1. Saya jumpa encik bos dan serahkan satu brooch comel (yang ayah belikan secara pukal untuk kawan-kawan) untuk diberikan pada isterinya yang sedang lalui kimoterapi kali ke 5. Lagi satu kemoterapi dia perlu lalui. Encik bos gamam. Hidung dia merah. Pipi dia merah. Dia tunduk ucap terima kasih tapi tak pandang muka saya. Dia kata isteri dia pasti tersenyum, pasti. Saya diam. Menyesal pulak serahkan brooch melalui encik bos. Kalau tahu itulah kesannya: kesebakan, saya pasti poskan saja ke rumah dia.
Saya terlupa yang bulan lepas kami di lab belikan sejambak bunga dan serah pada encik bos, untuk isterinya. Getar suaranya, merah hidungnya, merah pipinya, bahasa badannya sangat membuatkan kita rasa serba salah. Kalau ada lelaki muslim seperti encik bos: dedikasi kerjanya, gaya sosialnya, ego bertempatnya, familymannya, gentlemannya, kecintaan pada isterinya, sifat berhemahnya, bijaknya, pasti saya sudah terhegeh-hegeh menyuakan diri. Sungguh!Tak perlu kaya seperti Mawi (kenapa tetiba masuk nama mawi ni? mungkin sebab teringat rantai mutiara rafflesia!!) , atau hensem seperti Yamapi atau dorky seperti Jay!!
2. Saya dan wijdan terlantik secara tidak sengaja sebagai AJK masjid UNE. Silalah jangan gelak ye. Saya terlupa yang kami AJK masjid hinggalah dipanggil gotong royong bersihkan masjid dan terima minit mesyuarat (yang saya tak dapat hadir). Seram pulak bila saya kena pikir program pengisian untuk Ramadhan, Syawal and Zulhijjah. Hmmmmmmmmmm.
3. Bulan depan ada international student fair. Memula depa kata syarat join 3 org. Pastu bila saya jumpa mintak email student Malaysian lain, depa kata depa takleh serahkan due to privacy ethics. So, igatkan malas dah join. Sekali depa kata sorang pon boleh dan depa harap negara kita ada participant kali ni. Haiyohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Sentap sangat. Camno nak handle stall sensorang? Doakanlah yer, ingat nak tepek muka Agong, Permaisuri, PM, bini PM, Jay, Kim Yuna, B2st, Big Bang, Infinite, 2am, Park Ji Sung, Yamapi. Eh, untuk negara apa ni eh? hahahha
untuk negara JAYBOMMIES la ,kak!!!
ReplyDelete