Malam tadi purse kena curi. Letak beg tangan besar gedabak atas troli, kat seat tempat budak duduk atas troli tu. Sampai ke benda terakhir untuk dibeli - kicap. Letak troli belah kiri, handbag terbukak. Sibuk pikir kicap apa nak beli, siap cangkung2 sebab kicap kat shelf bawah sekali.
Tetiba terdengar bunyi kunci kat belakang dari handbag. Saya pusing, tapi lanyard dah terkeluar dari beg tangan. Saya pelik.
Ambil masa bersaat saat jugak untuk compute dalam kepala yang lanyard tu dah terusik.
Kemudian periksa handbag, purse dah takde. Satu sen pun dah takde dalam poket.
Menuju ke kaunter dan bagitau orang terlibat. Bila brainstorm apa ada dalam purse baru teringat baru je keluarkan $500 untuk bayar sewa rumah. Sigh. Terus menitik air mata.
Dipendekkan cerita, buat laporan polis semua dah (skip cerita abang polis yang hensem dan keselesaan buat report).
Balik umah dah rasa OK. Dah halalkan duit tu semua. Dah lega bila mak tolong block kad kredit Malaysia.
Tapi hari ni saya menangis. Bukan sebab duit saya yang hilang. Sebab baru sempat baca kisah Nayati.
Sebelum ni baca sekilas kata budak ni hilang.
Hari ni bila tengok video mak ayah dia nangis, sebaknya rasa. Sampai nangis sedu sedan jugaklah sebab rasa sangat sedih.
Kenapa banyak manusia GILA dalam dunia?
Memanglah takde tempat yang sangat selamat di dunia ni...Tapi cuba pikir balik. Apa jadi kat kes Nurin Shazlin? Shalini? dan ramai lagi bebudak yang dibunuh ngan kejam? Senyap sepi jer...
Dan kejadian-kejadian ni buat saya bersyukur sebba duit je yang hilang malam tadi. Semoga dilindungi dari kemalangan jiwa dan jasad.
Sama-samalah doakan semoga Allah selamatkan adik Nayati, dan semoga abducter tergerak hati nak pulngkan budak tu :(.
Love and respect
Dijah
As-salam,
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiroji'un...insyaAllah Dia akan gantikan kehilangan hari ini dengan perkara yang lebih manis :)
-Ronie-
Thanks Kak Ron
DeleteKak DJ, kat supermarket tu mesti ada CCTV kan? Moga2 depa dpt capture perompak celaka itu!
ReplyDeleteNaz, tersangatlah hampeh cctvnya. Takde satu cctv pon yang fokus dekat2 ngan isle tuh. ccv fokus kat tempat arak, DVD, kosmetik dan rokok. Sentap kan?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMemang sentap!
ReplyDeleteAww.. sorry to hear that Kak Dijah, hope u well.
ReplyDelete[baru mode menyemak blog-blog rerakan sebab tak sempat nak semak sebelum ni dek kerana travelling]