Thursday, March 5, 2009

Mimpi

Terbaca entry mimpi Kak Delinn. Kak Delinn mimpi sedang berada di US! Wah, envy Kak Delinn sbb mimipi yang indah2..hehehe

Beberapa hari lepas saya mimpi dapat sms.
Sms dari kawan yang bernama Goku *nama yang tak berapa nama sebenar*.
Nama Goku terpapar di skrin telefon.
Goku sms tanya saya pasal karies gigi yang saya hidapi dalam mimpi.
'Mcmana karies gigi u? dah ok?'
Dalam mimpi tu saya dan Goku semakin renggang, tapi sebab karies gigi, hubungan jadi rapat.
Saya berdoa.
Semoga saya tak dapat karies gigi.

Mimpi

Terbaca entry mimpi Kak Delinn. Kak Delinn mimpi sedang berada di US! Wah, envy Kak Delinn sbb mimipi yang indah2..hehehe

Beberapa hari lepas saya mimpi dapat sms.
Sms dari kawan yang bernama Goku *nama yang tak berapa nama sebenar*.
Nama Goku terpapar di skrin telefon.
Goku sms tanya saya pasal karies gigi yang saya hidapi dalam mimpi.
'Mcmana karies gigi u? dah ok?'
Dalam mimpi tu saya dan Goku semakin renggang, tapi sebab karies gigi, hubungan jadi rapat.
Saya berdoa.
Semoga saya tak dapat karies gigi.

Wednesday, March 4, 2009

Tolong abaikan apa yang tak perlu

'Saya susah-susah pergi oversea belajar teknik ni, takkan senang-senang je nak ajar u? Saya sorang je kat Malaysia yang tau teknik nih'

Dan hari ini kenangan silam menerjah-nerjah, meninggalkan kesan pedih dalam hati.
Oh, inilah kehidupan.
Tak perlu ambil hati berlebihan.
Ilmu Allah itu amat luas.
Jangan berhenti mencari.
Jangan patah semangat.
Mungkin Allah tak mahu kita terlalu bergantung pada manusia lain.
Atau mahu kita meneroka perkara yang lain.
Mungkin.
Saya perlu belajar mengabaikan apa yang tak perlu.
Ada sesiapa mahu buka kelas tusyen percuma?

Tuesday, March 3, 2009

Dialog mereka

Malam semalam tak boleh tido. Kesannya, mengantuk di awal pagi. Awal2 pagi pulak dah kena keluar rumah, pergi ke opis lama utk join miting dan ala2 workshop pengenalpastian kekutu dan cecacing. Sangat teruja bila jumpa kawan2 lama - terus hilang mengantuk! Then, Ude pulak ajak keluar lepas habis opis hour. Sangat ceria dan bertenaga bila bersembang..tapi bila jejak je kaki ke halaman umah, mcm kuasa semua disedut..Sangat-sangat penat. Ntah apa yang dipenatkan..
Tapi hilang penat sekejap bila dengar dialog mak ngan adik2

1 - Mak : kamu buat apa tadi? rumah mcm tak dikemas je.
Adik 1: menyapu spjg hari... *dgr pon dah tau auta kan?*
Mak: Ye ke? mak tgk samaaaaa je.
Adik 1: betul mak, kalau tak caya tanya Putih.
Mak: Sebab Putih tu tokleh bercakapla kamu berani cakap mcm tu kan? Kalau Putih boleh bercakap mesti kamu tak cakap mcm ni kan?
Adik 1: Erk....hehehe

2 - Mak : Kamu dah buat homework?
Adik 2: Sakit lidah
Mak: Buat homework guna lidah ke?
Adik 2: Ok....nak buatla nih..

Hakhak

Arashi Believe

Especially dedicated to Kinah and Dayah *cik gee, kalau awak baca nih suh depa masuk blog ini..sebab clip yang dinanti dah direlease!*



lalalalallalalalalal *lap idung darah*

Kinah & Dayah;

Sho semakin comels...rambut dia sangat kiut miut. Dan dia sentiasa howt bila rap!
Nino makin smat *adik cakap dia ada iras Awal*
Ohno/Riida makin howt.
Aiba makin sweet juger.
Jun menten gitu lah..No komen *hahahahah* - tak suka rambut Jun!

Monday, March 2, 2009

Silap jangkaan

Ini entry pasal silap jangkaan.

1. Bila singgah opis lama tadi, suddenly rerakan mintak itu dan ini yang semuanya berada dalam laptop. Depa assume saya bawak laptop, tu sebab depa hanya request bila saya dah sampai Ipoh. Susah jugak assume2 ni kan? Balik tak bawak laptop dah jadik satu hal. Mcm hilang sebelah tangan. Benda yang patutnya boleh diselesaikan a.s.a.p. tergendala. Kalau depa inform awal2 mingu lepas, at least dokumen2 tu saya leh save dlm pendrive or send to their emails. Eh, dah tak boleh berkalau-kalau..benda dah jadik.

2. Univ suka suki tukar nama specified area, dr animal science ke rural science *oh, apekah?*. Saya apply animal science tapi dalam offer letter tak dinyatakan. Bila kp*t tanya saya informlah animal science, assuming kita akan dapat apa yg kita mintak..Tetiba hari nih dalam surat untuk buat visa dinyatakan pula 'rural science'. Kesannya, saya kena mintak surat baru dari kp*t dikeluarkan. Mebi kena turun pjaya lagik..hukhuk. *alang, will call u..muahaha* Tapi sekarang dah email sv, nak tanya apa sebenarnya specified area. Kalau binatang, cakap binatang, kalau pedalaman, cakap pedalaman..hehe. Tergendala proses selanjutnya. Padah sebab assume sesuka hati.

3. Menyakat dan mengusik org, kena berpada-pada. Ada orang boleh terima gurauan to a certain level yg kita tak sangka. Mungkin too low, mgkin too high. We need to be alert. Kita takleh assume kawan rapat kita boleh terima semua gurauan kita sebab dia rapat dgn kita. Yer, dia juga ada sensitiviti. Walau dia nampak berjiwa sangat kental dan gagah perkasa, hakikatnya dia berjiwa halus. *nasihat untuk diri sendiri*

4. Melihat kawan yang cepat membuat kesimpulan dan assumption dan mengambil tindakan berlandaskan emosi semata, saya rasa saya melihat diri saya sendiri. Saya cepat assume orang marah ngan saya, assume orang benci dengan saya, rimas dengan sms dan call saya. Hey, we need to grow up girl! Dan saya nampak kesannya. Orang keliling menjadi penat dan malas nak amik pot. Kita kena berhenti membuat assumption yang tak perlu. Kena belajar abaikan apa yang tak penting. Susah, tapi berbaloi. Kita sudah besar, kena buat semua untuk diri sendiri. Sampai bila kita boleh lari dari masalah? Ini bukan isu 'terlalu baik dengan orang', tetapi isu 'berfikir dengan matang'. Kena kena buat untuk diri sendiri. Kena abaikan apa yang tak perlu.

Benda yang tak diduga

Kebelakangan ini banyak betul benda yang tak diduga berlaku. Salah satunya ketika melepak depan tivi rumah opah pagi tadi.

Opah: Best lagu nih. Lagu bola *sambil menghirup kopi dari mug*
Saya: Ha? *sambil membuat muka sentap*
Opah: Lagu ni best. Kumpulan Meet Uncle Hussain kan?
Saya: Haah. *tatau nak respon apa - masih muka sentap, rasanya lah*

Pergh, tak sangka plak opah suka lagu MUH - Lagu Untukmu. Rupanya jadi lagu tema rancangan apa tah pagi Ahad. Rancangan pasal latih-latih pemain bola.

Dan untuk benda-benda tak diduga yang lain *yg tak berapa best*....saya harap semua akan ok..Amin.