Kisah ini berlaku 2 minggu lepas, bila puasa baru mula. Konon-konon baik hati tolong budak buat final year projek. Lihatlah gambar di bawah. Kami dengan tekunnya menambah air kepada rumput rampai, untuk mengelakkan mereka mati layu terbujur kaku di dalam pasu.
Sila perhatikan bikar plastik berisi air di bawah.
Beberapa minit selepas gambar ini diambil, saya dengan semangatnya
menggunakan tangan kiri untuk memindahkan bikar tersebut dari atas pasu
ke atas meja.
Sudah menjangkakan apa yang akan saya tulis?
YESSSS, saya telah terbalikkan bikar tersebut dan menyebabkan air tercurah ke dalam pasu-pasu tanpa mengikut piawaian!
Tapi nasib baikkkkkk sangat air tercurah ke dalam pasu 'spare'. Kusssss semangat!!!
Maka pengajaran dalam cerita ini yer adik-adik..jika buat eksperimen ataupun kuih raya, pastikan senantiasa berlebihan untuk menjamin kurangnya tekanan jiwa di kemudian hari.
Sekian.
Dijah
"Mari mendramakan eksperimen orang lain" <--- gelak guling2 yang mengurangkan pahala puasa
ReplyDelete