Saturday, March 24, 2012

Baru perasan

"Was it difficult to be married at 18?" saya tanya makcik Bulgaria. Orangnya nampak cantik menawan, rupanya anak dah 30 tahun dan expecting cucu very soon.

"No. Not difficult at all. Vey-very easy. Its easier to adapt to someone else, easier to have kids. I was not worried about other things besides myself and my family"

"Its easier to adapt to someone else". THIS.

Baru saya perasan bila jangkau umur 30 an ni memang jadi lagi fussy dan banyak benda yang saya tak boleh tolerate.

1. Towel lembab. Towel yang dah dipakai perlulah disidai dan di'tegangkan' supaya kering. I hate using damp towels. Masalahnya tengok orang main sangkut je towel lepas swimming buat saya terbau-bau tuala lembab.huks.

2. Paling pantang kalau pinggan kotor letak dalam sinki. Lagi rasa emo bila permukaan lubang sinki ada sisa makanan tersekat. Pinggan kotor letak luar sinki please. Susah nak basuh tangan or guna sinki kalau sinki penuh.

3. Span basuh pinggan perlulah bersih, especially dari minyak. Seriously macamana orang guna span basuh pinggan kalau kotor dan berminyak. Selalu urut dada dan tarik napas panjang2 bila perasan span dalam keadaan kotor. Seriously I couldnt stand that.

4. Ubat gigi pakai kat berus gigi kan? Geramnya kalau sinki toilet kotor, siap ada ubat gigi bertampuk2. Lagi stress bila kat kepala ubat gigi berselemuih ubat gigi. Picit sesikit je lah. Bukannya nak guna scrub badan kan?

5. Daripada basuh pinggan tak bersih (masih berminyak, bersisa makanan), baiklah takyah basuh. Saya suka basuh pinggan. Tapi tensi kalau orang tolong basuh pinggan tapi tak ikhlas.

6. Tak suka orang pinjam barang tak letak balik ke tempat sepatutnya. Kalau amik kunci dari atas almari, jangan pulangkan ke dalam laci. Kalau pinjam gunting dari pensel box jangan pulangkan atas meja. Sila pass balik ke tangan saya kalau malas sangat nak letak ke tempat asal.hiks.

See, banyak lagi kefussyan I ols..huhuhuhuh.

Makin tua makin fussy!!!


Love and respect
Dijah

2 comments:

  1. kita seruperrr...akak pun suka basuh pinggan hahahaha (so, when can we basuh pinggan berjemaah, that will be fun ha ha ha)

    ReplyDelete
  2. Kak Arc, jom buat perjumpaan sambil basuh pinggan!!! hobi saya basuh pinggan.ala2 stress reliever gituhhhhhh :)

    ReplyDelete