Thursday, September 8, 2011

Buenos Aires 1

Sila jangan assume semua orang pandai cakap English. Sebaik sampai, kami berlima terkapai-kapai kurang mampu berinteraksi dengan pemandu teksi, apatah lagi penduduk tempatan. Flight delayed dari Sydney, menyebabkan kami sampai lambat di Buenos Aires (BA). Maka, manusia yang sepatutnya tunggu kami di airport tak muncul-muncul. Kami takde duit syiling nak guna fon. Encik bos 1 gigih pegi guna apekebendaentah untuk buat panggilan guna public phone tapi gagal sebab tak reti guna.hahaha.

Akhirnya kami selamat sampai di Youth Hostel, Florida St., BA.



Pemandangan dari dalam teksi. Pokok tiada daun kerana musim sejuk.




Menelaah buku Lonely Planet. heh.




Pemandangan setiap hari di depan hostel.




Kitorang menerjah bandar untuk ke Sunday market.




Sunday market. Kitorang sampai awal, orang baru nak set up kedai.

Masa awal-awal, agak nervous sebab langsung takleh cakap Spanish dan orang2 sini sapa pun tak cakap English. So, kitorang tak beli satu apa pun dari Sunday market (masa tu tak perasan harga murah!) mainly sebab tak reti nak tanya harga dan tak reti nak tawar menawar. Nak cakap good morning pon tatau.hahahaha.

Alamak, internet gila, ada problem nak upload gambar..Bersambung kemudian.hiks.


Love and respect
Dijah

No comments:

Post a Comment