I'm back!
Mentally and physically back to normal, alhamdulillah. Thanks for ibu dan ayah terchenta kerana tak henti-henti mendoakan kesejahteraan anakmu yang jauh di mata ini.
Since lama dah tak update, entry kali ini mungkin akan jadi mega panjang. Bersabarlah, dan bertawakkallah yer?
1. Balik Malaysia sudah tentu best tapi letih. Malaysia panas macam bahang api neraka. Mungkin ini peringatan dari Yang Maha Esa atas himpunan dosa di donia yang fana ini. Alhamdulillah di hujung2 percutian, Ipoh hujan. Best sangat rasa. Makanan mak senantiasa superb dan kenduri kawin adalah vogue walau penat. Gembira bila Kak Delin ngan Ayang Wilda sudi mencemar duli datang walimah adik. Agak sayu sikit bila pikir kawan-kawan lain tak datang. Sorrylah yer...kelam kelibut. InsyaAllah bila Aman kawin nanti kami akan cuba improve. Tapi nak mintak maaf awal-awal sebab kenduri saya nanti tak dapat nak jemput korang sebab buat simple je kat sini tahun depan, insyaAllah. Kalau ada rezeki ada lah kot kenduri kat Ipoh, insyaAllah. Kalau rezeki tak berapa nak ada, harap takdelah sesapa yang kecik hati ye. Walimah sekarang ni bukannya murah..Saya just nak buat simple dan selesaikan yang wajib dulu. Ha, rukun nikah wajib kena ada lelaki yang nak baca akad kan? Yang tu dulu saya nak cari. kekeke
2. Lepas balik dari Malaysia, ya hampun lembab betul nak dapat mood buat kerja. Lepas seminggu baru start buat kerja. Itu pon lepas bos tanya progress. Dia pon pelik saya seminggu mandom lepas 3 minggu tak buat kerja. So, hari ni dengan rasminya telah ada kekuatan bukak balik file data dan slow2 menyambil buat slide presentation. Alhamdulillah. InsyaAllah esok, lusa dan tulat akan slow-slow lagi buat.
3. "Tak tengok world cup?"
"Tak kuasa nak bangun pepagi untuk tengok. Bangun tahajjud lagi bagus"
Saya diam. Dia sambung lagi.
"World Cup ni semua konspirasi yahudi. Kenapa la depa buat time pepagi buta. Nak biarkan kita leka sampai tak bangun Subuh la tuh"
"Sebab ada perbezaan masa. Kat sana petang ngan awal malam, nasiblah kita pagi"
Ok. Seriously. Berdesing telinga saya. Macam ni lah. Saya malas nak cakap banyak abang-abang adik-adik sekalian. Kita orang Islam ni ada agama sebagai guideline hidup. Sukahatilah nak pikir apa pun. Kalau kita masih nak rasa tengok Pokemon boleh murtad, atau pandang salib boleh terpesong akidah, masuk gereja akan mengakibatkan jatuh syahadah, pegang anjing menghina agama, pegang babi confirm neraka...sukahatilah. I have nothing to say. Cuma saya rasakan semangat umat Islam makin lama makin lemah, kita makin keliru, takda jatidiri. Semua salah sendiri kita salahkan sepenuhnya pada Yahudi. Kita in denial sebenarnya.
So sad.
4. Councelling session dah masuk kali yang ke entah berapa. Tak tertrack. Alhamdulillah, improving. Yang nak tergelak kawan-kawan boleh teka kalau saya baru lepas habis session sebab akan berubah menjadi sangat positif dan tenang kata depa.haha. Dan untuk memastikan kesannya berpanjangan, sesi senantiasa diperbaharui. hiks. Saya sarankan sesapa yang rasa nak meroyan, sila jangan malu-malu ke sesi kaunseling dengan kaunselor di uni anda. It will help insyaAllah. Leh nangis tanpa malu, leh bukak cerita tanpa segan.
5. Lepas sesi kaunseling tidaklah lagi spazzing kat Jay Park dan Yamapi mcm orang spastik (menandakan jiwa makin pulih). Hanya hampir menangis bila tengok clip Jay balik Korea. So proud of him sebab tetap tak give up walau kena fitnah dengan dasyat. Pengajaran yang dapat dari kes Jay: Ingat Allah, ingat mak, buat baik ngan orang walau orang fitnah dia macam-macam. Saya belajar tentang kehidupan dari kes Jay. In the end, it will be just us, God, family and true friends.
6. Aussie dapat PM baru, lepas PM yang sedia ada 'Kevin Rudd' mendapat undi tidak percaya dari orang parti sendiri. Julia nih mcm vogue tapi entah, mcm ramai gak orang laki tak suka. Rasanya ini langkah untuk menyelamatkan tengkuk labour party yang makin lama mendapat kurang kepercayaan rakyat. Bayangkan, lagi berapa bulan nak PRU nih..Drastik kan? Bye bye Kevin Rudd, Hola Julia!!!!
6. Aussie dapat PM baru, lepas PM yang sedia ada 'Kevin Rudd' mendapat undi tidak percaya dari orang parti sendiri. Julia nih mcm vogue tapi entah, mcm ramai gak orang laki tak suka. Rasanya ini langkah untuk menyelamatkan tengkuk labour party yang makin lama mendapat kurang kepercayaan rakyat. Bayangkan, lagi berapa bulan nak PRU nih..Drastik kan? Bye bye Kevin Rudd, Hola Julia!!!!
Eh, nak tulis panjang lagi..tapi ngantuk plak..nanti-nantilah yerrrrrrrrrrrrrrrr.
Dear Dijah..
ReplyDeleteI am really miss u..a lot!!
When we can meet and have a long chat??
Pssttt..saspen sekejap bila baca awak nak walimah kat ausie..kekekek
ahkak suka part hujah dijah part agama itu. :-)
ReplyDeleteAyakkk....balik Aussie
ReplyDeleteBaru habaq dah balik dari M'sia
Ingat nak belajan makan ka...hehehe
masih teringat masa sesat cari umah acu, mak ayg tanya "kawan baik ke?" ayg jwb, "ma, bukan stakat baik, soulmate nihhhhh!!!!" hahaha. jauh di sudut hati sudah dpt agak, kalo x pegi cari acu di kenduri adik acu, bertahun2 lagilah kita x jumpa (kalo reunion tangguh tangguh) hehe, dan kita x tahu lagi tahun depan kita di mana, ayg masih menaruh harapan mahu ke korea cr bakal suami. keke
ReplyDeletepoint ketiga. ayg setuju. mari tambah ilmu agama dgn BERGURU. bukan sekadar pembacaan di internet semata2, Islam itu mudah sebenarnya. yg menyusahkan ialah mereka yg perasan pandai agama tp sebenarnya masih belum khatam.
sekian terima kasih.
p/s. berharap supaya di taiping juga ada counselor percuma.
kak ron: i miss you heaps. banyak benda sangat nak gossip. sampai gatal-gatal dah mulut saya nih!!!
ReplyDeletekak delinn: I know some guys think yang kalau menzahirkan depa ada ilmu agama, depa akan kelihatan hot. But trust me, kalau menonong2 ja, they look err, kinda dumb.. Sama mcm pompuan yang over2 tergedik kat kedai mamak menzahirkan kecintaan pada stray cats. Terlompat2 mcm katak pisang, sikit2 sudahla kan, kita pahamla dia penyayang. Tapi kalau overdose, rasa nak tonyoh muka dia ngan roti canai!
Encik Robin Hood, kita masih ada bisnes masih belum selesai. muahahaha.
Ayang, thanks datang. Tapi tu lah, harap Jay bagi permission I join reunion u ols. Mebi boleh sebab in laws I yang akan jadik manager dia di samping the Shermans. I akan suruh adik Ipar I jaga Peatry. InsyaAllah ok kot. Dia memahami. Hope kita leh jumpa lagi. ahakssssssss.