Kenapa lambat?
1. Tajuk sebenarnya dapat malam Khamis tu, tapi dek kerana ada adegan merajuk manja, menggedik mengada-ngada antara pihak-pihak yang terpaksa dirahasiakan identitinya, tajuk baru diberi di hari Jumaat. Jumaat pagi ada meeting dengan supervisor dan Jumaat tengahari dari pukul 2-5 bertugas di library. Pukul 5 terus balik rumah sebab tumpang kawan. Maka saya tak dapat tulis entry di hari Jumaat.
Cantikkan buku research saya???mwehehehehehe
2. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa saya tak update di waktu malam. Jawapannya rumah tiada internet dan saya sudah tidak mampu ke mana-mana tanpa diberi tumpang oleh rakan-rakan. Saya sudah tiada pengangkutan untuk ke mana-mana dengan sendirinya :( Meminta rakan menghantar dan mengambil saya di uni semata-mata untuk mengupdate blog, dikhuatiri akan mengundang amarah rakan. Malam Sabtu hanya diisi dengan makan nasik dan membaca journal sahaja, tidak seperti minggu lepas - kami main pool. Main pool atau makan nasik di rumah, kesimpulannya tetaplah sama - saya saya tak dapat tulis entry.
Saya sendiri tak paham kenapa saya posing macam tu
Pompuan yang paling over sebab dia paling terer
3. Di hari Sabtu yang indah pula saya ikut tuan rumah dan hosmet mencari kayu api untuk pemanas. Tuan rumah potong kayu yang dah mati, kami bagaikan buruh paksa - menyeret kayu-kayu yang lebih tinggi dari kami ke tempat pemotongan seperti di bawah. Kayu dipotong kecil-kecil supaya muat dalam fireplace nanti. Kami campak kayu kecik-kecik tu dalam trailer dan angkut balik rumah. Bila balik rumah dah masuk asar dan sangat penat. Sekali lagi diperingatkan dengan ketiadaan internet dan kenderaan mana mungkin entry ini dapat dihasilkan dan dimuatnaik.
4. Di hari Ahad pula bersenang lenangan bersama rakan-rakan di pekan kerana ia merupakan Hari Lahir saya yang ke 25 (5 tahun lepas) !!! Weeeehuuuu!!! Terima kasih atas ucapan dan doa dari kalian. Dan disebabkan semalam masih ada alasan yang bersisa (tak boleh update entry sebab nak berehat di hari jadi, ahaks), makanya saya lambat mengepost entry bertema kali ini.
Gossip-gossipan di pekan
Demikianlah fakta serta bukti bergambar bagi entry kali ini. Di harap tiada pihak yang meroyan tak puas hati sebab saya pos lambat. Sekurangnya saya cuba sedaya upaya memenuhi tema sebaik mungkin. Sekian!
RIP Camry Feb 2010 - July 2012
Love and respect
Dijah
Aww... Poor Mr.Camry. R.I.P, Mr.Camry.
ReplyDelete