Kita semua ni ketua. Kalau pun bukan ketua negara, ada antara kita ni ketua jabatan, ketua fakulti, ketua keluarga, ketua kumpulan mesyuarat tepi tingkap, ketua bilik tutor (heh!), ketua persatuan wanita. Paling koman (common) kita ni ketua kepada diri sendiri. Dan perkara yang paling penting, adalah baca betul-betul bagi paham sebelum fikir bukan-bukan kemudian mengeluarkan ayat menyentapkan.
Masa kat Armidale dulu, encik bos pertama
selalu tegur saya yang suka membalas email semberono – rupanya balasan email
saya langsung tak menepati kehendak soalan. Pesan dia – baca email sekurang-kurangnya
3 kali, kalau boleh sampai paham. Kemudian baru tulis email balasan. Kemudian
baca 3 kali email yang ditulis. Baru tekan butang send. Masa tu saya rasa encik bos ni agak over
(mana lah orang busy mcm I ols ni ada masa nak baca satu email banyak kali???)
heh!
Tapi lama-lama bila dah terbiasa (kadang-kadang terbabas jugak sebab
kononnya takde masa), saya perhatikan ramai orang yang jenis tak fokus pada
email/permohonan cuti/surat rasmi/dan sebagainya. Dahlah tak fokus, pulak tu main
semeberono buat assumption dan suka suki emo kat orang.
Contohnya, ada sorang kawan ni dia mintak
permission untuk bertugas di luar pejabat sehari seminggu, then boss dia tak
setuju. Fine lah kan, hak mutlak boss untuk bagi kebenaran kan. Katanya, yang
dia agak kecewa bila dalam sesi perbincangan tu, bos kata dia tak nak bagi
kebenaran sebab bertugas 3 hari seminggu luar pejabat, dikira banyak dan
dikhuatiri menjejaskan kerja sebenar di pejabat sendiri. Maka terkebil-kebillah
kawan ni, sebab bila masa pulak dia mintak sampai 3 hari? Lepas dia bagitau
yang permohonan adalah untuk satu hari sahaja setiap minggu baru la lembut
sikit gaya bahasa boss nya. Nampak tak kat sini yang kalau boss tu tenang-tenangkan
diri baca slow-slow, jimat masa meroyan. Kalau tak ingat apa yang dibaca kat
surat tu, just tanya elok-elok “Ok, saya nak you explain pasal permohonan
bertugas luar pejabat ni.” Juga jimat masa meroyan, sebab staff akan panjang
lebar explain.
Lagi satu contoh, kakak kepada adik punya
kawan, tengah study kat Australia. Si kakak ni pun terpikir nak apply permanent residency (PR) Australia. Dia pun
happy-happy telefon ayah dia untuk share plan nak apply (PR). Tanpa
disangka-sangka si ayah dah sebak sayu sayan di hujung talian. Berdrama sakan
siap berair mata di kedua-dua hujung talian sebab si ayah sangka anak dah tak
mau duduk Malaysia lagi, tak sayang keluarga di kampong lagi. Berdramalah anak beranak ni,
sehingga gagang diletak. Dah penat menangis bergolek sakan (sampaikan si kakak
ni dah tekad melupakan cita-cita nak apply PR sebab fikirkan hati ayah
tersayang) tetiba si ayah hubungi anak balik, rupanya dia teremo sebab dia
ingat anak dia nak ambik citizenship Australia (dan serahkan citizenship
Malaysia), dan nasib baik dia Google baru dia paham. Haha! Agak comel dan lawak di situ.
Pengajarannya dari kedua-dua cerita di atas
– its always good to give yourself time to think sebelum memberi respons yang
drama. Kalau tak paham, tanya. Kalau rasa tak bersedia untuk untuk beri
respons, beri diri anda sedikit masa. Lebih baik jadi lambat pickup dari jadi cepat sentap tak tentu hala, kan? (cough)
Remember: read carefully, ask and listen!
Love and respect
Dijah
No comments:
Post a Comment