Sunday, March 3, 2013

Read carefully, ask and listen!


Kita semua ni ketua. Kalau pun bukan ketua negara, ada antara kita ni ketua jabatan, ketua fakulti, ketua keluarga, ketua kumpulan mesyuarat tepi tingkap, ketua bilik tutor (heh!), ketua persatuan wanita. Paling koman (common) kita ni ketua kepada diri sendiri. Dan perkara yang paling penting, adalah baca betul-betul bagi paham sebelum fikir bukan-bukan kemudian mengeluarkan ayat menyentapkan.
 
Masa kat Armidale dulu, encik bos pertama selalu tegur saya yang suka membalas email semberono – rupanya balasan email saya langsung tak menepati kehendak soalan. Pesan dia – baca email sekurang-kurangnya 3 kali, kalau boleh sampai paham. Kemudian baru tulis email balasan. Kemudian baca 3 kali email yang ditulis. Baru tekan butang send. Masa tu saya rasa encik bos ni agak over (mana lah orang busy mcm I ols ni ada masa nak baca satu email banyak kali???) heh! 

Tapi lama-lama bila dah terbiasa (kadang-kadang terbabas jugak sebab kononnya takde masa), saya perhatikan ramai orang yang jenis tak fokus pada email/permohonan cuti/surat rasmi/dan sebagainya. Dahlah tak fokus, pulak tu main semeberono buat assumption dan suka suki emo kat orang.

Contohnya, ada sorang kawan ni dia mintak permission untuk bertugas di luar pejabat sehari seminggu, then boss dia tak setuju. Fine lah kan, hak mutlak boss untuk bagi kebenaran kan. Katanya, yang dia agak kecewa bila dalam sesi perbincangan tu, bos kata dia tak nak bagi kebenaran sebab bertugas 3 hari seminggu luar pejabat, dikira banyak dan dikhuatiri menjejaskan kerja sebenar di pejabat sendiri. Maka terkebil-kebillah kawan ni, sebab bila masa pulak dia mintak sampai 3 hari? Lepas dia bagitau yang permohonan adalah untuk satu hari sahaja setiap minggu baru la lembut sikit gaya bahasa boss nya. Nampak tak kat sini yang kalau boss tu tenang-tenangkan diri baca slow-slow, jimat masa meroyan. Kalau tak ingat apa yang dibaca kat surat tu, just tanya elok-elok “Ok, saya nak you explain pasal permohonan bertugas luar pejabat ni.” Juga jimat masa meroyan, sebab staff akan panjang lebar explain.

Lagi satu contoh, kakak kepada adik punya kawan, tengah study kat Australia. Si kakak ni pun terpikir nak apply permanent residency (PR) Australia. Dia pun happy-happy telefon ayah dia untuk share plan nak apply (PR). Tanpa disangka-sangka si ayah dah sebak sayu sayan di hujung talian. Berdrama sakan siap berair mata di kedua-dua hujung talian sebab si ayah sangka anak dah tak mau duduk Malaysia lagi, tak sayang keluarga di kampong lagi. Berdramalah anak beranak ni, sehingga gagang diletak. Dah penat menangis bergolek sakan (sampaikan si kakak ni dah tekad melupakan cita-cita nak apply PR sebab fikirkan hati ayah tersayang) tetiba si ayah hubungi anak balik, rupanya dia teremo sebab dia ingat anak dia nak ambik citizenship Australia (dan serahkan citizenship Malaysia), dan nasib baik dia Google baru dia paham. Haha! Agak comel dan lawak di situ.

Pengajarannya dari kedua-dua cerita di atas – its always good to give yourself time to think sebelum memberi respons yang drama. Kalau tak paham, tanya. Kalau rasa tak bersedia untuk untuk beri respons, beri diri anda sedikit masa. Lebih baik jadi lambat pickup dari jadi cepat sentap tak tentu hala, kan? (cough)

Remember: read carefully, ask and listen!         
 

Love and respect
Dijah

3 months!

Hellooooooooooooooooooooooooooooooooooo!

Sudah nak masuk 3 bulan dah ada di Perkampungan Keropok Lekor ini...Sepanjang 3 bulan ni, I was struggling to re-adjust. Adjust dengan makanan adalah yang paling senang sekali, hence I gained 5 kgs only after 1 month being here.

Re-adjust dengan benda lain sangatlah susah - lebih susah dari yang disangkakan. Dengan tempat kerja 'baru', dengan colleagues 'baru', dengan environment 'baru'.

I miss Armidale so much its not even funny anymore. The first two weeks here, I was being super duper emotional. Asik menangis macam takde matlamat hidup. Bangun tidur, nangis. Mandi, nangis. Skype, nangis. Nak tidur malam, nangis. But then bila dah lama-lama, penat dah menangis. And I decided untuk beli tiket untuk ke Armidale, so that otak ni busy counting days to be back in Armidale. Alhamdulillah it works! So I will be leaving to Armidale end of this months, to attend Fi's wedding. Yippeeeeeee. Dan nak pi jumpa research services untuk update pasal thesis. Disebabkan Australian sytem takde oral defense/viva, lambat sikit dapat correction dari examiners..

Mintak ampun hujung rambut hujung kaki buat Am, Naz, Halim dan Nzard sebab memungkiri janji untuk buat entry bertema. Diriku sudah kembali :)  Till the. Ciao.

Love and respect
Dijah