asrama, mebi mggu depan. Mendebarkan okeh. Nanti dia akan confirmkan kemudian. Mungkin ajak dharma – in case depa adalah sindiket nak jual pompuan. Alang2 kena jual, baik kena jual sesama.
  10. Ifa kenalkan Keichi – jejaka jepun yang kacak. *hidung darah*. Sempat bersembang2 dengan dia. Suatu hari nanti mungkin akan bertanya pasal Yamapi – kalau dia penah dengar nama Yamapi..keke.
  11. Salah sorang yang buat persembahan bermuka seperti Max Changmin DBSK. Mamat tuh dari Chubu Univ..Sungguh menggetarkan jiwa okeh! *sumbat hidung dengan tisu*.

Hari ini penuh dengan pendarahan dan debaran. Masih berterusan sehingga ke saat ini. Oh, saya perlu rehat!

Mentally saya tak ok – pikir banyak benda.

Physically saya tak ok – drained.

Tapi jiwaku…..seperti gadis remaja yang baru berusia 15 tahun..kekekeke

Wednesday, May 6, 2009

Kisah

Himpunan kisah-kisah teladan

  1. Dah pegi melihat2 kawasan kajian. Menarik! Dan sudah mula rasa cuak tapi disulami kebahagiaan bila membayangkan bebiri akan berkejaran di kawasan itu. Beberapa jam brainstorming dengan sv utama telah membuatkan saya sedikit nampak perjalanan projek *bayangkan, sendiri yg tulis proposal, sendiri tak paham, boleh?* tapi mungkin saya banyak buat muka konpius sebab asik2 sv cakap 'let me know if you are not following me'.

    Dan saya nampaknya kena start dah small experiments dalam lab time winter nih. Kena pulunlah nampaknya, sebab literature review tak berjalan-jalan lagik nih. Semangat! Semangat! Hukkkks.

    So saya akan allocate pukul 8pg – pukul 3ptg waktu Malaysia untuk pulun buat kerja. So, hope segala ym2, kita buat lepas waktu tu. Pengecualian untuk gossip sensasi atau proof-hearing lagu *adakah istilah ini* atau kecemasan. *gelakkan diri sendiri dengan azam ini*

  2. Sv rupanya pandai mengenakan org. Sentap! Wah, semua orang adalah menyentapkan!

    'So, after this we will go to my office and discuss about the design u've work out on'

    'Ok. Err,is it ok if I go back to my room first and print out the draft? Then I will go to your office'

    'No dijah, it is not ok' *sambil geleng2 kepala*

    'Erk..ok. I will go straight to ur office then' *suara perlahan*

    'Haha, of course its ok! Print out and then come to my room'

    'Erk….*apekah*

  3. Minggu depan ikut orang lab pegi farm. Berdebar tapi gedik juga mahu pergi. Semoga takde kejadian yg tak diingini berlaku.
  4. Wanita itu tidak dapat ikut ke Japanese night esok – confirm ada teleconferencing. Dia dalam mood cuak tahap gaban dan dalam fasa separa meroyan. So, hari ini kurang kacau dia – hope she will do fine tomorrow. Telah hasut wanita Cambodia – tapi misi GAGAL. Orang ajak dia join – dia tersasar berfantasi mcmana nak buat Cambodian night, padahal depa ada 6 orang je..hiks. Sentap! Tapi betterlah dr saya berangan nak buat Malaysian night. Ada 3 orang je kan? Main lat tali lat tamplom je lah sebagai persembahan. Aci?
  5. Usaha untuk mintak duit tambahan sship dr uni utk gagal – sebab kalau campur gaji *sukahati je campur gaji kan?* depa kata saya dapat duit banyak. Takla frust sangat sebenarnya sebab tak hantar pon surat tu lagi, baru tanya kat sv. Tapi bagus jugak bila buat ginih, sv ada cakap2 pasal tutoring and marking. So, dia sedikit alert yang saya nih takla kaya raya kan, sampai buat surat nak mintaksedekah bantuan. So, hope kalau ada peluang dia akan bgtau. Memula nih memang seram je kot pasal finance, hope later akan ok. Ps: pesanan kalau Cu membaca blog ini, sila rajin-rajin simpan duit, kalau2 anak saudaramu ini suatu hari nnti tetiba memerlukan duitmu..kekeke. Bukankah CD2mu CDku jua, maka seharusnya duitmu adalah duitku juga?kekeke*kidding – jangan repot kat opah*.
  6. Semalam kelas statistik. Belum sempat nganga kelas dah habis – ½ jam je. Kelas habis cepat sebab ramai tak datang. Taklah teruk sangat sebab dulu berkawan dgn org2 usm yg terer statistik. So, at least penah dengarla benda2 yg depa sebut.Walaupun tak paham apa yg depa sebut, tapi pernah dengar. So, kompidenlah sikit. Er, takpe kan kompiden walau tatau hapa?
  7. Pagi tadi bangun lambat sebab senggugut – so tak masak *alasan*. So, hanya makan nasik dan telur rebus dan tomato untuk lunch.

    'Lunch?' tanya mamat indo yang selalu saing naik bas sama.

    'Dah. Masak' *nada berlagak sambil buat muka keji sikit*

    'Wah, masak! *nada sedikit mengeji*

    Masak apa?'

    'Telur rebus' *nada dah kurang berlagak'

    'Hahaha..itu bukan masak namanya!'

    *Buat muka malas layan*

    'Kapan kita mau masak sama2?'

    'Orang Malaysia tak cakap kapan, teringat orang meninggal' *mode balas dendam sebab kena gelak*

    'Tak bollehlah cakap begitu dengan diyer. Jangan guna kapan, guna biller' *sampuk sorang lagi laki dengan muka keji dan nada yang over*

    'Ahhhh! Ada-ada aja! Biller nak masak sesamer?'

    series okeh bunyik sangat pelik. saya terus gelak sebab depa suka over2 ajuk saya cakap melayu. Tapi ok lah jugakkan, dapat gak cakap melayu. Bila gian nak cakap melayu, akan singgah bilik depa kat opis.

    So kalau ikut perbincangan sambil pengejian tadi, hujung mggu nnti nak masak berjemaah kat main kitchen kat satu building lain – konon nak masak banyak. Kitchen tu besar ya amat, tapi jauh dari bilik saya. Tengoklah apa jadi. Kalau depa buat-buat lupa, siap!

Monday, May 4, 2009

Menjelang 12 Mei

1. Drama ada di mana-mana saja. Kali nih, ada hamba Allah telah mencetuskan drama sensasi sampai ke peringkat jabatan, dan tempiasnya terkena pada saya. Since yang cetuskan isu itu adalah Muslim, orang opis ingat sayalah orangnya. Sib baik dharma cepat2 beking
‘no, its not her, she is my friend. I love her’.
Motif cakap lef2 segala depan orang opis?kekeke.. Hadehla. Dan hari ni adalah kemuncak – nasib baik semua sudah selesai di pihak kitorg. Semoga orang yang terlibat dalam masalah ini dapat selesaikan masalah dengan baik, amin.
Bila dharma citer dia cakap pasal lef2 segala tu depan orang opis saya jawab kat dia.
‘Thanks dharma, I love u too. We love each other but we are not lesbians.’ *sambil melemparkan senyuman keji paling menawan*.
ps: dalam proses memalaysiakan mokcik nih secara tak sengaja. Selalu sangat terguna '~lah 'dan 'kan?'. Tadi cakap 'padan muka' kat dia..kekeke. Tolong promot univ saya kat orang2 malaysia especially lelaki yang single dan hensem yang sanggup duduk pedalaman. help!!!!! saya mahu cakap melayu..hukkkks.

2. Kelas statistik 4 Mei – esok kelas pertama bagi saya. Mampus tatau apa. Notes dia tak bagi. Kelas nih khas untuk tanya apa yang tak paham – dia akan ajar. Kalau takde benda langsung yang paham nak suh dia ajar apa ye? Soalan satu habuk pon tatau. Hope bebudak lain cerdas sikit otak dapat tanya soalan yang senang2. Kang soalan pon tak paham, ada yang kejang jugak dalam kelas nanti!

3. Japanese night 7 Mei - Dharma cakap mebi dia tak jadi pegi Japanese night. Dia ada teleconferencing ke hapa tah sampai malam – sv akan hantar dia balik. Dia suruh pergi sorang. Hidung berhenti berdarah. Dunia berhenti berputar. Kelam. Makin kelam. Tapi dia cakap benda nih tak confirm. Dia suh rajin doa supaya teleconferencing tak jadi..Dunia terang kembali. PAsti ada cahaya di hujung jalan. Pasti.

4. Hujung minggu – belum daftar kelas memandu dah nak kensel kelas boleh gituh? Keke. Sabtu nih ada wool expo. Ada demo cukur bulu bebiri seme. So, musti kena pegi. Hope leh bangun awal.

5. Kemuncak – 12 Mei 10 pagi ada perjumpaan ngan sv2 yang gagah perkasa. I hope semua akan ok. Gant chart je siap - tu pon semangat sebab nak plan balik kampung.keke. Tetiba experimental design jadi stuck – otak membeku selari dengan suhu yang menjadi sejuk. Tambah pulak bila dah pilih method tetiba pulak tadi baru terjumpa paper yang mempertikaikan method yg sedia ada..Kena baca baliklah jawabnya! Literature review pon dah stop.
Tataula ini ada kena mengena ke tak dengan kejayaan menghapal nama bebudak suju – so, dah takde saingan untuk akademik. Sentap kan? Kena cari boyband baru untuk dihapal nama atau selaku presiden fanclub kena plan strategi pemasaran untuk artis yang semakin glemer itu baru rasa semangat nak pulun untuk PhD.
Haish, sindrom apekah ini? Saya kena sibukkan diri dengan banyak benda baru keje leh jalan. Kalau hadap satu keje ginih, lembab betul buat keje!!
Sebenarnya takde apa pon kan. Compared to Syaralicious kat UK nun,dia kena present progress setiap minggu. Hadehla. Sebulan sekali pon rasa pening2 ayam nih.
Good luck ye puan syara.

Semoga perkara yang dijadualkan pada 12 Mei selamat semuanya. Amin.

Stress

I'm not in the mood today, err dah masuk hari kedua sebenarnya.
Boleh rasa tak apa yang saya rasa bila saya yang tak suka memasak tetiba rasa lapar dan mahu memasak dan dapur penuh berejam2 sebab orang berkampung2 memasak dan melepak dan main playstation, selepas itu menonton movie marathon dan bercumbu-cumbuan di kitchen yang ada sofa?
Pergi ke kitchen lagi satu - pun penuh dengan manusia2 bergotong royong memasak. Hilang terus semangat nak masak.
Balik bilik dengan hampa, gagal pulak rebus telur dengan cerek letrik- rupanya kena boil 2-3 kali.hukkks. kegagalan yang nyata!
Last2 makan nasik ngan kicap ngan sos cili ngan lada hitam ngan tomato. Sib baik ada nasik. Tak koser makan megi hehari - selang sehari ok lah kan? nanti balik malaysia kurus dan botak..huhu

Hari ini - dimaklumkan pula oleh technical staff: untuk mendapat autority untuk membawa kenderaan jabatan ke sampling site, perlu ada lesen memandu aussie. Saya tengah merancang perbelanjaan, jadi tak mampu nak beli kereta lagi, even second hand. So, saya dinasihatkan untuk amik lesen memandu aussie supaya dapat autoriti memandu pikap jabatan. Mungkin saya akan mula amik kelas hujung minggu ini. Mungkin.

Dan hari ini mahu balik awal untuk berebut dapur!! Semangat!!!!

Saya sudah mula rasa stress dan sunyi dan lapar dan pening kepala!

Sunday, May 3, 2009

Improvement

Bila kita rasa kita tak sempurna, kita kena cuba untuk baiki diri. kan? kan?

Masak
sudah boleh masak benda-benda yg tak menimbulkan unsur2 keracunan pada diri sendiri atau pada orang lain. Alhamdulillah. tapi malam td rebus telur tak jadi..hukkks. Terima kasih atas kejian dan teguran semua, saya cuba untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Research
sudah lebih memahami perjalanan projek, dan lebih bersemangat sebab akan balik ke Malaysia beberapa bulan untuk buat satu kajian – mcm hampir jadi nyata sebab setiap kali jumpa sv dia bangkitkan isu ini. *yes, yes, yes! – sila doakan..saya sudah beberapa kali hampir kebuluran*. Lagi 9 hari saya akan bermeeting semula dengan sv2. Semoga kali nih ada improvement – tak nampak bodoh dan lembab sangat. Amin.

Sosial
sudah bertambah baik walaupun saya banyak mengurung diri dalam bilik. Saya bersosial banyak kat skul. Saya banyak spend masa dengan dharma – ini sudah menjamin networking saya meluas sbb dia dulu buat masters kat sini. Hari jumaat lepas kitorg seminar jauh gila dari skul – kena naik bas/jalan kaki. Tapi makcik nih dengan selambernya telah mintak tumpang kereta faculty punya Research Director. Sentapppp! So, research director sudah kenal kitorg – ‘senang nak mintak scholarship’ kata makcik tu. Sentap lagikkk!!! Kekekeke. Terima kasih atas kejian-kejian dharma, saya telah cuba untuk bersosial demi masa depan.

Benda yang tak berfaedah
sudah hapal nama seme bebudak SuJu. Leeteuk, Shindong, Siwon, Donghae, Yesung, Sungmin, Heechul, Reowook, Kyuhyun, Hangeng, Kibum, Kangin, Eunhyuk. Yay! Hanya perlu spend masa 15 minit setiap hari dan recall nama bila muka depa muncul di dalam video klip.kekeke. Ini adalah latihan untuk otak..
Ada lagi kumpulan yang nak direkemen? *jeling kat fadhilah*

------------

Change – Monkey Majik

Friday, May 1, 2009

Kisah hari Khamis

Tidur awal – kul 11, tapi tak boleh jugak jaga awal. Bangun subuh pon agak susah, pastu tido balik.
Sangatla mengantuk dan tak larat. Entah kenapa. Terjaga dah pukul 10 lebih – mampus! Lepas pukul 9.45 bas hanya akan ada setiap sejam, sebelum 9.45 setiap setengah jam. Kalau terlepas bas 10.45, alamatnya balik tido kena amik bas kul 11.45.
Bergegas pegi mandi. Malangnya, setiap kali masuk shower, mcm dirasuk setan...Seronok betul mandi lelama sampai lupa dah terlambat. Bila selesai mandi – 10.30! Sentap! Kalut2 bersiap, bekfes pon tak sempat – telan vitamin je dan berlari2 anak ke tempat tunggu bas. Suppose kalau jalan lenggang lenggok dalam 10 minit, tapi dok berlaju-lajuan – sampai bus stop sebelum bas tiba, fuh lega!
Tapi penglihatan kabur – rupanya tertinggal spek! Sib baik ada spare dalam beg. I tak sanggup kerabunan dan meraba-raba di benua lain. Kalau kat Malaysia lain ye.kehkehkeh.
Sib baik bus stop sebelah kedai roti, sempat beli makanan. Mampus hari ni kena keji ngan tiyapo lagi. Kompom. Kompom!
Satu-satunya saat yang dirasakan tenang hanyalah bila berada dalam bas. Tenang dan gembira. Ahaks. Bas pukul 10.45 ramai penumpang. So, mengujakan *jeling missbumblebee*.

Sampai je opis – sesi bergoss rupanya dah dimulakan. Wanita itu *jeling ratu goss sri lanka* sedang bermesyuarat dengan rakan2 bilik saya tentang kehilangan saya..keke. Rupanya dia dok kol bilik kat asrama berkali2. Oh, betullah bunyi fon bilik td, ingat mimpi..huhuhu. Sayup2 okehhh.
And yes, diberi ceramah pendek percuma oleh tiyapo sebab hari ini bekalan makanan adalah tidak berkhasiat. Rasa nak pijak kaki ratu goss sri lanka itu sebab dia asik mengekek gelak sambil makan roti wholemeal cicah chicken soup segera – jauh lebih berkhasiat dr roti epal gebu yang saya beli. Cis. Cis. Cis.
Kisah belum berakhir ye kawan-kawan, sv pulak takde hari nih. Ingatkan nak jumpa dia untuk berbincang sesuatu yang penting yang melibatkan masa depan ekonomi negara saya. Tak tenteram bila ada urusan yang terpaksa ditangguh2 ni ..huhuhu. Nanti-nantilah jumpa dia. Tggu dia balas email dulu.

Bila keadaan sudah tenang, aman dan damai, saya bermain kuiz FB *jeling adik ikan sambil berkata – multitasking* dan ini hasilnya

You are most likely to meet your "Mr.Right" at a park in the late spring, summer or early fall. Early Saturday mornings provide the best selection. If you sleep in, you'll miss him. Avoid men who are shuffling their feet, gazing downwards, listening to their iPod or talking to themselves. All these indicate a less than ideal candidate. Instead, look for a guy with a great haircut who is threading his fingers through his hair while walking and enjoying nature or is sitting on a park bench with his arm casually placed along the top of the back of the bench. Consider it a bonus if he is: walking his dog or if he has a sharp looking suit on, although casual attire is appropriate for an early fall stroll with his dog. This type of man wants to approach you, so show him that you are available by walking slowly by, smiling and making eye contact or by bringing your camera to take photos of nature close to where he is sitting. Don't forget to comment on the cute dog too! Then, watch in amazement with what will happen next and let the journey begin!

Komen ratu goss itu –

‘IF YOU SLEEP IN, YOU WILL MISS HIM’ *sambil buat muka keji* .
Sentap kan pompuan nih dah pandai mengeji I yang bersengkang mata pada weekdays demi mengejar ilmu, dan mengqadha tidur di hujung minggu!

‘Ok,u must follow me to the park every Saturday morning during summer!’ Saya cakap dengan penuh semangat.

Dan saya prektis puji anjing, selari dengan pernyataan ‘Don't forget to comment on the cute dog too’

‘Aww, ur dog is sooo cute’ *saya mula berlakon depan ratu goss itu sebab dia mmg tgh buat PhD dengan anjing*

Tetiba kannnn, ada pelakon tambahan cuba nak cantas I

‘Your dog is cute! I know a lot about dogs. I’m doing PhD in dog genetics. I know about dog breeds, dog nutritions.....’*sambil buat muka comel*

Sentap kan? Sapa watak utama nih?

‘Take ur own kuiz!!!! I wont take u to the park!!!’ *mode emo tetiba kan*

Takpe, at least dah paku teman seperlakonan dan sepengejian.
Beb, aku series teringat kat hang sebab kita selalu berlakon ginih! *mata berkaca-kaca*

Oh, what a day! Jumaat - seharian akan takde. Seminar sepanjang hari. Hukkks.