Minggu lepas (Hari Ahad) bersama Fiona dan sepupunya Helen beserta sorang lagi kawan telah berpoya-poyaan di Belgrave Cinema, Armidale. Adalah sangat menyentapkan jiwa bila kelihatan ramai orang memenuhi ruang legar wayang. Selalunya bagi setiap sesi, tak sampai 20 orang pun yang memenuhi panggung. Dulu masa dengan Charlotte, dalam panggung ada 6 orang je..hhehehehe
Setengah jam sebelum dibenarkan masuk, barisan penonton dah panjang. Ada dalam 2-3 orang budak siap dah berpakaian seperti Harry Potter (cape, spek bulat, wand dan yang paling tak menahan ada scar kat dahi! hihihihi).
Memandangkan panggung di Armidale ni kecik, maka free-seating. Bila free seating, orang berebut tolak-tolak menyelit dalam barisan untuk memastikan tak terpisah dari rakan dan taulan.
Kitorang nasib dapat 4 kerusi sederet tapi barisan dua dari depan!! Nasib baik tak sakit tengkuk! :)
Secara peribadi saya suka semua cerita Harry Potter tapi cerita yang sebelum ni (Deathly Hallows 1) sedikit mengecewakan sebab saya mahukan lebih aksi dari kisah cintan-cintuh.heeeeeeeeheeeeee.
Saya menangis masa tengok Prisoners of Azkaban bila Sirius Black mati sebab scene tu sangat meruntun jiwa.
Saya tak menangis langsung masa yang terbaru ni, just sebak bila semua orang pakat protect Hogwart. Berikut adalah kesimpulan dari tontonan sebanyak satu kali. Persepsi mungkin berubah bila tengok banyak kali.
Yang menggelikan hati: Setiap kali Bellatrix dan Neville muncul dan scene Draco Malfoy jadik dewasa.
Yang meruntun jiwa: Bila semua pelajar dan tenaga pengajar Hogwarts bersemangat mempertahankan Hogwarts.
Yang memberi kepuasan hati: Setiap kali Horcruxes dimusnahkan (kecuali Harry).
Yang menjengkelkan: Setiap kali screen tunjuk muka Voldemort yang takde cuping hidung.
Yang menggelikan: Setiap kali nampak Nagini. I dont like snakes!
Yang memukau mata: Bila Hermione dah jadi dewasa. Sangat cantik!
Yang kurang best: Dementor yang sangat plastik, seperti plastik hitam yang dikerat2 dan disangkut ke udara.
Yang tak suka: Scene Harry jumpa Dumbledore. Sakit mata sebab silau.
Secara keseluruhannya, saya lebih berpuas hati dengan cerita kali ni berbanding DH1. Penuh dengan aksi-aksi menarik yang mendebarkan jiwa. Tapi ada juga harapan saya yang tak kesampaian..Kesedihan kurang dirasai bila menonton kematian salah sorang kembar Weasley (yang mati Fred ke George eh?), Tonks, Lupin dan Snape mati.
Dan masalah bila kisah ni terpisah dari DH1, terlupa yang Mad Eye Moody, Hedwig dah mati dalam cerita yang lepas.

Secara keseluruhan, saya suka tapi untuk ke wayang sekali lagi mungkin perlu fikir dua kali sebab kurang kemampuan.
Goodbye Harry Potter. Sangat best membesar (menua) dengan fantasi J.K. Rowling ini :D
Goodbye Harry Potter. Sangat best membesar (menua) dengan fantasi J.K. Rowling ini :D
Love and respect
Dijah
No comments:
Post a Comment