Monday, November 29, 2010

Saya rindu Wildawati

Ayang, kembalilah *menyeru dengan penuh kasih sayang*

Acu jenuh tepon Ayang banyak kali tapi tak dapat.

Acu cari Ayang kat fesbuk,tapi tak jumpa.

Acu lupa address blog ayang yang baru. (nuna perasan muda ke hapa nama url dia, Ayang?) Acu nih pendek ingatan. Suppose buat bookmark tapi Acu lupa. Sedar-sedar link kat sebelah tak berapdet…tu blog lama rupanya :(

Ayang, bila kita last sembang?

Kembalilah Ayanggggggggggggggggggggg *tarik2 rambut*

Acu dah takde geng nak meroyan pasal B2ST, pasal Jo Kwon, pasal Ga-In, pasal Jay, pasal comeback BB.

Acu tatau nak luah kat sapa kalau Acu geram kat Gorilla. Ayang tau kan depa block Jay dari dapat award Mnet? Ayang tau kan Nugyu dapat award kat MAMA? Ayang tau kan performance Jay dalam konsert kat Korea hari tu (lupa nama apa) kena cut, depa tak bagi tayang. Ayang, sapa yang paham ini semua konspirasi? Bila Acu cakap semua orang either buat tatau atau kata Acu halusinasi. Dahla Ottest makin bercambah di donia nan fana ini....

Ayang……..Ayang sorang je paham dan setuju dengan pemikiran Acu..

Ayang, rambut TOP kaler putih buruk, rambut trojan GD buruk…

Ayang, internet kat sini lagi selow dari siput babi. Babi kompom gerak lagi laju.

Ayang, Acu nak meroyan pasal FM Jay kat Pjaya..tapi nak meroyan kat sapa??

Ayang, KEMBALILAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Ayang, Acu tatau nak citer kat sapa pasal kawan yang buat perangai cam sial kat Acu BERKALI-KALI.

Ayang, Acu tatau nak kongsi benda merepek tanpa sakitkan hati sesapa.. Kita dedua over sensitip tapi sib bek leh paham satu sama lain. Eh Ayang, Ayang sakit hati ngan Acu ker…

AYANG!!!!!!!!!!!!!!!! WHERE ARE YOU?????!!!!!

*pengsan*

Facebook

Pekes makcik-makcik kawan mak pakat add kat FB? ohmaigot. Kang kalau post video kurang sesuai untuk tontonan umum atau status mencarut, ader pulak yang tensen..silap2 ada yang meroyan kat blog meroyan kat sebelah nun kekekkeke. Ufff, mcm nak deactivate je. Bosan lah Fb nehhhhhh

Saturday, November 27, 2010

Tampon

Pernah dengar nama Tampon? Bukan, bukan nama artis korea yang jambu. Bukan juga nama boyband baru. Nama pakwe baru lagilah bukan.
Bagi saya tampon adalah benda yang paling mengerikan bagi pompuan single, lebih mengerikan dari pengalaman 1st time datang period dan juga senggugut.
Setelah hampir sepuluh tampon dibazirkan, setelah satu sudu air mata dirembeskan, setelah berminit-minit menggigil...saya rasa saya sudah berjaya. Sila hubungi saya di FB atau di ym untuk mendapat konsultasi percuma. kekeke


Semua ni sebab kelas renang. Kalau tak jangan harappppppppppppppppp.



sekian
kaunselor datang bulan lantikan sendiri  

Thursday, November 25, 2010

Kawin

Dulu saya pernah niat nak kawin lari kat Siam. Saya pon tak sangka saya begitu series sampaikan bukak thread kat forum tempatan. Sumpah, sampai skang malu dah nak masuk forum tu walaupun orang tak kenal. So, orang-orang yang tak dikenali nasihatkan bertindak mengikut akal. Saya juga pernah consult kawan baik. Saya takkan lupa saya bersengkang mata ber'ym' dengan dia berbincang hal ni. Tapi saya harap dia lupakan segala apa yang kami dah bincangkan..kekeke. Antara nasihat dia yang saya ingat sampai hari ni. "Aku takmo ko kawin koboi. Aku nak pergi masjlis ko. Nak tengok ko pakai baju kembang yang cantik. Aku nak tengok ko pakai crown. Ko tak teringin ke wedding proper? Potong kek 3 tingkat?"

And then berkat doa mak ayah atuk opah adik beradik rerakan dan mungkin juga musuh, saya tak jadi kawin.. Bukan saja di Siam, saya tak jadi kawin hatta di Malaysia sekalipun. So, takde baju kembang yang cantik. Takde crown segala. Takde kek 3 tingkat. Takde.

Ini baru mukaddimah yer, belum masuk isi penting. Sebenarnya saya ada pandangan yang lain tentang kawin. Dan pandangan saya adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dan berada di sini dikelilingi orang2 yang bersefahaman dengan saya membuatkan saya agak gerun dengan diri sendiri.
Fiona tanya saya kelmarin – Macamana wedding kat Malaysia? Tu budaya ke adat? Apa upacara agama yang wajib?

So, perbincangan berlangsung di dalam lab tatkala kami gigih buat kerja (multitasking la sangat kan…)
Kesimpulan berdasarkan persembangan panjang berjela adalah majlis perkahwinan di dunia nih dah menjadi satu benda yang sudah tersasar dari matlamat utama. Tak kiralah kita nih dari golongan kaya raya mahupun sederhana, kita pentingkan fairytale dreams – especially bila media ketengahkan majlis kawin orang kenamaan dan artis glemer.

1-Hantaran mahal nak mampus. Belanja je dah berdegar2, kalau pompuan ada degree katanya 10k. Macam jual lembu untuk korban je bunyinya. Lembu korban kompom masuk sorga. Kita? Tu belum masuk hantaran yang cecah RM444444.44. Last2 hujan di tengah hari :( . Kalau rasa vogue sangat dan rasa anak tu bernilai, naikkan mas kawin yer, bukan jumlah hantaran. Ni maskawin cukup2 ikut kadar negeri..agaknya kalau negeri letak rm1.50 pon gigih nak ikut. Tapi hantaran………humang hai…sampai beratus ribu. So sebenarnya nak puaskan hati sapa ni? Yer, nak puaskan hati makcik joyah sebelah rumah supaya dia takleh nak menjaja cerita. Trust me, kalau dah namanya kaki joyah, pengantin kawin lipstick terlebih merah pon akan jadik isu. Ropol baju macam kain langsir pon leh jadi bualan di tembok umah setiap pukul 6.00 petang lepas tengok ulangan cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tu belum lagi kalau bulu mata palsu tersenget atau terlebih pantis kening. Masa makcik saya kawin tatkala usia 29, makcik depan saya sempat menjoyah walau saya pakai baju 'uniform' yang menandakan ahli keluarga. Memandangkan tu geng marhaban opah saya saya sabor je le. Kalau ikut hari nak je mengadu domba kat opah biar team marhaban depa berpecah..(batu api sgt) kekekeke

Okes, masuk bab barang hantaran. Barang hantaran merupakan hadiah dari satu pihak dari satu pihak yang lain. And since this occasion is once in a lifetime (hopefully) kita kalau boleh nak buat yang terbaik. Opah pernah cakap zaman dulu-dulu hantaran sebenarnya utk menonjolkan skill bakal isteri. Pandai menggubah tuala berbentuk angsa, pandai buat bahulu ikan dan so on. Itu sebab konsep sebenar hantaran adalah banyak makanan. Serta, makanan2 itu bolehla dimakan oleh para rombongan ketika dalam perjalanan pulang ke kampong halaman tercinta. Mari kita tengok konsep hantaran hari ni. Mostly barang berjenama. Saya pernah ada senior yang kawin dapat hantaran SKII.

Saya tanya – ok tak pakai SKII kak? Muka saya nih sensitip, kotla pakai benda2 mcm ni boleh serasi. Jawab dia - Akak tatau dik,akak beli ni untuk hantaran dik. Kalau tak, tak merasa.
Tak kisah pun korang nak buh hantaran benda mahal2..Bila lagi nak merasa kan? Tapi hakikat yang kita tak sedar,kita secara tak langsung dah bubuh standard untuk masyarakat. Makcik2 pon satu, sibuk menjoyah kat umah orang kawin – meluru masuk bilik pengantin kerobek satu2…siap leh bisik2
"Mekap AVON…" nak je sound "Dah dia pakai AVON takkan lah nak buat hantaran Clinique pulak kan?"
Agaknya makcik2 ni ingat kalau kita pakai sabun cap kapak, haram jadikan sabun cap kapak sebagai hantaran.

Saya cuma terfikir : Tak boleh ke hantaran simple2 saje? Kereta merc, gitar letrik, iPhone segala tu rasa mcm lebih kepada hadiah hari jadi yang digedebukkan sekali. Saya suka je tgk hantaran orang tapi seriously, saya memang tak terpikir nak beli benda yang mahal hazabedah mcm ni. Harapnyalah.

2-Kawin konsep tema angkasakayanganbulan. Ni lagi satu. Saya paham konsep orang buat kenduri kat dewan sebab nak muatkan ramai orang. Kalau kat umah lagi la saya paham. Cuma yang saya konpius kalau kawin siap ada projector, ada karaoke, ada band datang main. Silap takde power point presentation dan badut dan silap mata je. Its too costly, at least for me. Belum masuk benda asas mcm khemah, makan utk satu kepala, kad cikai. Ada kad yang sampai 2 ringgit sekeping. Paling habis pon orang simpan dalam lemari je kad tu. Ada org simpan dalam album. Tapi banyak yang buang je dalam tong sampah. Yang benda tak wajib lah yang mahal nak mampus – pelamin konsep angkasaraya, bunga segar dari Cameron Highlands, fotografer, mak andam, baju kembang kuncup merelip2, crown palsu, cadar tekat benang emas…belum masuk door gift lagi..Mak aih…mau botak mcm nih. Tu belum lagi konsep warna tema satu keluarga – kena beli berkayu-kayu kain..last2 sama warna dengan langsir…hehehhehe.

Saya suka tengok orang kawin, tapi saya berdoa pada Allah andai saya sampai jodoh di dunia nan fana ni, saya nak buat sederhana je. Andai kata terover dari yang saya mahukan, saya niatkan untuk menjaga hati mak ayah atok opah. Sebab dah penat carik pasal ngan mak ayah selama 27 tahun :(. Takmo inai2 awan larat, bulu mata palsu, baju mahal, crown palsu, hantaran mcm hadiah krismas, bilik macam showroom. Takmo bunga manggar berarak disambut lempar bunga rampai. Sebab bagi saya majlis kawin adalah majlis untuk menghebahkan kita kawin supaya tak jadi fitnah kita bersekedudukan. Harapan kita supaya orang doakan kita dan kita bersedekah kat orang. So, bagi saya pengantinlah yang kena layan tetamu..Tanda terima kasih datang. Tapi kita sekarang konsepnya gigih posing kat pelamin feeling2 anggun cam model sampai ramai orang datang tak sempat jumpa pengantin. Ramai orang datang sebagai tetamu pulak nak melahap tanpa jumpa pengantin memberi nasihat atau mendoakan mereka. Takde bezanya dengan masak banyak2 pastu longgok depan umah bagi orang makan. Dan takde bezanya dari pegi kedai makan tak bayar dan tuan kedai halalkan. Oh, ada beza, pengantin pakai crown palsu.

Again, I'm not saying this sebab saya rasa saya je betul, semua yang lain salah. Saya tulis apa yang saya rasa. Nak kata saya sourgrape katalah. Nak kata saya meroyan sebab tak kawin katalah. Konsep saya tulis kali ni adalah seperti – suka melihat artis korea menari dan menyanyi di atas pentas tapi saya tak mahu menari dan menyanyi di atas pentas. So, saya takde masalah bila orang lain kawin dengan cara mcmana pun sebab tu duit depa. Depa buat loan sebab nak kawin berkonsep angkasaraya - saya sedih tapi bila pikir balik bukan duit saya, saya dah boleh go on dengan life :)

"So, you just want to marry in the mosque here eh?"
"Yes, I wish I could. So that I wont be obligated to do things I don't want to just for the sake of satisfying the society. Its my money. Not theirs. My wedding. Not theirs"
"I hope I'm invited"
"You will be. It will be just a simple BBQ"
"Okay! I'll wait! "
--------------
Kesimpulannya – saya pernah nak kawin lari kat siam..kekeke. Saya mohon ampun kat mak ayah atas pendedahan eksklusif kali ni..Harapnya mak ayah tidaklah bertanya lebih lanjut..keke..Namun demikian, kali ni mohon restu sebab niat nak kawin kat tempat lain pulak...ada cadangan tak kat mana patut saya nikah?
A-Masjid di Desa Perwira, Ipoh
B-Masjid di Armidale, Australia
C-Masjid di Seattle, Washington
D-Masjid di Seoul, Korea Selatan

ps: sangat suka konsep budak taayah datang kenduri kawin orang dan bersembang-sembangan reunion mcm itu bukan kenduri kawin :). Sampai pengantin pon tak control ayu.

Sunday, November 21, 2010

Tidur yang memudakan?

Down. Honestly down few days ago. Jenuh telefon ke sana ke mari. Jenuh berchat dengan orang yang dikenali mahupun separa kenal. Jenuh tidur lama – lebih dari 8 jam tipikal. Semua tak berjaya. Am I a bad friend? Why you are being a bitch to me? If you are suffering from any psychological problem, why hurt me? Begitulah royanan dalam hati.

Pagi semalam bangun dengan malas. Terus ke swimming class. Masa tengah salin baju, perasan ada mata yang mengintai, dari tepi dinding. Saya senyum. Senyum sebab saya tau itu bukan mata orang dewasa. Perlahan-lahan pengintai keluar menonjolkan diri.

Perempuan.

7 tahun.

Rambut bertocang 2.

Seluar panjang warna merah jambu.

Dia menuju ke sinki dan basuh tangan.

Saya senyum lagi sambil membetulkan baju renang. Saya Nampak mulut dia bergerak. Tapi saya tak dengan suara.

Dia pandang saya. Oh, dia bercakap dengan saya kah?


 

"Ekskius mi. I cant hear you"

"I said that's a nice dress" (dia maksudkan baju renang labuh – Nampak macam baju nak pi prom night agaknya hehehehe)

"Owh…tenkiu! Its pink. Do you like pink?"

"Its my favourite colour!"

Kami berjalan ke tepi kolam bersama-sama dan terus bersembang. Bermula dari topik renang, suka makan madu sampai ke perihal keluarga.

"That's my half sister" dia menunding kearah budak kecil dalam lingkungan setahun sedang tergedik2 dalam kolam, dipegang oleh seorang lelaki.

"And that's my dad – with tigers on his back" tattoo 2 ekor harimau kat belakang ayah dia, sungguh tidak mengujakan pemandangan.

Tiba-tiba dia senyap. Dan pandang kea rah saya

"Do you still live with your mother?"

"No. I'm here all by myself. My mother live far away from here. Have you ever heard of Malaysia"

Dia geleng.

"It's a far place from here. But my mom calls me everyday"

Dia senyum. Kemudian ambil tuala untuk membaluti adiknya yang baru naik dari kolam.

Dan hati kecil saya terfikir..Mungkin dia tak tinggal dengan mak dia. Sebab teringat yang dia datang dengan ayah dan dengan half-sister. Entah.

Yang penting, terasa muda. Selalu budak kecik yang sembang ngan saya akan tanya

'How many children do you have?


 

So yeah, I should sleep more.

Thursday, November 18, 2010

Eid Mubarak

1. Finally merasa jugak bercuti. Saya cuti sebab tak sihat. Gastro bugs :(. Muntah-muntah. Berulang ke tandas berkali2. Badan lemah. Makan tak lalu. Perut berkeriuk keriuk. Cramp.

Saya beraya kat umah. Dah 2 hari datang lab half day. Buat kerja pun sambil duduk.
So, tahun ni saya tak join sambutan Raya Qurban.

2. Bebiri dah dipulangkan. Sebab saya terlantar atas katil, Sara yang tolong uruskan. Agak sedih sebab takdan jumpa depa sebelum dipulangkan :(

3. Beautiful.


Tersangatlah comel, rasa nak amik sekor2 jadi adik angkat. :)
But still Dongwoon, apekejadahnya lengan baju berbulu?

Sunday, November 14, 2010

Peminat ke pemenat??

Saban hari akak mendengar kisah artis-artis terganggu mental dan emosi dek kerana fangirls meroyan.
Selaku fangirl yang matang dan berpengalaman..meh akak nak share sikit...

1. Artis tu manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Dia pon ada rasa rimas. Dia pon ada rasa annoyed. Justin Bieber pon rimas bila fans perangai cam orang hilang akal.
Tak suka kan kalau orang yang kita sayang *kehkehkeh* rimas? So, tolongla behave. Kalau takmo jaga maruah diri takper, kesiankan bebudak artis ni.

2. Boleh tak jangan melakukan sesuatu yang memang tak berfaedah seperti spam artis dengan email/msg kat FB. Buang masa u ols sebab biasanya bukan artis tu yang run account dia. Even kalau artis tu run dia punya akaun sendiri, plis lah get a life. Setakat nak msg FB untuk tanya artis dah ada gf ke dak....very the tak class. Korang ingat korang vogue mcm hasben wardina ke dari fans bertukar pada suami? Kebarangkalian: satu dalam seribu untuk artis Malaysia, satu dalam sejuta untuk artis international satu dan segazillion-billion untuk Jay dan Yamapi okeh. Lebih baik korang update blog. Kalau dah meroyan sgt spam je lah twitter. Apa kata cuba minat Jay Park. Nanti dalam sebulan sekali dia bagi email. Tak percaya?. Klik sini.  *rasa mcm jual barang* kalau nak follow jay kat twitter, klik sini . I beri jaminan dia akan baca tweet u ols tapi takda jaminan dia akan follow balik atau balas. Dia akan respon, tapi dia takkan mention kat tweet...hehhehe

3. Tolonglah jangan buat perangai gila babi menunjukkan betapa obsesnya u ols pada artis. Contoh mcm bebudak korea send surat berdarah mcm ni. Sila muntah. Ngeri okesssssss. Kalau setakat pengsan kalau bertembung tu takpelah, takleh nak kawal perasaan dan tubuh badan kan...Ni gigih la nak menunjukkan obses...Korang ingat artis tu tak seram ke kalau orang buat perangai cam org gila cam ni? Kalau jenis susah mengawal keobsesan, sila try minat Jay Park. Peminat2 dia yang obses rajin bagi hadiah pelik2, tapi dia suka. haha
Well, not to mention setakat ni peminat2 Jay (since terdiri dari golongan pompuan2 tua) semuanya berakal dan tak buat surat berdarah semua nih. Mebi sebab tu lah dia suka..hikhik.

Even korang minat gila kat artis yang baru nak naik dan artis tu ada lebih banyak masa utk layan korang berbanding justin bieber, boleh tak jangan gedik. Jangan push. Kalau betul nak sangat dipertemukan jodoh, sila buat solat hajat hari2. Tapi ingat...be careful what u wish for. Jangan megah nak kawin ngan artis tapi last2 nan hado! Jadi peminat sudahla u ols..toksah jadi pemenat! Contohi akak. Akak cool jer. Yamapi ngan Jay yang gigih kejar akak!!
Zasssssssssssssssss:

ps: tetiba teringat artis naungan terabai..agaknya dia ada tak dikejar oleh peminat?

Friday, November 12, 2010

Luahan langit ke 7

9.13 pm. Still in the lab. But I decided to head home after this entry.
So mintak maap mintak ampun kat bebudak lain yang tengah melalui cabaran hidup yang lebih dasyat dari ini. NIat saya bukan nak menunjukkan PhD saya terpaling susah atau eksperimen saya terpaling susah. The key point is: I've reached the point where I think I could not handle this anymore. Tu jer. Takde isu lain. Ini hal peribadi. So, barangsiapa yang rasa "Hek eleh,aku pon nangis2 gak buat PhD tapi takde la gigih attention seeking mcm nih" dipersilakan dengan segala hormatnya untuk tidak lagi mendengar royanan saya.

Rasa tenang sikit. Sejak bgtau en bos kata nak berenti dia dah takde terjah result sebelum eksperimen habis. Tapi dia tetap tanya summary secara kasar *ohmaigot*.
So the thing is, saya rasa doa saya makbul. Dulu saya dengki bila orang lain dapat sv yang strict. Sebab bagi saya sv strict memang akan menyebabkan improvement berlaku dengan kadar yang tinggi. The thing is, saya tatau yang doa2 saya selalu back fire balik.hehe. Macam saya doa Jay bagi dia berjaya lepas tragedi tangisan air mata tahun lepas. Dan sekarang saya rasa nyesal lak sebab dia dah dapat offer dari Hollywood segala. Maknanya, only god knows nanti dia jadi retis macamana. Dengan industri Hollywood...erm..
My issue is myself. Bukan sebab eksperimen. Eksperimen kacang. Ramai orang kata eksperimen saya kacang. Balik UMT nanti sure kena bambu sebab mungkin bagi sesetengah orang my experiments tak mencapai tahap PhD pon. Tak kisahlah. Takde opinion yang salah.
Supervisors pon bukan issue. Depa bagus. Tersangatlah bagus.
Kehidupan sosial pon bukan issue. Ramai je kawan2 yang senantiasa sudi diganggu dan diannoy dalam tepon. Mak dan ayah pon sudi dan rela tadah telinga dengar tangisan,bebelan dan royanan. Ayah siap dok cari makanan apa yang boleh bantu PMS. heheh. Thank ayah :)
Isu nya, benda2 yang saya kata tak bermasalah tadi tu bila digabung menjadi benda yang kompleks. Ala2 tak sama frequency.

1. Kadar berfikir saya lambat. Benda yang depa cakap kat lab, lepas 2 hari baru saya boleh 'nampak'. lol. Bayangkan,saya perlu berfikir selama 2 hari untuk memahamkan benda yang depa sembang.

2. Otak encik bos. Sumpah, dia tuh boleh geng dengan Sheldon dalam Big Bang Theory. Kitorang memang langsung takleh nak tipu. Takleh nak goreng satu habuk pon. Dia leh simpan dalam memory OTAK dia kitorang punya result. Bayangkan,dia boleh compare result eksperimen A dan B, sedangkan kita tgh bentangkan eksperimen B dan kita sendiri tak ingat eksperiment A yang dah selesai berbulan2 lalu. Betul la kan, org yahudi ni bijak bistari. Mesti depa jaga pemakanan dia dari kecik. Setiap kali jumpa dia WAJIB bawak laptop, dia nak tengok raw data, kena tunjuk langkah demi langkah analisis stat depan dia. Even kalau ada silap key in data pon dia leh trace. whatthefrog sungguh la. Hari tu siap print graph cantik2 tunjuk, dia tengok, pastu suh bukak raw data. And at thet time tgh run 2 eksperimen..so basically I have to think about 3 expts at the same time, badan penat, PMS, dia grumpy sebab saya ada buat silap (buat actually boleh solve benda tu,tapi sebab dia nih researcher yang sangat2 bagus dia takleh accept penyelesaian tu sebab bagi dia,avoid silly mistakes which I agree). Bila kena 'denda' duduk dalam office dia sampai kul 7, dan sampel banyak dalam lab tak berproses..kendian masuk lab dapat tau experiment yg tgh run tak jadi..memang it was HELL. Even masa menulis ni I doubt I boleh habiskan. But saya cubalah sampai christmas tgk macamana.

3. So far, memang takdan proses sampel dari eksperimen 6. Tapi nasib baik dalam alkohol. Ni pon ada pembezaan spesis yang saya kena buat bu I just couldnt be bothered. Org lain boleh cuti2 sakan, jadi I just nak negotiate bagi buat slow sikit. I swear, kalau encik bos ligan2 nak result cepat saya nak suruh dia je buat. Bukan apa, bila start je eksperiment ni habis dah masa. Pagi2 masuk lab collect sampel sampai lunch break. Takdan berenti utk teabreak pon. Sebelum lunch gi bagi bebiri makan. Pastu lepas lunch masuk balik prepare utk collection esok, dan biasanya sampai kul 5. So, dah penat, satu haram benda lain pun dah malas nak buat. Biasanya lepas kul 5 lepak2 depan pc buat benda release tension. Pastu balik dinner pastu masuk lab balik. Kalau time boleh solat, solat dalam stor kat lab ni jer :(.
Tapi hari ni tak larat. Since esok dah decide tak boleh pegi swimming, tadi bantai tgk Big Bang Theory. Ni dah nak balik, makan, mandi tido. Esok barulah mula balik. Hope ada lebihan tenaga untuk proses sampel yang perlu habis proses menjelang krismas. Eksperimen gila ni sampai 29 November. :( Ingatkan boleh setel semua eksperimen by November, tapi memang taklehlah dengan keadaan mental mcm ni. So I guess bulan Disember baru habis, hopefully. dan pastu akan meroyan balik sebab encik bos nak diskas semua result untuk semua 7 eksperimen. ya ampun. Mcm nak lari gi Korea je. Key in data pon tak dan...camno nih?? :(

4. Nak tulis lagi tapi tak larat. Need to head home.


Not a fan of Bieb. But I like Jaden. I love the song :)

Sunday, November 7, 2010

I'm quitting

Here it goes.
Last week was horrible. Dramatic. Saya overestimate diri sendiri. Saya ingat boleh handle dua eksperimen serentak. Hakikatnya saya tak boleh.

So, bila selesai collection,saya kena mula proses sampel yang direndam dalam air. Sebab air bukan pengawet, saya hanya boleh ambil masa sampai seminggu sahaja. Kalau lambat sampel akan mengecut dan akan hancur. Kalau telur2 masih hidup,mungkin akan menetas dan akan mempengaruhi keputusan sebab pengiraan melibatkan pembezaan fasa kitar hidup.
Dipendekkan cerita, ada meeting dengan encik bos. Miting untuk perbincangan keputusan eksperimen 5. Di hari yang sama saya perlu mula eksperimen yang ke 7 dan proses sampel untuk eksperimen 6. The meeting was horrible. Saya dah buat silap sebab tak ikut eksperimental design. So en bos was cranky. So, meeting sampai pukul 7 dan ada masalah besar sebab bila dah tak ikut design we had issues with stat analysis. Lepas pukul 7 encik bos boleh balik umah tapi I had to stay in the lab untuk collect sampel dari eksperimen ke 6. Habis collect sampel je dah pukul 11.30. Kendian bila cek eksperimen num 7, something obviously is wrong.


I cried. Sampai dah tak tertahan lagi. Dan saya nekad to quit. Ini sungguh-sungguh.

Tiga malam berturut2 saya kol umah dan menangis tersedu2 nak balik. I had enough. PhD is too tough for me. Sekarang saya paham kenapa KPT takmo biayai bebudak pointer rendah sambung PhD. Buang duit rakyat. Buang masa sv. Tapi saya niat even saya quit,saya nak quit secara terhormat. Saya akan habiskan semua 7 eksperimen dengan report sekali dan balik. So, the next day, I chuck out ALL the samples from experiment 7. Sebab obviously I cant proceed bila dah perasan silap. Masa eksperimen num 6 tu,saya dah perasan silap tapi saya teruskan jugak sebab saya rasa masih boleh diselamatkan. Memang boleh diselamatkan tapi kesannya sv hangin satu badan.

Bila dah tunda eksperimen, maknanya bebiri kena terus on grass. Kena pi potong rumput lagi hari2 to ensure faecal consistensy berada pada tahap yang kita nak. So, masa saya potong grass, agaknya letih sebab tetiap malam balik dr lab lepas kul 12 mlm...ada satu hari balik kul 5 pagi.. :( So kesannya anak-anak bila exhausted, saya kerat rumput dengan wayar2 sekali. Wayar pemotong rumput tu. OMG. So, jenuh ke kedai, takda satu kedai pon leh repair. Last2 bgtau Sara dan pegi workshop dalam uni. Pon takleh ganti sebab mesin tu dah dialter. So, hanya mampu lekat electric tape. :(

Hari Jumaat masa lunch encik bos jumpa. Ini lah lebih kurang summary

Encik bos: Ok ke? Sorry saya buat you down.
Saya: Takyah mintak maaf, bukan salah encik bos, ini masalah saya dan diri saya sendiri. Masalah dalaman.
Encik bos: Bagus kalau rasa bersalah sebab kita akan belajar tapi dont be too hard on yourself.
Saya: Saya series nak berhenti. *nangis*. Saya dah tak boleh.
Encik bos: Saya dah agak. Saya takkan halang.. Tapi ada satu je lagi eksperimen. Eksperimen kecik. PhD mcm. Semua student rasa nak berenti, kalau tak caya try tanya. tapi jangan tanya gareth. Tanya budak pompuan. Pikir masak-masak.

So yes, I'm giving myself until end of this year. Sampai habis eksperimen num 7. Lepas tu insyaAllah saya akan decide either to pull off or not. Takyah komen fighting chaiyok segala kat entry ni. This time it wont work. Seriously.